Malaysiakini
29/1/2016
 Setiausaha
 Agung MTUC, N Gopal Kishnam berkata pihaknya menentang tindakan secara 
automatik untuk mengurangkan caruman pekerja-pekerja bermula Mac 2016 
hingga Disember 2017.
Setiausaha
 Agung MTUC, N Gopal Kishnam berkata pihaknya menentang tindakan secara 
automatik untuk mengurangkan caruman pekerja-pekerja bermula Mac 2016 
hingga Disember 2017.
 Presiden
 Cuepacs Azih Muda ketika dihubungi berkata pihaknya cukup tidak 
bersetuju dengan pengurangan tiga peratus caruman KWSP oleh pekerja.
Presiden
 Cuepacs Azih Muda ketika dihubungi berkata pihaknya cukup tidak 
bersetuju dengan pengurangan tiga peratus caruman KWSP oleh pekerja.
29/1/2016
Dua kesatuan pekerja terbesar di negara ini tidak bersetuju dengan 
tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk mengurangkan 
caruman pekerja bagi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak tiga
 peratus seperti yang diumumkan dalam semakan Bajet 2016.
Kedua-duanya - Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) yang mewakili 11.4 juta pekerja swasta dan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) yang mewakili 1.6 juta kakitangan awam - menyuarakan kebimbangan mereka berhubung langkah sedemikian.
"Kami akan menulis surat bantahan kepada 
Perdana Menteri. Dia tidak seharusnya meminta pekerja yang ingin 
mengekalkan caruman KWSP pada kadar sebanyak 11 peratus untuk membuat 
permohonan.
"Sebaliknya, beliau perlu meminta mereka yang setuju 
caruman KWSP dikurangkan sebanyak tiga peratus menjadi lapan peratus 
untuk mengisi borang," katanya kepada Malaysiakini hari ini.
Pada
 ucapan semakan Bajet 2016 semalam, Najib mengumumkan langkah itu 
sebagai satu daripada 11 langkah utama untuk merangsang ekonomi dan 
meningkatkan perbelanjaan penggunaan sektor swasta kepada RM8 bilion 
setahun.
Hidup selesa
Gopal 
berkata, kerajaan tidak seharusnya menjadikan dana persaraan pekerja 
sebagai sasaran berikutan kebimbangan bahawa ia mungkin tidak cukup bagi
 mereka untuk hidup selesa selepas bersara.
"Ia adalah satu 
kesalahan mengikut Akta KWSP yang menetapkan bahawa pekerja perlu 
menyumbang sekurang-kurangnya 11 peratus daripada pendapatan bulanan 
mereka," katanya.
Gopal juga mempersoalkan bagaimana pegurangan sekecil tiga peratus boleh menyumbang kepada ekonomi negara."Jika
 kerajaan mahu membantu golongan berpendapatan pertengahan dan rendah, 
mereka perlu menggalakkan majikan membayar kos pelarasan sara hidup 
(Cola) kepada kakitangan mereka.
"Kerajaan mengemukakan idea sama 
iaitu mengurangkan tiga peratus caruman KWSP pada tahun 2009 tetapi ini 
tidak diterima secara meluas.“Mengapa perdana menteri tidak belajar daripada pengalaman itu?" soal Gopal.
Menurutnya, sebahagian besar rakyat tidak sanggup melihat dana persaraan mereka dikurangkan.
Beliau
 menggesa orang ramai supaya memaklumkan kepada kerajaan bahawa mereka 
ingin mengekalkan caruman KWSP mereka pada 11 peratus.
"Saya juga cadangkan kepada kerajaan untuk hanya melaksanakan langkah itu bagi tahun ini.
“Jangan lanjutkannya hingga Disember 2017," katanya.
Tanpa memberikan butirannya, Azih meminta kerajaan dan majikan untuk membantu pekerja apabila langkah itu berkuat kuasa.
 
2 ulasan:
Alhamdulilah, hari ini aku telah isi borang dan maklum kpd majikan bahawa aku hendak kekal 11 peratus! Kenapalah duit masa depan aku dijadikan taruhan utk 'merancakkan ekonomi. Duit kwsp aku ini utk simpanan hari tua aku lah.. Harap kerajaan utamakan kemahuan dan kesejahteraan rakyat! Kekal 11 peratus (atau tambah jadi 12 peratus, jangan kurangkan jadi 8 peratus, aku tidak setuju!).
Catat Ulasan