SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

24 Oktober 2016

BAJET 2017 SOKONG PERTUMBUHAN DALAM SUASANA SERBA MENCABAR

Bernama
23/10/2016



 Oleh Siti Hawa Othman
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Walaupun berdepan sumber yang terhad, pasti ada cara kreatif untuk mencari jalan bagi meneruskan kehidupan dan berbelanja dengan berhemat.

Begitu juga, Bajet 2017, yang dibentangkan di Dewan Rakyat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat, dirangka dengan memasukkan pelbagai langkah yang akan terus menyokong pertumbuhan domestik dalam suasana persekitaran global serba mencabar, bagi memastikan ekonomi terus mencatatkan pertumbuhan.

Apa yang paling penting, ia menyentuh setiap aspek kehidupan rakyat terutamanya dalam menangani keperluan kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40) dan kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus sederhana (M40) menerusi pelbagai bantuan dan insentif.

Tidak ada kumpulan yang terlepas pandang, daripada peruntukan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) kepada bantuan khas bagi penjawat awam, hinggalah kepada penduduk di kawasan luar bandar dengan kemudahan dinaik taraf manakala penduduk di bandar mendapat kelebihan jalur lebar "kelajuan berganda pada harga separuh".

Bajet 2017 yang bertemakan "Menjamin Perpaduan dan Pertumbuhan Ekonomi, Menghemah Perbelanjaan Inklusif, Mensejahterakan Kehidupan Rakyat Seluruh," menyediakan perumahan mampu milik, menambah bayaran BR1M selain memperkenalkan pelepasan cukai gaya hidup, meningkatkan saling hubungan digital dan memberi rangsangan kepada syarikat permulaan dan PKS.

Bagi pakar ekonomi United Overseas Bank (M) Bhd (UOB), Julia Goh, beliau menyifatkan bajet kali ini sebagai langkah pengimbangan sukar antara menyokong pertumbuhan, menangani jurang dasar dan menyelesaikan isu-isu struktur di samping mengekalkan fiskal berhemat.

Bagi AllianceDBS Research, peruntukan fiskal terhad dalam Bajet 2017 tidak menyediakan banyak ruang bagi dasar baharu meningkatkan pertumbuhan.

Seperti yang diumumkan, kerajaan memperuntukkan sejumlah RM260.8 bilion dalam Bajet 2017, yang mana daripada jumlah itu RM214.8 bilion akan diperuntukkan bagi perbelanjaan operasi dan RM46.0 bilion perbelanjaan pembangunan.

Hasil fiskal dijangka meningkat sebanyak 3.4 peratus kepada RM219.7 bilion pada 2017 berbanding RM212.6 bilion yang dijangkakan pada 2016, disumbang terutamanya daripada kutipan cukai langsung pada 45.1 peratus.

Sumbangan berkaitan minyak dijangka berkurangan kepada 13.8 peratus daripada 14.6 peratus pada 2016 manakala sumbangan daripada Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) diunjur sebanyak RM40 bilion berbanding RM38.5 bilion yang diunjurkan tahun ini, akan membentuk 18.2 peratus daripada jumlah hasil.

Seterusnya, defisit fiskal kerajaan yang dijangka lebih tinggi pada RM40.3 bilion tahun depan akan menyumbang bagi 3.0 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berbanding unjuran RM38.7 bilion pada 2016 (3.1 peratus).

Bagi AllianceDBS Research, pertumbuhan KDNK sebenar pada 2017 perlu sekurang-kurangnya 4.6 peratus bagi memastikan sasaran defisit dapat dicapai.

Bagaimanapun, bagi Hanifah Hashim, Pengarah Eksekutif di Franklin Templeton Investments, beliau berkata Malaysia terus menunjukkan disiplin fiskal.

Ia dilakukan dengan mengurangkan secara beransur-ansur defisit fiskalnya sejak krisis kewangan global hingga sekarang, melaksanakan pelbagai langkah memeritkan seperti memperkenalkan cukai barang dan perkhidmatan, mengurangkan subsidi bahan api serta mempelbagaikan ekonomi, katanya.

Sementara itu, dilaporkan bahawa perbelanjaan subsidi akan turun kepada sekitar 1.7 peratus daripada KDNK pada 2017 daripada paras 4.5 peratus pada 2012.

Keseluruhannya, ini merupakan Bajet berhati-hati dan walaupun sesetengah langkah mungkin tidak popular, namun orang yang memerlukannya mungkin bersyukur menerimanya.

Apa juga yang dikatakan dan dilakukan, rakyat terus menjadi fokus utama dan semua usaha ditumpukan ke arah kesejahteraan mereka.

-- BERNAMA

1 ulasan:

Unknown berkata...

Hello,
Ini adalah untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa Puan Jane Alison, pemberi pinjaman pinjaman peribadi mempunyai membuka peluang kewangan untuk semua orang yang memerlukan apa-apa bantuan kewangan. Kami memberi pinjaman pada kadar 2% kadar faedah kepada individu, syarikat dan syarikat-syarikat di bawah terma dan syarat yang jelas dan mudah difahami. hubungi hari ini kami melalui e-mel supaya kita boleh memberikan syarat-syarat pinjaman dan syarat-syarat kami di: (saintloanss@gmail.com)