SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2022 : KELESTARIAN PENDIGITALAN MENDEPANI CABARAN *** KONVENSYEN TRITAHUNAN CUEPACS KE 29 AKAN DIADAKAN PADA 17-19 DISEMBER 2022 DI SHDC SHAH ALAM

19 Disember 2019

Misi Adnan untuk CUEPACS





Rafidah Mat Ruzki
am@hmetro.com.my

PRESIDEN Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) yang baharu dipilih, Adnan Mat berazam meneruskan usaha mendapatkan gaji minimum RM1,800 untuk penjawat awam.
Beliau berkata, cadangan itu dibuat selepas kajian pada Mei 2018 yang mendapati penjawat awam hanya memperoleh RM1,900 jika gaji minimum RM1,200 dengan dicampur pelbagai elaun.
Bagaimanapun, katanya, jika penjawat awam memperoleh gaji minimum RM1,800, mereka mampu membawa pulang sekurang-kurangnya RM2,600.


“Kajian Bank Negara Malaysia (BNM) mendapati seseorang perlu membawa pulang (gaji) RM2,700, manakala kajian Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) meletakkan sekurang-kurangnya RM2,680 untuk dibawa pulang.
“Ketiga-tiga kajian itu menunjukkan sekurang-kurangnya RM2,600 gaji yang dibawa pulang, namun tidak boleh diperoleh jika dengan gaji minimum RM1,200,” katanya kepada pemberita selepas Konvensyen Kongres Tritahunan CUEPACS Ke-28 di Pusat Konvensyen Shah Alam, ditangguhkan, hari ini.
Terdahulu, Adnan diumumkan sebagai Presiden CUEPACS Ke-14 menggantikan Datuk Azih Muda yang akan bersara pada 31 Disember ini.
Mengulas lanjut, Adnan berkata, kajian terbabit juga sudah dibentangkan kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Disember tahun lalu, dan pihaknya akan membangkitkan semula isu berkenaan.
Pada masa sama, katanya, kos lain perlu diambil kira termasuk pengangkutan, utiliti dan keperluan asas lain perlu ditanggung pekerja.
Sementara itu, Azih ketika ditemui berkata, tidak berhasrat untuk melanjutkan tempoh perkhidmatannya dalam kesatuan itu dan sedar kepemimpinan memerlukan ‘nafas baharu’.
Katanya, menjelang 2020 akan ada ramai penjawat awam daripada golongan muda di bawah kerajaan baharu.
“Saya merasakan bahawa, apabila diberikan nafas baharu ini, mereka boleh berunding. Kami meletakkan CUEPACS sebagai pejuang yang diiktiraf oleh kerajaan, tunggal dan unggul dalam penjawat awam.
“Yang mereka mahukan ialah membaiki kebajikan yang belum ada, masih kurang atau tidak mampu bersaing dengan pihak swasta,” katanya.

Tiada ulasan: