SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

17 Disember 2021

Penjawat awam berniaga, perlu patuh peraturan - Cuepacs

 My Metro
17 Disember 2021


Kuala Lumpur: Penjawat awam yang ingin menjalankan perniagaan atau pekerjaan tambahan dinasihat sentiasa mematuhi peraturan ditetapkan kerajaan.


Presiden Cuepacs Datuk Adnan Mat berkata, perkara itu perlu dimaklumkan melalui permohonan secara bertulis kepada ketua jabatan selain memastikan kerja hakiki tidak terjejas dan terganggu berikutan pembabitan dalam perniagaan atau pekerjaan kedua.

"Keutamaan haruslah diberi kepada perkhidmatan masing-masing agar tiada perkara berbangkit berlaku. Cuepacs juga berharap ketua jabatan sentiasa mengingatkan mengenai perkara ini kepada kakitangan masing-masing," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mengulas mengenai kes seorang penjawat awam yang didenda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, semalam selepas mengaku bersalah terbabit dalam perniagaan membekalkan sarung kaki bernilai RM44,500 tanpa kebenaran.

Adnan juga menasihati sekiranya berlaku permasalahan, ketua jabatan haruslah bertindak mengikut pertimbangan yang baik dan adil kerana setiap masalah yang berlaku boleh diselesaikan di peringkat jabatan tanpa perlu dipanjangkan ke peringkat lebih tinggi.

Sementara itu, beliau mencadangkan kerajaan menyemak semula skim gaji yang diterima pekerja di sektor awam dan swasta berikutan pekerja melakukan pelbagai pekerjaan lain untuk meningkatkan taraf hidup disebabkan skim gaji yang rendah.

"Ketika ini situasi seorang pekerja yang terpaksa melakukan lebih daripada dua pekerjaan untuk menampung kehidupan keluarga sudah menjadi norma biasa. Di sektor awam permulaan gaji adalah RM1,200 sebulan manakala gaji minimum di sektor swasta juga bermula RM1,200 sebulan," katanya.

2 ulasan:

Christine Hibbert Cunningham berkata...

Adakah anda memerlukan bantuan kewangan dalam apa jua bentuk? Pinjaman peribadi; Pinjaman perniagaan; gadai janji; Pinjaman korporat? Pembiayaan pertanian dan pembiayaan projek? Kami memberi pinjaman dengan kadar faedah 2%! Hubungi: challotloan@gmail.com

Tanpa Nama berkata...

Salam CUEPACS. Mohon agar skim jawatan Pegawai Khidmat Pelanggan(PKP) dimansuhkan dan ditukar kepada Pembantu Tadbir (Pengkeranian/Operasi) PT(P/O).
Tugas PT(P/O) lebih fleksibel, hatta tugas2 yg dikendalikan dalam skim PKP boleh diletakkan dlm tugas2 PT(P/O) iaitu dibwh bidang OPERASI tetapi tugas2 dlm jwtn PKP hanya khusus utk PKP shj dan PKP ni boleh menolak apa juga tugas2 selain drp tugas2 PKP contohnya fail, stor pejabat, harta benda dsb.
PT(P/O) lebih fleksibel. Perubahan skim tersebut akan memberi banyak manfaat kpd kerajaan juga.