Kuala Lumpur: Pemberian Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM500 adalah bukti penghargaan kerajaan atas usaha keras penjawat awam dalam menjalankan tanggungjawab dengan penuh amanah kepada rakyat, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Adnan Mat.
Beliau berkata, dengan pemberian itu, semua penjawat awam diharap dapat meneruskan momentum kecemerlangan dalam menjalankan tanggungjawab masing-masing bagi menjayakan agenda pemulihan ekonomi serta dasar prihatin rakyat.
"Dengan keprihatinan kerajaan ini, penjawat awam harus kekal fokus kepada tugas dan sudah pasti kerajaan menuntut kepada produktiviti dan integriti," katanya dalam kenyataan hari ini.
Adnan berkata, Cuepacs percaya bantuan berkenaan akan memberi manfaat dan kesan secara tidak langsung kepada ekonomi negara apabila ia dibelanjakan untuk membeli barangan keperluan khususnya di musim perayaan yang memanfaatkan peniaga kecil, pasar raya besar dan sektor ekonomi lain.
Dalam masa sama, beliau berharap semua pihak berlapang dada dan tidak mempertikaikan keputusan kerajaan memberikan bantuan itu kerana kerajaan adalah majikan kepada penjawat awam.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan kerajaan bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah, termasuk kakitangan di bawah skim Contract Of Service, Contract For Service, pegawai sambilan harian serta lantikan di bawah MySTEP.
Bantuan sebanyak RM250 turut diberikan kepada pesara kerajaan dan pembayaran akan dibuat bersama dengan pembayaran gaji April iaitu pada 25 April ini.
20 ulasan:
ckup ke 500 tu dengan harga barang naik mendadak terkesan kot,kerajaan negeri pun 1000,kesian penjawat awam persekutuan ni.
This is Kepala Bana...
seriuslah... rm500 tue mmg tak cukup bg yg anak ramai....
Negeri Selangor & Kedah bagi RM 1,000.
Negeri Pahang bagi RM 1,200.
Negeri Sabah & Sarawak bagi RM 500.
(Bosan betul dengan semua Ketua2 Menteri SABAH ni(yang lalu & sekarang), terlalu berkira dgn penjawat awamnya)
Assalamualaikum. harap ada Pelarasan Gaji untuk staf B40 Gred 1 - Gred 40 sebab utk budak baru pon dan gaji RM 1500 dan Cuepacs fight utk naik ke RM 1800. tidak adil utk saya sudah berkhidmat 9 tahun tapi gaji pokok sama dgn budak baru masuk.. Utk mcm Golongan kami harap ada pelarasan Gaji utk Gred 41 ke bawah . Baru la adil. kami pon bukan org senang .. masih apply BKM lagi.. mmg tidak mencukupi utk bayar RUmah , makanan , anak anak masih kecil dan bersekolah.. hutang bnyk.. harap Cuepacs dapat meneliti. golongan B41 ke atas sudah ada Elaun Keraian dan kenaikan kanan utk B 41 ke atas hanya 8 Tahun. tapi kami 13 Tahun dan tiada elaun keraian.. kerja di pejabat semua sama.. harap ada perubahan Kenaikan ke kanan harus diselaras sama 10 tahun. dan pelarasan gaji untuk Gred B41 ke bawah.. terima kasih
I have been browsing over the net for days now and boom I felt on this interesting article which helped me change my mind set , I also learn a lot about Malta country and SOMEONE DISCOVERED TIPS ON HOW TO GET A MALTA CITIZENSHIP BY INVESTMENT EASILY I've bookmark your site and furthermore include RSS. keep us refreshed all the time. Y’all don’t forget to join this for more information about the Malta Citizenship and how to acquire them easily with no stress. You can also take advantage to learn and meet many Experts who will guide you on numerous techniques for anyone who love hacking and don’t know how to go about it .
Can truly relate and retain this outstanding post. Very well written. Read about SharePoint freelancers in chennai from Maria Academy.
Buat pelarasan gaji cuepacs kesian penjawat awam yg lama2 ni..sebab tu gaji kena di semak semula..
Pihak swasta dah dapat keluarkan duit kwsp 10K, penjawat awam pengeluaran awal gcr 80 hari hingga kini masih sepi...
Betul tu...time base kali kedua x relevan mesti 13 thn jugak spt kali pertama...sepatutnya 10 thn
Betul tu termasuk saya..sunyi & sepi
Entahla apa fungsi Ceupacs ni kepada kebajikan Penjawat Awam pun tak tahu... Tak ada langsung fungsi yang Ceupacs buat demi menjamin kebajikan Penjawat Awam untuk membela Penjawat Awam... Selama 22 tahun kerja, rasanya dah hampir 18 tahun x ada langsung perkara yang berjaya Ceupacs buat yang memberikan faedah kepada Penjawat Awam... yang ada cuma mohon kerajaan kaji dan kaji tapi langsung tak tegas dalam melaksanakannya.. Ingalah bahawa amanah dan tanggungjawab yang diberikan kepada Ceupacs adalah membantu membela dan menjaga kebajikan Penjawat Awam, jika tidak dapat menjalankan tugas yang telah diamanahkan tersebut, bagaimana pula dengan kerbekatan rezeki daripada gaji yand diterima kakitangan Ceupacs setiap bulan tersebut? Mohon la agar Ceupacs lebih peka dan tegas serta berkerja dengan lebih baik dalam setiap perkara yang dibangkitkan kepada kerajaan seperti permohonan pelarasan gaji yang rata-rata Penjawat Awam menunggu apa kesudahannya... Jangan hanya mampu bercakap tapi tak dapat laksanakan... Jika Ceupacs tidak berfungsi seperti mana yang dipertanggunjawabkan rasanya Ceupacs ni perlu dibubarkan kerana tidak mampu menjaga Penjawat Awam..
CADANGAN : TIME BASE KALI KEDUA - 5 TAHUN (BARULAH SEMANGAT MAU KERJA)
8 thn pon ok doh
Bila lah nak umum pelarasan gaji,kgt pn xpnah semak lama dah..
Minta Ceupacs ni lebih berani dan tegas dalam memperjuangkan kebajikan Penjawat Awam... Kakitangan Sokongan terutamanya amatlah tertekan dengan keadaan ekonomi sekarang ni yang mana kenaikan harga semua barang yang amat membebankan serta kos sara hidup harian yang semakin meningkat dimana kadar gaji serta kenaikan gaji tahunan yang tidak setimpal dengan keadaan semasa amat sukar untuk menguruskan kelangsungan hidup penjawat awam terutamanya kakitangan sokongan ini.. Mohon la agar Ceupacs ni sebagai perantara didalam membela kebajikan Penjawat Awam dengan Kerajaan dapat menyelesaikan perkara yang sentiasa diharapkan oleh semua Kakitangan Sokongan terutamanya didalam menyelesaikan perkara yang berkenaan dengan Pelarasan Gaji agar penghujungnya adalah sinar dan bukannya kekecewaan yang diterima. Jika perkara ini pun tidak dapat diselesaikan maka tiada maknanya Ceupacs ini diwujudkan.
TOLONG NAIKKAN GAJI PERKHIDMATAN AWAM TERUTAMA SEKALI BAGI B40 DAN M40
KAMI TERTEKAN KETIKA INI DENGAN KEADAAN KENAIKAN HARGA SEMUA BARANG .PLEASEEEEEEE
maaf bkn tak bersyukur tapi rm500 tue mmg tak cukup dgn cost hidup skrg tue bkn shopping kat mall besar yer hanya kedai biasa....... pastu bila nak kaji gaji.... masih ada lae ker gaji bersih tak lebih rm1500 sedih wooooooooo
OPR naik, maka kadar asas (BR) & kadar pinjaman asas akan naik. Maka potongan pinjaman kami sebagai penjawat awam juga akan naik. Haduihhh... Bila laah nak bagi kenaikan gaji nih.. sesak nih
MOhon pihak cuepacs cadangkan kepada kerajaan selepas ini bagi pemberian bantuan khas aidilfitri atau yang sama waktu dengannya agar memberi bantuan yang lebih kepada golongan B40 atau gred 41 ke bawah. bantuan sama rata 500 kepada gred 56 ke bawah tak releven langsung. gred 44 - 56 gaji dah 7ribu ke atas. tambah yang gred 56 gaji dah belas-belas ribu. apa kejadahnya bagi bantuan pada kumpulan tersebut. sedangkan gred 41 kebawah stryggle gila nak hidup tambah2 dengan kos sara hidup yang tinggi. padahal bantuan 500 ni bagi gred 44 - 56 silap2 mereka buat saving. tak pakai pun. mohon kerajaan pikir logik dan mohon pihak cuepacs buat permohonan agar pemberian bantuan dilebihkan kepada golongan gred 41 ke bawah dankurangkan bantuan bagi golongan gred 44-56 atau tak payah bagi langsung bantuan tu. mohon tindakan pihak cuepacs
Catat Ulasan