SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

05 Oktober 2022

Segera cari mekanisme penyelesaian gaji penjawat awam – CUEPACS

 MalaysiaGazette
4 oktober 2022


KUALA LUMPUR – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menggesa Kerajaan Negeri dan Persekutuan bersama-sama mencari mekanisme penyelesaian segera berkaitan isu gaji penjawat awam yang dilihat tidak memadai dengan persekitaran semasa ekonomi ketika ini.

Presidennya, Adnan Mat berkata, CUEPACS menyokong sepenuhnya komitmen Kerajaan Negeri Sarawak di bawah kepimpinan Tan Sri Abang Johari Openg yang sedang mengkaji beberapa mekanisme bagi memastikan penjawat awam di negeri itu menerima kebajikan kewangan yang lebih baik.

Menurutnya, usaha ini sewajarnya diikuti oleh kerajaan-kerajaan negeri yang lain dengan Kerajaan Persekutuan perlu bertindak sebagai penyelaras.


”CUEPACS yakin penglibatan yang serius di peringkat negeri dan persekutuan mampu mencari mekanisme berkesan bagi menyelesaikan permasalahan gaji penjawat awam supaya lebih ‘mesra’ dengan persekitaran ekonomi semasa negara,” katanya dalam kenyataan di sini.

Tambah Adnan, hasrat ini jugalah yang diperjuangkan oleh CUEPACS supaya kerajaan memberikan keutamaan untuk menyemak semula gaji dan elaun yang diterima oleh penjawat awam pada masa kini dalam menangani kesan perubahan kenaikan harga barangan.

Ketika ini sektor swasta telah melaksanakan gaji minimum RM1,500 berkuatkuasa 1 Mei lalu dan ia wajar diikuti sektor awam bagi mengimbangi keperluan semasa penjawat awam.

Lagipun, situasi ekonomi semasa yang menyaksikan peningkatan harga rumah serta kejatuhan mata wang memerlukan penetapan gaji minimum baharu diatas pendapatan garis kemiskinan (PGK).

Jelas beliau, CUEPACS yakin penetapan gaji minimum baharu untuk sektor awam dengan diikuti latihan dan pembangunan mampu meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan awam kepada rakyat. – MalaysiaGazette

13 ulasan:

N berkata...

Parlimen dh bubar. Bajet 2023 dh bentang tp kelulusan blm lagi. Yg GCR pula tak tau ada ke tidak. Skrg ni gaji maksima pulak. Kami bknnya tak besyukur ke apath lagi nk membantah tetapi suara kami as pnjwat awam mcm tak d dgri. Yg trgendla sblm ni suarakn dulu supaya org² ats tu btl² mndgr n memahami permintaan kami.

Tanpa Nama berkata...

GCR Award Wang Tunai itu patut ambil peduli..jangan dibiar macam tu je. Sebaiknya wujudkan portal/media utk bertanya dan ada respon. Jangan biar pa mencari dimana medium utk bertanya dgn sendiri. Apa yg tlh diputuskan, dibincangkan, diluluskan... Itu yang DIDAHULUKAN DAN DILAKSANAKAN...

NiagaSambilDakwahOnline berkata...

Begitulah, tiada lagi berita gembira buat penjawat awam.

Tanpa Nama berkata...

Cuepacs patut ambil tahu ni mslh gcr tak settle lagi...
Tak boleh hanya tunggu, tengok dan bersabar...
Sbb jika tak, org bwh akan selalu jadi sebegini... Asyik org atas shj... Double standard...

Tanpa Nama berkata...

CUEPACS kena bantu kakitangan awam untuk 'memaksa' kerajaan untuk membayar award tunai GCR sesegera mungkin. Sepatutnya kalau tidak ada duit mau bayar tidak payahlah tabur janji dan sehingga ke hari ini sesenpun kami belum terima walau telah memohon sejak Mac lalu..

Tanpa Nama berkata...

Tukar kerajaan dan seterusnya tukar pimpinan cuepacs. Putus sudah kasih sayang.

Tanpa Nama berkata...

Minta ceupacs settlekan GCR sebelum mengundi ini..... Jangan omong kosong je....

Tanpa Nama berkata...

Thn ni mmg xde gcr.jgn mgharap la.mmg xde.sekadar penyedap halwa telinga penjawat awam je

Tanpa Nama berkata...

Lepas mngundi pn blom tentu gcr akan keluar..percaya la

Tanpa Nama berkata...

Penyelesaian gaji?..GCR...? Kerajaan silih berganti...

Garry yee berkata...


Mana tak nye kalau basic gaji 1200 dan kgt rm80.. untuk yg penjawat awam gred 11 serapkan ke gred 19.. sama juga penjawat awam bahagian lain seperti PDRM YP1 dan YT1 serapkan kepada YA1 tak perlu kena ambik peperiksaan khas sebab dah berkhidmat lama.. dengan cadangan ini, boleh menyelesaikan masalah gaji kumpulan gred sokongan 11 semua.. saya berharap cadangan saya ni dapat perhatian daripada pihak CUEPACS

Tanpa Nama berkata...

Presiden Cuepacs jgn buta mata dan hati... penjawat awam rendah 2016 naik 1200... bagaimana pula penjawat awam rendah yg telah lama berkhidmat basic gaji tidak naik...nak berlaku adil biar cerdik presiden CUEPACS....klau gaji org baru dulu drp bacis RM920 naik ke RM1200 maknanya perbezaan RM280.Sedangkn gaji penjawat awam rendah yg telah lama berkhidmat melebihi 10 tahun tidak dinaikkan.Cuba presiden CUEPACS buka mata klau org baru naik RM280...org dh lama berkhidmat perlu dinaikkan juga RM280 FAHAM.... PENJAWAT AWAM RENDAH yg telah lama berkhidmat lansung presiden CUEPACS tidak pandang... Allah bagi kte mata UTK melihat... gunakanlah dgn seadilnya...terima kasih...semoga mesg yg sya sampaikan presiden CUEPACS buka mata dan hati.

Mohd berkata...

Jgn nti gaji org baru masuk drp 1200 ke 1800... penjawat awam rendah yg telah lama berkhidmat jgn presiden CUEPACS buat² x tahu...jauh beza RM1200 ke RM1800 tu...RM600 haa... penjawat awam berkhidmat lama jgn presiden CUEPACS x naikkan mcm tahun 2016 dahulu... penjawat awam rendah berkhidmat 10 tahun hnya mampu melihat dan gigit jari melihat penjawat awam rendah baru masuk gaji RM1200...