SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

10 Disember 2012

PENGAMBILAN PENJAWAT AWAM DIJANGKA KURANG TAHUN DEPAN - PENGERUSI SPA

Bernama
8/12/2012


PUTRAJAYA, Dis 8 (Bernama) - Pengambilan penjawat awam dijangka berkurangan pada tahun depan berikutan pelaksanaan opsyen pelanjutan umur persaraan daripada 58 tahun kepada 60 tahun, kata Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Tan Sri Mahmood Adam pada Sabtu.

Secara purata, beliau berkata SPA menerima hampir 1.2 juta permohonan kerja setiap tahun dan kira-kira 40,000 calon diambil untuk berkhidmat dalam sektor awam.

"Pada tahun ini dan tahun depan, ramai penjawat awam telah memilih opsyen untuk bersara pada umur 60 tahun, maka pengambilan sudah berkurang.

"Namun, selepas tahun depan, apabila ramai yang bersara pada usia 60 tahun, jumlah pengambilan akan bertambah sekurang-kurangnya 10 peratus. Saya menjangkakan sekurang-kurangnya 50,000 penjawat awam akan diambil," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pengenalan Kepada Skil Pekerjaan Sektor Awam di Pejabat SPA di sini.

Mahmood berkata seminar yang pertama kali diadakan ini bertujuan untuk membantu calon yang memohon pekerjaan dengan SPA agar melengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran skil pekerjaan sekali gus dapat meningkatkan peratusan kebolehdapatan pekerjaan di sektor awam.

-- BERNAMA

08 Disember 2012

OPSYEN BARU PENCEN STAF AWAM

Utusan Malaysia
8/12/2012

 

TANJUNG MALIM  7 Dis. - Kerajaan bercadang memperkenalkan skim yang bakal memudahkan pertukaran keluar masuk ke perkhidmatan awam di negara ini tanpa terikat dengan sistem pencen mulai 2014.Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman berkata, cadangan yang hanya melibatkan lantikan baharu itu bagaimanapun adalah pilihan kepada sistem pencen sedia ada.Beliau berkata, skim dinamakan Faedah Persaraan Bercarum (FPB) itu pernah dicadangkan pada 2005 namun ditolak CUEPACS kerana caruman dan faedahnya yang sedikit.
Menurutnya, CUEPACS telah diberi taklimat semalam oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Bahagian Pasca Perkhidmatan dan skim itu ketika ini baru dibincangkan di peringkat awal. 

"Kita belum membuat sebarang keputusan dan akan membawa perkara ini ke kongres untuk melihat pro dan kontranya supaya tiada sebarang pihak yang teraniaya."Melalui skim ini, seseorang yang berhenti daripada kerajaan contohnya, pada umur 40 tahun akan dibayar penuh, kemudian kerja di syarikat milik kerajaan (GLC) dan boleh kembali bekerja di sektor awam dengan skim FPB yang sememangnya lebih baik daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis bicara eksekutif isu kenaikan gaji, elaun dan tuntutan CUEPACS di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), di sini hari ini. 

Sempena majlis tersebut, beliau turut melancarkan Skuad Pengguna, penerbitan Suara Perjuangan Kelab Perkhidmatan Awam (KPA) dan Tabung Gaza oleh UPSI.Omar berkata, skim FPB itu berkemungkinan menarik minat golongan muda peringkat atasan iaitu gred 41 ke atas yang gemar bertukar pekerjaan selain tidak terikat dengan kerajaan.Namun katanya, skim itu juga boleh mendatangkan kesan kepada penjawat awam peringkat bawahan kerana tidak mendatangkan pulangan caruman yang banyak."Bagaimanapun, skim ini tidak melibatkan mereka yang sedang dalam perkhidmatan ketika ini," jelasnya yang turut mengakui negara lain termasuk Singapura telah melaksanakan skim seumpama itu.


Artikel Penuh:

CUEPACS BINCANG SKIM FAEDAH BERCARUM DALAM MASA TERDEKAT - OMAR OSMAN

Bernama
7/12/2012



TANJUNG MALIM, 7 Dis (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) akan bermesyuarat dalam masa terdekat untuk memutuskan sama ada bersetuju atau membantah berhubung cadangan kerajaan memperkenal skim Faedah Pencen Bercarum (FPB). Presidennya Datuk Omar Osman berkata beliau telah mendengar taklimat wakil Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) semalam berhubung cadangan kerajaan menawarkan skim itu kepada penjawat awam yang baru dilantik.

Bagaimanapun, Omar enggan mengulas lanjut mengenai butiran taklimat tersebut.


Beliau berkata demikian pada kepada pemberita selepas menghadiri Sesi Bicara Eksekutif mengenai Isu Kenaikan Gaji, Elaun dan Tuntutan Cuepacs anjuran Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) anjuran Kesatuan Pegawai Am UPSI di sini, hari ini.
Omar berkata sekiranya ia dilaksanakan, kerajaan perlu menawarkan pilihan kepada penjawat awam sama ada untuk memilih skim FPB atau skim pencen demi memastikan pekerja mempunyai simpanan kewangan yang mencukupi apabila mencapai usia persaraan kelak.

"Cuepacs sebelum ini telah membantah skim FPB kerana bimbang ia akan memberi kesan buruk kepada pesara dalam jangka masa panjang, tetapi selepas mendengar taklimat JPA semalam, skim FPB yang baru ini lebih baik berbanding skim yang sama dicadangkan untuk dilaksanakan dulu," katanya.
Skim FPB itu pernah dicadangkan kerajaan pada tahun 2006 tetapi dibantah Cuepacs. FPB diwujudkan dengan tujuan menjimatkan perbelanjaan kerajaan di samping menyediakan pakej persaraan lebih lumayan kepada penjawat awam yang baru dilantik.

Selain itu, Omar meminta kerajaan menyemak semula skim gaji penjawat awam beruniform iaitu polis, bomba, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), dan Jabatan Imigresen kerana pekerjaan mereka berisiko tinggi.
Selain itu, golongan penjawat awam beruniform perlu mendapat faedah pampasan yang lebih baik setimpal dengan tahap risiko yang dihadapi dalam tugasan harian mereka, katanya.

-- BERNAMA

07 Disember 2012

PENCEN BERCARUM: CUEPACS MAHU KERAJAAN BERI PILIHAN

Sinar Harian
7 Disember 2012

logo cuepacs  
 
TANJUNG MALIM - Cuepacs akan bermesyuarat dalam masa terdekat untuk memutuskan sama ada bersetuju atau membantah berhubung cadangan kerajaan memperkenal skim Faedah Pencen Bercarum (FPB).Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, beliau telah mendengar taklimat wakil Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) semalam berhubung cadangan kerajaan menawarkan skim itu kepada penjawat awam yang baru dilantik.

Bagaimanapun, Omar enggan mengulas lanjut mengenai butiran taklimat tersebut.Beliau berkata demikian pada kepada pemberita selepas menghadiri Sesi Bicara Eksekutif mengenai Isu Kenaikan Gaji, Elaun dan Tuntutan Cuepacs anjuran Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) anjuran Kesatuan Pegawai Am UPSI di sini, hari ini.Omar berkata, sekiranya ia dilaksanakan, kerajaan perlu menawarkan pilihan kepada penjawat awam sama ada untuk memilih skim FPB atau skim pencen demi memastikan pekerja mempunyai simpanan kewangan yang mencukupi apabila mencapai usia persaraan kelak.

"Cuepacs sebelum ini telah membantah skim FPB kerana bimbang ia akan memberi kesan buruk kepada pesara dalam jangka masa panjang, tetapi selepas mendengar taklimat JPA semalam, skim FPB yang baru ini lebih baik berbanding skim yang sama dicadangkan untuk dilaksanakan dulu," katanya.Skim FPB itu pernah dicadangkan kerajaan pada tahun 2006 tetapi dibantah Cuepacs. FPB diwujudkan dengan tujuan menjimatkan perbelanjaan kerajaan di samping menyediakan pakej persaraan lebih lumayan kepada penjawat awam yang baru dilantik.

Selain itu, Omar meminta kerajaan menyemak semula skim gaji penjawat awam beruniform iaitu polis, bomba, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), dan Jabatan Imigresen kerana pekerjaan mereka berisiko tinggi.Selain itu, golongan penjawat awam beruniform perlu mendapat faedah pampasan yang lebih baik setimpal dengan tahap risiko yang dihadapi dalam tugasan harian mereka, katanya. - Bernama

04 Disember 2012

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PERKHIDMATAN AWAM

Utusan Malaysia
3/12/2012


SAYA sebagai seorang penjawat awam ingin mengemukakan beberapa cadangan untuk penambahbaikan kepada perkhidmatan awam demi kebaikan para penjawat awam. Saya mohon supaya cadangan ini diambil perhatian oleh Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam (SKMTPA), JPA dan CUEPACS.Pada masa sekarang bayaran Ganjaran Wang Tunai atau Golden Hand Shake (GHS) hanya diambil kira selama 150 hari sahaja. Saya cadangkan supaya kiraan GHS tiada had sebab ramai pegawai yang mempunyai banyak cuti tetapi terpaksa dilupuskan sahaja kerana tidak boleh ambil cuti kerana kepentingan perkhidmatan. Demi keadilan saya berharap pihak-pihak berkuasa mengambil serius perkara ini.

Buat masa sekarang had tempoh perkhidmatan untuk perkiraan pencen ialah 30 tahun. Saya ingin mencadangkan supaya tempoh perkiraan pencen tiada had iaitu diambil kira tempoh PERKHIDMATAN SEBENAR. Ini kerana ada kakitangan kerajaan yang berkhidmat sehingga 35 tahun dan ada yang lebih daripada itu. Adalah tidak adil kepada kakitangan yang telah berkhidmat lama tetapi tidak diambil kira perkhidmatannya.Ramai pegawai awam yang memiliki ijazah Sarjana tetapi tidak mendapat apa-apa manfaat kerana peluang kenaikan pangkat yang terhad. Saya cadangkan supaya diberi imbuhan khas bulanan kepada mereka ini sebagai menghargai pengorbanan dan penat lelah mereka menyambung pelajaran, meninggalkan anak dan isteri, membelanjakan banyak wang ringgit sendiri dan lain-lain lagi.

Pada masa sekarang ada beberapa skim perkhidmatan yang dibayar Elaun Kritikal. Agak pelik kerana Kumpulan Sokongan diberi elaun 10 peratus daripada gaji manakala untuk Kumpulan Pengurusan & Profesional diberi 5 peratus. Ini agak kurang adil kerana pegawai Kumpulan Sokongan yang bergred 32, 36 atau 38 akan mendapat elaun yang lebih berbanding pegawai yang bergred 41, 44 dan 48 disebabkan gaji mereka sudah tinggi. Adalah tidak logik apabila ' anak buah ' mendapat elaun kritikal lebih banyak daripada ' boss '.

© Utusan Melayu (M) Bhd

Cadangan penambahbaikan perkhidmatan awam

SAYA sebagai seorang penjawat awam ingin mengemukakan beberapa cadangan untuk penambahbaikan kepada perkhidmatan awam demi kebaikan para penjawat awam. Saya mohon supaya cadangan ini diambil perhatian oleh Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam (SKMTPA), JPA dan CUEPACS.
Pada masa sekarang bayaran Ganjaran Wang Tunai atau Golden Hand Shake (GHS) hanya diambil kira selama 150 hari sahaja. Saya cadangkan supaya kiraan GHS tiada had sebab ramai pegawai yang mempunyai banyak cuti tetapi terpaksa dilupuskan sahaja kerana tidak boleh ambil cuti kerana kepentingan perkhidmatan. Demi keadilan saya berharap pihak-pihak berkuasa mengambil serius perkara ini.
Buat masa sekarang had tempoh perkhidmatan untuk perkiraan pencen ialah 30 tahun. Saya ingin mencadangkan supaya tempoh perkiraan pencen tiada had iaitu diambil kira tempoh PERKHIDMATAN SEBENAR. Ini kerana ada kakitangan kerajaan yang berkhidmat sehingga 35 tahun dan ada yang lebih daripada itu. Adalah tidak adil kepada kakitangan yang telah berkhidmat lama tetapi tidak diambil kira perkhidmatannya.
Ramai pegawai awam yang memiliki ijazah Sarjana tetapi tidak mendapat apa-apa manfaat kerana peluang kenaikan pangkat yang terhad. Saya cadangkan supaya diberi imbuhan khas bulanan kepada mereka ini sebagai menghargai pengorbanan dan penat lelah mereka menyambung pelajaran, meninggalkan anak dan isteri, membelanjakan banyak wang ringgit sendiri dan lain-lain lagi.
Pada masa sekarang ada beberapa skim perkhidmatan yang dibayar Elaun Kritikal. Agak pelik kerana Kumpulan Sokongan diberi elaun 10 peratus daripada gaji manakala untuk Kumpulan Pengurusan & Profesional diberi 5 peratus. Ini agak kurang adil kerana pegawai Kumpulan Sokongan yang bergred 32, 36 atau 38 akan mendapat elaun yang lebih berbanding pegawai yang bergred 41, 44 dan 48 disebabkan gaji mereka sudah tinggi. Adalah tidak logik apabila ' anak buah ' mendapat elaun kritikal lebih banyak daripada ' boss '.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Forum/20121203/fo_02/Cadangan-penambahbaikan-perkhidmatan-awam#ixzz2ELSZVtIE
© Utusan Melayu (M) Bhd

02 Disember 2012

KSN GESA DASAR-DASAR KERAJAAN DILAKSANAKAN DENGAN KADAR SEGERA

Bernama
28/11/2012


PUTRAJAYA, 27 Nov (Bernama) -- Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa pada Selasa menasihatkan penjawat awam supaya melaksanakan dasar-dasar yang telah diluluskan oleh kerajaan dengan kadar segera.

Beliau berkata orang ramai mengharapkan pelaksanaan segera selepas pengumuman dasar-dasar itu.


"Apa gunanya mengumumkan dasar-dasar itu tetapi kita melaksanakannya selepas dua tahun kemudian. Kita perlu buktikan yang kita bersedia melaksanakan mana-mana dasar atau pembaharuan," katanya pada majlis perasmian " Persidangan Kebangsaan mengenai Pemupukan Inovasi dan Kreativiti Sektor Awam Bagi Prestasi dan Responsif Lebih Baik' di sini.


Ali berkata adalah penting untuk perkhidmatan awam mengguna pakai aktiviti dan program inovatif bagi mengekalkan prestasi tinggi.


Program berkenaan juga perlu komprehensif iaitu daripada segi ia perlu melibatkan pemimpin tertinggi perkhidmatan awam sehingga kepada peringkat pelaksana, serta mengambil kira semua aspek dan kemungkinan yang wujud.


-- BERNAMA

01 Disember 2012

PROSES PENAMBAHBAIKAN PERKHIDMATAN AWAM MESTI BERTERUSAN, TIDAK STATIK - ALI HAMSA

Bernama
Daripada Ahmad Shukran Shaharudin
30/11/2012



MADINAH, 30 Nov (Bernama) -- Malaysia Juamaat memberitahu satu forum antarabangsa di sini bahawa penambahbaikan penyampaian perkhidmatan awam seharusnya menjadi proses berterusan tanpa henti, walaupun selepas sasaran kemajuanya tercapai.

Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa berkata penjawat awam perlu memikirkan kemajuan seterusnya yang boleh mereka lakukan bukannya mengekalkan semua yang mungkin dibuat bagi memenuhi keperluan rakyat.

"Mereka (pegawai penjawat awam) perlu berfikir di luar daripada kotak tentang perkara yang akan mereka lakukan seterusnya untuk bergerak ke hadapan dan bukannya mengatakan bahawa mereka telah melakukan segala yang mungkin," katanya pada forum ketika berkongsi pengalaman Malaysia pada sesi bertemu pemimpin e-kerajaan di Madinah yang hadiri, kira-kira 100 orang, di sini.

Ali berkata demikian dalam kertas kerja bertajuk 'The Malaysian Public-Private Partnership (PPP) Experience - Live Case on a Successful Malaysian PPP Model' pada forum anjuran Institut Madinah bagi Kepimpinan dan Keusahawanan (MILE).

Memberi contoh proses untuk memperoleh pasport Malaysia, beliau berkata Jabatan Imigresen boleh memproses permohonan tersebut dan menyerahkan pasport kepada pemohon dalam tempoh sejam berbanding, beberapa bulan sebelum ini.

"Dalam kes ini, selepas ini mungkin, pasport tamat tempoh boleh diperbaharui dengan mudah dan dihantar ke rumah, keesokan harinya," katanya.

Ali juga memberitahu para peserta bahawa perkongsian awam-swasta terbukti penting dalam banyak aspek pembangunan negara, selaras dengan wawasan menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi yang maju, menjelang 2020.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif MILE Dr Mohamed Moustafa Mahmoud berkata kerajaan hari ini mencari platform yang kukuh untuk mencipta semula dirinya dan digalak untuk mengubah daripada paradigma birokrasi tradisi.

"Tempat ini menekankan pemiawaian, penjabatan dan kecekapan kos operasi," katanya sambil menambah bahawa paradigma e-kerajaan memberi tumpuan kepada kerjasama pembangunan rangkaian yang diselaras, kerjasama luaran dan perkhidamtan pelanggan.

Dr Mohamed berkata minat yang semakin meningkat dalam e-kerajaan meletakkan tuntutan tentang bagaimana kerajaan boleh meningkatkan penerimaan dan penggunaan perkhidmatan kerajaan oleh rakyat.

"E-kerajaan menjadi penting, berikutan potensinya untuk mengurangkan kos dan meningkatkan perkhidmatan, berbanding kaedah alternatif tradisional (daripada perkhidmatan)," katanya.



-- BERNAMA

30 November 2012

SKM SASAR 45 BUAH KOPERASI BURUNG WALIT MENJELANG 2020

Bernama
29/11/2012



BUTTERWORTH, 29 Nov (Bernama) -- Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) menyasarkan penglibatan 45 buah koperasi dengan perolehan sehingga RM8.95 juta menjelang tahun 2020 bagi aktiviti penternakan dan perusahaan burung walit.

Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Tan Lian Hoe berkata pihaknya yakin sasaran itu mampu dicapai kerana industri tersebut semakin berkembang berikutan permintaan yang tinggi dari luar negara.


"Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah merangka pelan induk pembangunan industri sarang burung walit bagi menambah bilangan pengusaha yang mampan. "Jadi saya percaya jumlah koperasi burung walit juga akan bertambah menjelang tahun 2020 dan ia pasti memberi manfaat besar kepada semua pihak," katanya selepas Majlis Penyerahan Sijil Pendaftaran Koperasi Penternak Burung Walit Malaysia Berhad, di sini hari ini.


Yang turut hadir Pengerusi Lembangan Koperasi Penternak Burung Walit Malaysia Berhad Datuk Ng Siew Lai.


Ng dalam ucapannya berkata koperasi itu ditubuhkan pada 20 Nov lepas dengan keanggotaan seramai 240 pengusaha dan penternak burung walit di seluruh Malaysia.


"Penubuhan koperasi itu merupakan platform kepada Persatuan Penternak Burung Walit Malaysia untuk terus berusaha meningkatkan pengeluaran dan tahap kualiti produk sarang burung walit selaras dengan permintaan pasaran antarabangsa," katanya.


Katanya koperasi juga merancang untuk menubuhkan pusat latihan memproses sarang burung walit supaya dapat melatih lebih ramai pekerja yang mahir dalam industri memproses produk berkenaan.


"Ia juga secara tidak langsung mampu mewujudkan banyak peluang pekerjaan untuk warga tempatan kerana pada masa ini anggaran jumlah hasil keluaran sarang burung walit ialah 50 metrik tan sebulan dan melibatkan pekerja memproses seramai 30,000 orang," katanya.


Sementara itu, Tan semasa merasmikan Majlis Penyerahan Kad Skuad Pengguna pada majlis berasingan berkata penjenamaan semula kad pengguna telah mendapat sambutan baik dari pelbagai pihak terutama badan bukan kerajaan (NGO) dan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS).


Katanya sokongan itu jelas menunjukkan masyarakat telah mempunyai kesedaran yang tinggi untuk mengamalkan hak pengguna.


"Saya difahamkan CUEPACS akan memberi sokongan jitu terhadap skuad pengguna dan kerjasama yang ditawarkan itu, saya percaya dapat membantu aktiviti skuad pengguna di kalangan ahli persatuannya seramai 4 juta orang di seluruh Malaysia," katanya.


Beliau berkata menerusi penjenamaan skuad pengguna yang merupakan 'mata dan telingga' kerajaan, anggotanya akan mendapat keistimewaan antaranya kad diskaun di 142 rakan dagang.


-- BERNAMA

29 November 2012

WANITA LETAK TIGA PERMOHONAN

Utusan Malaysia
29/11/2012

Shahrizat Abdul Jalil bersama barisan Exco Pergerakan Wanita UMNO mengangkat tangan semasa Perhimpunan Pergerakan Wanita UMNO 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 28 Nov. - Pergerakan Wanita UMNO memohon tiga perkara untuk pertimbangan kerajaan termasuk memastikan suami isteri yang bekerja berjauhan, dapat ditugaskan berdekatan antara satu sama lain.Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, pihaknya mahu permohonan suami isteri yang mahu ditugaskan berdekatan dapat dilayan dalam tempoh masa paling lama setahun dari tarikh permohonan."Langkah ini penting untuk kita memberi perhatian kepada pengukuhan institusi keluarga dan saya yakin prestasi dan produktiviti kerja mereka pastinya dapat ditingkatkan lagi sekiranya masalah ini dapat diselesaikan," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Beliau berkata, Wanita UMNO juga menyokong permintaan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) supaya kakitangan awam yang telah mencapai tahap gaji maksimum diberikan kenaikan gaji tahunan kerana secara praktisnya setakat ini pegawai awam yang telah mencecah mata gaji maksimum tidak menikmati kenaikan gaji itu.
"Kita sedar kakitangan awam itu tidak dinaikkan pangkat kerana terhadnya bilangan pangkat yang ada. Justeru, Wanita UMNO merasakan amatlah wajar mereka diberikan kenaikan gaji tahunan, seiring dengan kenaikan kos hidup dan sumbangan mereka kepada negara," katanya.

Shahrizat turut meminta pemberian dividen dan bonus Lembaga Tabung Haji dinaikkan sekurang-kurang sama seperti yang dinikmati oleh pemegang Amanah Saham Bumiputera (ASB).Dalam ucapan yang bertema Anjakan untuk Melonjakkan Kemenangan itu, beliau turut mendedahkan tentang tiga hasrat yang ingin dicapainya semasa memegang amanah dan tanggungjawab sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sebelum ini iaitu menghentikan diskriminasi sama ada tersirat mahupun tersurat terhadap wanita.

"Kedua, menentukan semua perundangan, polisi dan peraturan berkaitan dengan wanita, keluarga, kanak-kanak, orang kurang upaya (OKU), warga emas, isu kebajikan dan kemasyarakatan diberi keutamaan bagi membantu dan melindungi kumpulan sasar ini daripada sebarang bentuk penindasan dan diskriminasi, malah saya mahu lihat pembangunan dan kejayaan mereka dan ketiga, mengarusperdanakan kesemua isu ini dalam perancangan kerajaan dan melaksanakannya dalam kehidupan seharian," katanya.Dalam pada itu, Shahrizat bersyukur kerana kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang sentiasa mendengar permintaan dan keluh kesah golongan wanita di negara ini termasuk meningkatkan bilangan wanita sebagai pembuat dasar sekurang-kurangnya 30 peratus sejak 2004.

"Sejak dasar ini diumumkan, penyertaan wanita di peringkat pembuat keputusan dalam sektor awam telah meningkat kepada 31.7 peratus pada 2011 berbanding hanya 18.8 peratus pada 2004. Tambah memberangsangkan ialah hasil perjuangan kita, kini terdapat enam wanita dalam kalangan 24 orang Ketua Setiausaha Kementerian dan merupakan sejarah pencapaian terbaik wanita," katanya.

Begitu juga pencapaian dalam bidang pendidikan katanya, telah menyebabkan ramai wanita bukan hanya bertugas di rumah tetapi juga mempunyai kerjaya yang hebat iaitu meningkat daripada 37 peratus pada 1970 kepada 44.7 peratus pada 1995 dan 47.9 peratus pada 2010.
"Mereka juga tidak lagi tertumpu pada pekerjaan yang separa mahir dan tidak mahir. Hari ini semakin ramai wanita telah menjadi profesional dan menceburi bidang yang dahulunya didominasi oleh golongan lelaki dan kini, 46.2 peratus daripada doktor adalah wanita, akauntan (49.6), doktor gigi (63.2) dan peguam (49.2),'' ujarnya.

26 November 2012

CUEPACS SAMBUT BAIK SARANAN KSN MAHU JPA FLEKSIBEL

Bernama
26/11/2012


KUANTAN, 26 Nov (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyambut baik saranan Ketua Setiausaha Negara yang mahu Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) fleksibel dalam menentukan penempatan semula agar tidak perlu mewujudkan jawatan baru dan menambah petugas dalam sektor perkhidmatan awam.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata cadangan Datuk Seri Dr Ali Hamsa itu merupakan satu daripada transformasi yang dilakukan kerajaan dalam memantapkan lagi penjawat awam dari segi kualiti dan kuantiti.

"Tidak perlu lagi penambahan jawatan baru apabila wujudnya kerja tambahan, sebaliknya JPA perlu letakkan pegawai yang sedia ada melakukan kerja tambahan melalui proses penyusunan semula tanpa perlu melantik pegawai baru," katanya kepada pemberita selepas majlis Hari Kualiti dan Inovasi 2012 di Universiti Malaysia Pahang Isnin.

Beliau berkata jabatan atau jawatan yang berkemahiran tinggi seperti sektor kesihatan, pendidikan dan keselamatan bagaimanapun memerlukan pelantikan baru serta penambahan anggota dari semasa ke semasa mengikut keperluan.

"Jawatan yang berkemahiran tinggi seperti doktor, jururawat, guru, polis dan sebagainya perlu ada lantikan baru, jawatan mereka tidak boleh dimansuh atau dibekukan kerana jawatan-jawatan ini penting," katanya.



-- BERNAMA

24 November 2012

KSN MAHU JPA FLEKSIBEL DALAM PENEMPATAN SEMULA KAKITANGAN AWAM

Bernama
21/11/2012


PUTRAJAYA, 21 Nov (Bernama) -- Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa mahu Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) fleksibel dalam menentukan penempatan semula agar tidak perlu mewujudkan jawatan baru dan menambah petugas dalam sektor perkhidmatan awam.

Beliau berkata kini terdapat 1.4 juta penjawat awam di seluruh negara dan tiada keperluan untuk mewujudkan jawatan tambahan dalam perkhidmatan awam bagi melaksanakan dasar baharu.


"Apabila ada kerja tambahan, jabatan dan agensi akan meminta tambahan penjawat awam dan jawatan. Apa yang boleh lakukan ialah meningkatkan produktiviti secara kreatif dan inovatif agar tidak perlu menambah jumlah jawatan dan bilangan penjawat awam.


"Dengan 1.4 juta penjawat awam adalah mencukupi dan kita hanya perlu untuk menempatkan semula mereka. Sehubungan itu, saya telah meminta JPA supaya lebih fleksibel dari segi penempatan semula.


"Walaupun terdapat skim berlainan, kita perlu melihat macam mana kita boleh 'break silo' (mentaliti yang melihat kepentingan terhad kepada jabatan, agensi dan kementerian mereka sahaja). Mungkin keperluan yang lebih banyak dalam sesuatu bidang dan kurang dalam bidang lain, maka kita boleh melakukan pertukaran dan sebagainya," katanya pada Majlis Ketua Setiausaha Negara Bersama Warga Kementerian Pelajaran Malaysia di sini pada Rabu.


-- BERNAMA

KSN: TIADA KOMPROMI BAGI PENJAWAT AWAM BOCOR RAHSIA KERAJAAN

Bernama
22/11/2012

PUTRAJAYA, 22 Nov (Bernama) -- Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa hari ini menegaskan kerajaan tidak akan berkompromi dan akan bertindak tegas terhadap penjawat awam yang membocorkan rahsia kerajaan.

Beliau berkata kegiatan seperti memalsukan dokumen, membocorkan maklumat serta menyebarkan maklumat sulit dan sensitif kepada pihak lain akan mengancam keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat.


"Perbuatan membocorkan rahsia kerajaan tidak boleh dikompromi sama sekali. Justeru itu, saya ingin mengingatkan semua Ketua Jabatan dan Pegawai Keselamatan Jabatan supaya lebih tegas dalam memberi teguran atau amaran dan mengambil tindakan tegas ke atas sebarang pelanggaran keselamatan termasuklah ketidakpatuhan, kecuaian, kelalaian penjawat awam sehingga menyebabkan berlakunya kebocoran rahsia rasmi kerajaan di agensi masing-masing," katanya.


Tindakan boleh diambil mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam 1993 atau Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88), katanya pada Konvensyen Keselamatan Perlindungan peringkat kebangsaan bertemakan "Mentransformasikan Keselamatan Perlindungan Seiring Transfromasi Perkhidmatan Awam" di Kementerian Kewangan di sini, Khamis.


Pada majlis itu, Ali menyampaikan sijil pengiktirafan Pengurusan Keselamatan Perlindungan 2012 kepada kementerian, jabatan dan agensi kerajaan iaitu Jabatan Peguam Negara, Unit Perancang Ekonomi (EPU), Parlimen Malaysia, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Pentadbiran Am Jabatan Perdana Menteri, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Lembaga Kemajuan Negeri Pulau Pinang, dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang.


-- BERNAMA

22 November 2012

KPKT SEDIA KAJI CADANGAN SKIM KHAS PENGUATKUASA PBT,JPJ - CHOR

Bernama
22/11/2012



KUALA LUMPUR, 22 Nov (Bernama) -- Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bersedia mengkaji cadangan mewujudkan skim khas untuk anggota dan pegawai penguatkuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Menteri berkenaan Datuk Seri Chor Chee Heung berkata kementerian boleh mengesyorkan perkara itu kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) jika terdapat keperluan yang wajar.

"Kita bukan penentu dalam perkara ini, tetapi JPA. Namun, tak salah kalau kementerian kaji dulu. Kalau didapati wajar, kita akan mencadangkan kepada JPA," katanya kepada pemberita selepas melancarkan sambutan Hari Tandas Sedunia Peringkat Kebangsaan 2012 di sini, Khamis.

Beliau mengulas permintaan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) semalam agar skim perkhidmatan khas diwujudkan untuk anggota dan penguasa PBT serta JPJ bagi membolehkan mereka menikmati faedah dan kemudahan seperti yang diperoleh penguasa daripada agensi lain.



-- BERNAMA

21 November 2012

CUEPACS SASAR 70 PERATUS PENJAWAT AWAM SERTAI SP1M MENJELANG FEB 2013

Bernama
21/11/2012


ALOR SETAR, 21 Nov (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mensasarkan sekurang-kurangnya 70 peratus penjawat awam memiliki kad Skuad Pengguna 1Malaysia (SP1M) menjelang Februari depan.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata sehingga kini kira-kira 2,000 penjawat awam telah menjadi ahli SP1M selepas ia dilancarkan di Johor, Negeri Sembilan dan Kedah.

"Kita sasarkan sehingga Februari ini semua 1.4 juta penjawat awam mempunyai kad ini dan jika tidak sampai, mungkin sekurang-kurangnya 70 peratus penjawat awam mempunyai kad skuad pengguna," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyerahan Kad Skuad Pengguna kepada ahli Cuepacs di sini pada Rabu.

Beliau berkata selepas ini peniaga tidak boleh mengambil kesempatan dengan menaikkan harga sesuka hati kerana mereka yang mempunyai kad pengguna tersebut adalah mata dan telinga Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

"Bila seluruh penjawat awam memboikot sesuatu barang disebabkan tidak puas hati dengan harga barang atau perkhidmatan yang ditawarkan, mungkin peniaga itu akan mengalami kerugian. Dengan cara ini saja kita boleh ajar peniaga yang ingkar.

-- BERNAMA

CUEPACS SETUJU KENAIAKAN PANGKAT SECARA TIME-BASED DIPERLUAS KE SELURUH SEKTOR AWAM

Bernama
21/11/2012


ALOR SETAR, 21 Nov (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyambut baik dan bersetuju dengan cadangan kerajaan supaya kenaikan pangkat secara 'timed-based', yang kini dinikmati sektor pendidikan dan kesihatan, diperluas kepada perkhidmatan awam lain.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata langkah ini sememangnya dinantikan penjawat awam lain.

"Kalau semua kementerian menggunakan kaedah time-based, itu satu perkara yang amat ditunggu-tunggu oleh semua penjawat awam, sebab di situ nanti mereka akan dapat meningkatkan produktiviti dan prestasi kerja mereka.

"Time-based ini tak sama dengan kenaikan KUP (Khas Untuk Penyandang). Time-based mesti ada satu mekanisma supaya yang naik berdasarkan kaedah time-based hanya yang betul-betul layak sahaja. Kalau dia naik jawatan tapi tak tau nak buat kerja apa pun, baik tak payah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyerahan Kad Skuad Pengguna kepada anggota Cuepacs di sini pada Rabu.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa berkaitan cadangan kerajaan berhubung perkara itu.

-- BERNAMA

19 November 2012

CUEPACS minta adakan taklimat khas

Berita Harian
19/11/2012


Kuala Terengganu: CUEPACS akan membuat pendirian muktamad hari ini berhubung kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).

Ia selepas perjumpaan dengan Kesatuan Pemandu-Pemandu Kementerian Kesihatan Malaysia di Hulu Kintar, Perak.
Sehubungan itu, CUEPACS yang turut dianggotai kira-kira 10,000 pemandu yang berkhidmat dalam sektor awam tidak mahu pendapatan kumpulan sokongan itu terjejas hanya untuk membayar saman AES.


CUEPACS menegaskan pihaknya bukan mahu membantah AES, tetapi sebelum dipasang dan dilaksanakan adalah lebih baik pihak terbabit memberi taklimat khas kepada pemandu terutama yang berkhidmat dengan jabatan dan sektor awam.

Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata apa membimbangkan CUEPACS ialah pemandu kenderaan sektor awam terutama apabila membawa pegawai atasan.

Katanya, jika ketua pengarah atau ketua jabatan mahu pergi mesyuarat, sudah pasti mereka mahu cepat dan akhirnya akan terperangkap dengan AES kerana memandu melebihi had laju.

Siapa kena bayar saman? Kalau sehari pemandu ini kena dua saman, RM600 dia kena bayar dan bukannya jabatan bayar... ini yang kita tidak mahu berlaku.
Kita juga difahamkan ada lokasi yang hendak dipasang AES tidak sesuai yang disifatkan perangkap dan ini yang membimbangkan, katanya.

Beliau ditemui selepas merasmikan Sambutan Jubli Emas ke-50 Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Lepasan Maktab Semenanjung Malaysia (KKGLMSM) Peringkat Kebangsaan di sini, semalam. Hadir sama Presiden KKGLMSM, Datuk Jemale Paiman

14 November 2012

CUEPACS BIDAS DEREK JOHN

Utusan Ma;aysia
oleh MD. AZRIN ROSLY
KUALA LUMPUR 14 Nov. - Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) membidas Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Derek John Fernandez yang mengeluarkan kenyataan kurang sopan berkaitan calon-calon bagi mengisi jawatan Datuk Bandar Petaling Jaya.Timbalan Presiden I CUEPACS, Azih Muda berkata, kenyataan tersebut tidak sepatutnya dikeluarkan kerana ia seperti memperkecilkan pegawai kerajaan yang dicalonkan untuk memegang sesuatu jawatan.

"Mana-mana pegawai yang disenaraikan dan dicalonkan oleh kerajaan sudah tentu mempunyai kredibiliti dan kemahiran tertentu menyebabkan dia dipilih."Jika dia tidak layak dan tidak mampu membuat kerja, sudah tentu tidak dilantik oleh kerajaan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.Beliau mengulas kenyataan Derek seperti dipetik daripada laporan akhbar The Malay Mail hari ini mengenai senarai pengganti Datuk Bandar MBPJ oleh Kerajaan Pusat iaitu: "Let's see who the candidates are. If they are going to nominate some monkeys, we will reject."

Dalam laporan tersebut, Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Ali Hamsa menjelaskan bahawa pertukaran Datuk Bandar MBPJ, Datuk Mohamad Roslan Sakiman adalah kenaikan pangkat yang akan mengetuai Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN).Menurut Ali, beberapa calon pengganti juga telah dikenal pasti untuk menggantikan Mohamad Roslan yang akan dilantik sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan) pada 1 Disember ini.

CUEPACS MAHU SEMUA JENIS ELAUN, INSENTIF PENJAWAT AWAM DIKAJI SEMULA

Bernama
14/11/2012


KOTA KINABALU, 14 Nov (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mahu semua jenis elaun dan insentif penjawat awam di seluruh negara termasuk imbuhan tetap perumahan dan bayaran insentif wilayah untuk Sabah dan Sarawak dikaji semula.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata perkara itu perlu memandangkan harga rumah dan kos sara hidup rakyat di negara ini semakin meningkat.

"Di mana-mana negeri, elaun tidak boleh dibeza-bezakan seperti dahulu sebab sekarang ini harga rumah dan kos sara hidup terlalu tinggi.

"Sebab itu Cuepacs menyuarakan supaya semua jenis elaun, insentif dan imbuhan tetap perumahan perlu dikaji semula bersama dengan kajian suruhanjaya transformasi perkhidmatan awam," katanya pada sidang akhbar di Kompleks Bersepadu Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, di sini Rabu.

Omar berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan pelbagai pihak agar elaun perumahan penjawat awam dari Sabah dan Sarawak yang bertugas di semenanjung atau sebaliknya diseragamkan.



-- BERNAMA

CUEPACS TUNTUT DEREK FERNANDEZ MOHON MAAF IBARATKAN PENJAWAT AWAM "MONYET"

Bernama
14/11/2012


KOTA KINABALU, 14 Nov (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menuntut ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) Derek Fernandez memohon maaf secara terbuka atas kenyataannya yang mengibaratkan penjawat awam sebagai 'monyet' ketika mengulas isu pertukaran Datuk Bandar MBPJ.

Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman berkata Cuepacs kesal dan memandang serius kenyataan itu dan mahu ahli MBPJ itu membetulkan kenyataan itu dalam masa terdekat kerana telah menghina dan menjejaskan imej perkhidmatan awam keseluruhannya.


"Kalau betul apa yang disebut oleh saudara (Derek Fernandez)..kita mahu beliau memohon maaf secara terbuka kepada seluruh penjawat awam dan dia juga kena buat pembetulan ayat itu.


"Kalau dia tidak minta maaf maka Cuepacs akan memanggil satu mesyuarat tergempar dan kita akan buat piket di hadapan bangunan di mana beliau bertugas...kita kesal kerana belum pernah berlaku seorang ahli majlis menyebut penjawat awam sebagai "monyet'," katanya pada sidang media di Kompleks Bersepadu Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan di Kepayan, dekat sini hari ini.


Omar mengulas kenyataan ahli majlis MBPJ itu berhubung pemilihan calon Datuk Bandar MBPJ oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi menggantikan penyandang Datuk Mohamad Roslan Sakiman yang dinaikkan pangkat ke jawatan baharu.


Fernandez dipetik sebagai berkata dalam akhbar Malay Mail, "let's see who the candidates are. If they are going to nominate some monkeys, we will reject" (mari tengok dulu siapa calonnya. Jika mereka nak calonkan 'monyet', kami akan tolak").


Omar berkata ini adalah kenyataan "biadab" kerana beliau "tidak sepatutnya mengelar siapa sahaja pegawai yang datang sebagai "monkey" kerana ia adalah di bawah bidang kuasa pihak JPA untuk menghantar pengganti yang sesuai.


"Bukan maknanya dia datang tak sesuai dan ditolak atau bila diganti dikatakan 'monkey'...ini satu perkara yang tidak boleh terima," katanya sambil berharap perkara seumpama itu tidak berulang.


-- BERNAMA

13 November 2012

INSENTIF KHAS LULUSAN IJAZAH, DIPLOMA TIDAK NAIK PANGKAT

Utusan Malaysia
13/12/2012


KOTA KINABALU 12 Nov. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menggesa kerajaan menyediakan insentif khas kepada penjawat awam yang tidak berpeluang dinaikkan pangkat meskipun mempunyai ijazah dan diploma.Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, pihaknya mencadangkan agar insentif khas sebanyak RM350 diberikan kepada pemegang ijazah dan RM200 kepada pemegang diploma.

Beliau bagaimanapun berkata, insentif berkenaan hanya layak diberikan kepada petugas yang mempunyai ijazah atau diploma yang berkaitan dengan jawatan mereka."Sekarang kita ada hampir 5,000 pekerja sektor awam yang ada ijazah atau diploma tetapi terhad untuk meningkat kepada jawatan lebih baik tertakluk kepada jawatan kosong."Jadi kita mahu walaupun tidak dinaik pangkat tetapi diberi insentif tersebut memandangkan mereka dibebankan dengan tugas berdasarkan pengalaman mereka," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Gabungan Majlis Presiden dan Setiausaha Kehormat Kesatuan Kakitangan Universiti Malaysia (GAKUM) di Universiti Malaysia Sabah (UMS), di sini hari ini.Menurut Omar, pemberian insentif itu akan dapat memberikan keadilan kepada penjawat awam selain menaikkan semangat mereka untuk bekerja bersungguh-sungguh.Sementara itu, beliau berharap kerajaan menetapkan kuota ke atas pengambilan jawatan kosong sektor awam bagi memberi keadilan kepada semua penjawat awam.

"CUEPACS mencadangkan 50 peratus kuota diberikan kepada penjawat awam sedang berkhidmat manakala 50 peratus lagi kepada pemohon baharu," katanya.Omar berkata, bagi memastikan kebajikan kira-kira 45,000 pekerja kontrak, kerajaan diminta menyerap kesemua pekerja kontrak yang berkhidmat sekurang-kurang lima tahun ke jawatan tetap.Katanya, sekiranya tidak dapat dilaksanakan serentak, kontrak pekerja berkenaan perlu disambung selain pengambilan pekerja kontrak baharu tidak diteruskan lagi."Saya kesal kerana ada agensi yang menamatkan pekerja mereka dan melantik pekerja baharu sebab mereka dapat membayar gaji yang murah kepada pekerja baharu," ujarnya.