SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

01 Jun 2009

PULANGAN LANJUT PELAJARAN TIDAK SETIMPAL

Utusan Malaysia
1/6/2009





TULISAN Ridzuan Mahmud dari Kuala Lumpur bertajuk CUEPACS abaikan lulusan universiti bertarikh 26 Mei lalu mengimbau kenangan sedih, pilu tahun 2007 setelah pelarasan gaji dibuat atas tuntutan CUEPACS.
Saya adalah salah seorang kakitangan kerajaan yang bernasib malang. Saya menyahut cabaran kerajaan supaya kakitangan awam meningkatkan ilmu pengetahuan untuk diri, bangsa dan negara.
Saya tidak pernah menyalahkan kerajaan kerana saya tahu ia adalah ketidakprihatinan manusia sendiri. Saya pasrah dengan rezeki yang Allah telah tentukan untuk saya.
Mungkin disebabkan kes saya ini hanya satu dalam seribu jadi semua pihak tidak begitu sensitif dalam membuat sebarang tuntutan.
Untuk pengetahuan, saya adalah seorang guru DGA29 yang telah menyambung pelajaran ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan cuti separuh gaji pada tahun 2001, iaitu sebanyak RM551.65 sebulan.
Saya terpaksa berulang-alik dari UPSI ke Terengganu setiap minggu kerana saya ada tanggung jawab lain terhadap suami, tiga anak saya yang masih kecil yang berumur antara tiga bulan hingga lima tahun. Juga tanggung jawab terhadap kedua orang tua yang semakin uzur.
Syukur kerana saya diberi pinjaman PTPTN yang membolehkan saya menampung kehidupan saya selama tiga tahun pengajian. Terima kasih PTPTN.
Akhirnya saya dapat menghabiskan pengajian saya tanpa menyusahkan pensyarah, UPSI dan juga kerajaan. Pada tahun 2004, saya dapat menggenggam segulung ijazah yang kini menjadi perangsang kepada anak-anak saya untuk berjaya.
Namun begitu selama tiga tahun pengajian, saya dapati banyak kerugian yang saya alami.
Di antaranya ialah:
*Saya kehilangan separuh dari gaji saya.
*Gaji saya selama 3 tahun adalah statik.
*Saya terpaksa membayar balik pinjaman PTPTN yang menampung pengajian saya.
*Saya kehilangan masa bersama keluarga terutama dengan anak-anak yang sedang membesar.
*Paling menyedihkan, saya terlepas ke gred DG32.
Jika masa boleh diputarkan semula, saya tidak mungkin memilih untuk belajar sepenuh masa. Lebih baik saya belajar secara Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) yang tidak membebankan saya dan memberikan banyak faedah. Di antaranya ialah:
*Bergaji penuh.
*Gaji tidak statik.
*Belajar di maktab yang berdekat dengan rumah.
*Tidak perlu berhutang kerana bergaji penuh.
*Dapat DG32 apabila cukup 10 tahun.
*Tidak membazir wang dan masa.
Pada 16 Mei 2004 saya melapor diri di sebuah sekolah menengah di Besut, Terengganu. Saya menyimpan hasrat untuk menabur bakti yang tidak terhingga untuk anak-anak bangsa saya.
Saya ditawarkan dengan gred DG41 pada mata gaji PIT4 dengan gaji RM1710.60. Pada masa yang sama kawan-kawan saya yang tidak menyambung pengajian memperoleh gaji pada gred DG32 pada mata gaji PiTI dengan gaji RM1932.85 tanpa bersusah payah menimba ilmu.
Pada tahun 2007 pula satu kejutan yang amat tidak munasabah dibuat oleh CUEPACS apabila menuntut pelarasan gaji yang tidak selaras dan tidak peka kepada keadaan semasa.
Bayangkan saya yang sudah bergaji kecil mendapat 15 peratus kenaikan dan kawan-kawan saya mendapat 25 peratus kenaikan.
Orang yang tidak bersekolah pun boleh menghitung perbezaan gaji antara saya dengan kawan-kawan saya. Betapa beruntungnya mereka yang tidak menyambung pengajian.
Ini tidak termasuk peluang kenaikan pangkat menjadi guru kanan.
Hari ini saya sekali lagi kecewa apabila CUEPACS menuntut kenaikan gaji khas untuk pekerja sokongan sahaja.
Dengan kata lain, sebagai kakitangan kerajaan tak payah nak susah-susahkan diri untuk belajar.
Tanpa berbuat demikian pun nasib mereka terus beruntung dan sentiasa dibela sehinggakan mereka yang hanya kelulusan SPM mempunyai gaji jauh lebih tinggi berbanding gaji yang berkelulusan ijazah.
Wajarkah perkara ini berlaku dan haruskah berlaku?

ANTARA GURU, PEGAWAI KERAJAAN

Utusan Malaysia
1/6/2009





Saya adalah salah seorang kaki tangan kerajaan. Isu CUEPACS Abaikan Lulusan Universiti tulisan Ridzuan Mahmud, Kuala Lumpur dan jawapan PTK Bukan Penentu Kenaikan Pangkat oleh Nik Noraini Nik Ya, Ketua Unit Komunikasi Korporat, Perkhidmatan Awam yang disiarkan di ruangan ini 26 Mei lalu mendorong saya meluahkan isi hati.

Terlebih dahulu saya ingin mengulas tulisan Saudara Ridzuan Mahmud yang menyatakan bahawa golongan pendidik DG 41 dan DG 44 menerima arahan daripada pegawai Pejabat Pendidikan yang mempunyai gred lebih rendah.

Saya sangat bersetuju. Ada ketikanya suara mereka lebih tinggi daripada kami. Kami pula kelihatan seperti kerani bergred rendah.

Sebenarnya bukan itu sahaja. Kami (golongan pengurusan dan profesional) yang berkhidmat di sekolah tidak mendapat hak yang sepatutnya seperti yang diterima oleh rakan-rakan kami yang sama kategori tetapi berkhidmat di jabatan atau kementerian.

Kalau mereka boleh duduk di bilik masing-masing kerana sudah menjadi penolong pengarah sekurang-kurangnya pada gred 41 dan 44, kami di sekolah jauh sekali.

Kami duduk bersesak-sesak dalam satu bilik. Lebih 10 tahun berkhidmat pun masih lagi menjadi guru biasa. Tetapi kami tak kisah kerana ini pilihan kami. Berkhidmat untuk negara.

Kenaikan pangkat rakan kami di jabatan atau kementerian juga lebih cepat berbanding kami.

Kami di sekolah terpaksa menunggu lebih lama ke jawatan sekurang-

kurangnya Penolong Kanan kerana kekosongan yang terhad.

Oleh itu, tidak hairanlah sebahagian besar daripada kami yang pencen dengan jawatan guru biasa sahaja.

Perkara ini hendak buat tak kisah pun tidak boleh juga kerana kami beranggapan kami juga berhak seperti rakan kami di jabatan atau kementerian.

Berilah kami hak yang sama rata dengan rakan-rakan kami di jabatan atau kementerian.

Menteri Pelajaran sebelum ini dan Menteri Pelajaran terkini telah pun mengumumkan pertambahan jawatan Guru Cemerlang dan memperkenalkan jawatan Guru Tingkatan Enam sebagai membantu kenaikan pangkat golongan pendidik. Tetapi perkara yang berlaku tidak seperti yang dikatakan.

Pada tahun 2007, kami beramai-ramai mengisi permohonan jawatan Guru Cemerlang sebagai menyahut seruan Menteri Pelajaran.

Selepas dinilai Jemaah Nazir dan mereka berpuas hati dengan prestasi kami, keputusan yang dinanti dengan penuh debaran tidak kunjung tiba.

Teruk sangatkah kami ini sehingga tidak layak dilantik sebagai Guru Cemerlang sedangkan saban tahun kami melahirkan pelajar cemerlang dan ramai yang memasuki IPT?

Seterusnya saya ingin merujuk tulisan Nik Noraini Nik Ya yang mengatakan bahawa PTK bukan penentu kenaikan pangkat. Terdapat syarat-syarat lain seperti kecekapan, kelayakan, pengetahuan, kemahiran dan pengalaman, sifat-sifat peribadi dan lain-lain.

Sedap hati membacanya. Tetapi kenapakah permohonan kami untuk jawatan Guru Tingkatan Enam ditolak kerana semata-mata telah dilantik ke DG 44, dan tidak atau belum mempunyai keputusan DG 44 pada aras III atau IV, sedangkan kami telah mempunyai pengalaman dan pengetahuan mengajar kelas tingkatan enam lebih daripada 10 tahun.

Saya terkilan rakan DG 41 yang baru tiga tahun mengajar tingkatan enam (syarat permohonan tiga tahun mengajar tingkatan enam dan lulus PTK) telah dilantik ke jawatan ini dan diberikan kenaikan ke DG 44.

Dengan kata lain, guru yang baru posting pada tingkat DG 41 dengan mudahnya dinaikkan ke DG 44 hanya dalam tempoh tiga tahun.

Bukan iri hati tetapi di manakah logiknya?

Kami yang baru dilantik ke DG 44 awal tahun ini setelah melalui time base selama 10 tahun diketepikan oleh kerajaan.

Kami diminta memohon semula selepas lulus PTK DG 44 yang akan diambil pada Ogos nanti.

Lantikan mungkin akan hanya dibuat pada tahun hadapan. Itu pun kalau kuota 5:3:2 di sekolah masih belum dipenuhi. Kalau kuota DG 48 Guru Tingkatan Enam sudah dipenuhi alamat gigit jarilah kami.

Pada peringkat permulaan ini semua guru yang sedang mengajar tingkatan enam masih dibenarkan mengajar tingkatan enam sehingga 2011.

Selepas itu apakah nasib kami apabila kami tidak dilantik tetapi telah mengajar pelajar tingkatan enam berbelas tahun lamanya? Malah ada dalam kalangan kami merupakan pemeriksa kertas STPM.

Tidakkah ini merugikan? Bukan kenaikan DG yang kami rebut tetapi minat kami yang lebih mendalam untuk mengajar pelajar tingkatan enam ini harap dipertimbangkan.

Jangan jadikan jumlah kami yang ramai ini sebagai alasan untuk menidakkan hak kami. Mohon Menteri Pelajaran membantu kami merungkai masalah ini.

29 Mei 2009

100,000 PEMINJAM KETAKUTAN

Berita Harian
29/5/2009



KUALA LUMPUR: Cuepacs mendedahkan kira-kira 100,000 kakitangan awam hidup dalam ketakutan selepas diburu kumpulan along kerana gagal melunaskan pinjaman mereka. Setiausaha Agungnya, Ahmad Shah Mohd Zin, berkata jumlah itu (kira-kira 10 peratus daripada keseluruhan kakitangan awam) amat membimbangkan kerana ia boleh menjejaskan produktiviti dan perkhidmatan. Katanya, hasil kajian pihaknya mendapati kakitangan awam terbabit mula mendapatkan pinjaman along sejak tiga tahun lalu dan sehingga kini majoriti daripada mereka masih tidak mampu melunaskan pinjaman terbabit.
“Akibatnya pekerja terbabit diganggu along hampir setiap hari termasuk ada yang menunggu di pintu masuk pejabat. “Ada pekerja yang ponteng dan sanggup dikenakan tindakan disiplin semata-mata hendak mengelak diganggu along di tempat kerja,” katanya dihubungi, semalam.
Ahmad Shah berkata, kebanyakan kakitangan awam meminjam wang daripada along adalah pekerja kumpulan profesional dan ke bawah.

100,000 DICENGKAM AH LONG

Bernama
29/5/2009


KUALA LUMPUR 28 Mei - CUEPACS hari ini menggesa institusi kewangan menyediakan peruntukan khas bagi memberi pinjaman peribadi kepada petugas awam yang terperangkap dengan pinjaman wang ah long.
Setiausaha Agungnya, Ahmad Shah Mohd. Zin memberitahu, 10 peratus atau kira-kira 100,000 petugas awam berada dalam cengkaman ah long dan petugas ini memerlukan bantuan.
Beliau berkata, kebanyakan mereka diganggu oleh ah long hampir setiap hari dan ini menjejas produktiviti mereka.
Beliau berkata, jika institusi kewangan boleh membantu, ini amat disambut baik oleh kerana adalah lebih murah dan selamat bagi petugas awam berurusan dengan institusi berkenaan daripada dengan al long.
Ahmad Shah memuji Malaysia Building Society Berhad (MBSB) kerana memperuntukkan RM100 juta bagi menyediakan pinjaman peribadi untuk guru-guru.
Pengerusi MBSB, Tan Sri Abdul Halim Ali, ketika mengumumkan demikian semalam berkata, pinjaman maksimum di bawah skim itu ialah RM150,000 bagi tempoh 15 tahun pada kadar faedah 5 peratus setahun. MBSB turut memperkenalkan skim serupa kepada polis Mac lepas.
Ahmad Shah berkata, bank dan institusi kewangan lain wajar mencontohi MBSB.
Beliau juga berharap MBSB akan memperluaskan kemudahan pinjaman kepada kategori petugas lain.
Katanya, adalah satu langkah yang berdaya maju jika bank dan institusi kewangan memberi pinjaman kepada petugas awam oleh kerana bayaran balik pinjaman boleh dipotong dari gaji bulanan menerusi ANGKASA - badan koperasi kebangsaan. Ahmad Shah menggesa pihak berkuasa memperhebat kempen menghapus aktiviti ah long yang mengganggu masyarakat.

BERNAMA

28 Mei 2009

CUEPACS MINTA LIMA TANGGA KENAIKAN GAJI SELEPAS GAJI MATI PENJAWAT AWAM

Bernama
28/2/2009





KOTA BAHARU, 26 Mei (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) akan mengemukakan tuntutan untuk menaikkan tangga gaji mati penjawat awam kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Jun ini.Presidennya, Omar Osman berkata, Cuepcas akan meminta tambahan lima mata tangga gaji dan jika ia dipersetujui
kerajaan, ia akan 'menceriakan' lebih 45 peratus daripada 1.2 juta penjawat awam di negara ini yang kini sudahpun mencecah tangga gaji mati."Kita nak minta tambah lagi lima mata tangga gaji, memorandumnya sudah dilengkapkan dan akan diserah kepada Perdana Menteri dalam masa terdekat, mungkin Jun ini."Ini kerana ada penjawat awam yang tangga gaji mati awal dan mereka masih mempunyai tempoh berkhidmat lagi 20 atau 30 tahun. Kita fikir perkara ini perlu sebab kita nak jaga produktiviti. Kalau tidak ada kenaikan tahunan, ia akan menjejaskan prestasi," katanya kepada Bernama di sini, Selasa.Menurut beliau, tuntutan itu merangkumi semua gred gaji.Dalam perkembangan lain, beliau berkata CUEPACS juga meminta kerajaan supaya menimbangkan pemberian elaun khas kepada penjawat awam berpakaian seragam yang bekerja di waktu malam."Kita nak minta kerajaan beri insentif khas kepada petugas penguatkuasa seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), polis, kastam, jururawat dan seumpamanya yang bekerja malam, daripada pukul 12 hingga 6 pagi. Hal ini telah dibincangkan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)."Sekurang-kurangnya mereka yang kerja malam ni istimewa, kerana risiko yang dihadapi mereka tinggi dari segi keselamatan dan kesihatan," katanya

BERNAMA



CUEPACS ABAIKAN LULUSAN UNIVERSITI

Utusan Malaysia
28/5/2009

Saya secara peribadi berbangga menjadi seorang warga kakitangan Kerajaan Malaysia walaupun tidak berjawatan tinggi. Namun khidmat bakti, komitmen dan taat setia kepada kerajaan tidak pernah berbelah bahagi.
Saya ucapkan syabas dan tahniah kepada kepimpinan Datuk Seri Najib bin Tun Razak yang dikenali pembela kakitangan kerajaan sejak menerajui Kementerian Pertahanan, Kementerian Pelajaran mahupun sebagai Perdana Menteri.
Namun persoalan saya apakah hala tuju perjuangan kepimpinan CUEPACS yang dilihat hanya memperjuangkan penambahbaikan bagi kakitangan sokongan sahaja. Adakah nasib kami lepasan universiti tidak layak untuk diperjuangkan?
Untuk makluman, golongan kami ibarat telah dijadikan anak tiri. Tuntutan pelarasan gaji yang diluluskan oleh kepimpinan mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi, hasil perjuangan CUEPACS, telah menjadikan gaji antara kami lebih rendah berbanding gaji rakan yang tidak ke universiti.
Ini berlaku hasil gerakan mata gaji 25 peratus bagi kumpulan sokongan dan hanya 15 peratus untuk kami. Kemudian beberapa keistimewaan kenaikan pangkat dipermudahkan ke gred 32 dan sehingga ke gred 38 yang mana jumlah gaji hampir menyamai gaji Pengetua Gred DG 48!
Saya berpendapat kedudukan ini amatlah unik di mana golongan yang belajar tinggi mendapat gaji lebih rendah berbanding mereka yang tidak ke menara gading. Jika tidak, masakan heboh saban hari golongan guru DG 41 yang melanjutkan pelajaran meminta pihak berwajib menimbang kedudukan mereka yang rendah gaji, bukan oleh rakan yang sama keluar maktab, malah gaji junior dari maktab pun melebihi mata gajinya.
Memang lebih pelik jika berkhidmat di sekolah, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah DG 41, mahu pun DG 44, akan menerima arahan dan tugasan daripada pegawai di Pejabat Pelajaran yang mempunyai gred DG 29 atau DG 32 walau pun penstrukturan baru ada menunjukkan penambahan pegawai DG 41.
Berita terbaru menambahkan lagi keistimewaan kumpulan sokongan di mana 15 tahun berkhidmat automatik mendapat kenaikan pangkat. Itu belum lagi tuntutan yang akan dibuat untuk memohon penambahan Elaun Cola dan Elaun perumahan bagi kumpulan sokongan ini.
Tahniah diucapkan kepada kepimpinan CUEPACS yang menjadi pembela golongan sokongan. Namun pastikan mereka itu menjadi nadi penggerak utama dasar dan menjadi penyokong setia kerajaan di waktu senang dan susah serta tidak menjadi duri dalam daging kerajaan pada waktu pilihan raya nanti.

RIDZUAN MAHMUD
Kuala Lumpur

26 Mei 2009

LONGGAR SYARAT KENAIKAN PANGKAT SOKONGAN: CUEPACS

Bernama
25/5/2009




KUALA LUMPUR: Cuepacs hari ini meminta kerajaan melonggarkan beberapa syarat bagi kakitangan sokongan dalam perkhidmatan awam layak untuk naik pangkat. Setiausaha Agung Cuepacs, Ahmad Shah Mohd Zin, berkata kira-kira 176,000 kakitangan sokongan yang berkhidmat lebih 15 tahun dengan jawatan sama layak untuk dinaikkan pangkat ke gred lebih tinggi berkuatakuasa 1 Julai tetapi mereka perlu memenuhi beberapa syarat sebelum dipertimbangkan untuk kenaikkan pangkat. Beliau berkata, antara syarat berkenaan yang dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menerusi surat pekeliling perkhidmatan, adalah mencapai sekurang-kurangnya 80 peratus dalam laporan prestasi bagi tempoh tiga tahun lepas.
Mereka juga dikehendaki lulus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK), mendapat pelepasan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, mengisytiharkan harta, memberikan bukti mereka tidak pernah dikenakan tindakan disiplin, dan dicadangkan oleh Ketua Jabatan masing-masing. Ahmad Shah berkata, beberapa syarat itu tidak diperlukan dan sepatutnya dilakukan secara lebih bertolak-ansur. Beliau berkata, beberapa kakitangan yang memenuhi syarat hendaklah dinaikkan pangkat berasaskan kepada jawatan Khas Untuk Penyandang.
Mengenai hierarki, Ahmad Shah berkata mereka yang dinaikkan pangkat mengikut dasar baru itu hendaklah diletakkan di bawah pegawai yang sedang berkhidmat walaupun mereka berada dalam gred yang sama. Mengenai kakitangan awam yang bekerja sambilan, beliau berkata kira-kira 20 peratus atau 240,000 kakitangan awam melakukan kerja seumpamanya bagi menambah sumber pendapatan. Sebahagian mereka bekerja sebagai pemandu teksi, juru jual, pengawal dan peniaga kecil, kata beliau. Ahmad Shah menasihatkan kakitangan terbabit memastikan tidak mengabaikan tugas hakiki mereka sewaktu berusaha melaksanakan kerja sambilan mereka.
"Pendirian Cuepacs adalah yang paling utama mereka adalah kakitangan awam dan perlu memberikan yang terbaik dalam tugas mereka di sektor perkhidmatan awam," katanya. - Bernama

24 Mei 2009

CUEPACS MAHU KERAJAAN TIMBANG KENAIKAN PANGKAT KUMPULAN PENGURUSAN/PROFESIONAL

Bernama
By: Ramjit-->

SERDANG, 22 Mei (Bernama) -- Cuepacs meminta kerajaan menimbang kenaikan pangkat untuk pegawai kerajaan dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang masih berada dalam gred lantikan walaupun sudah lama berkhidmat.Presidennya Omar Osman berkata beliau telah membangkitkan perkara itu dalam pertemuan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) semalam dan diberitahu perkara ini turut dalam kajian.Bercakap kepada pemberita di sini, beliau berkata permintaan itu adalah kerana terdapat kakitangan awam dalam kumpulan itu yang masih berada dalam gred lantikan, walaupun ada yang sudah lama berkhidmat tetapi kenaikan pangkat adalah terhad.Beliau menyambut baik pengumuman Perdana Menteri pada 14 Mei lepas bahawa pegawai Kumpulan Sokongan yang berkhidmat 15 tahun atau lebih serta yang masih berada dalam gred lantikan akan dipertimbangkan kenaikan ke gred lebih tinggi mulai 1 Julai ini, dan berharap pertimbangan yang sama diberi kepada pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional."Mungkin JPA nak selesaikan ini dulu (untuk pegawai sokongan) dan akan melihat kumpulan yang satu lagi (pengurusan dan profesional) kemudian," katanya.Omar berkata dalam pertemuan semalam, Cuepacs turut meminta JPA menimbang mengadakan satu peperiksaan khas dalam Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) yang lebih mudah bagi membolehkan mereka yang berkhidmat lebih 20 tahun dalam kumpulan sokongan dan terlibat dalam pengumuman perdana menteri itu, dapat peluang lulus dengan lebih baik dan seterusnya dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat.Antara syarat untuk kumpulan sokongan yang berkhidmat 15 tahun ke atas atau lebih serta masih berada dalam gred lantikan untuk dipertimbangkan kenaikan pangkat ke gred lebih tinggi ini ialah mereka mesti mendapat markah 80 ke atas tiga tahun berturut-turut dalam penilaian prestasi dan mesti lulus PTK sekurang-kurangnya aras tiga."PTK sistem sekarang ini susah sikit untuk lulus bagi mereka yang sudah lama itu, macam sudah berkhidmat 20 atau 25 tahun. Mereka nampak seperti dah kecewa...jadi kalau ada ujian khas dalam konsep PTK tapi lebih mudah sikit, mereka ada peluang lulus dan peluang pertimbangan kenaikan pangkat," katanya.Omar berkata kumpulan sokongan ini membabitkan 175,000 kakitangan sektor awam.Mengenai pegawai kumpulan A yang ingin menceburi politik, Omar berkata kongres itu tetap tidak bersetuju dan mahu mereka meletak jawatan jika ingin berbuat demikian.

-- BERNAMA

CONSIDER PROMOTION FOR MANAGEMENT AND PROFESIONAL GROUP : CUEPACS

Bernama
24/5/2009

SERDANG, May 22 (Bernama) -- Cuepacs wants the government to consider raising the rank of officers in the management and professional group, those who are still in an appointed grade although they have served for a long time.Its president Omar Osman said he had raised the issue with the Public Service Department (PSD) at a meeting Thursday, and was told the matter was being reviewed.He said the request was made because there were employees in the management and professional group who were still in their appointed grade for years because of limited chances for promotion.He said Cuepacs welcomed the prime minister's announcement on May 14 that officers in the support group who worked for 15 years or more, but were still in the same grade, would be considered for a higher grade starting July 1, and hoped the same would be done for officers in the management and professional group."Maybe the PSD wants to settle this first (support officers) and will later look at the other group (management and professional)," he said at a news conference in Dewan Besar, Universiti Putra Malaysia, here Friday.Omar said at the meeting Thursday, Cuepacs also asked the PSD to consider a special exam similar to the Competency Level Assessment (PTK) but it should be easier to allow those who had served for more than 20 years in the support group to get a better chance for promotion.Among the requirements for the support group who have served for more than 15 years is to score 80 marks and above for three years consecutively in the performance assessment and pass the PTK at least at level three."The PTK system now is more difficult for those who have served 20 to 25 years. They seem to have given up ... so if there is a special test that is easier, they have a chance of passing and being considered for promotion," he said.Omar said the support group involved 175,000 employees in the public sector.-- BERNAMA

22 Mei 2009

DUA ORANG PEMIMPIN KESATUAN GABUNGAN CUEPACS TERIMA BINTANG NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN.

Media Cuepacs
22/5/2009





KUALA KANGSAR 12 MEI-PRESIDEN KESATUAN PEKERJA-PEKERJA LEMBAGA AIR PERAK,SAUDARA ZAINAL BIN ISMAIL DAN TIMBALAN PRESIDEN KESATUAN PEKERJA AWAM KERAJAAN NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN,SAUDARA IZHAM BIN KU ZAIFAH,ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA 266 ORANG YANG TERSENARAI BAGI PENGANUGERAHAN DARJAH KEBESARAN DAN BINTANG NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN SEMPENA PERAYAAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN YANG KE-81 DYMM PADUKA SERI SULTAN PERAK,SULTAN AZLAN SHAH.

SAUDARA ZAINAL TELAH DIANUGERAHKAN DARJAH KEBESARAN AHLI MAHKOTA PERAK(AMP)SEMENTARA SAUDARA IZHAM TELAH DIANUGERAHKAN PINGAT JASA KEBAKTIAN (PJK).ISTIADAT YANG PENUH GILANG GEMILANG ITU TELAH BERLANGSUNG PADA SELASA 17 JAMADILAWAL 1430H BERSAMAAN 12 MEI 2009 BERTEMPAT DI BALAI RONGSERI,ISTANA ISKANDARIAH KUALA KANGSAR BERMULA JAM 8.00 PAGI.ISTIADAT PENGANUGERAHAN DARJAH KEBESARAN DAN BINTANG NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN BAGI SIRI KEDUA INI TELAH DISEMPURNAKA
N OLEH DYTM RAJA MUDA PERAK DARUL RIDZUAN,RAJA DR. NAZRIN SHAH.ISTIADAT PENGANUGERAHAN DARJAH DIMULAKAN DENGAN PENGANUGERAHAN DARJAH DATO'PAHLAWAN TAMING SARI (DPTS)YANG MEMBAWA GELARAN "DATO'PAHLAWAN" KEPADA SEORANG PENERIMA,INI DIIKUTI DENGAN PENGANUGERAHAN DARJAH PADUKA CURA SIMANJA KINI (PCM) KEPADA 3 ORANG PENERIMA,DARJAH PADUKA MAHKOTA PERAK (PMP) KEPADA 13 ORANG PENERIMA,DARJAH AHLI CURA SIMANJA KINI (ACM) KEPADA 7 ORANG PENERIMA,DARJAH AHLI MAHKOTA PERAK (AMP)KEPADA 67 ORANG PENERIMA,PINGAT PEKERTI TERPILIH (PPT) KEPADA 79 ORANG PENERIMA,PINGAT JASA KEBAKTIAN (PJK) KEPADA 91 ORANG PENERIMA DAN DIAKHIRI DENGAN PENGANUGERAHAN PINGAT LAMA PERKHIDMATAN (PLP) KEPADA 3 ORANG PENERIMA.MAJLIS TELAH SELAMAT DISEMPURNAKAN PADA JAM 11.30 PAGI DAN DIIKUTI DENGAN MAJLIS SANTAPAN TENGAHARI.

SAUDARA ZAINAL 53, ATAU LEBIH DIKENALI DENGAN GELARAN 'YEOP AYOR'DIKALANGAN RAKAN-RAKAN DIDALAM KESATUAN GABUNGAN CUEPACS MELAHIRKAN SYUKUR KEHADRAT ILAHI KERANA DENGAN KEIZINANNYA BELIAU TELAH DIPILIH UNTUK DIANUGERAHKAN DARJAH AHLI MAHKOTA PERAK.BELIAU YANG TELAH BERKHIDMAT SEBAGAI PEMBACA METER GRED N14 SELAMA HAMPIR 30 TAHUN DI LEMBAGA AIR PERAK MENYIFATKAN PENGANUGERAHAN INI MERUPAKAN SATU PERANSANG KEPADA BELIAU UNTUK BERKHIDMAT DENGAN LEBIH GIGIH DAN DEDIKASI KEPADA MASYARAKAT SELAKU SEORANG PENJAWAT AWAM.SELAIN MEMEGANG JAWATAN PRESIDEN KESATUAN PEKERJA-PEKERJA LAP,BELIAU TURUT AKTIF SEBAGAI SETIAUSAHA KOPERASI PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN KUALA KANGSAR BERHAD.SEBELUM DIANUGERAHKAN DARJAH AHLI MAHKOTA PERAK,SAUDARA ZAINAL TELAH DIANUGERAHKAN PINGAT PEKERTI TERPILIH (PPT) OLEH DYMM SULTAN PERAK BEBERAPA TAHUN YANG LALU.BELIAU SEMEMANGNYA SEORANG YANG PERAMAH,MERENDAH DIRI,MUDAH MENGHULURKAN BANTUAN DAN SEORANG YANG AMAT MUDAH DIKENALI HAMPIR SEGENAP MASYARAKAT DIDAERAH KUALA KANGSAR TERUTAMA KAKITANGAN AWAM.

SAUDARA IZHAM MEMANJATKAN SYUKUR KEHADRAT ILAHI DAN UCAPAN PENGHARGAAN KEPADA JURUTERA DAERAH JABATAN KERJA RAYA KUALA KANGSAR IR. WAN AHMAD SHUKIMAN BIN WAN JA'AFAR SELAKU MAJIKAN BELIAU YANG TELAH MEMILIH BELIAU UNTUK DIANUGERAHKAN PINGAT JASA KEBAKTIAN.INI KERANA BELIAU MERASAKAN LEBIH RAMAI LAGI CALON-CALON DARI JKR KUALA KANGSAR YANG LEBIH LAMA BERKHIDMAT LAYAK DIPERTIMBANGKAN UNTUK PENGAUNGERAHAN TERSEBUT.BELIAU MERASA SUNGGUH BERTUAH KERANA DIDALAM USIA 34 TAHUN DAN BARU BERKHIDMAT SELAMA 12 TAHUN,BELIAU TELAH DIBERI PENGANUGERAHAN PINGAT TERSEBUT.BERTUGAS SEBAGAI SEORANG PEKERJA AWAM R1 DIBAHAGIAN SELENGGARAAN JALAN JKR KUALA KANGSAR BELIAU AMAT TIDAK MENJANGKA PEMBABITAN AKTIF BELIAU DIDALAM KESATUAN SEKERJA TELAH MENARIK MINAT JURUTERA DAERAH JKR KUALA KANGSAR UNTUK MENCALONKAN BELIAU UNTUK DIANUGERAHKAN PINGAT TERSEBUT.BELIAU BERAZAM UNTUK MENJALANKAN TUGAS YANG DIAMANAHKAN DENGAN SEBAIK MUNGKIN SELAKU SEORANG KAKITANGAN AWAM DAN SEBAGAI SEORANG PEMIMPIN KESATUAN.BELIAU JUGA MENGUCAPKAN PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KEPADA PRESIDEN KESATUAN BELIAU SAUDARA ZAKARIA BIN TAHA DAN PRESIDEN CUEPACS,TN HJ OMAR BIN HJ OSMAN YANG BANYAK MEMBERIKAN SOKONGAN,KEPERCAYAAN DAN DORONGAN KEPADA BELIAU UNTUK MENJALANKAN TUGAS SELAKU PENGERUSI CAWANGAN KUALA KANGSAR,TIMBALAN PRESIDEN,AJK GRED MAHIR SEPARUH MAHIR DAN TIDAK MAHIR CUEPACS DAN AJK GRED MAHIR,SEPARUH MAHIR DAN TIDAK MAHIR MBK S&T.

SELAIN SAUDARA IZHAM,3 ORANG AHLI KESATUAN PEKERJA AWAM KERAJAAN NEGERI PERAK CAWANGAN KUALA KANGSAR TURUT DIANUGERAHKAN PINGAT JASA KEBAKTIAN DIDALAM MAJLIS TERSEBUT.MEREKA ADALAH SAUDARA MIYOR NORDIN BIN ABDUL TALIB 55,PEMANDU KENDERAAN R3,SAUDARA MOHD HANAFIAH BIN ZAINUL ABIDIN 46, PEKERJA AWAM R1 DAN SAUDARA MOHD MUSTAFA BIN SHAZALI 49,PEKERJA AWAM R1.KETIGA-TIGA MEREKA ADALAH DARI JABATAN KERJA RAYA KUALA KANGSAR.SYABAS DAN TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA PENERIMA DARJAH DAN PINGAT KEBESARAN.PENGAANUGERAHAN INI JUGA TELAH MENGHARUMKAN NAMA KESATUAN DAN CUEPACS.



20 Mei 2009

TIMUR: KESEDAR BATAL HASRAT AMBIL ALIH STONG RESORT

Berita Harian
Oleh Ramli Ibrahim
bhkb@bharian.com.my
19/5/2009




GUA MUSANG: Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) membatalkan hasrat mengambil alih pengurusan Stong Resort yang terletak di kaki Gunung Stong dekat Dabong di sini, berikutan kegagalan rundingan dengan Kerajaan Kelantan. Pengurus Besar Kesedar, Mohd Arshad Ismail, berkata rundingan dengan Kerajaan Pas Kelantan gagal ekoran pelbagai syarat dikenakan yang tidak boleh diterima oleh Kesedar walaupun Gunung Stong terbiar sejak kebelakangan ini. Beliau mengakui sebelum ini Kesedar dipelawa mengambil alih pengurusan Stong Resort itu supaya perubahan dapat dilakukan bagi menarik lebih ramai pengunjung kerana Gunung Stong menempatkan Air Terjun Jelawang yang juga air terjun tertinggi di Asia Tenggara.
“Dalam rundingan dengan kerajaan negeri, segala cadangan Kesedar ditolak, sebaliknya diletakkan banyak syarat lain yang Kesedar tidak boleh terima,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Kesedar Gua Musang. Terdahulu, beliau memberi taklimat pembangunan Kelantan Selatan kepada 60 ahli Cuepacs Kelantan yang diketuai Pengerusinya, Shamsudin Mohd Noor. Mohd Arshad berkata, Kesedar mengenal pasti beberapa kawasan menarik di Hulu Kelantan yang boleh dibangunkan sebagai destinasi pelancongan termasuk Gunung Stong tetapi banyak yang tergendala kerana tidak mendapat kerjasama kerajaan negeri.
Bagaimanapun, katanya, Kesedar akan terus memberi tumpuan kepada industri pelancongan itu supaya dapat membuktikan usahanya menarik pelancong dari dalam dan luar negara mencapai matlamat. “Kita sejak dulu mengatur pelbagai program membabitkan peneroka dan penduduk tempatan bagi menghidupkan suasana persekitaran dengan memberi peluang kepada mereka menjalankan perniagaan berasaskan keluaran hasil kampung. “Selain itu, Kesedar juga menggalakkan lebih banyak inap desa untuk memudahkan masyarakat luar, merasai suasana hidup di kampung dan disajikan dengan masakan tradisional Kelantan,” katanya. Katanya, walaupun beberapa tempat pusat peranginan itu terbiar kerana kurang kemudahan asas, namun Kesedar merancang untuk membaik pulihnya bagi keselesaan pengunjung.
“Kita memang merancang membangunkan semula Gunung Stong apabila diserahkan kepada Kesedar sepenuhnya, namun lain pula yang berlaku apabila banyak masalah timbul ekoran tidak mendapat keputusan terbaik kedua-dua pihak,” katanya.

19 Mei 2009

MODEL EKONOMI BARU MUDAHKAN TUNTUTAN PEKERJA

Utusan Ma;aysia
18/5/2009
SAIFUL BAHARI ASHARI





PUTRAJAYA 14 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak percaya tuntutan-tuntutan penjawat awam pada masa depan termasuk kenaikan gaji akan lebih dipenuhi sekiranya pendapatan negara bertambah hasil pelaksanaan model ekonomi baru berteraskan inovatif dan kreativiti.
Berucap pada perhimpunan Hari Pekerja Sektor Awam 2009 di sini hari ini, Perdana Menteri merujuk kepada kejayaan Sime Darby menterjemahkan kod genetik pokok kelapa sawit sekali gus akan menghasilkan baka baru sawit yang mengeluarkan hasil lumayan.
''Pokok-pokok kecil ini menghasilkan buah yang besar, kawasan tanaman lebih luas serta peningkatan pendapatan pekebun kecil.

''Bila pendapatan negara bertambah, saya pejam mata pun boleh terima tuntutan (pekerja). (Jadi) tak payah 'lambung' saya kata 'PM yang segak' dan ceria," katanya.
Hadir sama pada perhimpunan yang dihadiri kira-kira 3,000 pekerja awam itu ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden CUEPACS, Omar Osman.
Analogi itu dibangkitkan oleh Najib kerana bagi Perdana Menteri penjawat awam mesti berfikir secara keseluruhan merasai denyutan nadi rakyat dalam membantu kerajaan memajukan negara.
''Itulah sebabnya saya melakukan walkabout yang saya maksudkan sebagai tinjauan mesra.
''Di Pudu Raya misalnya, saya dapat tengok dan hidu udaranya. Baunya memang berbezalah dengan pejabat Perdana Menteri dan taklimat yang diberikan oleh Datuk Bandar, macam langit dan bumi," katanya.
Dalam aspek ini, beliau menekankan betapa pentingnya barisan hadapan atau contact point yang akan menjadi persepsi pertama pelancong terhadap Malaysia.
''Contohnya kakitangan imigresen, kalau tidak boleh bercakap bahasa Inggeris, sekurang-kurangnya ucaplah Welcome to Malaysia.
''Jabatan Imigresen memang dapat pujian, kita tidak boleh bayangkan pasport antarabangsa boleh siap dalam tempoh sejam tapi bila guna tandas wanita Imigresen, keadaan di dalamnya paling teruk...pasport siap sejam tapi bilik air dahsyat," katanya.
Kerana itu, beliau mahu pentadbiran kerajaan di Putrajaya menjadi 'show case' dalam menampilkan imej terbaik dari segi prestasi kerja sehinggalah kebersihan tandas.
Perdana Menteri juga mahu keberhasilan sesuatu kerja menjadi keutamaan berbanding pengisian semata-mata.
''Kadangkala peruntukan kos sesuatu projek misalnya bangunan lebih banyak daripada modal intelektualnyua. Dalam hal ini pemikiran kita mesti betul tapi ini tidak, peruntukan dibelanjakan untuk bina bangunan-bangunan yang hebat tetapi bila sekolah siap, kelengkapannya tidak ada.
''Rupa-rupanya dia dah 'rampas' (belanjakan) peruntukan untuk kelengkapan (peralatan) itu dengan kos diri bangunan," katanya.
Kata Najib: ''Sebab itu kita nak belanjakan wang dengan berbaloi. Bukan sekadar berbelanja tapi apa yang kita dapat daripada nilainya."

PENGUMUMAN PM SUNTIK SEMANGAT BARU KEPADA PEKERJA KUMPULAN SOKONGAN

Berita Harian
18/5/2009





KESATUAN Pekerja-Pekerja Awam Perak menyambut baik pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa kerajaan bersetuju memberi kenaikan pangkat khas untuk penyandang (KUP) bagi pegawai kumpulan sokongan yang berkhidmat lebih 15 tahun. Kenaikan pangkat secara KUP itu meliputi kakitangan perkhidmatan negeri, pihak berkuasa berkanun persekutuan dan negeri serta, pihak berkuasa tempatan dan menggubal dua skim baru dan menaikkan taraf lapan skim perkhidmatan termasuk operator mesin prosesan data, pembantu tadbir rendah dan jaga mulai 1 Julai. Kesatuan kami terharu dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada Perdana Menteri dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang prihatin serta memberi penghargaan kepada kakitangan awam khususnya pekerja awam yang berpendapatan rendah.
Semoga peluang kenaikan pangkat itu memberi sedikit keselesaan kepada pekerja awam yang sudah lama menunggu. Saya, selaku Presiden Kesatuan Pekerja Pekerja Awam Perak yang turut serta dalam Perhimpunan Hari Pekerja Sektor Awam di Putrajaya dapat menghayati ucapan Perdana Menteri yang bernas. Perdana Menteri memberi suntikan semangat baru kepada kakitangan awam dan pengamatan saya, Perdana Menteri prihatin dan masalah kakitangan awam khususnya pekerja bawahan. Perdana Menteri juga menyampaikan ucapan dengan penuh diplomasi dan berhemah bagi menyampaikan hasrat dalam memberitahu kepada kakitangan awam perkara yang tidak dapat kerajaan tunaikan masa ini ekoran kelembapan ekonomi negara.
Kesatuan Pekerja-Pekerja Awam Perak yang bergabung dengan Cuepacs terbabit secara langsung dengan 10 perkara tuntutan Cuepacs kepada pihak kerajaan dan Perdana Menteri menjelaskan dengan rasa tanggungjawab dan berhemah untuk menyatakan yang kerajaan buat masa ini tidak dapat memenuhi semua tuntutan itu. Kami pekerja bawahan berpuas hati dengan penjelasan Perdana Menteri dan menerimanya dengan ikhlas. Saya meminta semua kakitangan awam bekerja dengan jujur dan ikhlas dalam meningkatkan produktiviti serta penuh iltizam seperti diamanahkan kerajaan. Terima kasih sekali lagi kepada Perdana Menteri dan kerajaan.
ZAKARIAN TAHA, Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja Awam Perak.

MINDA PENGARANG: KERAJAAN SENTIASA BERUSAHA TINGKAT TARAF PERGURUAN

Berita Harian
17/5/2009




PROFESION perguruan kini diberi pengiktirafan kerajaan menerusi Skim Gred Khas C dan Pengetua Jusa C serta gred lain yang membolehkan ramai guru menikmati gaji lebih tinggi berbanding 10 atau 20 tahun lalu. Latihan diterima juga semakin baik dan kini hampir semua guru sekolah menengah dan lebih 50 peratus di sekolah rendah mempunyai sekurang-kurangnya ijazah sarjana muda, berbanding sebelum ini dengan kelayakan mereka sekadar diploma atau sijil perguruan. Dengan itu, guru lebih berpengetahuan mendidik pelajar. Ramai juga di antara mereka kini mempunyai ijazah sarjana dan doktor falsafah. Kita bangga kerana guru di Malaysia mempunyai kelayakan akademik tinggi berbanding rakan mereka di negara membangun lain seperti India, Pakistan, Thailand, Indonesia dan China. Sememangnya, dari segi kelayakan, guru kita cukup berkelayakan. Sebagai menghargai dan memberi penghormatan kepada guru, kelmarin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan bahawa kerajaan sudah meluluskan pertambahan 2,141 kuota jawatan guru dan pengetua cemerlang bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah di sekolah menengah di seluruh negara berkuat kuasa serta-merta. Dengan itu, kerajaan berharap insentif berkenaan mendorong mereka mengamalkan budaya kerja lebih cemerlang. Dengan penambahan kuota itu, perjawatan untuk guru dan pengetua cemerlang meningkat daripada 5,984 sebelumnya kepada 8,125 sekarang. Bagaimanapun, mungkin sesetengah pihak masih tidak berpuas hati dengan pertambahan itu jika dibandingkan dengan jumlah keseluruhan warga pendidik, iaitu 370,000 seperti disuarakan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP). Sudah tentu kerajaan atau lebih tepat lagi Kementerian Pelajaran mempunyai alasan tersendiri untuk tidak menambah jumlah yang lebih banyak buat masa ini. Hakikatnya, ia adalah satu langkah yang baik dan kerajaan sudah tentu tidak dapat memenuhi semua tuntutan NUTP, seperti juga pelbagai permintaan lain dikemukakan oleh badan seperti Cuepacs atau Kongres Kesatuan Pekerja Malaysia (MTUC) yang sesetengahnya sukar dipenuhi kerajaan, sekurang-kurangnya buat masa sekarang ketika negara berdepan keadaan ekonomi muram. Apapun, ini tidak bermakna kerajaan tidak peka dan pasti kerajaan akan memberi pertimbangan sewajarnya apabila tiba masanya nanti seperti tuntutan NUTP yang mahukan elaun sara hidup (Cola) dan elaun guru besar serta pengetua yang diperjuangkannya sejak lebih tiga tahun lalu, dinaikkan. Memang benar pertambahan kuota jawatan guru dan pengetua cemerlang itu dinikmati sebahagian kecil guru, tetapi kita yakin dari semasa ke semasa, Kementerian Pelajaran akan mempertimbang untuk menambahkan jumlahnya. Untuk layak memohon guru dan pengetua cemerlang ialah mencapai tempoh perkhidmatan sehingga 10 tahun. Namun, kita juga mengalu-alukan persetujuan kerajaan mewujudkan jawatan guru cemerlang bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah yang berkhidmat di sekolah rendah. Semua langkah itu untuk kebaikan dan masa depan pelajar sendiri, bagi memastikan mereka mendapat ilmu berguna daripada guru yang cemerlang.

18 Mei 2009

KENAIKAN PANGKAT PEGAWAI KUMPULAN SOKONGAN YANG TELAH BERKHIDMAT 15 TAHUN

JPA
18/5/2009
Pelaksanaan Kenaikan Pangkat Pegawai Kumpulan Sokongan Yang Telah Berkhidmat 15 Tahun Dan Lebih Dalam Skim Perkhidmatan Dan Perkhidmatan Semasa

Klik Disini : http://www.jpa.gov.my/docs/se/2009/se14052009.pdf

STAFF CRY FOUL OVER GOVT OVERTIME

NST
17/5/2009



JOHOR BARU: Are civil servants being shortchanged of their overtime payments?
Cuepacs president Omar Osman alleged that of late, many government agencies had not been paying the full amounts of the overtime hours claimed by workers.Omar claimed the agencies had reduced overtime to less than 50 hours per month for a worker. He said some had even been offered replacement off-days in lieu of the overtime hours."Many of them are low-income earners. So working overtime could help supplement their livelihood. We need money to survive nowadays."We have yet to suffer from a severe recession. There are no instructions issued on this matter on cutting down overtime claims," he said after opening the Peninsular Malaysia Immigration Services Federation meeting on Friday
Omar said some civil servants had resorted to working at night markets since their overtime hours had been reduced.Omar said he would meet Prime Minister Datuk Seri Najib Razak soon to discuss the matter.

JAKIM MOHON JAWATAN TETAP GURU KAFA

Utusan Malaysia
Oleh NORAINI NORDIN
pengarang@utusan.com.my
18/5/2009




KUALA LUMPUR 18 Mei - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengemukakan cadangan supaya seramai 33,475 guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di seluruh negara diserap ke jawatan tetap bagi membela kebajikan mereka.
Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohamad Datuk Sheikh Abdul Aziz berkata, permohonan tersebut dibuat oleh Jakim kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Kewangan sejak pertengahan tahun lalu.
''Jakim sedang menanti keputusan tersebut. Kita sangat prihatin dan amat menyedari nasib yang dialami guru KAFA.
''Isu ini menjadi keutamaan bagi memastikan semua guru KAFA dapat menikmati faedah dan kebajikan yang sama dengan pekerja-pekerja lain di negara ini.
''Saya difahamkan cadangan itu sedang dikaji dan diteliti dengan lebih mendalam,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas permintaan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta kerajaan menyerap lebih 33,000 guru KAFA di seluruh negara ke jawatan tetap supaya kebajikan mereka terbela.
Presiden CUEPACS, Omar Osman dalam kenyataannya 16 Mei lalu berkata, pada masa ini guru KAFA di seluruh negara berkhidmat secara kontrak dan tidak layak menerima kemudahan seperti pinjaman perumahan, perubatan serta cuti mengerjakan ibadah haji.
Menurut Omar, langkah menyerapkan guru KAFA ke jawatan tetap akan melayakkan mereka menerima imbuhan serta kemudahan seperti guru lain di dalam skim perkhidmatan pendidikan.
Wan Mohammad berkata, sejumlah 1.03 juta kanak-kanak Islam di negara ini mengikuti kelas KAFA di seluruh negara.
''Peranan guru KAFA sangat penting dalam mendidik kanak-kanak Islam mengaji dan mendalami Islam,'' katanya.
Beliau berkata, selain itu, Jakim juga memperjuangkan nasib penyelia-penyelia KAFA yang berkhidmat di seluruh negara.
Katanya, buat permulaan JPA meluluskan jawatan kontrak penyelia KAFA bersandarkan skim Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S17 pada akhir bulan lalu.
''Sebanyak 383 jawatan penyelia diperuntukkan dan Jakim sedang mengurus penyerapan pelantikan kepada penyelia berdasarkan prosedur lantikan penjawat awam.
''Sebanyak RM2.44 juta diperuntukkan untuk gaji penyelia kontrak pada tahun ini,'' katanya.

17 Mei 2009

CUEPACS MAHU 33,000 GURU KAFA DISERAP

Utusan Malaysia
15/5/2009


REMBAU 15 Mei - Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta kerajaan menyerap lebih 33,000 guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di seluruh negara ke jawatan tetap supaya kebajikan mereka lebih terbela.
Presidennya, Omar Osman berkata, pada masa ini guru KAFA di seluruh negara berkhidmat secara kontrak dan tidak layak menerima kemudahan seperti pinjaman perumahan, perubatan serta cuti mengerjakan ibadah haji.
Jelas beliau, langkah menyerap guru KAFA ke jawatan tetap akan melayakkan mereka menerima imbuhan serta kemudahan seperti guru lain di dalam skim perkhidmatan pendidikan.
"Guru-guru KAFA berperanan penting mendidik anak-anak tentang ilmu agama namun mereka seperti dianaktirikan," jelasnya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar Majlis Ramah Mesra Bersama Presiden CUEPACS di Sekolah Kebangsaan Kundor, Pedas dekat sini hari ini.
Hadir sama guru besar sekolah tersebut, Abdullah Abd. Rahman.
Pada masa ini, terdapat 33,475 guru KAFA dan 247 penyelia di seluruh negara menerima elaun bulanan RM500 iaitu kadar yang tidak pernah dinaikkan sejak kelas itu dimulakan pada 1990.
Bagaimanapun, di Wilayah Persekutuan, elaun tersebut telah dinaikkan kepada antara RM1,000 dan RM1,200 bermula Januari lalu.
Osman menambah, lantikan guru KAFA secara kontrak adalah tidak adil dan menimbulkan banyak masalah kepada golongan berkenaan.
Menurut beliau, CUEPACS menerima banyak rungutan serta keluhan berhubung isu taraf jawatan kontrak dan kebajikan guru KAFA yang tidak terbela.
"Lebih malang lagi, terdapat sebahagian guru KAFA yang tidak disambung kontrak perkhidmatan sedangkan mereka perlu menjelaskan ansuran pinjaman kenderaan atau perumahan kepada institusi kewangan.
"Malah, ada yang berkhidmat secara kontrak lebih daripada 20 tahun. Sampai bila keadaan ini perlu berterusan?" katanya.
Sehubungan itu, ujar Omar, penyerapan guru KAFA ke jawatan tetap akan membolehkan mereka menjalani kehidupan lebih selesa dan menumpukan sepenuh perhatian kepada pengajaran.
Kata beliau, sekiranya cadangan tersebut diluluskan, ia akan dianggap sebagai 'hadiah istimewa' kepada guru KAFA di seluruh negara yang meraikan Hari Guru esok.
Dalam pada itu, jelas Omar, kakitangan kerajaan dari kumpulan sokongan yang aktif berpolitik dinasihatkan supaya memohon kelulusan bertulis daripada ketua jabatan masing-masing sekiranya perlu menghadiri program parti semasa bertugas.
Ujarnya, kakitangan terbabit perlu mengutamakan tugas hakiki dan sebaik-baiknya menyertai kegiatan politik di luar waktu bekerja.

16 Mei 2009

ALLOW PARTIAL ACCESS TO GRATUTITY

The Star
16/5/2009



CUEPACS’ proposal that civil servants who have served 10 years and more be allowed to withdraw 10% of their gratuity to spur domestic consumption in hard times merits consideration.
There are around one million civil servants in the country and most of them are low wage earners. Allowing them to spend 10% of their gratuity on designated purposes will contribute towards boosting the economy.
The Government should entertain this proposal, but with a proviso.
Civil servants should only be allowed to withdraw their gratuity for such purposes as education for their children, purchase or downpayment for houses and for the purchase of unit trusts from Permodalan Nasional Bhd (PNB).
Recently, PNB launched the Amanah Saham Malaysia and Amanah Saham Wawasan 2020. Many civil servants were eager to buy the unit trusts because of the good returns, but were unable to do so for lack of money.
I believe civil servants should be given some flexibility or leeway like their counterparts who are contributors to the Employees Provident Fund.
Allowing civil servants this additional privilege will go a long way towards enhancing their quality of life.
The Prime Minister is seeking civil service reforms. Can this gratuity proposal also be included as part of the reforms?
Offering civil servants such perks will in the long run contribute towards enhancing productivity of the public sector.

JAMES GONZALES,
Kuala Lumpur
.

15 Mei 2009

CUEPACS SETUJU KAKITANGAN SOKONGAN NAIK PANGKAT

Berita Harian
14/5/2009





PUTRAJAYA: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Sektor Awam (Cuepacs) menyifatkan langkah kerajaan menimbang untuk menaikkan pangkat kakitangan sokongan dalam perkhidmatan Persekutuan sebagai suntikan semangat untuk penjawat awam meningkatkan produktiviti dan khidmat. Presidennya, Omar Osman, berkata pihaknya menerima baik kesediaan kerajaan itu kerana ia adalah perkara yang ditunggu-tunggu oleh lebih 100,000 kakitangan dalam kumpulan itu sejak tiga tahun lalu. "Ia adalah motivasi kepada mereka dan Cuepacs berharap sebagai balasan, kakitangan berkenaan akan bekerja bersungguh-sungguh dan meningkatkan integriti," katanya.
Beliau mengulas pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, bahawa kira-kira 176,066 pegawai kumpulan sokongan bagi perkhidmatan persekutuan yang berkhidmat lebih 15 tahun akan dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat menerusi kaedah Khas Untuk Penyandang (KUP) berkuat kuasa 1 Julai ini. Omar berkata, kerajaan bertindak adil terhadap kakitangan terbabit menerusi langkah itu kerana ada antara mereka yang sudah berkhidmat dalam gred sama antara 25 hingga 30 tahun tanpa dapat merasai nikmat kenaikan pangkat. "Cuepacs mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri dan kerajaan terhadap langkah itu," katanya.