SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

29 Mei 2009

100,000 PEMINJAM KETAKUTAN

Berita Harian
29/5/2009



KUALA LUMPUR: Cuepacs mendedahkan kira-kira 100,000 kakitangan awam hidup dalam ketakutan selepas diburu kumpulan along kerana gagal melunaskan pinjaman mereka. Setiausaha Agungnya, Ahmad Shah Mohd Zin, berkata jumlah itu (kira-kira 10 peratus daripada keseluruhan kakitangan awam) amat membimbangkan kerana ia boleh menjejaskan produktiviti dan perkhidmatan. Katanya, hasil kajian pihaknya mendapati kakitangan awam terbabit mula mendapatkan pinjaman along sejak tiga tahun lalu dan sehingga kini majoriti daripada mereka masih tidak mampu melunaskan pinjaman terbabit.
“Akibatnya pekerja terbabit diganggu along hampir setiap hari termasuk ada yang menunggu di pintu masuk pejabat. “Ada pekerja yang ponteng dan sanggup dikenakan tindakan disiplin semata-mata hendak mengelak diganggu along di tempat kerja,” katanya dihubungi, semalam.
Ahmad Shah berkata, kebanyakan kakitangan awam meminjam wang daripada along adalah pekerja kumpulan profesional dan ke bawah.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

x de plak orang melalak kat sini... hu7

Tanpa Nama berkata...

GOLONGAN SOKONGAN LAH BANYAK NI... KERANI SEKOLAH AKU PAKAI I PAD ... CIKGU PUN TAK PAKAI... BERLAGAK LEBIH

Tanpa Nama berkata...

Sudah tukar setiausaha agong ke?..yg lama sudah pencen ke?