SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

06 Mei 2009

TEKNOLOGI MAKLUMAT BANTU DOKTOR BERTUGAS

Berita Harian
6/5/2009





JABATAN Kesihatan Wilayah Persekutuan dan Putrajaya ingin merujuk surat mengenai `Cuepacs tidak patut lindungi doktor culas’ yang disiarkan ruangan ini, 30 April lalu. Hasil siasatan aduan mengenai dua doktor muda di wad berkenaan yang bersahaja melayari laman web dengan menggunakan komputer di wad pediatrik yang dimaksudkan adalah tidak berasas. Untuk makluman, Hospital Putrajaya ialah hospital berasaskan teknologi maklumat sepenuhnya. Oleh itu, dua doktor muda yang dimaksudkan sebenarnya sedang meneliti dan mengemaskini rekod elektronik pesakit (contohnya keputusan pemeriksaan darah dan parameter klinikal pesakit, seperti suhu badan, tekanan darah, kadar nadi dan sebagainya) di dalam komputer untuk memantau perkembangan pesakit yang menerima rawatan.
Selain itu pesanan ubat-ubatan dan pemeriksaan darah juga perlu dilakukan melalui sistem rekod elektronik di dalam komputer. Di samping itu doktor perlu membuat rujukan terkini mengenai sesuatu penyakit yang dirawat untuk tujuan pembelajaran dan rawatan. Sehubungan itu juga, pesakit yang dimasukkan ke Wad Pediatrik (Kanak-Kanak) secara amnya diperiksa doktor bertauliah dan perancangan rawatan dibuat berdasarkan pemeriksaan berkenaan. Bagi kanak-kanak yang berusia lebih sebulan, pemeriksaan pesakit biasanya dilakukan di katilnya sendiri sementara yang berusia kurang daripada sebulan akan diperiksa di bilik pemeriksaan khas tanpa kehadiran ibu bapa untuk pemeriksaan klinikal dan pengambilan darah.
Doktor akan memaklumkan mengenai perkembangan atau kemajuan rawatan dan keputusan darah yang dijalankan.


DR ISMAIL ABU TAAT,
Pengarah
Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

itu macam ke doktor pakai ICT