SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

09 Februari 2011

CUEPACS MAHU GAJI MINIMUM RM900

Berita Harian
8/2/2011



KUALA LUMPUR: CUEPACS yang mewakili lebih sejuta kakitangan perkhidmatan awam merayu kerajaan supaya memperkenalkan gaji minimum RM900 sebulan dalam usaha membantu kakitangan berpendapatan rendah.

Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata ketika ini segelintir kakitangan kerajaan yang bekerja sebagai pekerja am rendah, pembantu pejabat dan pemandu masih menerima gaji asas antara RM600 hingga RM647 sebulan. “Kita berasakan sudah tiba masanya struktur gaji sektor awam disemak semula dengan mewujudkan kadar gaji minimum selepas kali terakhir semakan dilakukan pada 2007. “Jika sektor awam mempunyai gaji minimum, CUEPACS berasakan segelintir kakitangan awam tidak akan membuat kerja sampingan yang kini dilihat sedikit sebanyak menjejaskan prestasi kerja mereka,” katanya di sini, semalam.

Omar berkata demikian pada sidang media sebelum merasmikan kursus pemantapan disiplin dan integriti Kesatuan Pegawai Pengangkutan Jalan Semenanjung Malaysia (KPPJSM) di Pusat Belia Antarabangsa, di sini.

Omar berkata, CUEPACS juga akan membangkitkan perkara itu pada Makmal Gaji Minimum yang dijadualkan berlangsung hari ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

Beliau berkata, pihaknya juga akan mengadakan pertemuan bersama Kementerian Pelajaran dalam tempoh terdekat ini berhubung isu pekerja kontrak yang kehilangan kerja selepas kontrak perkhidmatan masing-masing tidak disambung semula.
Sementara itu, Bahagian Komunikasi Korporat Kementerian Sumber Manusia dalam kenyataan semalam, berkata orang awam akan diberi peluang mengemukakan pendapat mengenai dasar gaji minimum apabila kementerian mengadakan Hari Terbuka bermula jam 10 pagi hingga jam 5 petang Sabtu ini.

Katanya, program berkenaan diadakan di Wisma Perkeso, Jalan Tun Abdul Razak di sini.

IBKN SOKONG TUNTUTAN CUEPACS SUPAYA KERAJAAN PERKENAL GAJI MINIMUM

Bernama
8/2/2011



ALOR STAR, 8 Feb (Bernama) -- Alumni Institut Kemahiran Belia Negara SeMalaysia (IKBN) menyokong hasrat Cuepacs meminta kerajaan memperkenalkan gaji minimum RM900 sebulan bagi membantu kakitangan berpendapatan rendah.

Pegawai Komunikasi Korporatnya, Samsudin Oli Mohamed berkata tuntutan itu wajar dan sudah tiba masanya kerajaan mengkaji serta meletak penanda aras bagi gred kakitangan dan gaji sektor awam untuk membolehkan mereka keluar dari garis kemiskinan.

Sebagai contoh, graduan IKBN yang berkemahiran masih diletakkan pada tangga gaji rendah, katanya kepada pemberita pada Selasa.

"Kami menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak merealisasikan hasrat beliau menjadikan Malaysia negara maju dan berpendapatan tinggi, tetapi ia perlu disokong dengan pendapatan kakitangan awam," katanya.

Shamsudin juga berkata graduan IKBN wajar mendapat gaji setaraf kelayakan dan kemahiran mereka.

Pada Isnin, Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman berkata gaji minimun sektor awam yang disemak dan diperkenalkan pada 2007, tidak lagi relevan berikutan kenaikan kos sara hidup ketika ini.

-- BERNAMA

08 Februari 2011

PENSYARAH IPTA DG45 WAJAR DIBERI GAJI SETARAF SKIM GURU CEMERLANG

Berita Harian
8/2/2011




DUA MINGGU ini kita membaca di akhbar mengenai tuntutan gaji pokok pengawal keselamatan oleh Presiden Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia (PPKKM) dan pensyarah farmasi terhadap Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Tahun lalu saya ada membaca beberapa rayuan dan keluhan pensyarah IPTA (bekas guru yang berpindah ke IPTA) Gred DS45 yang disiarkan oleh pelbagai media perdana. Sehingga kini, nasib mereka masih tiada ketentuan jawapan daripada Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Pengajian Tinggi mahupun JPA. Sebagai seorang profesor pencen yang pernah menjawat jawatan Dekan di sebuah universiti terbaik di negara ini, saya melihat pensyarah Gred DS45 dianaktirikan. Sebahagian besar pensyarah ini adalah bekas guru yang sudah berkhidmat di sekolah lebih dari lebih 15 tahun. Dengan pengalaman, kepakaran dan kebolehan yang baik, mereka diterima menjadi pensyarah di IPTA. Kini, setelah berkhidmat lima tahun dan disahkan dalam jawatan di IPTA, malangnya gaji mereka amat rendah berbanding gaji guru sekolah yang bergred DG44, DG48, DG52 (guru cemerlang) atau pensyarah IPG yang bergred DG48 atau DG525. Bayangkan dengan pengalaman bekerja 20 tahun itu, gaji pensyarah ini masih berada dalam kategori ‘kemiskinan’ jika diukur daripada kadar Keluaran Negara Kasar (KNK) negara. Gaji guru yang sudah melalui beberapa kali penstrukturan semula itu tidak memihak kepada pensyarah IPTA Gred DS45 ini. Bayangkan juga seorang guru Tingkatan 6 (DG48) mendapat bayaran gaji lebih tinggi daripada seorang pensyarah IPTA DS45 yang terpaksa mengajar kumpulan sarjana, menulis jurnal, menulis buku, menulis kertas kerja, menghadiri seminar, membuat penyelidikan dan mengajar kumpulan ijazah pertama yang jumlah pelajarnya melebihi 100 orang bagi satu-satu kursus tetapi gaji mereka ini jauh lebih rendah daripada gaji seorang guru.

Saya melihat sistem gred gaji IPTA ialah DS45 (tanpa PhD) dan DS52 (PhD ke atas) ini sudah tidak sesuai lagi. Terus terang saya katakan bahawa guru yang menjadi pensyarah di IPTA, dengan pengalaman mengajar serta sudah membuktikan kepakaran mereka dalam bidang tertentu (untuk melayakkan mereka menjadi pensyarah IPTA) itu, mereka sebenarnya mempunyai ilmu yang lebih baik daripada sesetengah pensyarah muda yang mempunyai PhD tetapi tidak menguasai ilmu pedagogi. Sayangnya, pengalaman, kepakaran dan kebolehan ini tidak dihargai oleh IPTA mahupun Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Kepada Bahagian Sumber Manusia dan KPT, pandang-pandanglah kumpulan (bekas guru) ini supaya mereka beroleh pendapatan yang setimpal dengan apa yang mereka lakukan juga setaraf dengan dengan rakan mereka yang bergelar guru di sekolah. Tugas seorang pensyarah sebenarnya lebih berat berbanding guru sekolah.

Jika KPT ingin bertegas dengan ‘kelayakan’ PhD, saya ingin mencadangkan supaya golongan ini diberikan kenaikan gaji setaraf dengan skim guru cemerlang (DG48/DG52) supaya pengalaman bertugas dan kepakaran pensyarah kumpulan ini dihargai.


BEKAS DEKAN FAKULTI PENDIDIKAN,
Kuala Lumpur.

GURU TIDAK TERBEBAN KERJA

Utusan Malaysia
8/2/2011




SAYA ingin memberi reaksi kepada pandangan saudara Norhisyam Mohamad dari Kuala Kedah di ruangan ini pada 3 Februari 2011 mengenai Jawatankuasa Khas mengkaji beban tugas guru.

Masyarakat Malaysia sering kali diperdengarkan dengan keluh-kesah warga guru yang mengatakan mereka banyak kerja, kerja sampai ke rumah, waktu cuti pun dipanggil bekerja dan seribu macam lagi. Namun tidak ada statistik sebenar yang menunjukkan bahawa warga guru ini adalah benar-benar dalam keadaan tertekan.

Saya telah berkhidmat sebagai guru mulai Disember 1992 sehingga kini. Saya berasa malu dan bersalah jika mengaku terbeban dengan kerja mendidik. Rasionalnya:

* Hampir setiap guru hanya akan diberikan tanggungjawab mengajar minimum dengan enam waktu seminggu dan maksimum 25 waktu seminggu. Secara purata ramai daripada di kalangan guru hanya diberi waktu mengajar 16 waktu seminggu. Satu waktu bersamaan 30 minit atau paling lama 40 minit. Secara purata kebanyakan sekolah rendah atau pun menengah menggunakan satu waktu bersamaan dengan 30 minit sahaja. Purata waktu mengajar guru ialah 16 waktu X 30 min= 480 minit atau lapan jam seminggu iaitu bersamaan satu hari bekerja penjawat awam yang lain.

* Tugas-tugas khas selain daripada kurikulum akan diberikan dengan agihan saksama. Berdasarkan pengalaman saya sebagai pengurusan sekolah, seorang guru akan diberikan satu tugas khas dan satu tugas kokurikulum. Misalnya, jika seorang guru diberikan tanggungjawab guru kelas atau tingkatan, ketua rumah sukan, ketua persatuan atau kelab dan jawatan berupa tanggungjawab ketua, maka guru tersebut tidak akan diberi tanggungjawab lain kecuali sekolah kekurangan guru.

* Tugas menanda buku kerja pelajar, menanda kertas ujian atau peperiksaan dan menyediakan kertas soalan adalah tugas hakiki guru.

* Guru-guru wajar mengetahui dengan jelas tugas hakiki mereka. Jika tidak mengetahui, sila rujuk kepada SPP [Panduan tugas hakiki Pegawai Perkhidmatan Pendidikan].Tolong rujuk Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Falsafah Pendidikan Guru, Visi, Misi dan Objektif Kementerian Pelajaran. Lihat juga Tonggak 12 dan semua jenis Perintah Am, Pekeliling Perkhidmatan dan panduan-panduan perkhidmatan guru yang lain.

Guru sebenarnya tidak terbeban dengan tugas hakiki yang ada kecuali mereka sendiri yang membebankan diri mereka. Alasan saya:

* Ramai guru yang terlibat dengan pelbagai aktiviti ekonomi seperti jualan langsung, insurans, jualan runcit (kain tudung, baju, kain pasang, tuisyen, kedai burger dan seribu macam lagi). Cuba rujuk laman sesawang seperti Facebook, kita akan jumpa kebanyakan penjawat awam termasuk guru menguar-uarkan produk jualan mereka dalam Facebook.

* Masa mengajar bukanlah berterusan. Pihak pengurusan sekolah tidak akan berlaku kejam. Setiap guru ada masa senggang. Misalnya, jika guru A telah mengajar tiga waktu sebelah pagi, maka pada waktu empat dan lima, lazimnya beliau akan rehat. Ada juga yang tidak mengajar seharian.

* Guru teknik, guru vokasional dan guru Kemahiran Hidup mempunyai masa mengajar yang lebih senggang. Ada di kalangan mereka yang mengajar tiga hari sahaja dan dua hari akan bercuti daripada mengajar. Purata mereka mengajar tidak lebih daripada 14 waktu seminggu kecuali guru yang mengajar Kemahiran Hidup. Ada yang sempat mengambil projek membuat pagar, membaiki kenderaan luar, mengecat kereta luar, membuat pendawaian rumah dan bermacam kerja lagi dalam waktu kerja.

* Ustaz-ustaz juga tidak ketinggalan menyampaikan ceramah berbayar di merata tempat tetapi tugas hakiki mendidik pelajar terabai. Kalau tidak masakan ada pelajar yang masih tidak mengenal huruf jawi dan tidak boleh membaca al-Quran.

* Guru-guru juga sibuk dengan kejohanan sukan diri sendiri, bukan untuk pelajar. Ada yang terlibat dengan kejohanan sehingga semingu lamanya, sedangkan ia hanya peringkat dalaman sahaja. Jika peringkat kebangsaan hanya setakat itu sahaja kerana tidak ada kejohanan sukan dunia untuk warga pendidik. Masalahnya anak murid yang terabai maka berlakulah guru tidak habis silibus.

Saya meminta mana-mana pihak, terutama golongan guru, agar memberi dan menunjukkan bukti imperikal bahawa mereka (lebih kurang 126,171 guru lelaki dan 279,545 guru perempuan) adalah dalam keadaan tertekan. Tunjukkan juga berapa ramai guru yang dirujuk kepada Lembaga Perubatan kerana masalah mental disebabkan ‘Beban Tugas’.

Saya menyeru semua warga pendidik iaitu guru, Pensyarah Guru, Pensyarah IPTA & IPTS agar menilai diri dan memahami fungsi kita sebagai pendidik. Jika kita tidak boleh, maka ada pekeliling yang dikeluarkan oleh kerajaan untuk kita melepaskan jawatan kita dan carilah kerja yang sesuai dengan kita.

Mokhtar Sabah

Keningau, Sabah.

I DON'T CARE: A FAIR 'DEMAND'

Malay Mail
Submitted by Najiah
on Tuesday, February 8th, 2011



SERIOUSLY, is RM720 salary per month good enough to go around in the city?

“Of course not, and what kind of a question was that?” my wife retorted, with a puzzled look on her face.

Precisely, I said, but I couldn’t help posing that stupendous question to her last night after reading a report on the "demand" by the Congress of Unions of Employees in the Public and Civil Services (Cuepacs) for the government to implement a minimum wage for its members.

I must admit I was taken aback to know that a large number of our civil servants, particularly those in the support group, are taking home that much on a monthly basis. In fact, some are earning less than that, going by what was revealed by Cuepacs president Datuk Omar Osman in the report.

Dear readers, I beg your pardon for my ignorance or lack of knowledge on the welfare of our civil servants. I had always thought that civil servants currently earned at least RM800 a month!

According to Omar, currently, the salary received by those in the support group was below the poverty line of RM720 a month, with those in Grade 1 to Grade 16 in the Support Group II starting at RM647 salary per month!

What an irony — we read countless reports about the government intent on eradicating poverty in the country, but some of their civil servants are ridiculously, in my opinion, living below the poverty line, struggling every month to make ends meet and to cope with the perpetual rise of cost of living each year.

The last time there was a salary review for civil servants was in 2007. And, over the past three years, we have had more than three petrol price hikes, which resulted in the subsequent increases of prices of basic necessities.

My quick research also revealed that the wage trend in Malaysia had recorded only an annual 2.6 per cent growth during the past 10 years! According to the study by the World Bank, basic income should cover a group of foods that meet the nutritional needs of the members of a household. It should also be able to meet other basic necessities like clothing, rent, fuel and utilities, transport and communications, medical expenses, education and recreation.

Then again, can we really achieve these with a meagre RM720 or less in monthly salary in the city?

The World Bank, it was reported, had also recommended that medium-income countries should calculate Poverty Income Level based on US$2.50 (approximately RM7.50 at the current exchange rate) per individual per day. This means that a person would need that much a day for both food and non-food necessities.

According to the report, if this were used for Malaysia, whose average household has four family members, a family would need RM840 a month for them to be out of the poor-income bracket. No wonder that the majority of civil servants are taking part-time jobs to make ends meet and according to Omar, this has affected productivity.

Apparently, those in the civil service’s support group are not alone, so I discovered. They have "friends" in the private sector too. The National Employment Return study, conducted last year by the Human Resource Ministry, revealed that almost 34 per cent of about 1.3 million workers surveyed earned less than RM700 a month. The study also suggested that the wages be increased after it was found that it was hard to just rely on market forces "to gently force" employers to increase salaries.

Following the survey, Minister Datuk Dr S. Subramaniam had said that the government, in principle, agreed that wages will have to be increased, citing an excuse that the influx of foreign workers was among several reasons why wages did not increase for the past 10 years.

And, the 10th Malaysia Plan (10MP) was unveiled months later with 10 big ideas that will be the pillars in charting the development towards a high income economy by 2020.

So, we should be glad to know that the government is aware of this statistics, including the recommendations by the World Bank, and the importance of creating a high income society for the country to become a high income economy. And, works are in progress to achieve this.

But, for Omar to remind the powers-that-be to seriously look into the welfare of the civil servants, it speaks volumes of their predicament.

“The basic salary should be at least RM850 or RM920 a month," he said.

Sounds like a fair "demand" to me and it is wise for the government not to adopt the "don’t care" attitude on this.

So, it is hoped that the three-day Minimum Salary Laboratory meeting, which starts today to deliberate on the proposal for a RM900 minimum salary for the civil service, could one day bring smiles to our "hardworking" civil servants.

MUZLI MOHD ZIN quit civil service 17 years ago due to many reasons, one of which was the desire to improve his quality of life on an express mode. He found it hard to juggle a permanent day-job and part-time job at night, like his former colleagues, to make ends meet. It was tiring. There was life to enjoy too, he reckoned. He receives brickbatsat muleez@gmail.com.


07 Februari 2011

CUEPACS MAHU KERAJAAN WUJUDKAN GAJI MINIMUM BAGI PENJAWAT AWAM

Bernama
7/2/2011




KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) -- Cuepacs Isnin meminta kerajaan menetapkan gaji minimum bagi penjawat awam supaya mereka dapat menampung kos kehidupan yang semakin tinggi.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata pada masa ini, gaji yang diterima penjawat awam terutamanya kumpulan sokongan, masih lagi berada di bawah garis kemiskinan RM720 sebulan.

"Contohnya bagi Gred 1 hingga Gred 16 dalam Kumpulan Sokongan II, permulaan gaji RM647, bawah paras gaji kemiskinan. Sekarang paling tidak mesti RM850 atau RM920, dan ini tak termasuk elaun, hanya gaji pokok.

"Kakitangan kerajaan sekarang ni, kalau ikut betul-betul gaji, memang belum sampai gaji minimum. Tapi disebabkan tambah elaun, maka sampai (paras gaji minimum)," katanya kepada pemberita selepas Bengkel Pemantapan Disiplin dan Integriti Kesatuan Pegawai Pengangkutan Jalan Semenanjung Malaysia di sini, Isnin.

Beliau berkata gaji yang rendah boleh mengakibatkan produktiviti pekerja terjejas terutamanya apabila mereka melakukan pekerjaan sambilan.

Justeru, Omar berkata kerajaan perlu menyemak semula gaji minimum bagi penjawat awam dan menyelaraskannya dengan sektor swasta untuk mengelakkan perkara melibatkan disiplin pekerja itu berlarutan.

Kali terakhir kerajaan membuat semakan gaji ialah pada Mei 2007.

Omar juga berharap Makmal Gaji Minimum yang akan berlangsung esok dapat mencari rumusan terbaik masalah gaji yang rendah di kalangan penjawat awam.

Makmal tiga hari itu yang akan berlangsung pada 8, 11 dan 14 Feb di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dijangka dapat mencapai kata sepakat berhubung cadangan penetapan gaji minimum sebanyak RM900 sebulan.

Mengenai isu Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) yang akan dimansuhkan Jun depan, Omar berkata bahagian kompetensi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kini sedang mendapatkan maklum balas daripada pelbagai pihak bagi mencari bentuk penilaian baru yang sesuai berbanding konsep peperiksaan dalam PTK.



-- BERNAMA

MAKMAL GAJI MINIMUM BINCANG ESOK

Berita Harian
Oleh Haspaizi Mohd Zain
haspaizi@bharian.com.my
2011/02/07



Kerajaan yakin Akta Gaji Minimum dapat dilaksana selewat-lewat Jun

KUALA LUMPUR: Kerajaan yakin Akta Gaji Minimum 2011 dapat dilaksanakan selewat-lewatnya Jun depan selepas mendapat maklum balas daripada Makmal Gaji Minimum yang akan berlangsung esok. Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam, berkata rang undang-undang akta berkenaan akan dibentangkan di Parlimen pada sesi persidangan akan datang yang akan bermula bulan depan. “Kita akan berusaha untuk melaksanakannya pada bulan Jun ini, kementerian yakin ia dapat dilaksanakan berdasarkan maklum balas daripada pihak berkepentingan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Pihak yang berkepentingan dimaksudkan ialah seperti Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Persekutuan Majikan Malaysia (MFE) dan Persekutuan Pengeluaran Malaysia (FMM).

Beliau sebelum itu menghadiri majlis perasmian Pusat Khidmat MIC bertempat di ibu pejabat parti berkenaan. Majlis itu dirasmikan Presiden MIC, Datuk G Palanivel.

Sebelum ini akhbar melaporkan makmal selama tiga hari itu bermula 8, 11 dan 14 Februari di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dijangka dapat mencapai kata sepakat berhubung cadangan penetapan gaji minimum sebanyak RM900 sebulan.
Subramaniam berkata, sejak tahun lalu kementeriannya sudah mengadakan pelbagai program termasuk perbincangan, seminar dan sesi dialog dengan pihak berkepentingan bagi mencapai matlamat berkenaan.

“Banyak isu, terutamanya membabitkan pihak berkepentingan ini, kita perlu menyediakan satu sistem yang dipersetujui ataupun diterima oleh semua pihak, tidak memberi kesan kepada ekonomi, peluang pekerjaan dan juga industri” katanya.

Sementara itu, Palanivel ketika ditemui berkata, MIC akan menyelaraskan fungsi pusat khidmat di kesemua peringkat negeri dan bahagian pada setiap Ahad dari 10 pagi hingga 1 tengah hari bagi memudahkan masyarakat India menyuarakan masalah mereka.

Katanya, pusat khidmat berkenaan memberi ruang kepada masyarakat India untuk menyuarakan permasalahan termasuk masalah pendapatan, perumahan, kesihatan dan juga bantuan kebajikan

05 Februari 2011

BERHATI-HATI APABILA MEMBELI KERETA UNTUK ELAK PENIPUAN- FOMCA

Bernama
5/2/2011



KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) menasihati orang ramai agar lebih berhati-hati apabila membeli kereta kerana banyak kes penipuan membabitkan jurujual syarikat pengedar kenderaan dilaporkan sejak kebelakangan ini.

Setiausaha Agungnya Muhammad Shaani Abdullah berkata orang ramai tidak menyedari bahawa mereka telah tertipu oleh jurujual kereta sehinggalah kereta tempahan mereka tidak diterima pada masa yang ditetapkan.

"Banyak kes membabitkan penipuan penjualan kereta berlaku akibat kesilapan oleh pembeli sendiri seperti tidak menyiasat latar belakang syarikat pengedar kenderaan, berapa lama jurujual itu telah bekerja dengan syarikat berkenaan, adakah syarikat itu mempunyai rekod penipuan oleh jurujualnya dan sebagainya," katanya ketika dihubungi Bernama di sini Sabtu.

Beliau berkata demikian bagi mengulas sebuah laporan akhbar semalam mengenai hasrat seorang pesara tentera, Anuar Ariffin, 45, untuk memiliki sebuah kereta baru tidak kesampaian setelah wang deposit RM23,550 yang dibayar lesap didakwa dibawa lari seorang jurujual syarikat pengedar kenderaan pada pertengahan tahun lalu.

Menurut Anuar, beliau membayar wang deposit itu dengan cara membuat pertukaran kereta Perodua Myvi miliknya dan menambah wang tunai RM2,616 bagi menggenapkan baki deposit sebanyak RM23,550 yang perlu dibayarnya.

Bagaimanapun jurujual tersebut gagal dihubungi untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai kereta barunya selepas tiga bulan menunggu malah pihak syarikat pengedar kenderaan juga memberitahu bahawa jurujual itu telah berhenti kerja dan tidak bertanggungjawab atas kesalahan dilakukan jurujualnya.

Anuar membuat laporan polis dan turut mengemukakan masalah itu kepada Tuntutan Tribunal Pengguna dan kesnya masih dalam siasatan.

Sehubungan itu, Muhammad Shaani menasihati orang ramai agar melakukan penyelidikan dahulu sebelum membeli kereta dengan tidak menumpukan terhadap satu kedai sahaja dan mendapat pandangan daripada pelbagai pihak yang mahir dalam urusan jual beli kereta.

Selain itu, beliau juga meminta pihak berkuasa seperti polis dan agensi penguatkuasa yang berkaitan agar memastikan kes-kes penipuan penjualan kereta itu tidak berulang kerana ia memberi bebanan kepada pengguna.

Sekiranya pembeli itu mempunyai wang yang mencukupi mereka boleh melantik seorang peguam untuk mengendalikan kes tersebut tetapi kos guaman lazimnya tinggi dan mengambil masa yang lama untuk diselesaikan, katanya.

Beliau berkata Fomca mahu kerajaan bertindak tegas dalam menangani kes penipuan penjualan kereta kerana wujud individu yang tidak bertanggungjawab yang mahu mengaut keuntungan dalam masa yang pantas.

-- BERNAMA

KEKURANGAN STAF LAMBATKAN OPERASI BANTU RAKYAT MALAYSIA

Utusan Malaysia
4/2/2011



SAYA amat prihatin terhadap terhadap apa yang berlaku kepada pelajar kita di Mesir. Mereka ketakutan, kekurangan makanan dan juga terputus hubungan.

Maka operasi membawa keluar dilaksanakan. Namun apa yang dikesalkan ialah tindak balas dan laporan lambat oleh pihak kedutaan kita di sana. Mereka kekurangan kakitangan untuk menggerakkan operasi di sana.

Di negara kita pula, banyak Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) diletakkan di setiap jabatan kerajaan sehingga mereka ditempatkan di jawatan tidak sepatutnya. Jawatan mereka seolah-olah lambakan dalam pentadbiran awam negara.

Oleh itu, saya menyeru kerajaan mengkaji kedudukan setiap PTD di setiap jabatan. PTD yang diambil adalah mereka terpilih dan terbaik.

Oleh itu, mereka harus dihantar keluar negara kerana faktor semasa bukannya dilambakkan dalam negara sehingga mengganggu penjawat awam lain mencapai kemuncak kerjaya.

Biarlah setiap jabatan itu diketuai oleh mereka yang berada di dalam jabatan itu sejak dari awal lagi.

WARGA PRIHATIN

Kelantan

31 Januari 2011

SEKTOR AWAM DIMINTA BERI PELUANG KEPADA OKU

Utusan Malaysia
29/1/2011




>KUALA LUMPUR 28 Jan. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta agar golongan kurang upaya diberi peluang yang lebih luas untuk memegang jawatan dalam sektor berkenaan.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, setakat ini sasaran satu peratus orang kurang upaya (OKU) berkhidmat dalam sektor berkenaan masih belum dicapai.

Menurutnya, golongan tersebut sepatutnya diberi peluang untuk bekerja di dalam sektor awam kerana ada antara mereka merupakan golongan bijak pandai dan lulusan universiti.

"Kami mendapat banyak aduan daripada golongan OKU bahawa mereka banyak kali gagal pada sesi temuduga pekerjaan dalam sektor awam walaupun memenuhi kriteria yang diperlukan.

"Kami yakin mereka mampu melaksanakan tugas dengan baik sekiranya ditawarkan jawatan dan pekerjaan di dalam sektor awam seperti kerani, pengurus fail dan sebagainya yang tidak membabitkan tugasan fizikal kerana ada antaranya berkelulusan tinggi seperti ijazah dari universiti tempatan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis penyerahan cek saguhati perpindahan kepada penghuni kuarters kerajaan Jalan Cochrane di Kompleks Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Ketua Setiausaha Jabatan Perdana Menteri, Datuk Othman Mahmood; Setiausaha Bahagian Pengurusan Hartanah Jabatan Perdana Menteri, Hasnol Zam Zam Ahmad dan Pengurus Besar Pelaburan Lembaga Tabung Angkatan Tentera, Roslan Abu Talib.

Menurut Omar, setakat ini golongan OKU yang bekerja dalam sektor awam berpuas hati dengan kemudahan disediakan.

Katanya, rata-rata golongan tersebut memuji usaha kerajaan menyediakan tempat bekerja yang selesa untuk mereka.

"Tiada masalah dari segi kemudahan OKU di tempat kerja dalam sektor awam, cuma masalahnya kekurangan pekerja daripada golongan itu. Saya berharap perkara ini dapat diberikan perhatian," jelasnya.

Sementara itu, Omar berkata, CUEPACS dan beberapa kesatuan sekerja lain seperti Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Sumber Manusia pada 8, 11 dan 12 Februari ini mengenai isu pelaksanaan gaji minimum.

"Sebagaimana yang umum ketahui, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan penubuhan Majlis Konsultasi Gaji Negara untuk pengenalan gaji minimum, tetapi kami masih tidak mendapat bayangan bahawa ia akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat ini.

"Jadi, satu perbincangan akan diadakan pada tarikh tersebut dengan Kementerian Sumber Manusia bagi mengetahui status terkini pelaksanaan gaji minimum di negara ini," katanya.

29 Januari 2011

PENJAWAT AWAM PERLU PINGGIRKAN BUDAYA LAPUK, KATA KSN

Bernama
29/1/2011




PUTRAJAYA, 27 Jan (Bernama) -- Penjawat awam tidak boleh menyimpang dalam menawarkan perkhidmatan yang responsif, bersepadu, telus serta berteraskan rakyat, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Beliau berkata kejayaan agenda tranformasi negara ketika ini menuntut supaya perkhidmatan awam beralih daripada paradigma lama, bagi membentuk budaya baru yang mengutamakan inovasi serta penciptaan dan pemerkasaan intelektual dan juga profesionalisme.

Katanya oleh itu penjawat awam perlu memingirkan budaya lapuk dengan meneroka bidang-bidang baru melalui kekuatan iltizam dan perubahan, dalam cara berfikir dan bertindak.

"Dalam ketidaktentuan senario ekonomi global serta diiringi persaingan yang begitu pesat pada masa masa ini, perkhidmatan awam tiada pilihan lain melainkan mengambil haluan strategik," katanya semasa berucap pada majlis "Pengiktirafan Penarafan Bintang dan Pelancaran Buku "Bersama Melaksana Tranformasi," di sini hari Khamis.

Mohd Sidek berkata apa yang diperlukan ialah kepimpinan mantap yang didorong oleh semangat yang meluap-luap untuk mencapai visi negara.

-- BERNAMA

BERBASIKAL DI PUTRAJAYA TINGKATKAN KECERGASAN PENJAWAT AWAM

Bernama
29/1/2011



PUTRAJAYA, 27 Januari 2011 -

Kempen berbasikal yang dilaksanakan di Putrajaya selari dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan sebagai pusat bandar hijau yang dinamik. Insiatif Perbadanan Putrajaya turut bertujuan menggalakkan penggunaan kenderaan tidak bermotor.

Pada pandangan saya inisiatif ini dapat dilihat dari berbagai sudut yang berbeza yang boleh mendatangkan pelbagai kesan yang positif. Misalnya ianya dapat mendidik warga Putrajaya untuk mengenengahkan aktiviti kecergasan, sebagai gaya hidup baharu mereka. Idean berbasikal sungguh kreatif dan inovatif. Banyak Bandar-bandar besar di dunia Warga kotanya berbasikal di Ibukota mereka masing-masing misalnya di Beijing, China. Berbasikal dapat mengelakkan kesesakan disamping tidak memerlukan ruang pakir yang luas berbanding sebuah kereta.

Putrajaya dibina mengambil kira semua aspek kemudahan dan infra kelas pertama, seperti kemudahan trek yang terbaik dan terpanjang untuk aktiviti berjoging, bereakreasi serta berbasikal akan menyokong kejayaan kempen itu nanti.

Kebelakangan ini tidak ramai warga Putrajaya yang berminat untuk pergi ke gimnasium setiap hari. Faktor ini ada kemungkinan disebabkan suasana di gimnasium sangat berbeda berbanding di luar dan agak membosankan untuk dikunjungi pada setiap hari.

Kementerian Belia dan Sukan kagum dengan langkah pertama yang dimulakan oleh Presiden Perbadanan Putrajaya Tan Seri Samsudin Osman bersama beberapa pegawai kanannya mengayuh basikal untuk menghadiri Mesyuarat Pasca Kabinet di Kementerianya baru baru ini.

Langkah tersebut tersebut sebagai sesi warming up kempen, sudahpun bermula dan dirasakan betapa seriusnya Perbadanan Putrajaya untuk mengotakan apa yang dikatanya, sehinggakan Tan Seri Presiden sanggup berbasikal sejauh dua kilometer.
Dalam perkembangan yang sama, mendorong warga Putrajaya memiliki basikal sendiri sudah tentu permintaan terhadap basikal akan meningkat. Keadaan ini akan menyuburkan industri basikal. Berbasikal juga akan menyokong teras dalam industri sukan yang mula dilaksanakan oleh KBS mulai tahun ini dan tahun hadapan.

Kepada Warga Putrajaya yang kreatif akan sudah tentu akan memanfaatkan usaha ini bagi menjadi usahawan basikal di Putrajaya. Ini suatu lagi cara untuk meningkatkan punca pendapatan baharu rakyat selaras menyokong usaha dalam Bidang Keberhasilan Ekonomi Negara (NKEA).

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sentiasa menyokong kempen ini kerana dengan cara berbasikal akan mendorong meningkatakan peratusan rakyat Malaysia yang mengamalkan budaya sukan dan kecergasan. Harga basikal tidaklah mahal berbanding dengan kos rawatan perubatan jika terkena penyakit yang kronik. Dilaporkan bahawa, penyebab penyakit kronik seperti serangan jantung, tekanan darah tinggi, strok, kencing manis serta kegagalan buah pinggang berpunca dari gaya hidup tidak cergas tanpa bersenam dan ketagihan rokok dan arak.

KBS juga kini mempunyai 100 buah basikal sedia ada di gimnasium yang boleh dipinjamkan kepada orang ramai bagi memulakan kempen berbasikal di Putrajaya.

Kini didapati bahawa, peratusan kakitangan awam yang obesiti juga dilihat semakin meningkat di Putrajaya. Diperingkat nasional juga peratusnya juga adalah membimbangkan. Punca obesiti adalah mengambil makanan dalam kalori yang berlebihan serta ketiadaan aktiviti kecergasan misalnya bersenam.

Sikap kakitangan awam yang malas bersenam juga perlu diubah dan ditransformasikan. Misalnya didapati kebanyakan mereka menggunakan kenderaan dari pintu rumah ke pintu pejabat, jarang benar yang menggunakan tangga, penggunaan lif sudah menjadi suatu gaya hidup baharu memasuki bangunan tinggi.

KBS mensasarkan 60 peratus rakyat Malaysia menjadikan sukan sebagai budaya hidup menjelang tahun 2020 berbanding 40 peratus yang sudah dicapai pada masa kini. Untuk meningkatkan sebanyak 20 peratus lagi dalam tempoh 10 tahun yang akan datang bukanlah sesuatu yang mudah dilaksanakan tanpa perancangan yang teratur dan memerlukan ianya dipantau setiap tahun.

Menurut KBS, definisi budaya sukan dan kecergasan ialah sekurang-kurang setiap orang menggunakan kira-kira tiga jam seminggu melakukan aktiviti kecergasan secara terancang dan sistematik. Ianya mudah dicapai dengan berbasikal ke pejabat, menggunakan tangga, berjoging, serta bermain selama sekurang-kurang setengah jam setiap hari, selama lima kali seminggu, sudah terkumpul tiga jam setengah dan ini, melepasi indeks kecergasan yang diperlukan.

Berdiet sahaja dan meminum herba tertentu tanpa bersenam adalah tidak mencukupi. Marilah kita bersama-sama di samping menjimatkan penggunaan petrol menunggang basikal secara pilihan ke tempat kerja. Bandar Putrajaya perlu kekal hijau untuk diwarisi oleh generasi akan datang.

SUMBER: Kementerian Belia dan Sukan

UNTUK MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI:

NAMA: YOSRI ABU MAHSIN
PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM KANAN
TEL : 03 8871 3405
EMEL: yosri@kbs.gov.my

TARIKH SIARAN: 27 JANUARI 2011
DISIARKAN OLEH PERHUBUNGAN MEDIA & PENGURUSAN ACARA (MREM)

28 Januari 2011

KUARTERS COCHRANE: PENGHUNI LAMA DIUTAMA

Utusan Malaysia
28/1/2011




OTHMAN Mahmood (tujuh dari kiri belakang) bersama Omar Osman (lima dari kanan belakang) dan penerima sumbangan pada majlis penyerahan saguhati perpindahan penghuni Kuarters Jalan Cochrane, semalam.


KUALA LUMPUR 28 Jan. - Seramai 500 keluarga yang sebelum ini menghuni kuarters kerajaan Jalan Cochrane di sini akan diberi keutamaan untuk mendiami kuarters baru di tapak berkenaan yang pembinaannya dijangka bermula tahun ini.

Timbalan Ketua Setiausaha Jabatan Perdana Menteri, Datuk Othman Mahmood berkata, mereka terpaksa berpindah bagi memberi ruang pembinaan kuarters baru itu untuk menampung lebih ramai kakitangan awam di sekitar ibu negara.

Katanya, projek pembinaan melibatkan kos RM220 juta itu diuruskan oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan dijangka siap 30 bulan selepas projek itu dimulakan.

"Kuarters baru itu akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti tempat letak kenderaan dan juga stesen sistem transit aliran massa (MRT).

"Ia juga lebih besar dan luas sehingga boleh menampung 1,000 keluarga kakitangan awam dari sekitar ibu negara. Kami telah membuat keputusan bahawa sebahagiannya akan dikhaskan kepada penghuni kuarters yang lama," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis penyampaian cek saguhati perpindahan penghuni kuarters kerajaan Jalan Cochrane di Kompleks Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini hari ini.

Hadir sama Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman; Setiausaha Bahagian Pengurusan Hartanah Jabatan Perdana Menteri, Hasnol Zam Zam Ahmad dan Pengurus Besar Pelaburan LTAT, Roslan Abu Talib.

Menurut Othman, sementara menunggu projek tersebut siap, penghuni kuarters berkenaan akan dipindahkan ke kuarters kerajaan di Putrajaya, Jalan Duta dan Jalan U-Thant.

Bagaimanapun beliau difahamkan, ramai yang tidak mahu berpindah ke Putrajaya kerana faktor jarak ke tempat kerja dan penempatan sekolah anak-anak.

"Jadi, kami sedang dalam perbincangan dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) supaya menyelaras serta membenarkan sebahagian penghuni kuarters tersebut berpindah ke penempatan Program Perumahan Rakyat (PPR) di sekitar ibu kota.

"Selain itu, kami juga berbincang dengan Kementerian Pelajaran supaya dapat menyelaras perpindahan anak-anak kakitangan ini ke sekolah yang lebih dekat dengan kediaman baru mereka supaya tidak timbul isu sekolah jauh dari rumah," jelasnya.

Othman berkata, kerajaan turut menyediakan perkhidmatan logistik untuk membantu proses perpindahan penghuni kuarters tersebut yang diberi tempoh sehingga 31 Mei ini untuk berbuat demikian.

27 Januari 2011

KESATUAN PEKERJA LHDN SABAH MINTA ELAUN WILAYAH DIKAJI SEMULA

Bernama
26/1/201
1


KOTA KINABALU, 26 Jan (Bernama) -- Kesatuan Pekerja-Pekerja Hasil Dalam Negeri Sabah (SiREU) mahu sypaya elaun wilayah yang diperkenalkan pada 1970, dinaikkan.

Yang Dipertuanya Ismail Yusuf berkata cadangan itu akan dibawa ke mesyuarat Majlis Bersama Lembaga LHDN Malaysia yang dipengerusikan oleh ketua pegawai eksekutif Datuk Dr Mohd Shukor Mahfar Khamis.

"Elaun ini tidak pernah dikaji sejak 1970 dan bila agensi dipersekutukan pada 1978, tidak juga dikaji semula, jadi kini sudah tiba masanya.

"Kami sudah banyak kali mengutarakan isu ini di mesyuarat-mesyuarat berkaitan, namun kami akan berpeluang membawanya untuk perhatian ketua pegawai eksekutif yang baru," katanya kepada pemberita di sini Rabu.

Ismail berkata elaun wilayah ketika ini adalah antara 12 peratus dan 25 peratus daripada gaji pokok, berbeza bagi setiap peringkat jawatan iaitu peratusan lebih kecil bagi yang berpangkat dan bergaji lebih tinggi

"Kami berharap pemberian elaun wilayah ini dinaikkan sehingga 30 peratus," katanya.

DESAK CUEPACS TANGGUH AKTIVITI

Harian Metro
27/1/2011



KUALA LUMPUR: Sepuluh kesatuan sekerja yang menghantar memorandum bantahan kepada Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) kerana mendakwa berlaku penyelewengan pada Konvensyen Cuepacs ke-25, mendesak agar Cuepacs menangguhkan sebarang aktiviti sementara menunggu hasil siasatan JHEKS.

Presiden Kesatuan Kakitangan Am Mardi, Ramli Omar berkata, sehingga kini keputusan belum diketahui dan Cuepacs seharusnya menangguhkan sebarang aktiviti bagi menghormati hasil siasatan itu kelak.


“Ini kerana sebarang keputusan yang dibuat JHEKS kelak akan menentukan kesahihan barisan kepemimpinan Cuepacs sekarang dan ini bermakna aktiviti yang dijalankan mungkin tidak sah dari segi perlembagaan,” katanya ketika ditemui pada sidang media, di sini, semalam.

Beliau juga berharap JHEKS mengeluarkan arahan secara bertulis kepada Cuepacs untuk menangguhkan sebarang aktiviti serta-merta sehingga hasil siasatan diumumkan.


“Ingin saya tegaskan di sini bahawa kami tidak mempunyai agenda tersembunyi dalam perkara ini dan bantahan yang dikemukakan semata-mata kerana pemilihan tempuh hari tidak dijalankan mengikut perlembagaan,” katanya.


Kumpulan kesatuan sekerja berkenaan mendakwa Konvensyen Cuepacs ke-25 pada 21 hingga 25 Disember lalu tidak sah kerana beberapa insiden dan pelaksanaan konvensyen yang didakwa tidak mematuhi perlembagaan, peraturan dan Akta Kesatuan Sekerja 1959.

26 Januari 2011

PEMILIHAN: GABUNGAN MAHU AKTIVITI CUEPACS DIGANTUNG HINGGA SIASATAN SELESAI

Malaysia Insider
26 Januari 2011



KUALA LUMPUR, 26 Jan — Beberapa anggota gabungan Cuepacs, yang akhir tahun lalu mempertikaikan keputusan pemilihan badan induk kesatuan sektor awam itu, mahu Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja menggantung segala aktivitinya sementara hasil siasatan diumumkan kelak.

Ramli Omar, yang mewakili kesatuan-kesatuan gabungan terbabit berkata, pihaknya berharap jabatan itu akan mengarahkan agar segala aktiviti Cuepacs digantung bagi mengelakkan implikasi pengurusan dan pentadbiran.

“Sekarang siasatan sedang dijalankan, jadi sepatutnya Cuepacs tidak menjalankan sebarang aktiviti . . . itu yang sepatutnya berlaku, kita belum tahu lagi apa hasil siasatan, sama ada positif atau negatif,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider petang ini.

Ramli berkata, jabatan itu telah pun menjalankan siasatan dengan menemu bual kesatuan-kesatuan yang membuat aduan sepanjang tiga minggu lalu.

Bagaimanapun Ramli mengakui pihaknya tidak membuat permintaan rasmi kepada jabatan itu agar mengambil tindakan sedemikian.

“Kami tidak hantar surat permintaan kepada jabatan, tapi kami anggap bahawa sebaik sahaja siasatan dijalankan, Cuepacs tidak sepatutnya mengadakan aktivitinya, semua aktiviti kena dihentikan.

“Selagi keputusan tidak dibuat oleh jabatan, kami mengandaikan keputusan-keputusan yang dibuat oleh barisan kepimpinan yang menang, apa jua keputusan dibuat akan memberi kesan ke atas Cuepacs,” kata beliau yang bertanding jawatan presiden tetapi tewas di tangan Datuk Omar Osman.

Kesatuan-kesatuan terbabit mengemukakan bantahan mendakwa berlaku pelanggaran perlembagaan dan peraturan pada Konvensyen Cuepacs ke-25 yang berlangsung pada 21 hingga 23 Disember lalu.

Surat bantahan itu disampaikan oleh bekas Timbalan Presiden Cuepacs Husain Mohd Yasin kepada Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja, Omana P.V.C Pillai pada 29 Disember lalu.

Ketika itu, Husain, yang juga Presiden Kesatuan Kakitangan Am Universiti Malaya berkata, bantahan dibuat berikutan berlakunya insiden dan pelaksanaan konvensyen, yang turut mengadakan pemilihan pegawai tertinggi dan majlis tertinggi, tidak mematuhi perlembagaan dan peraturan Cuepacs serta Akta Kesatuan Sekerja 1959.

Misalnya notis konvensyen yang diberikan kepada ahli gabungan tidak mengikut perlembagaan iaitu tidak mencukupi tempoh, dan wujud kepincangan tatacara ketika pelaksanaan proses pengundian.

Antara kesatuan lain yang membantah adalah kesatuan kakitangan awam Institut

Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan dan Universiti Utara Malaysia.

IKLAN JAWATAN KOSONG ( PENOLONG PEGAWAI EKSEKUTIF / PEMBANTU TADBIR P/O)


KONGRES KESATUAN PEKERJA-PEKERJA DI DALAM PERKHIDMATAN AWAM
Wisma CUEPACS, 34 A, Jalan Gajah Off Jalan Yew
Pudu 55100 Kuala Lumpur.
Tel : 03 9285 6110, 9285 0281 Fax : 03 9285 9457




IKLAN JAWATAN KOSONG


Warganegara Malaysia terutamanya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur atau yang berdekatan dengannya yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan ditutup adalah dipelawa memohon untuk mengisi kekosongan jawatan di Ibu Pejabat CUEPACS sepertimana yang dinyatakan dibawah ini

A. PERIHAL JAWATAN :

Bil

Jawatan

Gred

Klasifikasi Perkhidmatan

Kumpulan Perkhidmatan

Taraf Jawatan

Jadual Gaji

1

PENOLONG PEGAWAI EKSEKUTIF

N27

Perkhidmatan Pentadbiran dan Sokongan

Sokongan

Tetap

P1T1 RM1204.55 - P1T26 RM3027.10

2

PEMBANTU TADBIR

[P/O]

N17

Perkhidmatan Pentadbiran dan Sokongan

Sokongan

Tetap

P1T1 RM830.28 - P1T20 RM2151.35

B. SYARAT LANTIKAN

1. PENOLONG PEGAWAI EKSEKUTIF

(a) (i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau

kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya, atau

( Gaji Permulaan pada gred N27 : P1T1 )

ii) Diploma dalam bidang Pentadbiran Awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya,

( Gaji permulaan pada Gred N27 : P1T5 )

(iii) Diploma dalam bidang Pengurusan Harta Benda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya, ( Gaji permulaan pada Gred N27 : P1T6 ,)

(b) Syarat Kenaikan Pangkat secara Lantikan.

( i) Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Tadbir ( Perkeranian & Operasi ), Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan ), Pembantu Tadbir ( Kewangan ) adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N27, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila :-

a) telah disahkan dalam perkhidmatan, atau

b) mempunyai kelayakan di perenggan (a)(i),

c) lulus peperiksaan khas.

c) Mempunyai kebolehan bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris dengan baik.

d) Keutamaan diberi kepada calon-calon yang mempunyai pengetahuan dalam Kesatuan Sekerja.

2. PEMBANTU TADBIR [Perkeranian & operasi]

(a) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan,

( Gaji permulaan pada gred N17 – P1T1 ),

(ii) Sijil Perancang Bandar dan Wilayah dari UiTM yang diiktiraf oleh Kerajaan setaraf dengannya,

( Gaji permulaan pada gred N17 – P1T6 ),

(iii) Sijil Institut Pertanian atau kelayakan yang diiktiraf

setaraf dengannya oleh Kerajaan

( Gaji permulaan pada Gred N17 – P1T8 ),

(iv) Sijil dalam bidang Kejuruteraan Ukur Tanah atau

Perancang Bandar dan Wilayah yang diiktiraf oleh Kerajaan dari Politeknik-Politeknik Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

( Gaji permulaan pada Gred N17 – P1T9 )

(v) Sijil dalam bidang Pengurusan Perniagaan atau Penyimpan Kira-kira yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Politeknik-Politeknik serta kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

( Gaji permulaan pada Gred W17 : P1T9)


(b) Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu ( termasuk lulus Ujian Lisan ) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan,

( Keutamaan diberikan kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer ),

(c) Calon yang memiliki kelayakan di perenggan (a)(i) atau (ii) diatas hendaklah lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu termasuk lulus ujian lisan pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

d) Mempunyai kebolehan bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris dengan baik.

e) Keutamaan diberi kepada calon-calon yang mempunyai pengetahuan dalam Kesatuan Sekerja.

C : UMUR

1. Calon bagi lantikan hendaklah berumur

a) Tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan ditutup.

b) Tidak lebih dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

D : BORANG PERMOHONAN

Permohonan hendaklah menggunakan Borang CUEPACS yang boleh didapati di Ibu Pejabat CUEPACS, Wisma CUEPACS, 34 A, Jalan Gajah Off Jalan Yew Pudu 55100 Kuala Lumpur.

E : ALAMAT PERMOHONAN

Borang permohonan yang telah lengkap dipenuhi hendaklah dikembalikan kepada :-

Setiausaha Agung
KONGRES KESATUAN PEKERJA-PEKERJA DI DALAM PERKHIDMATAN AWAM
Wisma CUEPACS, 34 A, Jalan Gajah Off Jalan Yew
Pudu 55100 Kuala Lumpur.


F : TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Borang Permohonan yang telah lengkap dipenuhi hendaklah dikembalikan ke alamat di atas sebelum atau pada 14 Februari 2011. Permohonan yang diterima selepas dari tarikh tutup iklan tidak akan diberi pertimbangan.

G : DOKUMEN SOKONGAN

Semua dokumen sokongan yang dilampirkan hendaklah disahkan salinannya. Salinan Asal dokumen sokongan hanya perlu dibawa semasa menghadiri temuduga sahaja.

24 Januari 2011

GSTT KEKAL SEBAGAI DURI DALAM DAGING

Berita Harian
2011/01/24




SETIAP kali penggal persekolahan bermula, isu yuran dan ketidakcukupan guru, termasuk membabitkan guru sandaran tidak terlatih (GSTT) akan mendominasi perbualan di kalangan ibu bapa dan guru. Bagaimanapun, kali ini isu yuran ditangani Kementerian Pelajaran dengan baik, termasuk menge-luarkan ‘nasihat’ kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) supaya mematuhi pekeliling ditetapkan kerajaan, menyebabkan hampir dikatakan tiada langsung rungutan ibu bapa mengenai soal ini ketika mendaftar anak masing-masing di sekolah rendah atau menengah.

Bagaimanapun, kelemahan Kementerian Pelajaran menangani soal GSTT, termasuk membiarkan guru terbabit tidak tahu status masing-masing sama ada khidmat mereka diperlukan atau tidak di sekolah sebelumnya menyebabkan isu ini menjadi ‘besar’. Seharusnya, Jabatan Pelajaran negeri bertindak proaktif mengatasi soal ini, bukannya memberikan keutamaan menyelesaikan isu seminggu dua lagi sesi persekolahan mahu bermula.

Ketika 12,000 GSTT di seluruh negara tidak tahu status mereka, pengumuman Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi bahawa seramai 1,614 GSTT akan disambung semula kontrak mereka pada 2011 adalah satu perkhabaran yang amat dinanti-nantikan. Beliau berkata, kerajaan hanya menyambung kontrak GSTT yang berkhidmat selama tiga tahun berturut-turut, selain dalam proses untuk menyerap GSTT yang masih dalam kontrak dan sudah bertugas lebih tiga tahun ke jawatan guru tetap melalui Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) dan Kursus Dalam Cuti (KDC).

Penjelasan beliau itu sekali gus menjelaskan bukan semua GSTT akan diambil berkhidmat semula, termasuk 578 GSTT di Sabah yang ditamatkan kontrak tahun lalu disebabkan sebahagian besar daripada mereka hanya berkhidmat selama dua tahun.

Fungsi GSTT yang mahu menampung kekurangan guru di sesebuah sekolah tidak akan berjaya jika soal penempatan mereka tidak diuruskan dengan baik oleh Jabatan Pelajaran negeri. Malah, isu GSTT akan menjadi ‘duri dalam daging’ selagi soal penempatan ini tidak diselesaikan dengan jujur, baik pada peringkat pentadbir sekolah yang memohon khidmat GSTT dengan memberi alasan kekurangan guru, manakala pada peringkat jabatan pula, penempatan dibuat bukan mengambil kira soal keperluan yang mendesak di sesebuah sekolah, sebaliknya atas dasar ‘kenalan’.

Sama ada mahu mengakui atau tidak, kewujudan GSTT menimbulkan sedikit kecelaruan dalam sistem perjawatan perguruan, apatah lagi perguruan sudah dianggap satu kerjaya profesional. Seharusnya tidak wujud lagi ‘sandaran tidak terlatih’ dan jawatan sebegini tidak ada pada kerjaya lain bertaraf profesional seperti perubatan, guaman dan akauntan. Faktor kekurangan guru bukan lagi alasan sesuai ketika ini, apatah lagi keperluan terhadap sistem pendidikan yang amat tinggi serta kritikal dan sewajarnya usaha penambahbaikan dilakukan terhadap profesion ini. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 sudah berakhir dan sewajarnya pelan induk baru yang dirangka akan mengambil kira keperluan ‘sifar GSTT'.
Hakikatnya, soal pendidikan melingkari kehidupan seharian masyarakat di Malaysia. Isu berbangkit juga hampir sama – baik di sekolah kebangsaan atau sekolah menengah dan di sekolah jenis kebangsaan sama ada Tamil atau Cina.

Sedikit masa lalu, timbul ura-ura kemungkinan kerajaan menubuhkan satu badan atau jawatankuasa khas untuk menyelesaikan masalah dan isu berkaitan perkhidmatan perguruan yang kini melebihi 400,000 orang. Perkara ini dibangkitkan Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman kepada pegawai tertinggi kesatuan itu selepas merasmikan konvensyen CUEPACS, akhir tahun lalu.

Walaupun tiada perkhabaran lanjut mengenainya, cadangan penubuhan satu badan atau jawatankuasa khas ini adalah rentetan daripada usaha kerajaan menubuhkan satu jawatankuasa khas mengkaji beban tugas guru yang terpaksa melakukan kerja berlebihan, termasuk pentadbiran dan perkeranian hingga mengganggu tanggungjawab mendidik pada April 2010.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang mengumumkannya, berkata cadangan itu berdasarkan aduan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), selain tugas mengajar, ada guru terpaksa mengendalikan aktiviti kokurikulum, bilik darjah, hal ehwal murid, pentadbiran dan perkeranian serta beberapa kerja tambahan lain.

Semua masalah ini ditimbulkan ketika khidmat 12,000 GSTT masih digunakan. Dengan pengurangan GSTT tahun ini, masalah ‘kerja berlebihan’ akan terus menjadi isu di sekolah, selain soal sekatan pelbagai tuntutan, termasuk perbatuan menghadiri mesyuarat dan kursus serta catuan perbelanjaan makanan dan minuman ketika berkursus.

Walau apapun kerenah pentadbiran yang timbul, kesetiaan guru terhadap kerajaan tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak. Tindakan seorang bekas guru untuk menjadi calon PAS, Normala Sudirman, 38, menentang calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azahar Ibrahim, 39, bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang di Labis pada 30 Januari ini, adalah kes terpencil.

Ini diakui sendiri Muhyiddin di Pagoh, baru-baru ini bahawa kerajaan tidak pernah mempersoalkan kesetiaan guru, tetapi mahu mereka terus komited membantu melaksanakan dasar kerajaan ke arah pembangunan pendidikan negara. Malah, beliau mengakui peranan dan komitmen guru penting bagi membantu kerajaan mencapai empat Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) berkaitan sektor pendidikan.

Tidak dinafikan, ada guru bersimpati kepada perjuangan pembangkang, namun jumlah mereka tidak sebesar mana. Memang sedap mendengarnya tetapi tidak mungkin golongan guru terpedaya dengan janji imbuhan khas pendidik sebanyak RM500 seorang setiap bulan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

22 Januari 2011

MINDA PENGARANG: PENILAIAN BARU MAMPU TINGKAT MOTIVASI KERJA PENJAWAT AWAM

Berita Harian
2011/01/21



SISTEM penilaian baru yang bakal diperkenalkan kerajaan bagi menilai prestasi kakitangan awam menggantikan peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) diharap dapat mengatasi beberapa masalah yang timbul dalam pelaksanaan PTK sebelum ini. Kita percaya sistem penilaian baru itu yang akan dilaksanakan selepas pemansuhan PTK berkuat kuasa 1 Januari lalu dapat memuaskan hati semua pihak, terutama kakitangan awam. Kita mahu pelaksanaan sistem penilaian baru itu dapat menjamin hanya kakitangan awam yang benar-benar layak dan cemerlang mendapat kenaikan pangkat dan pergerakan gaji. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika pembentangan Bajet 2011 Oktober lalu menyedari masalah yang wujud berikutan banyak rungutan berhubung PTK. Sebab itulah kerajaan memutuskan PTK tidak lagi diguna pakai dalam proses kenaikan pangkat dan jawatan bagi sektor perkhidmatan awam. Tentunya ramai kakitangan awam menyambut baik pengumuman Perdana Menteri itu kerana prestasi seseorang kakitangan awam itu sewajarnya dinilai daripada banyak aspek dan tidak berdasarkan peperiksaan PTK semata-mata.

Antara aspek yang perlu diambil kira termasuk pengalaman kerja, produktiviti, pencapaian individu dalam menyumbang kepada jabatan masing-masing serta kemampuan menjawab soalan peperiksaan berdasarkan bidang tugas hakiki. Kelmarin akhbar ini melaporkan, satu sistem penilaian baru akan diwujudkan bertujuan meningkatkan prestasi kakitangan awam serta keseluruhan sektor perkhidmatan awam di negara ini. Walaupun sistem penilaian baru itu belum diberi nama khusus, kita yakin ia dapat menilai kakitangan berdasarkan tugas hakiki, pengalaman dan keunikan jabatan antara aspek utama yang akan diambil kira, berbanding PTK.

Kita sedia maklum kaedah mengukur prestasi kakitangan awam menggunakan PTK sering dipersoal kakitangan awam sendiri. Sebahagian besar kakitangan yang mengguna pakai sistem itu mendakwa prestasi kerja mereka tidak dinilai dengan tepat, malah lebih buruk wujud pilih kasih. Menilai hanya berdasarkan jawapan yang diberi di atas kertas melalui PTK sama sekali gagal mencapai matlamat melahirkan kakitangan cemerlang, produktif dan memiliki integriti. Selain penyediaan soalan objektif, ada juga berbentuk subjektif yang dikatakan tiada kaitan langsung dengan tugas hakiki dan pengalaman bekerja kakitangan.

Keadaan itu, secara tidak langsung memberi tekanan kepada kakitangan awam, terutama yang kebanyakannya hampir mencecah usia persaraan untuk mentelaah sukatan pelajaran PTK, berbanding kakitangan muda. Berikutan itu, ada kakitangan yang terpaksa meninggalkan tugas mereka semata-mata mahu memberi tumpuan kepada peperiksaan dan keadaan itu menyebabkan produktiviti terjejas. Kepada kakitangan senior yang gagal PTK mereka akan kecewa, apatah lagi melihat kakitangan baru lebih muda lulus, dinaikkan pangkat dan menjadi ketua mereka, walaupun tiada pengalaman. Apa yang membimbangkan kita disebabkan tidak lulus PTK, ada kakitangan yang memprotes secara senyap dengan tidak bekerja bersungguh-sungguh. Berikutan itu, banyak pihak, terutama CUEPACS yang mewakili hampir 1.2 juta kakitangan awam mahu PTK dimansuhkan dan digantikan dengan kaedah lebih sesuai dalam menilai prestasi kakitangan awam. Kita harap prestasi kakitangan awam akan dinilai dengan seadil-adilnya menerusi sistem penilaian baru ini agar tidak ada lagi kelemahan yang boleh menjejaskan motivasi kakitangan awam melaksanakan tugas yang diamanahkan rakyat.

21 Januari 2011

NILAI TUGAS HAKIKI

Berita Harian
Oleh Norakmah Mat Youb
norakmah@bharian.com.my
2011/01/20



Antara kriteria penilaian baru ganti PTK disyor CUEPACS

TANJUNG MALIM: Ujian penilaian tugas hakiki adalah antara kriteria yang dijangka dimasukkan dalam sistem penilaian baru untuk kakitangan awam bagi menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) yang dimansuhkan mulai 1 Januari lalu.