Berita Harian
10/2/2009
KAKITANGAN awam yang memilih Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) diibaratkan seperti menerima durian runtuh apabila berpeluang menukar ke skim pencen seperti diumumkan kerajaan baru-baru ini. Tentunya ini amat melegakan mereka yang kebanyakannya mahu kembali ke skim pencen sejak dulu lagi. Malah sebagai penjawat awam yang memilih skim KWSP sejak 1993, saya sudah mengemukakan surat ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) serta berpuluh-puluh artikel memohon penambahbaikan kepada skim KWSP. Antaranya, memohon pengeluaran untuk mengerjakan haji dan insentif lain, selain berusaha memohon pertukaran ke skim pencen semula tetapi gagal. Peluang ini diibaratkan seperti rezeki datang bergolek. Pencarum KWSP bertuah kerana sudah menabung agak lama dan berpeluang meraikan hasil tabungan itu tidak lama lagi.
Berita lebih 50,000 kakitangan awam yang terpedaya dengan skim cepat kaya seperti dinyatakan Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) adalah memeranjatkan. Keadaan itu disebabkan sikap kita sendiri yang mudah terpedaya dan sering tidak merujuk kepada mereka yang lebih memahami soal pengurusan kewangan. Ketika kegawatan ini, saya ingin berkongsi pandangan supaya penjawat awam yang memilih skim KWSP membuat keputusan lebih menguntungkan selain dapat menggandakan hasil tabungan apabila wang dicairkan. Sebagai cadangan, pencarum KWSP jangan terpedaya dengan pelbagai pelan atau skim yang merugikan, mereka perlu mendapatkan pandangan golongan yang arif dan profesional dalam pengurusan kewangan keluarga.
Namun, perlu diingat ada sebahagian daripada mereka adalah ejen syarikat kewangan tetapi tidak menjadi jurubicara profesional dalam hal membabitkan kewangan pelanggan. Malah, dalam banyak keadaan mereka lebih mementingkan keuntungan sebelah pihak dan menyembunyikan maklumat daripada pelanggan. Saya mencadangkan wang itu digunakan untuk tabungan di Tabung Haji bagi memudahkan hasrat pencarum menunaikan ibadat haji. Sebahagian caruman KWSP yang dikeluarkan boleh dilaburkan dalam unit amanah yang terjamin. Menggandakan wang adalah melaburkan semula ke dalam sesuatu perniagaan atau pelaburan yang terjamin supaya keupayaan menyimpan kita bertambah.
LUKMAN MOIDIN,
Kuala Nerang.

2 ulasan:
bg pekerja kontrak jabatan bekalan air maran akan diberhentikan mcmana nasib diaorg yg menanggung hutang bank,harap pihak cuepac turun padang
bagaimana caranya supaya salah guna kenderaan kerajaan dapat diatasi.
Catat Ulasan