SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

01 November 2009

CUEPACS CADANG JPA KAJI SEMULA GRED PEMANDU

Bernama
1/11/2009




PULAU PINANG, 31 Okt (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mencadangkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) supaya mengkaji semula gred gaji pemandu di semua kementerian, jabatan dan agensi kerajaan agar lebih sesuai dengan keadaan dan tuntutan semasa tugas mereka.Presidennya Omar Osman berkata kedudukan gred gaji pemandu ketika ini dianggap tidak lagi sesuai dengan keadaan semasa dan perlu disusun semula agar menjaga kebajikan lebih 25,000 penjawat awam itu.Katanya Cuepacs berharap gred gaji R3 dan R6 untuk pemandu dapat dinaikkan masing-masing kepada R12 dan R14 serta mewujudkan gred baru iaitu R16 memandangkan tugas mereka berisiko tinggi dan melibatkan keselamatan nyawa penumpang.Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung dwi-tahunan Kesatuan Pemandu-pemandu Kementerian Kesihatan Semenanjung Malaysia (KPKKSM) kali ke-21 di sini pada Sabtu, beliau berkata dengan kenaikan gred itu kelak, gaji permulaan serta gaji mati bagi setiap gred akan lebih baik."R3 adalah gred bagi pemandu yang baru dilantik ke jawatan itu manakala R6 merupakan gred bagi kenaikan pangkat dalam skim pemandu ," katanya.Ketika ini, gaji permulaan bagi pemandu pada gred R3 ialah sekitar RM647 dan gaji mati RM1,500 manakala bagi R6 kira-kira RM685 dan gaji mati sekitar RM1,700.Omar berkata gred R16 pula perlu diwujudkan supaya pemandu berpeluang meningkatkan kerjaya mereka sehingga ke tahap penyelia.Katanya Cuepacs mendapat aduan bahawa terdapat pemandu yang terpaksa menanggung sendiri kos kerosakan kereta jabatan sekiranya berlaku kemalangan, saman lalu lintas, bayaran tol atau kehilangan kenderaan itu."Sudahlah gaji mereka kecil, kumpulan pemandu ini juga tidak dilindungi insurans dan ini amat tidak sesuai dengan tugas dan keselamatan mereka. Mereka bukan sahaja menjaga nyawa dan keselamatan diri sendiri malahan pegawai atau kakitangan yang menggunakan kenderaan jabatan itu," katanya.Beliau berkata Cuepacs akan mengadakan pertemuan dengan JPA pada 12 Nov ini dan isu kenaikan gred dan gaji pemandu merupakan antara perkara yang akan dibangkitkan.Selain itu, katanya beberapa perkara lagi yang akan dipanjangkan kepada JPA ialah berkaitan cadangan mengurangkan faedah pinjaman perumahan kakitangan awam daripada empat peratus kepada satu peratus dan tambahan cuti bersalin bagi kakitangan wanita daripada 60 hari kepada 84 hari serta cuti bersalin bergaji penuh sehingga anak ketujuh.Omar berkata Cuepacs juga memohon pertimbangan kerajaan agar bantuan khas RM500 yang diumumkan semasa pembentangan bajet 2010 baru-baru ini bukan sekadar melibatkan gred 41 hingga 54 serta pesara wajib sahaja , malahan dipanjangkan juga kepada pesara pilihan dan mereka yang memilih bersara berikutan proses penswastaan.Dalam perkembangan lain, Omar berkata Cuepacs berharap dapat menemui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam masa terdekat untuk membincangkan isu pemberian bonus dua bulan gaji kepada kakitangan awam.Katanya beliau telah mengadakan perbincangan mengenai perkara itu dengan Ketua Setiausaha Negara dua malam lalu dan berhasrat membawa sendiri isu itu untuk perbincangan langsung dengan Perdana Menteri."Kita mahu menyampaikan sendiri hasrat ini kepada Perdana Menteri dan hendak mendengar amanat dan mandat beliau kepada kakitangan awam," katanya.-- BERNAMA

15 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

padanla ngan overtime mereka banyak mane plak..

Tanpa Nama berkata...

sekarang ni cuepacs patut mintak kerajaan buat rombakan dan selaraskan semua skim perkhidmatan baru betul, start A - Z.

lantak berkata...

tunggu tukar kerajaan la..banyak dah meraban dah kerajaan sekarang nie..duit banyak dirompak,,rasuah saner sini..rakyat dihimpit..kita sebagai rakyat mesti berani membuat perubahan..kalau servis pembangkang tak bagus kita pilih kerajaan lama balik.."rakyat kena bijak memilih"bukan ikut telunjuk orang atas yang pentingkan periuk nasi sendiri..

Tanpa Nama berkata...

PAYAH-PAYAH SANGAT JUMUDKAN JER SKIM PEMANDU... BAWA JER KERETA SENDIRI..JIMAT SKIT DUIT KERAJAAN

Tanpa Nama berkata...

betul betul betul

Tanpa Nama berkata...

Apa-apapun NAK BONUS DULU.....wahai Kerajaan BN...Bantulah kami, kami dah parah ni....cadangan lain, nanti semak kemudian.

Lantak Pi La berkata...

Aku sokong lantak..belum cuba belum tahu

Tanpa Nama berkata...

semua nak tuntut akhirnya satu pun tak sangkut, melopong.
raya haji dah dekat bonus belum dapat

Tanpa Nama berkata...

Patutnya pihak cuepacs kena settle dulu perkara2 yang di minta selama ini. Elaun COLA pun blum settle, kenaikan ITP pun blum,BONUS pun blum..Kita tahu pihak cuepacs prihatin atas semua gaji ktgn awam, tapi kena lah settle masalah yg terdahulu tu. Sekarang dah byk 'heng'. Heng sana heng sini. Satu jawapan pun blum dengar lagi.
HARAP CUEPACS FIGHT BETUL2.

Tanpa Nama berkata...

aku tak paham la apesal korang ingat cuepacs tak fight sungguh2 bila mintak sesuatu untuk kakitangan awam...MASALAH sekarang bukan pada cuepacs la tapi pada KSN dan PM yang memberikan keputusan. Wahai KSN jangan la kejam sangat..gaji ko tu da tinggi ingat2 le orang bawahan n pada PM sila2 la beringat dengan kesusahan orang bawahan nie

Tanpa Nama berkata...

cuepacs bukan tak fight sungguh-sungguh, tapi fight macam cerita labu dan labi.

Tanpa Nama berkata...

gaji mereka mmg sikit.. tp overtime selalu...kalah gaji gred 22

Tanpa Nama berkata...

Datuk Seri Najib Razak semalam membidas Cuepacs yang berterusan menuntut bonus dua bulan gaji bagi 1.6 juta kakitangan dan pesara perkhidmatan awam ketika keadaan ekonomi negara belum pulih sepenuhnya.

Sambil menyifatkan tindakan itu salah dari segi moral, Perdana Menteri berkata sekarang bukan masa yang sesuai untuk membuat tuntutan sedemikian.

“Tindakan Cuepacs diketuai Presidennya, Omar Osman mungkin tindakan popular di kalangan ahli tetapi ia tidak wajar dilakukan dalam keadaan kegawatan ekonomi global yang tempiasnya turut dirasai Malaysia.

“Dari segi moralnya adalah salah untuk meminta bonus ketika ekonomi negara belum pulih sepenuhnya,” katanya berucap pada majlis makan tengah hari sempena Forum Perniagaan Bankers Club di sini, semalam.

Cuepacs mengemukakan tuntutan bonus dua bulan gaji apabila Perdana Menteri ketika membentangkan Bajet 2010 pada 23 November lalu tidak menyentuh mengenainya.

Tanpa Nama berkata...

Syabas...alhamdullilah..saya lesen. B,D,E dan H..ada psv bus dgn gdl lori sendi..tapi gred r3....takok lama.harapan biar la gred pemandu dinaikkan. nak dapat lesen besar ni ingat senang ke..byk pkai duit..lesen kapal terbang je takdo lagi..

Tanpa Nama berkata...

Jadi pemandu nak jumpa anak susah..slalu balik mlm2..amik bos pagi2 blik mlm..pegi gelap,blik pun gelap..jangan nak menghina la keja pemandu..takde pemandu bos tak sampi meeting kat opis..