SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

12 November 2009

PRESIDEN CUEPACS AKAN JUMPA PM

Utusan Malaysia
07/11/2009 3:59pm





KUALA LUMPUR 7 Nov - Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Omar Osman hari ini berkata mahu bertemu Perdana Menteri dalam masa terdekat bagi memohon penjelasan beliau berkaitan kenyataannya yang mengatakan CUEPACS tidak bermoral apabila menuntut bonus dua bulan gaji untuk kakitangan awam dalam keadaan ekonomi negara tidak menentu.
Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan menyuarat di pejabat CUEPACS hari ini yang dihadiri oleh wakil gabungan kesatuan itu dari seluruh negara seramai 130 orang.
- Utusan

6 ulasan:

Tok Janggut berkata...

Salam Perjuangan buat Presiden Cuepacs Malaysia dan semua ahli kongres cuepacs.

Teruskan perjuangan anda bagi memartabatkan Penjawat Awam Malaysia dari terus dihina sedemikian rupa.

Kami Penjawat Awam berdiri di belakang anda semua.

Kini Malaysia aman dan makmur dari dulu, kini dan selamanya berkat keikhlasan kita berkhidmat untuk negara tercinta.

Tanpa Nama berkata...

Salam Perjuangan lagi sekali buat Cuepacs terutamanya Omar Osman. Teruskan perjuangan ikhlas dan murni anda itu. Kami 100% menyokong anda.

Rakan-rakan,
Tujuan utama kita membuat tuntutan adalah kerana berlaku kekurangan atau ketidakseimbangan.

Kalau kita tidak membuat tuntutan, bagaimana kerajaan hendak melayan tuntutan kita? Kerajaan pun mungkin juga akan berkata, "Ini salah Cuepacs kerana Cuepacs tidak pernah pun membuat tuntutan?".

Jadi tuntutan mestilah dibuat. Kalau tidak kerajaan akan menganggap kita tidak mempunyai sebarang masalah. Kerajaan akan menganggap kita gembira dan senang hati dengan apa yang ada.

Sama ada tuntutan tersebut diterima atau tidak diterima itu adalah soal yang kedua. Saya percaya pihak kerajaan ada 1001 alasan sama ada hendak menerima atau menolak tuntutan tersebut.

Berkaitan isu "salah dari segi moral" harap Presiden Cuepacs minta penjelasan yang selanjut-lanjutnya daripada PM. PM juga mungkin ada 1001 penjelasan untuk membela dirinya. Ingat pepatah ada mengatakan bahawa terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

Kami sayang kerajaan pimpinan sekarang. Perjuangan anda sangat kami hargai dan kami bersyukur dengan apa yang kami nikmati sekarang. Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Jangan kerana isu yang sekecil ini, ada tangan awam terluka hatinya.

Hidup Malaysia!

Tanpa Nama berkata...

saya sokong Tuan Omar dan akan berdoa moga presiden ceupacs berjaya dan panjang umur serta murah rezeki...doa saya kan sentiasa bersama-sama perjuangan anda semua...insyaallah buat baik akan di bals jutaan rahmat dari Allah..amin

Jebat MA.. berkata...

he..he..tunggu tambah Rm500 jea ...syukurlah..

sokongan ditambah rm500 lagi
profesional dapat rm1000..

Tanpa Nama berkata...

Pagi ini tonton MHI kata ALLY ISKANDAR PA manja kerana menuntut bonus tiap2 tahun ketika berbincang dgn Mazidul . Bengang betul aku dengar cakap dia. PEMBODEk BESAR.

Tanpa Nama berkata...

apa ke bangang si ally tu.... hbs tv3 bagi bonus kat dia kita tak bising pun... tu lah manusia rambut sama hitam tapi hati busuk....