SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

09 November 2009

TINGKATKAN PERKHIDMATAN ATAU TERIMA KRITIKAN DI INTERNET - MUSA

Bernama
By:
Ramjit-->
9/11/2009





KOTA KINABALU, 9 Nov (Bernama) -- Penjawat awam perlu meningkatkan mutu perkhidmatan mereka kepada orang ramai atau berhadapan dengan risiko dikritik melalui internet, kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.Beliau berkata orang ramai, terutama golongan muda kini lebih berpendidikan menyebabkan harapan mereka terhadap perkhidmatan awam adalah tinggi."Sekarang ini, ramai yang mempunyai akses kepada internet. Malah ada yang mempunyai laman web, blog dan facebook. Apa sahaja salah yang dibuat, walaupun kesalahan kecil, akan disiar di internet. Ia cepat tersebar."Jangan permainkan rakyat...hanya masa yang akan menentukan tindakan terhadap ketidakjujuran anda kepada rakyat," katanya ketika merasmikan persidangan pegawai-pegawai daerah Sabah ke-18 di sini Isnin.Musa berkata masih banyak tugas yang perlu dibuat bagi meningkatkan kehidupan rakyat, terutama di kawasan pedalaman.Sehubungan itu, beliau meminta pegawai daerah, sebagai barisan hadapan kerajaan, untuk menangani masalah di kawasan mereka dengan kadar segera dan melaksanakan projek pembangunan dengan berkesan."Kita tidak boleh lagi bazirkan masa. Apa sahaja projek yang dirancang dalam Rancangan Malaysia Kesembilan, tolong laksanakan dengan segera sebelum kita bergerak ke Rancangan Malaysia Kesepuluh."Jika anda mempunyai masalah, maklumkan segera kepada Setiausaha Kerajaan negeri (Datuk Sukarti Wakiman) bagi membolehkan kami mencari jalan menyelesaikannya, atau beritahu saya," katanya.Musa berkata kerajaan Pusat komited untuk membantu rakyat di Sabah dan bersedia menambah peruntukan jika peruntukan sebelum ini tidak cukup.-- BERNAMA

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sudahlah....Musa Aman kuat rasuah.