SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

04 November 2009

MINTA BONUS SALAH DARI SEGI MORAL

Utusan Malaysia
4/11/2009






KUALA LUMPUR 4 Nov. – Tindakan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menuntut bayaran bonus daripada kerajaan adalah salah dari segi moral.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ini berikutan tuntutan itu dibuat ketika keadaan ekonomi negara kini masih belum pulih sepenuhnya.
Menurutnya, walaupun tindakan seumpama itu boleh membuatkan CUEPACS popular di kalangan ahlinya, tetapi dalam konteks ekonomi semasa ia disifatkan sebagai tidak wajar.
“Namun begitu, ia bukan bermakna kerajaan tidak menghargai sumbangan kakitangan awam sebaliknya kerajaan sentiasa memikirkan cara dan kaedah untuk meningkatkan motivasi mereka.
“Terbaru kita bakal memperkenalkan sistem ganjaran yang lebih berkesan dan setimpal terutama kepada pegawai serta kakitangan awam yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada forum perniagaan anjuran Bankers Club di sini hari ini.
Turut hadir Pengerusi Bankers Club, Tunku Tan Sri Imran Tuanku Jaafar.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Datuk Seri Najib Razak semalam membidas Cuepacs yang berterusan menuntut bonus dua bulan gaji bagi 1.6 juta kakitangan dan pesara perkhidmatan awam ketika keadaan ekonomi negara belum pulih sepenuhnya.

Sambil menyifatkan tindakan itu salah dari segi moral, Perdana Menteri berkata sekarang bukan masa yang sesuai untuk membuat tuntutan sedemikian.

“Tindakan Cuepacs diketuai Presidennya, Omar Osman mungkin tindakan popular di kalangan ahli tetapi ia tidak wajar dilakukan dalam keadaan kegawatan ekonomi global yang tempiasnya turut dirasai Malaysia.

“Dari segi moralnya adalah salah untuk meminta bonus ketika ekonomi negara belum pulih sepenuhnya,” katanya berucap pada majlis makan tengah hari sempena Forum Perniagaan Bankers Club di sini, semalam.

Cuepacs mengemukakan tuntutan bonus dua bulan gaji apabila Perdana Menteri ketika membentangkan Bajet 2010 pada 23 November lalu tidak menyentuh mengenainya.

Alang berkata...

Sebaliknya, CUEPACS juga boleh berkata:

"IT'S MORALLY WRONG FOR PM NOT TO GIVE BONUS TO CIVIL SERVANTS WHO ARE CONTINUALLY SUFFERING TO SURVIVE DURING SUCH A DIFFICULT TIME, LIKE NOW!"

Tanpa Nama berkata...

cuepacs minta lagi buat apa nak akur.... kalo F1 boleh buat tak kan bonus tak leh nak bagi...kata ekonomi meleset...tapi wat apa nak masuk F1... sedangkan toyota, honda, bmw tarik diri... apa ke jadahnya masuk F1 tu... tak memberi kesenangan pada rakyat pun... ni kata kan kroni didahulukan P.A dan rakyat disisihkan....

Tanpa Nama berkata...

Kita hanya menuntut hak kita sebagai pekerja kenapa najib cakap "morally wrong". Kalau nak diceritakan ini najib dapat komisen dari pembelian kapal selam, beberapa rasuah yg lain, Atantuya mati katak ini "Totally wrong".

Tanpa Nama berkata...

Cuepact hanya bercakap besar saja, kalau tak mampu nak jadi president tolong letakkan jawatan. Kita kena desak PM sehingga bonus dibayar kepada semua kakitangan awam kerana ini hak kita. Kalau dikira dari pemberian bonus 1 bulan gaji, apalah sangat jika dibandingkan dengan rasuah yang diperolehi oleh menteri2 sehingga boleh menkayakan diri, ianya tidak sampaipun 1% dari rasuah yg diperolehi olah pak menteri kita.

segatak berkata...

Apa keuntungan negara dari F1 yang menghabiskan duit rakyat berjuta-juta banyaknya ha nya sekadar nak popularkan nama Malaysia sedangkan ianya hanya melibatkan 2-3 orang sahaja.