SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI***

14 November 2009

GAJI LAMBAT MASUK MEMBEBANKAN

Berita Harian
14/11/2009


SEBAGAI kakitangan kerajaan, saya bukan ingin meminta kerajaan memberi bonus, tetapi mengulas mengenai jarak tempoh pembayaran gaji membebankan kakitangan awam. Untuk makluman, pembayaran gaji kakitangan kerajaan kali terakhir adalah pada 8 Oktober lalu, manakala pembayaran gaji berikutnya adalah pada 25 November ini, iaitu hampir 50 hari jarak pembayaran.

Ramai merungut kerana menganggap November bulan paling gawat. Mana tidak, gaji pada 8 Oktober, manakala gaji yang berikutnya pada 25 November ini. Bagi yang berkedudukan tinggi, sudah tentu tidak merasai kesempitan yang dialami.

Namun kakitangan peringkat sokongan yang menerima gaji dalam lingkungan RM1,000 hingga RM1,600 cukup membebankan. Itu belum termasuk potongan pinjaman, perumahan, kuarters, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan sebagainya.Untuk pinjaman bank biasa hendaklah diselesaikan setiap awal bulan, sudah tentu mereka yang dapat gaji 8 Oktober lalu, harus membayar bil berganda, pinjaman dan sebagainya untuk mengelakkan masalah pembayaran lewat pada November.

Saya berharap Cuepacs, memberi tumpuan kepada masalah ini kerana ia menjejaskan kakitangan awam.

PEGAWAI GAWAT,

Putrajaya.

Di pejabat saya sendiri, ada di antara kakitangan terpaksa menjual telefon bimbit dan gadai emas untuk mendapatkan duit dan ada yang terpaksa mengambil cuti kerana kekurangan belanja untuk membeli minyak ke tempat kerja. Malah ada yang terpaksa meminjam dengan peminjam berlesen.

Kalau mengikut jadual gaji biasa, ada di kalangan kakitangan kerajaan yang berdepan `duit habis` pada minggu ketiga atau keempat setiap bulan, inikan pula hampir tujuh minggu kakitangan kerajaan terpaksa menunggu untuk gaji yang berikutnya.

Saya berharap Cuepacs, memberi tumpuan kepada masalah ini kerana ia menjejaskan kakitangan awam dan mengelakkan ia berulang pada masa depan.



PEGAWAI GAWAT
Putrajaya

33 ulasan:

Tn Malik berkata...

saya x ada masalah..lain kali hanya keluar gaji pd 25 hb setiap bulan. kalau gaji keluar awal..tak mengapa..kita keluar duit pd 25hb.

baru x sesak..kena disiplin..

penulis ni..dah perabis duit..itu salah awak..jangan nak peningkan kerajaan..sendiri punya ingat..

tak ada istilah gaji lambat...normal lah keluar gaji pd 25hb..

dulu bulan 10 yang hang gi keluarkan semua gaji pasal apa..

jgn layan kakitangan awam yg keji mcm ini

Tanpa Nama berkata...

cadangkan kpd kerajaan..gaji hanya keluar pd setiap 25hb..tak kira raya atau cuti umum.

gaji lambat masuk...apa lah

Tanpa Nama berkata...

Pegawai Gawat,
Engkau ni sengal betul. Kalau kata engkau bebal dan dungu pun boleh juga.
Sendiri punya wang sendiri control lah. Jangan nak salahkan kjaan.

Masa raya dulu nak tunjuk banyak duit konon kat sedare mare. Gaji yang patut sebulan dan jadi dua bulan.
Sekarang lu tanggung le sendiri.

Patut tajuk lu punya artikel ialah "CEPAT AMBIL GAJI BEBAN SENDIRI".

Tanpa Nama berkata...

Semua saudara-saudara yang memberi komentar di atas mempersalahkan penulis pula. Sebenarnya memang inilah hakikatnya yang perlu kita sedar dan ketahui. Bilamana hari gajian awal,maka kebanyakan kita akan terambil gaji ini juga awal ( walaupun dah displin control habis). Kalau dibuat kajian mungkin dalam 1000 PA yang terima gaji awal, mungkin 950 orang yang akan mengambil gajinya awal...jadi beginilah cerita terjadinya masalah ini.

Saya pula berpendapat untuk mengatasi masalah "gap" yang terlalu lama untuk menunggu hari gajian, maka saya mencadangkan agar pihak cuepec mengemukakan semula cadangan pengstrukturan jadual gaji iaitu sekali dalam 2 minggu. Saya rasa ini akan mengelakkan masa "kekeringan" seperti yang berlaku pada bulan November tahun ini. Saya cadangkan agar PA diberi "option" untuk memilih samada hendak sebulan sekali gaji (ikut jadual sekarang) atau 2 minggu sekali. Terpulanglah untuk mereka memilihnya.

Saya rasa mungkin ini salah satu penyelasaian bagi perkara yang dinyatakan oleh penulis.

Sekian.

Tanpa Nama berkata...

lebih baik kita cadangkan gaji setiap minggu, sebab satu tahun ada 52 minggu, bersamaan 13 bulan, jadi kalau dibayar gaji setiap minggu, kita akan dapat gaji 13 bulan. oleh itu, kita tak payah minta bonus lagi tiap-tiap tahun dan omar osman pun tak payahlah susah pergi jumpa najib pm sementara sahaja. sebab PRU 13 kerjaan akan bertukar tangan.

Tanpa Nama berkata...

pegawai gawat, lain kali tak payah beraya sakan. raya ni seronoknya sementara sahaja, cukuplah beraya dengan keluarga. tentang pakaian bukanlah penting sangat nak beli yang baru-baru. siapapun tak akan tanya baju barukah atau baju lamakah. kebanyakan kita suka membazir buat kuih raya mesti banyak, gila punya nafsu. rasa malu kalau tak buat atau beli kuih. lagi satu tukar langsir nak hias rumah supaya orang puji. oleh itu sikap boros dan bodoh ni mestilah dijauhi.

saya sendiri taklah raya nak bermegah-megah. cukup dengan keluarga saya. jadi gaji yang sedikit itu dapat saya gunakan sampai hujung bulan ini.

Tanpa Nama berkata...

''cadangkan kpd kerajaan..gaji hanya keluar pd setiap 25hb..tak kira raya atau cuti umum.

gaji lambat masuk...apa lah''

spe yg tules? kang kaw gak macam anjeng bising2x na raye ta de sen..

Tanpa Nama berkata...

saya ... x ada masalah...lain kali hanya keluar gaji 25hb setiap bulan tidak kira ada perayaan.kalau tidak 2 minggu sekali .

jgn layan kakitangan awam yg macam ni.

Tanpa Nama berkata...

sendri mau ingatlah, kamu ni celebrate deepavali ke

1Borneo berkata...

aku kat sarawak takde pun masalah itu sebab gaji bulan okt ari tu masuk 22/10...kita orang cuti depavali pun takder hehehe

Tanpa Nama berkata...

saya cadangkan jika hang tak cukup duit gaji, tiap-tiap hari lepas waktu kerja hang pi lah buat part-time bagi ceramah agama(jika ada kelulusan dan tauliah)atau buka kelas tuisyen.... jadi boleh dapat pendapatan tambahan, insyaAllah kalau bagi kuliah macam tok guru agama... orang akan taja engkau pergi haji atau umrah pula... jadi duit gaji boleh simpan untuk masa pencen... wassalaam...

Tanpa Nama berkata...

Saya seorang penasihat kewangan ingin tolong mengurangkan beban semua kakitangan kerajaan, jika sesiapa yang ada pinjaman peribadi koop atau bank-bank lain, tolong emel saya pertanyaan@nichetelsb.com atau SMS ke 019 3233681 (Jangan membuat panggilan hanya SMS) untuk mendapatkan pakej pinjaman peribadi yang lebih bagus untuk pembiayaan semula supaya tak perlu membayar faedah tinggi yang dicaj oleh pinjaman peribadi lama.

Tanpa Nama berkata...

Lu ALONG juga kaa....lu mau kasi tambah miskin ini PA kaaa...

Tanpa Nama berkata...

masalah kakitangan P.A nie adalah tak pandai nak menguruskan duit gaji.dapat duit je beli itu,beli ini.mana tak duit habis..sendiri mau ingat la deyyy tambiii...

Tanpa Nama berkata...

erm... lain kali.. kalau dpt gaji awal.. pandai2 la manage duit...
kerajaan bg duit awal sbb nak menyenangkan kita jugak.. contoh bila tiba hari perayaan. so...mmg la nak guna duit..
mcm yg 8hb hari.. kalau boleh.. dpt je duit.. settlekan dulu hutang2... lepas tu balance.. simpan dan ambil bila 25hb... saya rasa tak da masalah...
mulanya saya sendiri pun ingat takkan cukup duit.. tp bila saya buat mcm ni.. alhamdulillah cukup...
yg tak cukup.. sbb hari tu kan raya.. so kita yg terlebih berbelanja..

Tanpa Nama berkata...

relek la bro!! aku gaji aritu pun luak sket jer..
makan jangan nak sedap jer..
naik moto pi keje..
bawak bekal pi keje..

hahahahaha

Tanpa Nama berkata...

aku walaupun tak setuju dengan apa yang ditulis tapi dari sudut yang berlainan aku sokong. Aku sokong supaya gaji fix antara 23 -25 hb setiap bulan tak kisah la raya ker, deepavali ker.

TAk semua orang senang...

JANGGUT berkata...

penulis ni memalukan kakitangan awam.
hidup menyusahkan..
baik kau minta pinjaman dr ah long..
lg bagus...senang cerita..

weiii..kau ni memalukan

JANGGUT berkata...

penulis ni memalukan kakitangan awam.
hidup menyusahkan..
baik kau minta pinjaman dr ah long..
lg bagus...senang cerita..

weiii..kau ni memalukan

Tanpa Nama berkata...

Aku bukan Along...aku cuma mau tolong...agar barang tak kena lelong...siapa ada masalah dan hutang...sila call saya di no....ahh nantilah pula..dah dekat hari gaji ni...tunggu ajelah gaji korang.

Tok Janggut berkata...

Apalah............wat malu kaum aje ko ni.

Tanpa Nama berkata...

bulan 11 gaji masuk 18hb..

Tanpa Nama berkata...

Ehhh...taklah gaji bulan 11 kan 25 hb...bulan 12 baru 18/12... jagi jangan ambil gaji bulan dec pada 18...ambil lepas 26/12...baru ngam...

Kakitangan 640 berkata...

Dulu saya pernah bekerja secara sambilan / kontrak di satu IPTA. Tugas saya lebih kepada PAR (kini PAP) walaupun sebenarnya tiada skop menentu. Kekadang bersihkan bilik2/ kekadang angkat tilam ke asrama / kekadang sediakan laporan / kekadang siapkan powerpoint untuk bos.

Tiada masalah hal tugas. Tapi gaji saya ketika itu hanyalah RM640 (x tau apa tangga gaji IPTA ni pakai untuk Pekerja Sambilan).

Gaji pula claim harian iaitu sehari RM32 sehingga maksimum RM640 sebulan. selalu sangat saya kerja melebihi 20 hari (20 hari x RM32 = RM640) maknanya kerja secara percuma dan melebihi waktu pejabat sehingga 11 malam.

Saya sangat jimat duit sehinggakan makan nasi dalam seminggu pon boleh kira berapa kali dan kadang2 tumpang makan makanan lebih dari program2 di IPTA tersebut.

Alhamdulillah saya dapat kumpul duit sehingga RM10,000 dan membeli moto kapchai untuk bekerja. Baju dan seluar saya sangat lusuh sehingga ada yang perli. Selama 3 tahun di sana, x pernah saya merasa bonus walaupun Pekerja Sambilan di Bahagian lain dapat.

Semua ini bagi saya terima dan yang paling penting CERMIN DIRI SENDIRI DALAM BERBELANJA. Insya Allah, Tuhan itu Maha Adil, ada usaha ada rezekiNya!

Diharap kita semua perlu sedar keadaan diri masing2 dan jangan salahkan orang lain. Yang penting kita usaha sehabis2an dan insya Allah rezeki SANGAT BERKAT DAN SELAMAT!

Tanpa Nama berkata...

Ni..cerita taun bila ni bro...masa tu harga minyak berape...barang-barang keperluan harian berape, sewa rumah berape....tu laa yang bro boleh kumpul duit tu. Sekarang bro. kumpul lah.....berapa sangat boleh dibuat dengan gaji setakat ini... apa lagi jika kita dah berkeluarga. Gaji sekadar RM3500.00 tak cukup bro...

Sewa rumah: RM600.00 hingga 800.00
Ansuran Kereta: RM850.00
Minyak Kereta: RM600 (Minima)
Barang dapur for 1 bulan: RM800.00
Belanja anak kesekolah:4 anak x 2.00/hari x 25 hari:....RM200.00
Untuk lain-lain dan simpanan:....apa lagi nak simpan bro....

Omar Cecupak berkata...

Saya agak setuju dengan statement brok di atas ini...

Ia sungguh bernas kerana org yang tulis sblm dia tu mungkin dari zaman batu. Maklum sahajalah brok di atas ni perlu setiap hari ke alamanda demi menjaga status serta tidak lupa berbondong2 ke pasar malam dan 'jualan' di bangunan kerajaan.

Brok punya perkiraan memang sah dan sahih. Maklum sahaja PA perlu membeli semua yang branded dan mahal spt handphone, cermin hitam (kemudian letak di atas kepala), seluar jeans berjenama, kereta mahal dan kuat makan minyak (kemudian jerit kerajaan x adil sbb harga minyak dunia naik), beli baju mahal dsb.

Semua itu penting bg brok di atas ini kerana brok sibuk terlibat di dalam acara tari menari, joget2, nyanyian, sukaneka, jom heboh, minum2, serta mengikuti perkembangan artis tanahair khasnya mengenai cerai berai mereka.

Ya brok, penulis sebelum kamu itu zaman batu. Pengajaran di sebalik kisah beliau itu mmg tiada gunanya. Itulah patut PA mintak mansuhkan juga pelajaran sejarah di sekolah2 sbb itu semua cerita zaman dahulu dan pengajarannya tidak berpijak di bumi nyata.

Setuju brok di atas ini.

Yang Ikhlas,
Omar Cecupak

Omar Cecupak berkata...

saya cadangkan jika hang tak cukup duit gaji, tiap-tiap hari lepas waktu kerja hang pi lah buat part-time bagi ceramah agama(jika ada kelulusan dan tauliah)atau buka kelas tuisyen.... jadi boleh dapat pendapatan tambahan, insyaAllah kalau bagi kuliah macam tok guru agama... orang akan taja engkau pergi haji atau umrah pula... jadi duit gaji boleh simpan untuk masa pencen... wassalaam...

Jom kita Sokong Najib .. Idup Najib .. Sayang Najib ..


Yang Ikhlas,
Omar Cecupak

Tanpa Nama berkata...

Buat apalah tuan-tuan heboh-heboh pasal gaji lambat masuk ni...sebenarnya bukan "GAJI LAMBAT MASUK" tapi jadual gaji tak konsisten...kadang-kadang awal.

Korang patut dah tau,jika harap gaji saja ...kena rajin buat homework mengira-gira wang gaji melayang ke mana...wang saku berapa...dan sebagainya. Kalau dah dalam pengiraan tu defisit...kenalah cari sumber lain yang boleh membantu eg. Berniaga pasar malam (dibenarkan oleh Pak Lah)lepas waktu pejabat. Kalau takpun joint bisness MLM dah tu rajin-rajinlah mencari downline...saya semua ni dah buat...MLM beri pendapatan yang lumayan sehingga 5 angka jika berusaha. Bisness di Pasar Malampun OK gak...cuma penat sikit. Yang kaum Hawa ni pun boleh buat part time bisness...MLM, Agent Insurance, Jual produk kosmetik, buka saloon kecantikan,jual nasi lemak dll.

Bila dah berusaha buat semua di atas pasti dapat sesuatu...tengok tu...dalam Berita Harian baru-baru ni...banyak Orang Melayu dah jadi Jutawan kerana mengikuti bisness MLM ( Hai-O Marketing) - sila tengok sendiri dalam Youtube..., Masa tu barulah tak merasa gaji cepat atau lambat masuk...almaklumlah duit sentiasa ada..tak kebulur juga rasanya. Takde BONUS pun takpe...jika ada lagi baik....

Sekian dan selamat Mencuba Resipi dari saya....

Tanpa Nama berkata...

BETOL MR.OMAR CECUPAK BIN SEGANTANG...BIAR PAPA ASAL BERGAYE...peribahasa Melayu dari Zaman batu yang perlu kita pelihara hingga ke akhir zaman....

Sedihnya berkata...

Aku setuju gak pasal wat part time n MLM.

Bagus! Cuma kita harap kerajaan kurangkan kerja kami peringkat bawahan ni supaya kami baru boleh bagi tumpuan serius untuk cari downline.

Bos2 yang bergaji besar janganlah selalu menyusahkan kami hendak buat part time. Setakat fotostat dan cari fail, patut diorg boleh buat sendiri. Bukannya susah. Nak hantar surat pon suruh kami! Kami ni dah la gaji sikit, pencen pon lemau, bagilah kami peluang untuk buat part time.

Selalunya kami pergi shopping kompleks, bos2 ni sakan beli macam2. Setakat pegi mesyuarat dan buat kertas kerja, kami pon boleh! Kami ni juga bangunkan negara. Sepatutnya kami juga layak berbelanja begitu tapi apakan daya, gaji sikit.

Hanya MLM, part time dan downline sahaja peluang dan ruang kami untuk menikmati kemewahan malaysia ini. Apabila dah 5 angka, bonus x perlu dan barulah kami semangat nak anjurkan tarian, nyanyian, senamrobik dan poco2. Baru ada kelas dan gah PA Malaysia!

Sangat setuju cuepacs perjuangkan kemudahan buat part time semasa kerja bagi kakitangan bawahan!!

Bengang! berkata...

F1 ni aku x setuju langsung! Apakah faedahnya??? setakat nk tunjuk pada dunia ada apa? Mat2 saleh yang datang kt malaysia untuk tgk F1 tu apa lah sangat pentingnya? Diorang tu menyemak je dok hotel dan berbelanja sana sini satu malaysia. sakit mata aku!!

Sepatutnya duit bangungkan F1 tu diberi kepada PA sebagai bonus bangunkan negara. Tahukah pak najib bahawa harga teh tarik dan roti canai walaupun x berubah tapi semakin kecil saiz.

X percaya? Cubalah pak najib turun padang pada waktu minum kami. Kata suruh turun padang? Mana ada? X pernah nmpk pon pak najib dan rosmah turun minum kat kedai2 mamak time 9-10.30 pagi? Ini ke pemimpin???

Lu pikirlah sendiri!

musumbi berkata...

ape la yang orang2 kat sini bebelkan. isu kat sini sebenarnye adalah isu "GAJI MASUK LAMBAT">
MAKSUD nye, next time, majikan kene fixed betul2 tarikh bile nak bagi gaji. bukannye kejap masuk awal, kejap masuk lamabt.
SO, bile majikan bagi fixed time utk gaji masuk, senang la para pekerja nak membuat budget.

AND FYI!!!! seseorang tu, kalau xde duit, x semestinye sebab die boros. mungkin sebab die ade isu kewangan, ade tanggungan lebih, ade kemalangan, etc.

SO, harap2 lepas ni, majikan boleh bagi gaji pade mase yg fixed. supaye senang pekerje nak plan kewangan diorang.

-musumbi-

Tanpa Nama berkata...

macam ni 2!! gaji sepatutnya masuk pada 22 hb tiap2 bulan.sebab keta aku buat potongan gaji pada 22 hb.macam mana.setuju ke.tk payah bayar advanced.hehehe