SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

18 November 2009

JPA KAJI SKIM PERKHIDMATAN JURUTEKNIK

JPA
18/11/2009

JABATAN Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) merujuk kepada surat oleh Mahu Jawapan Positif bertajuk Juruteknik gred J17/22/26 hantar petisyen yang disiarkan dalam ruangan ini pada 16 November 2009.
Berikutan perubahan skop fungsi tugas, Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Tanah Gred NT17, NT22, NT31/32, NT36 telah ditambah baik kepada NT27, NT32, NT36 dengan kelayakan masuk sijil dari politeknik/diploma.
Penambahbaikan skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Tanah ini adalah dengan memansuhkan gred jawatan NT17, NT22 tetapi mengekalkan gred jawatan NT32, NT36 dengan diperuntukkan Gred NT27 bagi maksud lantikan di peringkat Kumpulan Sokongan berkelayakan sijil daripada politeknik/diploma. Kenaikan taraf ini menepati prinsip kadar upah untuk kerja dan kelayakan yang diperlukan.
Skim perkhidmatan Juruteknik Gred J17, J22, J26 juga sedang dikaji oleh JPA bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Kementerian Kerja Raya (KKR).
Kajian tersebut turut melibatkan penelitian kepada implikasi struktur Perkhidmatan Teknikal dan implikasi kepada skim-skim perkhidmatan yang setara (memperuntukkan syarat lantikan di peringkat sijil dalam bidang kejuruteraan atau perancang bandar dan wilayah dari politeknik tempatan atau universiti pengajian tinggi) seperti berikut:
Struktur Perkhidmatan Teknikal / Kelayakan Gred
l Jurutera / Ijazah J41
l Penolong Jurutera / Diploma J29
l Penolong Pegawai Seni Bina / Diploma J29
l Penolong Juruukur Bahan / Diploma J29
l Juruteknik / Sijil Politeknik J17
Skim Perkhidmatan Setara / Kelayakan Gred
l Juruteknik Perancang Bandar dan Desa / Sijil Politeknik J17
l Juruteknik Ukur / Sijil Politeknik J17
l Juruteknik Landskap / SIP / Sijil Politeknik J17
l Pembantu Pemeriksa Kilang / SPM / Sijil Politeknik J17
l Penguasa Bekalan Air / SPM /Sijil Politeknik J17
l Merinyu Tali Air / SPM / SIP / Sijil Politeknik J17
JPA secara berterusan menambah baik skim-skim perkhidmatan yang berkuat kuasa sama ada dari segi keperluan perubahan syarat lantikan atau kenaikan taraf skim perkhidmatan berikutan perubahan skop fungsi tugas.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
Jabatan Perkhidmatan Awam

30 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Juruteknik letakkan dlm J23,J26 dan J28

Tanpa Nama berkata...

abis STPM BOLEH PULAK DPT N27??
APER CITER?? KAMI LAGI LAMA BELAJAR DARI DIA ORG LULUSAN STPM.
YG PENOLONG PEGAWAI TANAH BOLEH PULAK DPT NT27...TU LULUSAN SIJIL UKUR TANAH POLITEKNIK TUE..
BAGI KAMI FT27 DAN J27 JUGAK LAA!!!
TU YG KAMI PERJUANGKAN

Tanpa Nama berkata...

Dah lama sangat dok kaji tu....sepatutnya 10 tahun yg lepas dh dinaiktaraf jawatan juruteknik

Tanpa Nama berkata...

kenapa skim Juruteknik Komputer tak sebut?..walaupun skim FT?..
tidak adil bila FT dipinggirkan...

Tanpa Nama berkata...

skrang ni sjil kjruteraan elektronik (komputer) da xder...gnti ngn sjil elktrik elktronik...tp ble keje gne sjil elktrik elktrnik,dpt gji ikot spm...ape kes?

Tanpa Nama berkata...

jawatan juruteknik ni perlu di naik taraf,kita org ni keja mcm nak rak tapi n17 saja yang naik pangkat.kami belajar 2hgg 3 thn.budak2 yang kerja guna spm,keja 5 ,6 tahun dah dapt naik pangkat.klu mcm tu baik tak payah belajr tinggi buat hbs beras mak bapak je.kami pun ada tanggajwp kat keluarga.haaaaaaaa.....amin.beras dah habis ni,aaaaa...ni utk blog skim juruteknik yang lain2 jagan sibuk......sorry

Tanpa Nama berkata...

Saya harap bagi juruteknik yang memegang Diploma sepatutnya dinaik kan ke gaji J29 sama dengan tangga gaji Penolong Jurutera. Saya cadangkan yang ada diploma hanya hantar ke Jabatan masing-masing untuk untuk menentukan kelayakan yang dipegang. Kebanyakan kakitangan JKR mempunyai Diploma Juruteknik. Saya harap percepatkan lah proses penyelarasan gaji, serupa polis dan askar sentiasa diselaras gaji mereka.

Tanpa Nama berkata...

percepatkan lah..proses penyelarasan gaji tu..

Tanpa Nama berkata...

Bermula intake bulan 8 ni, semua pelajar politeknik belajar dengan sessi Diploma,, kelayakan sijil sudah tidak ada lagi di politeknik. Sudah sampai masanya kakitangan yg berjawatan Juruteknik dinaikkan taraf j29.Kami menunggu dah lama peluang ni..sehinggakan ramai dah yang dah pencen ..tak merasa...

Tanpa Nama berkata...

"wahai juruteknik satu malaysia,jgn risau kita confirm naik gred samaada j27 atau j29,sepatutnya awal tahun hari tu kita dah naik j29 ,jpa dah luluskan...tapi org jkr punya sengal tak setuju,org kementerian nak naikkan ke j 29,tapi org jkr tak setuju..mmg sengal.so skrg diaorang bincang balik...kita tunggu je keputusannya bulan 7 ni jpa akan keluarkan pekeliling kenaikkan gred ke j27 atau j29,sebab poli lepas dah tak ambil kursus sijil lagi.terus diploma.so sabarlah penantian 20 tahun akan berakhir....amin -informasi dari mesyuarat agung mtsu

Tanpa Nama berkata...

16 November 2009. hingga sekarang apa cerita ni.....susah sangat ke nak keluarakan pekeliling yang memang dah ada , cuma cut and paste tambah yang mana patut aje....

Tanpa Nama berkata...

Mane ko tau j17 dh nak dpt j27 tp sengal kat jkr x stuju?skang dh ogos,x dgar ape2 pon? lamanweb mtsu pon x bleh nak bukak,konspirasi ker?

Tanpa Nama berkata...

aku dah 2 kali buka ulasan ni walaupun dah hampir setahun berlalu...aku sedih tengok JPA ni bila nak upgredkan skim juruteknik...sijil politeknik pun dah lupus..aku cadangkan juruteknik naik ke penolong jurutera yang ada sijil bagi p1t1 rm1257.00 yang ada diploma p1t5 rm1654.00...kan senang macam tu...baik tak idea aku??????

Tanpa Nama berkata...

ni aku dah 7 thn ada degree x naik2 ni malas da nak ckp apa...

Tanpa Nama berkata...

bosan,bosan,bosan.....cerita tak habis tindakan tak ada biasalah kerja kerajaan semua lambat ,tak efisian langsung....setuju ,sokong , bantah sambung belajar, dah lama kerja semua lengkap ,,,,sendiri mahu ingat le tunggu pencen aje kot-kot dinaik lagi tempoh perkhidmatan kepada 60 th..............

Tanpa Nama berkata...

apa kata sume juruteknik sijil poly yg stdy 2thn tetapi diletakkan J17- kita buat kerja standard 17: iaitu standard mentaliti lepasan SPM..kalo derang soh wat keje teknikal kita kata x taw, alasannya kita ni lepasan standard spm,ok x? aku dah menyampah JPA/SPA/PTD/kementrian kerja raya ni...

Tanpa Nama berkata...

Fakta(munkin benar atau tidak)pasal gaji J17 ni ada diulas di:

forum mypolycampus- GAJI DARI LULUSAN POLY X SETIMPAL

http://www.mypolycampus.net/index.php?topic=2114.0

anda semua bley pikir lepas baca komen2 tu..


e mail surat kepada akhbar:

bhsurat@bharian.com.my
--Emel & Surat Pembaca

bhonline@bharian.com.my
--Berita Harian Online

sila antar sebarang cdgn anda ke alamat mail t'sbut

Tanpa Nama berkata...

org yg duk kaji dah pencen dah pun.....masih kaji......ko kaji la sampai ko org seme pencen.

Tanpa Nama berkata...

apahal niii...blajar hbis duit bnyak tpi gred SAMA jerr dgn lulusan SPM..
INI TIDAK ADIL! TIDAK ADILLL!

Tanpa Nama berkata...

KAMI DARI WAKIL DARI PIHAK JURUTEKNIK LULUSAN UITM INGINKAN KEADILAN DALAM PEYELARASAN GAJI. LULUSAN SIJIL UITM/POLITEKNIK HENDAKLAH DINAIK GRED ATAS DARIPADA LULUSAN SPM.. TAK GUNA ADAKAN COURSE INI DI IPT TAPI GAJI/GRED MASIH LAGI SAMA DENGAN LULUSAN SPM.!!!!

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum tuan-tuan sekelian.
Tuan bagaimana perkembangan terbaru tentang penambahbaikan Skim Juruteknik J17 yang berkelulusan Diploma dari IPT/Politeknik. Sebelum ini ada desas desus mengatakan penambahbaikan skim tersebut akan dilaksanakan tetapi masih diam tiada jawapan. Minta perhatian daripada pihak tertentu untuk membela nasib kami semua. Terima Kasih atas perhatian pihak anda semua.

Tanpa Nama berkata...

Kami memerlukan perhatian daripada pihak atasan untuk PENAMBAHBAIKAN SKIM JURUTEKNIK membantu menambahbaik kehidupan kami untuk masa akan datang.

Tanpa Nama berkata...

jangan dilupakan letakkan syarat jelas untuk pemegang diploma yang menjawat jawatan juruteknik..kalau tak, kami tetap akan diletakkan di tahap P1T1 dalam tangga gaji SSM dulu..bayangkan kalau staf baru masuk dengan kelulusan sijil dan diberi gaji baru di bawah SBPA yang jauh lebih banyak, apa perasaan kami?..dimana motivasi kerja kami yang berkhidmatn bertahun2 tapi gaji rendah dari pekerja baru?..selagi tidak jelas ketua2 jabatan hanya akan sentisa menganaktirikan kami..tolonglah berjuang untuk pemegang diploma tanpa sijil berjawatan juruteknik..kami dalam persimpangan dan keliru..tq

Tanpa Nama berkata...

BETUL ke Gred J17 AKAN ke Gred J27?...kalau betul akan dilaksanakan xperlu la orang lama complain fasal gaji orang yg baru masuk gaji sama level...yang penting dapat kenaikan gred tu dulu..kalau mahu pertikaikan fasal kelulusan..xsemestinya yang lama berkhidmat tu ada degree..dan yang baru masuk cuma kelulusan sijil/diploma.kalau ada degree pun belum tentu senang dapat kerja..jadi terima jea la..jadi bersyukur la kalau dapat kenaikan..xperlu la mahu merungut fasal gaji sama level bagi yg baru masuk dan yang lama berkhidmat...

Tanpa Nama berkata...

macam nama pula nasib pelukis pelan J17?kerja mcm juruteknik j17 juga juga tp gaji pakai gaji SPM?

Tanpa Nama berkata...

Apa dah jadi dengan cadangan ni....dr tahun 2009 hingga 2012, dok mcm tu jugak....

Tanpa Nama berkata...

salam...
Kepada pihak Cuepacs...Kami JTK FT17 yg mempunyai kelayakan Diploma tetapi masuk melalui lulusan SPM ingin bertanya..

1.Kenapa tangga gaji kami tidak dapat dinaikan seperti mereka yg massuk menggunakan Diploma...keja sama jer gaji pula boleh lompat mcm tu...

2.Kenapa kami tidak mendapat keistimewaan ELAUN SYIF seperti mereka yg bekerja Syif di Kementerian/Jabatan yang lain?

3.Untuk makluman kami JTK FT di Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya berasa begitu terpinggir dan terkilan dengan apa yg terpaksa kami lalui disini.tiada sebarang elaun diberi malahan Status Juruteknik komputer ini diperkotakatikan sesuka hati pegawai atasan..
Harap mendapat perhatian dari pihak tuan..

Tanpa Nama berkata...

tu sebab kalau perhatikan Gred 17 ni semua kurus mcm lidi x cukup makan. setahun sekali nak makan Mc D, KFC pon kira duit dalam wallet..

Unknown berkata...

Dh lama aku tgok budaya managment ni. Dowg mmg dr dlu suka abaikn juruteknik ni...

Tanpa Nama berkata...

Aku nak makan fish and chips gak..
eoperi from