SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

02 November 2009

GANJARAN LEBIH MENYELURUH BAGI PENJAWAT AWAM JABATAN : PM

Berita Harian
2/11/2009

PUTRAJAYA: Kerajaan akan memperkenalkan sistem ganjaran yang lebih menyeluruh di kalangan penjawat awam dan jabatan yang menjurus ke arah budaya kerja prestasi tinggi, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata demikian pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Dataran Perdana, Bangunan Perdana Putra, di sini, pagi ini.

13 ulasan:

1Borneo berkata...

ada tak ko nak bagi bonus ni?......

Tanpa Nama berkata...

ganjaran yang macam mana kau nk bagik ni?? nk bagik naik gaji dengan bonus pun susah lagik nk bagik ganjaran??

ni semua propaganda lebey..keje nk 1st classs...kebajikan kakitangan hampeh!

pigi dahhhhhhh!!!!!!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

he..he..menyeluruh untuk kategori atasan lar tu...untuk yang bawah cam kami nih hampeeeh lar kami dapat, ganjaran barang naik dan minyak naik dah pun kami dapat...itulah maksud slogan rakyat didahulukan...pencapaian (orang-orang atas) diutamakan...Ya ampuuun Pak.

Tanpa Nama berkata...

Tak payah mimpi lah pasal BONUS selagi PM serahkan pada KSN untuk buat kajian dan sokongan. Dah jenuh abang2 CUEPACS berunding dengan KSN. Dengannya dia tetap tak sokong, macam dulu juga SEGAN nak cakap kat PM.

Tanpa Nama berkata...

KSN kaki ampu jer ...

Malu konon... Kami nak bagi anak bini makan, yg kt kg kena bantu ...

lain la ko yg gaji besar tak padan dengan koje ...

Rezki dah lebih, limpah2 la pada Umat islam yg lain ...

ade aku kisah..!! berkata...

Mampu ke kerajaan buat sistem yg adil utk penjawat awam yg betul2 menjalankan tugas?
Jangan2 nanti ganjaran tu hanya utk mereka yg pandai berlakon, mengampu dan membodek bos je..

markah utk Penilaian Prestasi Tahunan tu pun tak boleh nak berlaku adil..:-( sesetengah jabatan tu ada sistem giliran utk APC berasaskan siapa yg lebih senior, bukannye berasaskan siapa yg boleh buat keja.
Kalau pandai bodek bos belum sah jawatan pun boleh dapat APC huhu..

Insan Kecewa berkata...

Pi rahhhhhhhhhhhh KSN, kaki ampu Najib.

Tanpa Nama berkata...

KSN tuh rasa umurnya panjang sangat lar tu...dia nak jdi (K)etua (S)ampai (N)yanyuk..aku dengar ucapannya kat TV baru-baru nih mcm. budak-budak jer IQ dia...cam maner lar boleh jadi KSN.

org_lama berkata...

sistem sebelum ssb dan ssm lagi bagus, masa tu kita orang takde dengki dengki, kita orang buat keje je, tok pening-pening nak ampu bos

abekhalid berkata...

sampai lubang kubur aku xkan maafkan keseganan KSN yang berasa malu untuk menjalankan tanggungjawab beliau.KSN ialah seorang penjawat awam yang tidak bertanggungjawab kerana "MEMENTINGKAN PERASAAN DARI PADA TUGAS". Malu itu juga perasaan maka wahai KSN berhati-hati semasa bercakap.

Penjawat Awam Kecewa berkata...

Ganjaran...? PM buat lawak lagi. Bonus pun tak mampu nak beri, konon nak beri ganjaran lain. Rasuah dulu awak banteras PM!! Jangan penuhkan kantung sendiri aje. Kat akhirat nanti tak larat nak jawab.

Tanpa Nama berkata...

Datuk Seri Najib Razak semalam membidas Cuepacs yang berterusan menuntut bonus dua bulan gaji bagi 1.6 juta kakitangan dan pesara perkhidmatan awam ketika keadaan ekonomi negara belum pulih sepenuhnya.

Sambil menyifatkan tindakan itu salah dari segi moral, Perdana Menteri berkata sekarang bukan masa yang sesuai untuk membuat tuntutan sedemikian.

“Tindakan Cuepacs diketuai Presidennya, Omar Osman mungkin tindakan popular di kalangan ahli tetapi ia tidak wajar dilakukan dalam keadaan kegawatan ekonomi global yang tempiasnya turut dirasai Malaysia.

“Dari segi moralnya adalah salah untuk meminta bonus ketika ekonomi negara belum pulih sepenuhnya,” katanya berucap pada majlis makan tengah hari sempena Forum Perniagaan Bankers Club di sini, semalam.

Cuepacs mengemukakan tuntutan bonus dua bulan gaji apabila Perdana Menteri ketika membentangkan Bajet 2010 pada 23 November lalu tidak menyentuh mengenainya.

Tanpa Nama berkata...

emm..nak wat ape lagi ni??minta bonus skit tak bagi, ni nak wat sistem ganjaran plak dah..beban makin bertambah, kerja makin bertambah, gaji dan bonus jer tak bertambah..bila minta skit kata negara masih dalam keadaan ekonomi yang tidak stabil ar..emm..

duit dah habis,tapi gaji masuk lewat sangat hujung bulan..cuba ar bertolak ansur skit..jangan ar wat kakitangan awam macam ni..kami pun ada anak bini jugak nak bagi makan..

Rakyat Nak Didahulukan, Pencapaian Nak Diutamakan..