SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

05 November 2009

SAMBUT BAIK PROGRAM BEKERJA DARI RUMAH

Bernama
5/11/2009




KUALA LUMPUR 4 Nov. - Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berharap kerajaan akan memanjangkan program amalan bekerja dari rumah untuk penjawat awam bagi bidang-bidang kerja tertentu, sekiranya program yang dirintis Kementerian Kerja Raya itu didapati berjaya menampilkan hasil yang positif.
Presidennya, Omar Osman berkata, program seumpama itu dilihat dapat mengurangkan tekanan dan boleh menghasilkan produktiviti lebih baik.
Katanya, selain itu, ia dapat mengurangkan masalah ruang tempat meletak kenderaan yang sering berlaku di pejabat-pejabat jabatan dan agensi kerajaan.
"Ia merupakan cara paling selamat bagi mereka untuk menghilangkan tekanan yang mungkin berlaku di tempat kerja, dan yang pasti mereka boleh dihubungi pada bila-bila masa di rumah," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Sehubungan itu, beliau menyambut baik langkah Kementerian Kerja Raya menjadikan 35 pelukis pelan Jabatan Kerja Raya (JKR) sebagai perintis program amalan bekerja dari rumah mula 1 Januari ini seperti yang diumumkan oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor hari ini.
"Ini adalah satu langkah yang bijak dan bagi CUEPACS, ini merupakan satu percubaan di peringkat agensi. Jika hasilnya positif, CUEPACS akan meminta supaya ia dipanjangkan ke kementerian lain terutama di kalangan penjawat awam wanita," katanya. - BERNAMA

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ya lah tu, bila kerja kat rumah macam-macam boleh buat paham paham aje lah, kalau semua penjawat awam boleh buat kerja kat rumah, jimat duit kerajaan tak payah tanggung bil elektrik, air dan tak payah lagi subsidi minyak maklumlah orang tak keluar rumah dok buat kerja he he he...

Tanpa Nama berkata...

Datuk Seri Najib Razak semalam membidas Cuepacs yang berterusan menuntut bonus dua bulan gaji bagi 1.6 juta kakitangan dan pesara perkhidmatan awam ketika keadaan ekonomi negara belum pulih sepenuhnya.

Sambil menyifatkan tindakan itu salah dari segi moral, Perdana Menteri berkata sekarang bukan masa yang sesuai untuk membuat tuntutan sedemikian.

“Tindakan Cuepacs diketuai Presidennya, Omar Osman mungkin tindakan popular di kalangan ahli tetapi ia tidak wajar dilakukan dalam keadaan kegawatan ekonomi global yang tempiasnya turut dirasai Malaysia.

“Dari segi moralnya adalah salah untuk meminta bonus ketika ekonomi negara belum pulih sepenuhnya,” katanya berucap pada majlis makan tengah hari sempena Forum Perniagaan Bankers Club di sini, semalam.

Cuepacs mengemukakan tuntutan bonus dua bulan gaji apabila Perdana Menteri ketika membentangkan Bajet 2010 pada 23 November lalu tidak menyentuh mengenainya.

Tanpa Nama berkata...

nampak macam siaran ulangan

Tanpa Nama berkata...

Saya setuju bebenor kiranya dapat diberi peluang sbg perintis utk buat keje di rumah krn:
1. Jimatkan kos utiliti pejabat air/elektrik.
2. Jimatkan kos pengangkutan eg tol+minyak; 200+300=500 sebulan.
3. Tingkatkan produktiviti kerna saya lebih senang bekerja tanpa necktie dan kesejukan aircond.
4. Jimatkan kos penjagaan anak i.e anak>2 tahun RM250 sebulan.
5. Jimatkan masa yang terbuang di jalanraya >2jam setiap hari.
6. Eratkan kemesraan dan tingkatkan tanggungjawab kpd keluarga.e.g bersarapan pagi/makan tengahari bersama anak2.
7. Tingkatkan semangat kejiranan sbg pemantau keselamatan kawasan perumahan dan disiplin pembantu rumah.
8. Tingkatkan keimanan dalam memenuhi surau kawasan perumahan yang tiada berkemundang azan pada waktu bekerja biasa.
9. Mengurangkan kadar kesesakan lalulintas dan tempat letak kereta di KL.
10. Tingkatkan integriti dan akauntabiliti dalam pelaksanaan tugas secara amanah,tanggungjawab dan kebolehpercayaan.

- Kemungkinan program sebegini disalahgunakan boleh dikawal melalui saringan secara Audit Nilai.

-Komunikasi yang cukup berkesan dengan penggunaan Internet via YahooMessenger etc.

Kesimpulannya, dengan penjimatan kos lebih RM750 sebulan kpd saya juga secara tidak langsung bermanafaat kpd Jabatan dan Negara iaitu mengurangkan kos perbelanjaan jabatan,dan kos kepada pihak swasta (pengguna jalanraya); ini merupakan win-win situation bagi penerimaan konsep 1Malaysia.