Berita Harian
9/11/2009
KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) tetap mahu mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, bagi mendapatkan gambaran sebenar berhubung kenyataannya, mengenai permintaan bonus dan keadaan ekonomi negara. Presiden Cuepacs, Omar Osman, berkata pertemuan itu perlu bagi membolehkan kongres itu menjelaskan perkara sebenar yang dimaksudkan Perdana Menteri kepada ahli-ahlinya. "Kita mahu penjelasan lebih lanjut, supaya kita dapat jelaskan kepada ahli-ahli kita. Sekarang kita keliru tentang kenyataan beliau, ini termasuklah ahli kita," katanya lagi selepas mesyuarat khas Cuepacs di sini, hari ini.
Najib pada awal minggu ini dilaporkan berkata, adalah salah daripada segi moral bagi Cuepacs untuk meminta bonus kerana negara masih bergelut untuk keluar daripada kemelesetan ekonomi dan ramai pekerja di sektor swasta dibuang kerja. Omar berkata, hasil mesyuarat khas hari ini, kesemua ahli majlis kongres yang hadir bersetuju untuk menghantar surat kepada Perdana Menteri untuk mengadakan pertemuan dan ia akan dihantar Isnin ini. Beliau berkata, Cuepacs juga mahu mendapat penerangan mengenai keadaan ekonomi yang masih belum pulih seperti yang dikatakan Perdana Menteri dalam pertemuan itu.
"Majlis kongres (Cuepacs) belum pernah diberi taklimat terhadap keadaan ekonomi negara sebenarnya, jadi Kongres berpendapat keadaan ekonomi kita hari ini baik berdasarkan kerajaan memberi bantuan khas RM500 (kepada kakitangan awam dan pesara kerajaan)," katanya. - Bernama
27 ulasan:
jumpa jgn tak jumpa O.O.... Minta penjelasan tentang ekonomi belum stabil saya pun nak tahu gak... kalo kita minta bonus ekonomi belum stabil lah... apa lah... tapi kalo buat F1 boleh plak.... ekonomi dh stabil ke... tak salah dari segi moral kah buat tu sedangkan ekonomi belum stabil... byk sykt gergasi dunia spt honda, toyota, bmw, sykt tayar silverstone pun tarik diri ni kan pula PM kita yg mengutamakan cita2 nak masuk F1 aku tak paham lah... mkin pada PRU 13 nanti baru dia paham kot kuasa P.A ni......
Tak payah jumpa untuk dapat penjelasan. Tukar je pemerintah kerajaan Malaysia. Hidup PR.
1. Najib pun takder Moral....
2. EKONOMI MALAYSIA BELUM PULIH??? kenapa PETRONAS, TNB, TELEKOM dan GLC lain boleh dapat bonus???? sepatut nya mereka pun berkorban tak dapat bonus tahun nie.... SEBAB ekonomi belum pulih????
3. Jangan ingat rakyat bodoh la NAJIB....
PENJAWAT AWAM.......... SEMUA UNDI PR KALI NIE.... BIAR NAJIB RASA PLAK.....
minta bonus tidak bermoral konon naikkan harga barang dan keperluan asas seperti minyak dan elektrik tu bermoral lah kot
1. Najib pun takder Moral....
2. EKONOMI MALAYSIA BELUM PULIH??? kenapa PETRONAS, TNB, TELEKOM dan GLC lain boleh dapat bonus???? sepatut nya mereka pun berkorban tak dapat bonus tahun nie.... SEBAB ekonomi belum pulih????
3. Jangan ingat rakyat bodoh la NAJIB....
Memang betul tu Bro.............
Saya sokong seratus peratus.
Buat F1 yang tak mendatangkan faedah tu ada duit.
Syarikat Permotoran TOYOTA dan BMW pun tahun depan nak tarik diri.
Yang Malaysia team F1 1 Malaysia ni Bodoh sangat tu buat ape.
KITA Desak NAJIB MINTA MAAF PADA SEMUA KAKITANGAN AWAM!!!!!!!
Selaku PM beliau tidak boleh mengeluarkan kenyataan begitu tambahan itu merupakan kesatuan kerajaan dibawah pentadbiran beliau..kalau dia berbuat demikian...jangan bercakap tentang moral.Itu meang peranan Omar Osman selaku presiden menunaikan permintaan kongres.
Semua kakitangan awam kecewa dengan kenyataan PM itu dan beliau harus berhati-hati dalam membuat kenyataan terbuka seperti itu memandangkan beliau orang no.1 dan bercita-cita wujudkan 1 malaysia
Tertekan pun jangan mengeluarkan kenyataan tak baik begitu untuk kakitangan awam kerana mereka ini yang susah payah bekerja untuk Najib..Kena pahamlah..jangan sesuka hati bercakap.
Kata nak bantu rakyat,tindakan mengenakan caj untuk kredit kad lagi menyusahkan rakyat.Sudahlah maslah kebankrapan sudah teruk dialami rakyat Malaysia akibat dari masalah tidak mampu bayar kad kredit ditambah pula tindakan kerajaan itu yang mengenakan caj kepada kad kredit...lingkup kerajaan dalam PRU 13
PM 1Malaysia tak tau ke?? Kakitangan awam yang ramai guna Kad Kredit... Dioarang guna bg kerja luar nak bayar hotel/minyak? mana mampu nak bayar Cash... skrg nak kena byr lak tahunan punya servis.. pikir2 la. PRU 13 dah nak dekat.. kami yang akan bg BONUS kat orang yang paling tak bermoral ni.. Najib siap kau!!!!!!!!!!!!!
dah ler Pak jib oii..buat bodo jea..tutup telinga..selesai masalah.jangan duk layan sangat geng2 tak bermoral nie..he..he..P.A tak yah nak ngada-ngada sangat la,,korang pandai minta jea..tapi malas kerja untuk mantapkan kerja
kita penjawat awam dikatakan malas bekerja. ok kali ini kita jangan layan orang awam bila datang ke pejabat, kita tunjukan benar-benar kita ini malas bekerja. selama ini mereka tidak berterima kasih, kalau kita malas bekerja bolehkah pentadbiran berjalan lancar sehingga sekarang. bodohnya pemikiran umno tulen. kau orang umno buat kontrakpun cina yang buat, kau orang lagi baloq ambil persen daripada kontraktor cina. orang umno yang atas-atas tu duduk di bahagian cerita tentang projek dan kontrak semua nak isi kantung. kemudian kata membela rakyat. sedarlah orang umno hidupmu penuh dengan dosa rasuah!!!
Perlu diingati ,P.A akan berkerja sehingga pencen (sekurang nya 30 tahun) Wak najib tu lom tentu jd Penjaga Malaysia (PM) selama itu..elok2lah megeluarkan kata2.. org melayu indah berbahasa...org2 yg undi pos untuk dia pun mau juga bonus...
Minta 2 bulan bonus tak de moral..
beri RM 500 untuk gred 1 sampai gred54 ada moral...hehehehhe
Untuk mengembalikan moral P.A gred 1 sampai gred 54 pulangkan lah semula RM500 yang diberi.. supaya ekonomi malaysia kembali pulih...
patut gred profesional lebih la daripada puak sokongan nie..nie nampak sgt yang najib nie bodoh kepalang.bagi sama rata.mana leh sama, puak sokongan hny da sijil n diploma, yang puak profesional da ijazah dan master dan phd.mana leh sama..pa la..dari segi tangga gaji pun dah lain, nie nak bagi sama raataa...yang banyak keja puak profesional kena buat dan tanggungjawab tinggi.yang puak sokongan, cukup time balik, time minum da 5 kali.memang patut la puak sokongan dapat gaji rendah.nak gaji tinggi, bljr la tinggi.baru gaji tinggi.nie dok tangga 2 jer.dok zon selesa.sampai bila pun tak berkembang.
apa2lah...... dikutuk ka dihina ka aku tetap makan gaji dan jalankan tanggungjawab.
ndak kisah najib cakap PA ndak bermoral ka apa ka. aku ndakan pangkah timbangan biru putih.ndak semestinya aku kerja kerajaan kena undi BN.ada dalam perintah am ka????? kalau ada bisuk juga aku resign.
yang paling aku ndak percaya dan amat sedih bilamana KSN sebagai ketua kepada Kakitangan Awam di Malaysia dengan bangganya mengatakan "Segan".selalu pula dia cakap bertanggungjawab lah intergriti lah macam2 lagi benda2 yang dia ulang2.last2 dia sendiri yang tidak bertanggungjawab.sejak dari hari tu aku terus meragui kewibawaan orang2 diatas.
Tuan haji umar.kau relaks.kau memang tahan tukul punya presiden.chaiyo bossssss
patut gred profesional lebih la daripada puak sokongan nie..nie nampak sgt yang najib nie bodoh kepalang.bagi sama rata.mana leh sama, puak sokongan hny da sijil n diploma, yang puak profesional da ijazah dan master dan phd.mana leh sama..pa la..dari segi tangga gaji pun dah lain, nie nak bagi sama raataa...yang banyak keja puak profesional kena buat dan tanggungjawab tinggi.yang puak sokongan, cukup time balik, time minum da 5 kali.memang patut la puak sokongan dapat gaji rendah.nak gaji tinggi, bljr la tinggi.baru gaji tinggi.nie dok tangga 2 jer.dok zon selesa.sampai bila pun tak berkembang.....
Sedara...janganlah mengutuk kumpulan sokongan ni...kitakan sama-sama juga penjawat Awam. Takkanlah semua PA ni dalam kategori Kumpulan Profesional pula...siapa pula yang akan buat kerja-kerja bawahan jika semua jadi boss... betoi tak sedara....bagaiamanapun bagi saya pemberian bantuan kewangan ni patut juga semua gred dapat termasuk kumpulan pesara. Ini kerana tidak kira samada kita dalam kumpulan sokongan dan sebagainya semua kena isi perut juga dan demikianlah sebaliknya.....besar kuali besar kerak pula tuuu....apa-apa pun pak Najib...engko patut tolong PA ni kerana kami makin terhimpit lagi melarat pada tahun-tahun kebelakangan ini. Minyak naik mendadak menyebabkan semua harga barang naik....akhir kata...TUAN PRESIDAN CUEPECS.....JANGAN PUTUS ASA..TERUSKAN PERJUANGAN TUAN UNTUK MENUNTUT BONUS PADA TAHUN INI....terima kasih.
Pak Omar Osman..hensemlah engkau ni...
tak pak presiden pergi jumpa dan meminta sedekah dengan PM , biarlah PRU 13 nanti, kita semua PKA undi PKR, HIDUP PKR,,,,,,
kalo semua jadi bos sape nak jadi kuli nya.. sape nak wat keje bos nak suruh bos...apa ke bangang yang gred profesional ni.... itu adalah hak dan rezeki masing2 so terima lah seadanya... bonus tetap bonus.... minta O.O jgn tak minta ni adalah hak kita tiap2 tahun... setahu aku lah najib tak bagi bonus lagi tahun ni... yg lima 500 tu dia tak sebut sebagai bonus cuma dia kata bantuan khas hari raya........
Deyyyyy!!!! Itu hari cakap...kata ekonomi malaysia tidak terjejas dengan kemelesatan...
Deyyy....Ada orang cakap.. tidak bermoral sama dengan x dak moral..
Contohnya..kalau anak muda mat rempit melalak siang malam dengan aksi pacak malam minggu kita kata mat rempit jalanan tak dak moral... jadi maknanya Pemimpin CUEPACS sama dengan MAT REMPIT? Begitu ker?...Adussss bang Osman..dedahkan resolusi KONGRESS biar itu orang tahu keputusan KONGRESS...
Deyyy!!! CUEPACS nak jumpa itu orangka? Baik jumpa kakitangan sokongan lagi baik mintak resolusi desak itu orang minta maaf...deyyyy!!!! mau gaduh dengan kakitangan awam ka..itu 13 lagi sikit tahun mau datang...
buat presiden CUEPECS sokongan terus diberikan.pergilah berjumpa pak najib tu.kita ni harap dia dpt bantu kita tapi haprak!!!pak najib bikin hidup lg susah.segala gala kos meningkat.la ni nak masuk tandas pun kene bayaq.mereka yg gaji haq besaq mmg tak kisoh tp kami ni yg gaji kekadang nak ckp ln pun payoh.harap haq bonus nak beli keperluan anak2 sekolah.pi jumpa pak najib.kato kat dio mana ada betuinya rakyat diutamakan kalo gayanya gini.
Ye kita tunggu PRU akan datang... biar kita undi pembangkang... diorg ni lagi x de belas kasihan...sumernya nk telus la pe la... alamatnya PA sekarang abis la kena buang sebab x perform atau kuat sangat mengular / minum / berjoget sana sini
Ye kita tunggu PRU dan undi pembangkang demi PA yang lebih cemerlang dan rajin berusaha demi negara dan bukan pegi jualan, jom heboh, alamanda, tgk wayang, joget2, tari menari dsb
Setuju!!
apa punye pemikiran la korang nie semua.najib dia cakap SALAH DARI SEGI MORAL.bukannya takde moral atau tak bermoral.ada paham kaa tammbiii!!!
salah la dari segi moral orang lain dok susah kat luar tu korang senang2 je nak mintak 2 bulan.ada yang kene buang keje,gaji kena potong dan peniaga gulung tikar.
jangan nak bandingkan hidup korang ngan bank,TNB,petronas dan kompeni GLC yang lain.itu baru berapa kerat je.yang banyak adalah petani,nelayan dan pekerja industri.
ada paham kaa tammbiii????
Catat Ulasan