SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

25 November 2009

"GURU LAMA SENTIASA TERLEPAS PELUANG"

Maklum Balas JPA
24/11/2009

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) merujuk kepada artikel daripada Setiausaha Agung, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia dalam akhbar Utusan Malaysia bertarikh 16 November 2009 bertajuk “Guru Lama Sentiasa Terlepas Peluang”.
Berdasarkan Peraturan 23 dalam Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 [P.U. (A) 176], gaji permulaan bagi seseorang pegawai sedang berkhidmat yang dilantik ke dalam skim perkhidmatan yang lain hendaklah ditetapkan pada suatu mata gaji yang lebih tinggi.
Berikutan itu, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) yang dilantik sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DG41 tidak akan mengalami kerugian gaji memandangkan prinsip penetapan gaji permulaan sebagaimana yang ditetapkan dalam Peraturan 23 P.U. (A) 176 adalah terpakai kepada pegawai. Di samping itu, melalui pelaksanaan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 20 Tahun 2007, PPPLD yang dilantik sebagai PPPS mulai dari 1 Julai 2007 adalah juga layak diberi Hadiah Kenaikan Gaji (HKG) yang bersamaan dengan satu Pergerakan Gaji Biasa di Gred DG41.


Unit Komunikasi Korporat
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
24 November 2009

6 ulasan:

khai72 berkata...

Pembuat dasar masih tak faham,susah kalau tak turun bawah dan buat tinjauan.

Tanpa Nama berkata...

biasaler.diorg nie main hentam jer buat skim nie.kenaikan gaji ari tue patut selaras jer.tak der ler jadi mcm nie..nie sokongan lebih daripada profesional.pa citer...zaman pak lah nie punya pasai.smpai skrg habis rugi..bengang jer..gaji tak selaras..cmana ler diorg nie buat keje..tak da akai ker

Tanpa Nama berkata...

Mmg JPA dah lama tak de akal..hotak pun bubuh kat lutut..cikgu2 lama ramai yg. merana..pas tu..kategori skim "M" nih dok sebok pulak nak masuk kat skim pentadbiran di Pej. Pelajaran...terlalu banyak angkara JPA lakukan kepada skim DG dan S...blah la lu JPA...

Tanpa Nama berkata...

Saya rasa KPM/JPA mengkucar-kacirkan bidang perguruan. Membuat rasa tidak puas hati ramai guru terutama guru-guru lama. Contoh saya... dulu nak dpt IKA RM300.00 kena tunggu 10 tahun. Baru setahun dpt IKA RM300.00 JPA sama ratakan semua DG41 dpt IKA RM300.00. Untung guru baru.JPA tak bagi tunggakan pulak selama 10 tahun. Lulus PTK kedua-dua paper dpt 4 May 2008tapi tak dpt anjakan gaji coz dpt tawaran DG44 Dis 2008 back dated Jan 2007.

Tanpa Nama berkata...

cari kkpk,saya pun mengalami perkara yang sama.

Tanpa Nama berkata...

cari kppk,biar kerajaan tahu bilangan sebenar guru yang teraniaya!