SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

29 September 2010

KASTAM SASAR KUTIP HASIL RM28.2 BILION

Berita Harian
29/9/2010



MELAKA: Kastam Diraja Malaysia (KDRM) menyasarkan kutipan hasil melebihi RM28.2 bilion pada tahun ini, meningkat sebanyak 8.1 peratus atau RM2.3 bilion berbanding tahun lalu, kata Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Ibrahim Jaapar.

Katanya, jabatan itu yakin mencapai sasaran berkenaan berdasarkan keadaan ekonomi negara masa kini yang kian stabil, selain pelaksanaan Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) membabitkan enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA). Sehingga kelmarin, jabatan ini berjaya mengumpul RM20.5 bilion kutipan hasil dengan purata RM2.3 bilion sebulan. Saya yakin jika momentum prestasi jabatan berterusan, kita boleh memungut lebih daripada jumlah berkenaan. Jika dapat dicapai, kita juga turut berjaya mencapai sasaran ditetapkan kerajaan iaitu RM28 bilion. Setakat ini, jumlah kutipan tertinggi pada 2008 iaitu RM28.2 bilion,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Pengarah Kastam SeMalaysia Kali ke-64, di Seri Negeri, Ayer Keroh dekat sini, semalam.

Ibrahim yang akan menamatkan perkhidmatan Jumaat ini berkata, setakat ini pihaknya sudah membekalkan 6,000 komputer baru ke semua jabatan di seluruh negara dalam usaha menyelesaikan masalah dan menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan.

Katanya, langkah bertujuan mempertingkatkan daya saing termasuk kerja penguatkuasaan sebagai agensi berkuasa kerajaan yang mantap itu turut membabitkan naik taraf kemudahan sistem lain dengan kos lebih RM5 juta.

“Penggunaan peralatan dengan teknologi terkini amat perlu kerana usaha membanteras penyeludup dan penjenayah perlu menggunakan peralatan lebih baik daripada mereka,” katanya.
Mengulas permintaan Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) yang meminta Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengkaji semula gred anggota jabatan itu, Ibrahim berkata, ia langkah yang baik kerana dapat mempertingkatkan mutu kerja dan produktiviti tugasan kakitangan.

28 September 2010

CUEPACS MINTA KAJIAN SEMULA GRED ANGGOTA KASTAM

Bernama
27/9/2010



KUANTAN, 27 Sept (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja Dalam perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta Jabatan Perkhidmatan Awam mengkaji semula anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) agar sepadan dengan tugas dan tanggungjawab mereka. Presidennya Omar Osman berkata seperti mana Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan katan Tentera Malaysia (ATM), Kastam khususnya anggota penguatkuasa juga berdepan risiko keselamatan ketika menjalankan tugas. "Perkara ini telah disampaikan secara lisan kepada JPA dan maklum balas yang diterima adalah positif," katanya kepada pemberita selepas perasmian Persidangan Perwakilan Tritahunan Kesatuan Pegawai Kastam Semenanjung Malaysia, yang dilakukan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, di sini malam tadi.

Omar berkata buat masa ini perjawatan KDRM menyamai jabatan dan agensi kerajaan lain daripada segi pengambilan pegawai yang memerlukan kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). "Ini berbeza dengan PDRM, ATM dan profesion perguruan yang memerlukan kelayakan ijazah sarjana muda untuk jawatan itu serta tangga gaji dan faedah lain yang diterima oleh mereka," katanya. Katanya kelayakan untuk pengambilan pegawai KDRM juga adalah setaraf dengan jawatan tukang masak dan kerani yang telah dinaikkan ke Gred 17, iaitu menggunakan SPM bukan lagi Penilaian Menengah Rendah. -- BERNAMA

_______________________________________________________________________




PARTI POLITIK USAH CAMPUR ISU DALAMAN PENTDBIRAN

Berita harian
Oleh Mohd Anwar Patho Rohman
wananwar@bharian.com.my
27/9/2010



JPA ada garis panduan tangani masalah kakitangan: CUEPACS

KUALA LUMPUR: Beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili kepentingan kakitangan awam meminta parti politik tidak campur tangan dalam isu pengetua dan guru mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman ketika menegur pelajar mereka, baru-baru ini. NGO terbabit mengingatkan parti politik bahawa isu berkenaan adalah hal ehwal dalaman pentadbiran kerajaan dan hanya boleh diselesaikan mengikut peraturan yang termaktub Perintah Am, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib). Presiden Gabungan Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Omar Osman mengingatkan pemimpin politik supaya tidak mengambil kesempatan terhadap isu berkenaan untuk meraih populariti. Katanya, semua masalah membabitkan kakitangan awam hanya dapat ditangani Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan tidak perlu campur tangan politik.

“Jangan ambil kesempatan hendak jadi hero. Ini isu dalaman pentadbiran kerajaan, kita ada peraturan untuk menyelesaikannya,” katanya, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa beliau tidak mempunyai kuasa eksekutif untuk mengambil tindakan terhadap pengetua dan guru yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman.

Muhyiddin berkata, kuasa mengambil tindakan adalah di bawah bidang kuasa Ketua Setiausaha Negara (KSN) kerana kedudukan individu terbabit adalah pegawai kerajaan berjawatan tetap gred DG48.
Timbalan Perdana Menteri mengulas dakwaan Penasihat DAP, Lim Kit Siang bahawa Menteri Pelajaran enggan menggunakan kuasanya mengambil tindakan tegas ke atas seorang pengetua di Kulai Jaya, Johor dan seorang guru di Bukit Selambau, Kedah didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman di sekolah.

Sementara itu, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Per guruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan, mahu pemimpin parti pembangkang tidak mempolitikkan isu berkenaan termasuk mengaitkan atau memburukkan nama Menteri Pelajaran.

Katanya, isu itu membabitkan soal dalaman sekolah dan boleh diselesaikan pada peringkat Jabatan Pelajaran Daerah (JPD), pengetua dan murid terbabit.

Presiden Alumni Majlis Belia Malaysia (MBM), Datuk Shamsul Anuar Nasarah pula berkata, desakan Kit Siang itu adalah contoh sikap diktator DAP dalam membuat hukuman.

“Ini menunjukkan cara DAP bertindak tanpa berfikir panjang dalam setiap sudut ketika mahu menjatuhkan hukuman apabila mereka berkuasa,” katanya.

INFO: Prosedur Tindakan Tatatertib

1. Laporan Ketua Jabatan mengandungi perkara berikut:
  • Keterangan mengenai pegawai dan jawatannya.
  • Kenyataan perkhidmatan yang dikemaskini.
  • Butir-butir perbuatan salah laku bersama fakta tarikh, masa atau tempoh masa kesalahan dilakukan.
  • Keterangan mengenai kesalahan dilakukan serta peruntukan peraturan termasuk perintah atau arahan yang dilanggar.
  • Bukti/dokumen sokongan, laporan siasatan, keterangan saksi.
  • Apa-apa tindakan yang diambil secara pentadbiran ke atas pegawai itu.

    2. Penentuan Jenis Kesalahan Oleh Pengerusi Lembaga Tatatertib
  • Hukuman buang kerja atau turun pangkat.
  • Suatu hukuman yang lebih ringan daripada hukuman dibuang kerja atau turun pangkat.

    3. Prima Facie oleh Pengerusi Lembaga Tatatertib
  • Pengerusi Lembaga Tatatertib mengenal pasti bukti salah laku pegawai.

    4. Surat pertuduhan terhadap pegawai
  • Ditanda tangan oleh Pengerusi Lembaga Tatatertib atau ahli bagi pihak pengerusi.

    5. Representasi oleh pegawai
  • Perlu dijawab dalam tempoh 21 hari dan secara bertulis.

    6. Pertimbangan Lembaga Tatatertib

    7. Keputusan diambil sama ada bebas dan bersalah (dikenakan hukuman).
  • SOALAN SUBJEKTIF PTK TIDAK ADIL

    Berita Harian
    27/9/2010



    TIDAK lama dulu ada cadangan supaya peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) kakitangan kerajaan dihapuskan. Bagaimanapun, peperiksaan ini diteruskan juga kerana dikatakan membawa kebaikan kepada kakitangan perkhidmatan awam.

    Saya ialah kakitangan kumpulan khidmat sokongan dalam jabatan kerajaan amat tidak bersetuju apabila soalan kertas dua PTK yang disediakan untuk kumpulan sokongan Gred 32 dan 22 berbentuk subjektif, sedangkan peperiksaan untuk pegawai kumpulan pengurusan dan profesional seperti Gred 41 yang lebih tinggi berbentuk objektif. Sekitar 1980-an ketika mula bekerja dulu, kami kumpulan sokongan walaupun memiliki diploma dikehendaki mengambil tujuh subjek peperiksaan jabatan dan dua kertas peperiksaan am untuk disahkan dalam jawatan.

    Semua soalan subjektif, sedangkan pegawai dalam kumpulan A hanya perlu mengambil peperiksaan am. Masa sudah berubah, namun ketidakadilan antara dua kumpulan kakitangan ini diteruskan.

    Sudahlah kami dalam kumpulan sokongan ini begitu sukar naik pangkat, malah diberi tekanan lagi dalam menghadapi peperiksaan PTK dengan soalan subjektif. Kami terpaksa mentelaah sukatan pelajaran yang banyak dengan penambahan sukatan pelajaran baru setiap tahun.

    Kadangkala soalan itu tiada kaitan langsung dengan tugas dan pengalaman kakitangan dan kami juga bukan pelajar sepenuh masa. Janganlah tugas utama kami berkhidmat untuk masyarakat dan negara diganggu dengan bebanan peperiksaan yang sukar.
    Apatah lagi umur kami kebanyakannya hampir mencecah warga emas. Pengalaman lebih 25 tahun bersama jabatan dimanfaatkan sepenuhnya, justeru memang tiada masa untuk membaca buku di pejabat.

    Tambahan pula ingatan untuk menghafal sudah kurang berbanding ketika mula bekerja dulu. Ada segelintir kakitangan muda yang menumpukan sepenuh perhatian dan masa kepada peperiksaan semata-mata dengan mengabaikan komitmen tugas.

    Kami dengan rasa rendah diri merayu Jabatan Perkhidmatan Awam dan CUEPACS menasihati unit peperiksaan jabatan kerajaan supaya mengekalkan soalan objektif kepada kakitangan kumpulan sokongan. Kasihanilah kami dengan kerjaya terbatas dan mungkin ini gred kami sehingga bersara kelak.

    LEBAI KASA,
    Alor Setar,
    Kedah.

    CUEPACS JANGANLAH HANYA TAHU MEMINTA BONUS

    Utusan Malaysia
    27/9/2010



    Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) memohon kerajaan memberikan bonus kepada kakitangan kerajaan menjelang pembentangan Bajet 2011 pada bulan depan.

    Setiap tahun, itulah suara yang kedengaran dilaungkan oleh Presiden CUEPACS, Omar Osman apabila sahaja menjelang pembentangan belanjawan.

    Inilah 'perjuangan' beliau setiap tahun, selain gesaan agar umur persaraan kakitangan kerajaan dinaikkan kepada 60 tahun.

    Kerana beliau lebih menonjol dalam menimbulkan isu ini, ada pihak beranggapan kerja Omar hanyalah berjuang untuk menaikkan umur persaraan kakitangan kerajaan dan mendapatkan bonus untuk mereka.

    Bagi saya ini bukan isu besar. CUEPACS meminta dan kerajaan akan membuat pertimbangan sama ada akan menaikkan umur persaraan atau tidak. Juga sama ada untuk memberi bonus atau tidak.

    Saya pasti kerajaan akan membuat pertimbangan teliti berhubung menaikkan umur persaraan ini kerana bukan semua sihat dan mampu bekerja pada umur 60 tahun.

    Begitu juga bonus, jika kerajaan mempunyai wang dan mahu memberi habuan untuk kakitangannya, tidak ada masalah.

    Namun apa yang saya inginkan ialah dalam membuat tuntutan sebegini, CUEPACS mestilah juga melaksanakan tanggungjawab memantau kakitangan perkhidmatan awam agar memberikan khidmat terbaik kepada orang ramai.

    Masih banyak rungutan kedengaran mengenai kakitangan kerajaan yang tidak mesra pelanggan, yang curi tulang, mengambil rasuah dan sebagainya.

    CUEPCAS sewajarnya memberi nasihat dan mendidik mereka agar memperbaiki mutu perkhidmatan dan seterusnya mengambil tindakan wajar yang perlu.

    Dalam meminta kenaikan umur persaraan dan bonus, CUEPACS perlulah memastikan kakitangan mereka melaksanakan tugas sejajar dengan tuntutan yang diminta.

    Jika had umur perkhidmatan dinaikkan, bonus dapat, tetapi perkhidmatan di takuk lama, tidakkah CUEPACS rasa bersalah?

    ORANG KERAJAAN

    Kuala Lumpur

    26 September 2010

    BEBAN TUGAS PENGUATKUASA KPDNKK DIJANGKA BERTAMBAH

    Bernama
    26/9/2010


    TEMERLOH: Bebanan tugas anggota bahagian Pengkuatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dijangka semakin bertambah mulai tahun depan.

    Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata ia berikutan penguatkuasaan beberapa pindaan akta pada tahun depan sekiranya mendapat kelulusan selepas dibentangkan kali kedua di Parlimen pada Oktober dan November depan. Sehubungan itu, katanya, kesemua pegawai terbabit perlu melengkapkan diri dengan ilmu dalam bidang perundangan bagi mengelak sebarang kelemahan ketika pendakwaan di mahkamah.

    "Kita tidak mahu perkara itu berlaku kerana ia boleh menjejaskan kementerian serta menggalakkan peniaga untuk terus melakukan pelbagai kerenah dan penipuan, jika setiap kes yang dibawa ke mahkamah terlepas begitu sahaja," katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Dwi Tahunan kali ke-7 Kesatuan Pegawai-Pegawai Pengkuatkuasa kementerian itu di sini, malam tadi.

    Katanya, lebih banyak kursus, seminar serta latihan akan diadakan bagi menjadikan pegawai berkenaan lebih mahir sekaligus memantapkan pelaksanaan undang-undang. turut hadir Tuan Haji Omar Osman Presiden Cuepacs Malaysia - BERNAMA

    _______________________________________________________________________


    KESIHATAN, PRESTASI JADI UKURAN LANJUT USIA PERSARAAN 60 TAHUN

    Berita Harian
    Oleh Mohd Yahya Ariffin
    25/9/2010



    Generasi muda bermotivasi patut diberi peluang masuki pasaran kerja

    KEBELAKANGAN ini beberapa media arus perdana menyiarkan isu umur persaraan pekerja dengan memuatkan pandangan pelbagai pihak termasuk pemimpin kesatuan sekerja, ahli akademik dan orang awam. Dengan pelbagai alasan, ramai yang tidak setuju umur persaraan dinaikkan, sebaliknya Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Omar Osman, konsisten mempertahankan cadangan mereka. Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam, dalam reaksinya kepada media berkata, kerajaan belum membuat keputusan mengenainya. Pasti isu itu menarik untuk diikuti sama ada oleh penjawat awam mahupun swasta kerana mereka terbabit secara langsung dengannya. Bakal pekerja turut memberi perhatian kerana jika berlaku perubahan kepada umur persaraan, ini memberi kesan kepada mereka yang terpaksa menunggu beberapa tahun lagi untuk memasuki pasaran kerja.

    Usia persaraan kakitangan kerajaan mengalami perubahan dua kali setakat ini. Pertama, pada 2001 apabila usia persaraan kakitangan sektor awam itu dinaikkan kepada 56 tahun, kemudian dilanjutkan kepada 58 tahun pada 2008. Namun, ada kakitangan memilih bersara pada usia 55 atau 56 tahun atas alasan tersendiri.

    Walaupun usia persaraan kakitangan awam meningkat namun, sebahagian besar pekerja sektor swasta kekal bersara wajib pada 55 tahun walaupun ada hingga 60 tahun. Kini, terdengar kembali ura-ura kerajaan akan menaikkan usia persaraan 1.2 juta kakitangan awam kepada 60 tahun.

    Omar seperti dilaporkan dalam sebuah akhbar mingguan baru-baru ini meminta kerajaan meningkatkan umur persaraan kakitangan awam kepada 60 tahun berbanding 58 pada masa ini. Perubahan itu perlu dilakukan kerana banyak negara termasuk negara maju dan negara jiran berbuat demikian.
    Maklumat Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) menunjukkan kini umur persaraan di kebanyakan negara Asia Pasifik melebihi 60 tahun. Contohnya, usia persaraan 60 tahun dilaksanakan di Thailand, Vietnam, Indonesia, Filipina, Korea Selatan dan India. Di Singapura antara 61 hingga 64 tahun, manakala pekerja di Hong Kong, Jepun, Australia dan New Zealand bekerja hingga 65 tahun.

    Menurut Omar, pada 2006 cadangan asal CUEPACS adalah supaya kerajaan meningkatkan usia persaraan kakitangan awam kepada usia 60 tahun. Beliau berharap kerajaan akan mempertimbangkan semula cadangan itu demi kebaikan kakitangan awam dan kepentingan negara.

    Langkah itu bakal melegakan kakitangan awam untuk memberi khidmat kepada masyarakat dua tahun lagi jika dipersetujui kerajaan. Persoalannya wajarkah semua kakitangan diberi opsyen itu oleh Jabatan Perkhidmatan Awam?

    Kemungkinan besar ramai yang memilih untuk bersara pada usia 60 tahun dan tidak kurang juga kekal pada usia 58 tahun.

    Hakikatnya, bukan semua kategori kakitangan sesuai atau mampu memberi perkhidmatan dengan baik sehingga usia 60 tahun atas pelbagai kekangan.

    Apakah tahap kesihatan penjawat awam pada usia itu masih baik? Mungkin ada yang mengalami masalah penglihatan, pendengaran atau lemah anggota badan. Namun, ada kakitangan dalam profesion seperti pensyarah yang masih mampu berkhidmat sehingga usia 60 tahun.

    Ramai ahli akademik di universiti masih menyampaikan kuliah, menjalankan penyelidikan dan menghasilkan penulisan akademik walaupun melewati 60 tahun.

    Sebagai contoh, bekas mentor saya, Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof Datuk Seri Syed Arabi Idid, walaupun melewati usia 60 tahun masih aktif menerajui universiti, melakukan penyelidikan serta menyelia pelajar pascasiswazah.

    Di Universiti Malaya dan universiti awam lain, ramai rakan akademik yang walaupun dalam usia bersara dilantik secara kontrak masih mampu melakukan tugas hakiki sebagai pensyarah.

    Begitu juga dalam profesion perundangan, ramai hakim melewati usia 60 tahun tetapi masih mampu melaksanakan tugas penghakiman secara profesional. Golongan profesional lain termasuk pakar perubatan, pergigian, pentadbiran, ekonomi dan kewangan serta guru masih mampu memberi sumbangan.

    Persoalannya, wajarkah kakitangan yang bermasalah kesihatan dengan laporan perubatan atau masalah disiplin diberi peluang terus berkhidmat dalam perkhidmatan awam? Apakah kehadiran mereka mampu meningkatkan produktiviti dan menaikkan imej organisasi?

    Oleh kerana ia adalah opsyen apakah mungkin sebelum menawarkannya ketua jabatan perlu pastikan anggota di jabatan masing-masing tiada masalah kesihatan kritikal atau masalah disiplin atau prestasi kerja yang rendah? Ketua jabatan harus menyemak laporan prestasi kakitangan beberapa tahun sebelum, misalnya ketika mereka berusia 55 hingga 58 tahun sebelum diberi perlanjutan ke-60 tahun.

    Apa guna dilanjutkan perkhidmatan mereka jika sering berulang-alik ke hospital atau klinik akibat gangguan kesihatan. Bukankah itu menjejaskan perkhidmatan organisasi kerana kakitangan sering cuti sakit atau terlantar di hospital, malah membebankan rakan setugas kerana harus menyelesaikan kerja mereka.
    Begitu juga mereka yang mempunyai masalah disiplin atau memberi masalah di tempat kerja seperti curi tulang, hilang minat bekerja, suka menghilangkan diri pada waktu kerja atau terbabit rasuah.

    Mungkin lebih baik kerajaan memberi peluang kepada generasi muda termasuk graduan yang mempunyai kesihatan yang baik lagi bertenaga serta motivasi tinggi untuk bekerja bagi mengambil alih tanggungjawab itu. Pelantikan tenaga baru juga mengurangkan kadar pengangguran di negara ini.

    Bagi sektor swasta, wajar menaikkan usia persaraan daripada tahap sedia ada. Mungkin mereka boleh mengikut langkah kerajaan menaikkan usia persaraan dari semasa ke semasa.

    Usia 55 mungkin dianggap masih bertenaga dan produktif bagi kebanyakan pekerja memandangkan jangka hayat penduduk negara ini semakin meningkat kerana tahap kesihatan dan kehidupan semakin berkualiti dan sejahtera berbanding puluhan tahun lalu.

    Sebagai perbandingan, ramai ahli politik dan ahli perniagaan masih aktif walaupun mereka melewati 55 tahun. Statistik Jabatan Perangkaan menunjukkan pada 1970, peratus penduduk berusia lebih 65 tahun adalah 3.3 peratus meningkat kepada 3.6 peratus pada 1990 dan 4.5 peratus pada 2008.

    Ini bermakna mereka yang bersara pada usia 55 tahun terus menikmati kehidupan lebih lama melebihi 10 tahun dan kemungkinan bosan akibat tiada kerja rutin seperti mereka lakukan ketika dalam perkhidmatan. Oleh itu, wajar usia persaraan dinaikkan kepada 60 tahun sama ada oleh sektor awam mahupun sektor swasta bagi memenuhi keperluan semasa.

    Namun, opsyen kenaikan usia persaraan jika ditawarkan mungkin bersandarkan status kakitangan yang mengalami gangguan kesihatan, ada masalah disiplin atau prestasi kerja yang semakin merosot.

    Penulis ialah Ketua Jabatan dan Pensyarah Kanan Pengajian Media,
    Fakulti Sastera dan Sains Sosial,
    Universiti Malaya

    BONUS UNTUK BERGAJI KECIL

    Utusan Malaysia
    25/9/2010




    TUNTUTAN bonus untuk kakitangan awam kedengaran lagi. Kali ini, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berharap kerajaan menimbangkan pemberian bonus kepada penjawat awam pada pembentangan bajet bulan depan. Presidennya, Omar Osman berkata CUEPACS sudah menghantar permohonan mengenai perkara itu kepada kerajaan.

    Kita kerap kali bertelagah mengenai pemberian bonus. Ada yang meminta dua bulan gaji, ada satu bulan setengah dan macam-macam lagi. Jika permohonan pemberian bonus diluluskan sebanyak dua bulan gaji, ia hanya menguntungkan mereka yang bergaji besar. Mereka yang bergaji besar sudah tentu mengucapkan terima kasih kepada CUEPACS dan kerajaan. Tetapi bagaimana pula mereka yang bergaji kecil seperti saya? Kerap kali perkataan ‘tidak adil’ akan kedengaran di kalangan mereka yang bergaji kecil. Lebih malang lagi jika yang bergaji besar seolah-olah berbangga dengan jumlah yang mereka terima.

    Sebagai contoh, jika pemberian bonus berdasarkan dua bulan gaji bermakna mereka yang bergaji RM5,000 akan dapat RM10,000. Dengan jumlah RM10,000 itu, ia sebenarnya dapat diberi kepada 10 kakitangan awam lain yang bergaji kecil.

    KAKITANGAN KPM

    Bandar Baru Bangi

    25 September 2010

    CUEPACS YAKIN KERAJAAN BERI BONUS

    Utusan Malaysia
    25/9/2010




    KUALA LUMPUR 25 Sept. - Kongres Kesatuan Pekerja Dalam perkhidmatan Awam (CUEPACS) yakin kerajaan akan mempertimbangkan permintaan rakyat untuk mendapatkan bonus pada input belanjawan 2011 nanti.

    Presidennya, Omar Osman berkata, pihaknya berharap kerajaan akan terus membantu dan mempertimbangkan permintaan tersebut untuk kesenangan dan kesejahteraan rakyat.

    Beliau turut memberitahu, pihaknya sudah membuat permohonan rasmi kepada kerajaan dengan menghantar surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak beberapa bulan lalu memohon bonus dua bulan gaji untuk kakitangan awam dan pesara tahun ini.

    "Dengan keadaan ekonomi yang menunjukkan peningkatan sekarang ini, kerajaan seharusnya mempertimbangkan permintaan tersebut dan jika tidak boleh diberikan bonus dua bulan gaji, CUEPACS berharap kerajaan mempertimbangkan pemberian sekurang-kurangnya sebulan gaji.

    "Kakitangan awam merupakan tunjang kepada pembangunan negara, dengan itu saya harap tiada pihak yang mempertikaikan dan menafikan tuntutan pemberian bonus kepada penjawat awam," katanya ketika dihubungi di sini semalami.

    Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai keyakinan CUEPACS mengenai saranan pembaca blog 1Malaysia Perdana Menteri untuk input Belanjawan 2011 yang meminta bonus kepada kakitangan kerajaan, pengurangan faedah kad kredit dan pinjaman perumahan kerajaan serta pelepasan cukai.

    Menurut Omar, permintaan tersebut mampu menyuntik semangat untuk berkhidmat dengan lebih baik dan bermutu selain meringankan beban tanggungan 1.2 juta kakitangan awam.

    Selain itu katanya, sudah tiba masanya kerajaan memberikan bonus kepada kakitangan awam kerana sudah dua tahun mereka tidak menerima bonus kecuali pemberian saguhati.

    "Pemberian saguhati sebelum hari raya baru-baru ini pula bukan diterima semua penjawat awam seperti pegawai-pegawai atasan.

    "CUEPACS yakin kerajaan tidak akan membiarkan kakitangan awam terutama yang berpendapatan rendah berasa terbeban pada tahun ini," katanya.

    24 September 2010

    SABAH CIVIL SERVANTS SHOULD GET SIMILAR PERKS - CUEPACS

    The Borneo post
    23/9/2010




    Kota Kinabalu - The Congress of Unions Of Employees in the Public and Civil Services (Cuepacs) want civil servants in Sabah to enjoy similar perksas their counterparts in Penisular Malaysia.

    its deputy president Azih Muda who attended the Sabah Medical Service Un
    ion seminar at Tang Dynasty Hotel, Wawasan Plaza near here yesterday said the 1Malaysia concept should be implemented at every level.

    Cuepacs in hoping that wages amoung civil servants should be uniform regardless of where they are located. "This is talking into consideration the importance of giving a fair treatment to their needs and interest," he said when commenting on a statment by Assistant Human Resource and Human Tecnology Development Datuk Zainab Ahmad Ayid recently.

    Aziz said this would also include providing annual air tickets for Sabahans working in the peninsula to return home, as what was enjoyed by West Malaysians working in East Malaysia. Jainab had called on the goverment to also standardize the minimum wage for the employees in manufacturing, plantation and tourism industries in the state to encourage the locals to works in these sectors.

    She added it was time for the states and federal goverments as well the private sector to study and work together in standardizing the minimum wage for the various sector that have high potential to be developed.

    Commenting on the minimum wage policy that was voiced by the Malaysian Trade Union Congress (MTUC), Aziz said the goverment should make comparisons with other countries on minimum wage for employess.

    " Cuepacs is supporting the minimum wage policy to ensure that civil servants will be able to supports their families." said Aziz.

    Some 180 civil servants from various hospitals statewide attended the half day seminar.
    _______________________________________________________________________

    23 September 2010

    BELUM SEMPAT TEMU DUGA NAIK PANGKAT, TERPAKSA PULANG....

    Utusan Malaysia
    23/9/2010




    SAYA ingin meluahkan rasa kecewa menghadiri sesi temu duga untuk jawatan Penolong Penguasa Imigresen KP27. Belum sempat masuk ke bilik temu duga, saya dan beberapa lagi rakan terpaksa pulang kerana gagal ujian ‘Body Mass Index’ (BMI).

    Rasa kecewa yang amat sangat kerana kami adalah pegawai yang telah lama berkhidmat di Jabatan Imigresen Malaysia, dalam lingkungan 10 hingga 20 tahun perkhidmatan dan telah lulus peperiksaan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) seperti yang disyaratkan. Rata-rata umur pegawai calon KPSL antara 35 hingga 45 tahun. Dengan purata umur yang sedemikian agak sukar bagi kami menepati syarat BMI yang indeks maksimumnya ialah 30.

    Kami dimaklumkan syarat wajib BMI adalah untuk tujuan imej jabatan di mana pegawai-pegawai beruniform akan kelihatan segak sekiranya sentiasa berada dalam keadaan berat badan ideal. Kami menyokong penuh kenyataan ini tetapi sewajarnya juga kami diberi peluang untuk mencuba nasib dan mendapat peluang kenaikan pangkat yang kebarangkalian untuk seseorang pegawai calon KPSL mendapatnya mungkin dalam 1:100 kerana faktor saingan.

    Jika tahun ini saya mendapat panggilan temu duga tetapi tahun depan dan tahun seterusnya belum tentu saya akan dipanggil. Umur makin meningkat dan peluang makin tertutup.

    Usaha kami untuk mendapatkan dokumen yang diwajibkan untuk sesi temu duga dirasakan seperti sia-sia kerana kami tidak dapat masuk ke bilik temu duga selepas gagal ujian BMI semasa sesi timbang berat dan ukur tinggi. Kami gugur sebelum berjuang, tewas sebelum berperang, pulang dengan perasaan hampa. Bila pulang ke rumah dan ditanya oleh suami atau isteri dan anak-anak perasaan malu dan kecewa ketika itu hanya Tuhan yang tahu.

    Saya merayu kepada pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) pertimbangkan agar syarat lulus BMI untuk calon KPSL dikaji semula. Syarat ini baru diperkenalkan tahun 2009 dan masih ada ruang untuk berbincang dan mengkaji semula.

    Tujuannya agar orang-orang lama mendapat peluang kenaikan pangkat dan mencurahkan bakti, buah fikiran dan pengalaman dalam memartabatkan lagi imej Jabatan Imigresen Malaysia.

    Juga untuk sama-sama menghayati semangat 1Malaysia ‘Rakyat DiDahulukan Pencapaian Diutamakan’ kerana di samping sebagai penjawat awam, kami juga adalah rakyat Malaysia.

    SAYANG

    Nilai, Negeri Sembilan

    CUEPACS MAHU KERJAAN PERTIMBANGKAN BERI BONUS

    Berita Harian
    23/9/2010




    SEREMBAN: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berharap kerajaan menimbangkan pemberian bonus kepada penjawat awam pada pembentangan bajet bulan depan.

    Presidennya, Omar Osman berkata, Cuepacs sudah menghantar permohonan mengenai perkara itu kepada kerajaan. Sudah dua tahun penjawat awam tidak mendapat bonus sejak 2008 dan adalah diharapkan tahun ini kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus itu. Kita mohon dua bulan bonus, namun jika tidak boleh dua bulan, sekurang-kurangnya sebulan. "Bagaimanapun, ia terserah kepada kebijaksanaan dan kemampuan kerajaan. Kita berharap pemberian bonus ini dapat dipertimbangkan memandangkan keadaan ekonomi negara yang semakin meyakinkan," katanya ketika ditemui selepas kunjungan Aidilfitri bersama Persatuan Keluarga Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Malaysia dan Kesatuan Pembantu Pembangunan Masyarakat Semenanjung Malaysia di sini, semalam.

    Pada masa sama, beliau membidas pihak yang mendakwa kesatuan itu hanya tahu menuntut kenaikan gaji dan bonus untuk kira-kira 1.2 juta kakitangan awam setiap tahun.

    Omar berkata, perkara itu tidak sepatutnya dipertikaikan kerana memang adalah antara matlamat penubuhan kesatuan itu.

    "Perkara ini termaktub dalam Perlembagaan CUEPACS dan jangan ada mana-mana pihak mempertikaikan tuntutan yang dibuat," katanya
    Beliau berkata, tuntutan pemberian bonus setiap tahun, termasuk dua bulan tahun ini kerana kakitangan awam tidak seperti syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan swasta lain yang boleh mendapat bonus hingga empat atau lima bulan, katanya.

    CUEPACS HARAP KERAJAAN TIMBANG BONUS PENJAWAT AWAM TAHUN INI

    Bernama
    22/9/2010



    SEREMBAN: CUEPACS berharap kerajaan menimbangkan pemberian bonus kepada penjawat awam pada pembentangan bajet bulan depan.

    Presidennya, Omar Osman, berkata CUEPACS sudah menghantar permohonan mengenai perkara itu kepada kerajaan. "Sudah dua tahun penjawat awam tidak mendapat bonus sejak 2008 dan adalah diharapkan tahun ini kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus berkenaan. "Kita mohon dua bulan bonus, namun jika tidak boleh dua bulan, sekurang-kurangnya sebulan.

    "Bagaimanapun, ia terserah kepada kebijaksanaan dan kemampuan kerajaan. Kita berharap pemberian bonus ini dapat dipertimbangkan memandangkan keadaan ekonomi negara yang semakin menyakinkan," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

    Beliau yang ditemui selepas majlis Aidilfitri bersama pegawai Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri Sembilan berkata pemberiaan bonus itu sudah pasti dapat meringankan beban tanggungan dan menyuntik semangat baru kepada 1.2 juta penjawat awam di seluruh negara.

    Katanya ia juga adalah ransangan bagi penjawat awam untuk menjayakan setiap dasar kerajaan.
    "Penjawat awam merupakan tulang belakang kerajaan...jika mereka ceria maka cerialah kerajaan. Saya harap tidak ada pihak yang mempertikaikan pemberian bonus kepada penjawat awam ini kerana jika tidak Cuepacs tidak memperjuangkan, siapa lagi.

    "Selain bonus, CUEPACS dipertanggungjawabkan memperjuangkan kebajikan penjawat awam termasuk masalah gaji, elaun, insentif, perubatan, lanjutan umur persaraan dan sebagainya," katanya.

    Mengenai isu berlainan, Omar turut meminta kerajaan supaya segera serapkan 14,500 warga Kemas yang berkhidmat secara kontrak ke jawatan tetap memandangkan perkara itu telah lama tertangguh.

    "Dalam kedudukan ini, mereka yang terbabit didapati merasa gusar serta dalam
    keadaan tidak tenang dan tertekan untuk menjalankan tugas kerana kedudukan mereka yang masih terumbang-ambing dan tidak ada jaminan.

    "Perkara ini telah lama dibawa ke pengetahuan kerajaan, namun sehingga kini masih belum dapat jawapan. Oleh itu, kita harap kerajaan dapat mengatasi perkara ini dengan segera, kalau boleh dalam tahun ini juga," katanya. - BERNAMA

    CUEPACS MOHON 2 BULAN BONUS UNTUK KAKITANGAN AWAM

    Utusan Malaysia
    22/9/2010




    EREMBAN 22 Sept. - Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus dua bulan gaji kepada kakitangan awam tahun ini.

    Presidennya, Omar Osman berkata, pihaknya berharap peruntukan itu akan diumumkan pada pembentangan Bajet 2011 pada Oktober ini.

    Beliau memberitahu, pihaknya sudah membuat permohonan rasmi kepada kerajaan dengan menghantar surat pertimbangan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak beberapa bulan lalu.

    Tambahnya, dengan keadaan ekonomi yang lebih baik sekarang, jika tidak boleh diberikan bonus dua bulan gaji, CUEPACS berharap kerajaan mempertimbangkan pemberian sekurang-kurangnya sebulan gaji.

    "Penjawat awam tulang belakang kerajaan. Saya harap tiada pihak yang mempertikaikan tuntutan pemberian bonus kepada penjawat awam. Jika tidak CUEPACS memperjuangkannya, siapa lagi?

    "Jadi kita berharap kerajaan sedia mempertimbangkan permohonan ini," katanya kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan hari raya anjuran Persatuan Keluarga Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Malaysia di sini hari ini.

    Kata Omar, pemberian bonus itu mampu menyuntik semangat selain meringankan beban tanggungan 1.2 juta kakitangan awam di seluruh negara.

    "Apatah lagi sehingga kini sudah dua tahun kakitangan awam tidak menerima bonus.

    "Pemberian saguhati hari raya baru-baru ini pula bukan diterima semua penjawat awam seperti pegawai-pegawai atasan," katanya.

    Dalam perkembangan lain, kata Omar, pihaknya turut berharap kerajaan menyegerakan tuntutan Kemas agar semua 14,500 kakitangan kontraknya diserapkan ke jawatan tetap selewat-lewatnya tahun depan.

    "Kalau diikutkan, berbanding kakitangan awam dari segi kemudahan, kakitangan Kemas sudah jauh ketinggalan dari segi jaminan masa depan termasuk pencen, jaminan perubatan dan sebagainya.

    "Jadi kita berharap dalam pembentangan bajet Oktober ini, perkara ini juga dapat dimasukkan agar semua kakitangan Kemas ini diserapkan kepada jawatan tetap," katanya.

    Tambah Omar, tuntutan tersebut sudah lama berlarutan namun sehingga kini status kakitangan Kemas ini belum diputuskan.

    "CUEPACS juga sudah menyerahkan satu memorandum khas kepada Perdana Menteri beberapa bulan lepas berhubung perkara ini.

    "Kita bukan mendesak tetapi berharap kerajaan menyegerakan sebab hari ini kakitangan Kemas berasa gusar dan tidak tenang kerana kebajikan mereka masih terabai," katanya.

    22 September 2010

    PEMILIHAN : KONTRAK CUEPACS PRESIDEN DISAMBUNG, PENDIRIANNYA PENENTU SAINGAN

    The Malaysian Insider
    Oleh G. Manimaran
    22/9/2010





    KUALA LUMPUR, 22 Sept — Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), badan induk kesatuan perkhidmatan kerajaan, dijangka bakal berhadapan dengan saingan sengit pemilihan yang dijadual untuk dilangsungkan hujung tahun ini.

    Dua badan induk kesatuan sekerja negara ini akan mengadakan pemilihan sekitar Disember. Selain Cuepacs, turut akan mengadakan pemilihan ialah Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) yang akan menyaksikan kekosongan kerusi setiausaha agung.

    Tumpuan kini beralih sama ada Omar Osman yang memimpin Cuepacs sejak empat tahun lalu akan mempertahankan kedudukannya.

    The Malaysian Insider difahamkan Omar akan mengumumkan pendirian beliau pada 8 Oktober ini. Cuepacs yang terdiri daripada 120 anggota gabungan mewakili 300,000 kakitangan awam akan mengadakan mesyuarat kongres pada 8 Oktober.

    Omar, 58, telah disambung perkhidmatan beliau awal minggu ini.

    Difahamkan kontrak perkhidmatan staf Universiti Putra Malaysia ini disambung, dipercayai enam bulan lagi.

    Cuepacs akan mengadakan mesyuarat majlis kongres 8 Oktober ini bagi membincangkan tarikh pemilihan yang bakal diadakan sempena persidangan perwakilan tiga tahun sekali.

    “Saya akan membuat pengumuman sama ada bertanding atau tidak pada 8 Oktober ini... jika anggota gabungan mahu saya bertanding, saya akan bertanding, saya serah kepada mereka meskipun saya menerima sokongan ketua jabatan dan ketua pengarah perkhidmatan awam agar perkhidmatan saya disambung.

    “Saya tidak tahu sama ada akan dipilih semula atau tidak, terpulang kepada perwakilan. jika saya dipilih semula, saya akan meneruskan khidmat sebagai presiden (Cuepacs),” kata beliau yang merujuk kepada sokongan perkhidmatan awam meneruskan tempoh khidmat dalam kerajaan.

    Justeru, keputusan Omar dijangka akan menjadi penentu sama ada jawatan itu akan kosong presiden ataupun sebaliknya.

    Jika Omar mengosongkan kedudukan itu kerusi tersebut kemungkinan akan menjadi saingan antara dua timbalan presiden masing-masing Aziz Muda dan Husin Mohd Yasin serta Setiausaha Agung Ahmad Shah Mohd Zin.

    Aziz, Presiden Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Penguasa Tempatan (Anulae) ketika dihubungi mengakui memang ada hasrat untuk bertanding jawatan presiden.

    “Bagaimanapun jika Omar masih mahu bertanding, saya akan beri beliau laluan,” kata pemimpin berusia 53 tahun ini.

    Bagaimanapun Husin berkata, masih awal untuk membuat pengumuman mengenai perkara itu.

    “Kita tunggu dan lihat dulu. Masih terlalu awal, pemilihan masih jauh lama. Lagipun, saya kena berbincang dengan kawan-kawan saya,” kata presiden Kesatuan Kakitangan AM Universiti Malaya ini.

    Ahmad Shah, setiausaha agung dua penggal hanya mahu membuat pendiriannya pada 8 Oktober.

    “Kita tunggu hasil mesyuarat, saya akan membuat keputusan sebelum saya pergi mengerjakan haji,” kata beliau.

    Persidangan perwakilan tiga tahun sekali kali ini dijangka akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

    CUEPACS MINTA AKUR ARAHAN TUKAR MENUKAR -- ROMBAKAN BERSIHKAN IMEJ IMIGRESEN

    Berita Harian
    Oleh Norfatimah Ahmad
    22/9/2010




    KUALA LUMPUR: Kira-kira 20 kakitangan imigresen termasuk pegawai kanan di Pelabuhan Klang yang diarah bertukar dalam fasa pertama rombakan secara berperingkat jabatan berkenaan perlu akur dengan keputusan itu bagi membantu membersihkan imej jabatan berkenaan.

    Pertukaran yang berkuat kuasa 27 September ini susulan pendedahan Berita Harian bulan lalu mengenai pembabitan sesetengah kakitangan imigresen di Jeti Penumpang Pulau Ketam dalam kegiatan rasuah dan salah guna kuasa. Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Omar Osman berkata, walaupun ada yang mendakwa tidak terbabit dalam gejala negatif itu, sebagai penjawat awam mereka tidak harus membantah keputusan pengurusan jabatan yang tentunya mempunyai alasan kukuh berbuat demikian. Katanya, tindakan drastik itu kerana kakitangan jabatan berkenaan bertugas di lokasi penting di pintu keluar masuk negara yang menentukan sama ada negara ini terjamin selamat dan tidak dicerobohi pihak tidak bertanggungjawab.

    Tidak timbul soal siapa terbabit atau tidak dalam tindakan menyeluruh ini. Apa yang penting penjawat awam yang diarah bertukar itu perlu terima keputusan berkenaan untuk kebaikan bersama.

    Bayangkan jika yang ditukarkan itu hanya mereka yang terbukti terbabit dalam rasuah dan salah guna kuasa, tentu implikasinya lebih buruk kerana akan dipandang serong, katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

    Kelmarin, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Abdul Rahman Othman yang mengesahkan laporan akhbar ini mengenai pertukaran kakitangannya membabitkan Pelabuhan Barat, Utara dan Selatan, termasuk di Jeti Penumpang Pulau Ketam bagi membuktikan pentingnya aspek kerjasama berkumpulan dan perkongsian tanggungjawab antara kakitangan semua peringkat.
    Omar berkata, sebagai penjawat awam, mereka seharusnya mengutamakan maruah negara dan mendahulukan imej jabatan bukannya mementingkan diri dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab.

    KETERBUKAAN MINDA MAMPU JAYA AGENDA NEGARA: PM

    Berita Harian
    22/9/2010




    PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak berkata, penjawat awam perlu mengamalkan keterbukaan minda dan menggunakan kaedah yang sesuai dengan keadaan semasa untuk memastikan matlamat dan agenda kerajaan tercapai.

    Perdana Menteri berkata, nilai itu perlu ketika kerajaan menghadapi cabaran yang besar untuk mencapai matlamat dan agenda menerusi empat tonggak utama iaitu konsep 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan; Program Transformasi Kerajaan (GTP); Model Baru Ekonomi (MBE) dan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10). "Ini (keterbukaan) ada kaitan dengan konsep rumah terbuka (Aidilfitri), iaitu keterbukaan dari segi pemikiran dan kaedah yang kita guna sesuai dengan keadaan semasa. "Kita tidak bergantung kepada tambahan peruntukan semata-mata, tetapi mengamalkan konsep pengurusan nilai (value management) dalam kerajaan," katanya berucap pada Majlis Jamuan Aidilfitri Jabatan Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, semalam.

    Turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

    Najib berkata, penjawat awam perlu berupaya memastikan matlamat sesuatu projek pembangunan dapat dicapai dalam keadaan peruntukan yang kecil.

    Beliau berkata, produktiviti juga boleh ditingkatkan tanpa perlu melihat kepada pertambahan jumlah kakitangan sebaliknya bergantung kepada kakitangan dan pegawai sedia ada.
    "Kita tidak perlu melihat jumlah aktiviti (yang dilaksanakan) tetapi (mengutamakan) keberhasilannya. (Malah) kita tidak wajar melihat kepentingan jabatan kita saja sebaliknya keperluan kerajaan secara keseluruhan," katanya.

    Mengenai tradisi rumah terbuka Aidilfitri, Perdana Menteri berkata, ia adalah sesuatu yang unik dan wajar diteruskan untuk mengukuhkan hubungan silaturahim

    PENJAWAT AWAM PERLU AMAL KETERBUKAAN JAYAKAN AGENDA KERAJAAN - NAJIB

    Bernama
    21/9/2010




    PUTRAJAYA, 21 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata setiap penjawat awam perlu mengamalkan keterbukaan minda bagi memastikan matlamat dan agenda kerajaan tercapai.

    Beliau berkata sikap keterbukaan itu perlu dalam usaha kerajaan menghadapi cabaran-cabaran bagi menjayakan empat tonggak utama iaitu konsep "1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan", Program Transformasi Kerajaan (GTP), Model Baru Ekonomi (MBE) dan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10).

    "Keterbukaan itu bukan sahaja menerusi Rumah Terbuka Aidilfitri tetapi daripada segi pemikiran dan kaedah yang sesuai dengan keadaan semasa," katanya.

    Beliau berkata demikian pada majlis jamuan Hari Raya Aidilfitri Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini pada Selasa.

    Turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Seri Norainee Abdul Rahman serta Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

    Misalnya, Najib berkata setiap agensi dan jabatan kerajaan tidak sepatutnya mementingkan pertambahan peruntukan semata-mata tetapi mengamalkan konsep pengurusan nilai supaya objektif kerajaan boleh dicapai dengan peruntukan yang kecil.

    Perdana Menteri berkata mereka juga jangan melihat kepada pertambahan jawatan bagi mencapai sesuatu objektif sebaliknya menggunakan pegawai dan petugas sedia ada di samping menekankan tentang produktiviti.

    "Kita tidak perlu melihat jumlah aktiviti (yang dilaksanakan) tetapi keberhasilannya. (Malah) kita tidak wajar melihat kepentingan jabatan kita sahaja tetapi keperluan keseluruhan kerajaan," katanya.

    Perdana Menteri berkata dengan mengamalkan sikap keterbukaan itu akan menjadikan mereka sebagai penjawat awam yang lebih berdedikasi sekaligus dapat meningkatkan sumbangan kepada negara.

    Mengulas sambutan Aidilfitri yang masih hangat diraikan, Najib berharap tradisi mengadakan Rumah Terbuka Aidilfitri yang unik itu, perlu diteruskan kerana ia menjadi wadah untuk memupuk silaturahim dan rasa persahabatan di kalangan rakyat di negara ini.

    -- BERNAMA

    EKONOMI MALAYSIA AKAN CATAT PERTUMBUHAN MELEBIH 6 PERATUS - NAJIB

    Bernama
    21/9/2010




    KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyuarakan keyakinan bahawa negara akan berupaya mencatatkan pertumbuhan melebihi enam peratus tahun ini meskipun ekonomi menyederhana di negara-negara maju, kerana asas-asas ekonomi domestik kekal teguh.

    Beliau berkata ekonomi-ekonomi maju terus menghadapi masalah pengangguran, sistem kewangan yang lemah dan tahap hutang isi rumah yang tinggi.

    "Dan dengan sebab itu tempoh enam bulan kedua dijangka menyaksikan sedikit penyederhanaan dari segi kadar pertumbuhan tetapi berdasarkan tahunan, ia dijangka lebih baik daripada enam peratus.

    "Penyederhanaan kecil pertumbuhan ini akan memberikan sedikit kesan ke atas ekonomi tempatan dalam enam bulan kedua tahun ini dan pada 2011," katanya pada satu sidang akhbar sebelum melancarkan logo baharu Pusat Kepimpinan Kewangan Antarabangsa di sini hari Selasa.

    Perdana Menteri juga berkata kerajaan akan memastikan langkah-langkah sewajarnya dalam Bajet 2011 dan dalam bahagian kedua Model Baru Ekonomi untuk memacu ekonomi Malaysia.

    Sebagai sebuah ekonomi yang sangat terbuka, prospek ekonomi Malaysia akan dipengaruhi oleh permintaan luar negara meskipun ekonomi domestik tetap teguh.

    "Disebabkan oleh sedikit penyederhanaan, ekonomi tempatan perlu memperkukuh permintaan dan penggunaan domestiknya, khususnya kegiatan sektor swasta dan tahap penggunaan persendirian, untuk mengekalkan pertumbuhan," katanya.

    Perdana Menteri juga berkata sektor kewangan Malaysia kukuh dan berdaya tahan dengan sistem yang menyeluruh dan amat pelbagai, terdiri daripada sistem perbankan yang kukuh, pasaran modal yang berkembang serta sistem kewangan Islam yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dan merupakan peneraju dunia.

    Menyentuh tentang peralihan kepada pembayaran elektronik, beliau berkata kini kadar penerimaan pakai epembayaran lebih tinggi dan kerajaan akan terus menyokong inisiatif ini bagi meningkatkan kecekapan dan produktiviti ke arah meninggikan daya saing Malaysia.

    Bank Negara sedang dalam proses merangka satu pelan tindakan baharu untuk meningkatkan pembangunan sektor kewangan dan ini akan menyokong transformasi ekonomi Malaysia kepada ekonomi berpendapatan tinggi.

    Bercakap tentang cadangan mengenakan nisbah pinjaman berbanding nilai sebanyak 80 peratus bagi pembeli rumah, Najib berkata: "Kita sudah bincang dengan BNM. Tiada cadangan menurunkan had bagi pembeli kali pertama dan kali kedua. Jadi, mereka boleh meminjam hingga 90 peratus.

    "Ini cuma bagi mereka yang mungkin menggunakannya bagi tujuan spekulasi, bererti bagi pembeli rumah kali ketiga dan keempat," jelas beliau.

    Beliau menambah kata kemungkinan ada had dikenakan oleh BNM.

    Mengenai Pusat Kepimpinan dan Tadbir Urus ICLIF, beliau berkata pusat tadbir urus yang ditubuhkan di ICLIF akan mengendalikan program Pendidikan Pengarah Institusi Kewangan (FIDE).

    ICLIF dinamakan semula sebagai Pusat Kepimpinan dan Tadbir Urus ICLIF.

    Jangkauan FIDE akan diperluas bagi melibatkan penyertaan pengarah institusi kewangan dari luar Malaysia, meliputi negara-negara Asia Pasifik, Timur Tengah dan Afrika.

    "Fakulti yang ditambah baik di ICLIF dan terdiri daripada pakar-pakar tersohor dari institusi-institusi terkemuka dunia termasuk Sekolah Perniagaan Harvard dan Sekolah perniagaan IMD di Switzerland itu akan memperkukuh lagi kemampuan FIDE untuk menyediakan program-program pendidikan bertaraf dunia bagi pengarah-pengarah institusi kewangan," kata beliau.

    -- BERNAMA

    21 September 2010

    SYOR BERSARA 60 TAHUN HANYA UNTUK PROFESIONAL

    Berita Harian
    20/9/2010



    TIDAK wajar dan tidak bijak bagi CUEPACS menuntut supaya kakitangan kerajaan dilanjutkan berkhidmat hingga umur 60 tahun sebelum bersara wajib.

    Biar kita menjadi sebuah negara maju dulu sekurang-kurangnya pada 2020 dan lagi pun masalah graduan dan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ramai yang menganggur dan ini perlu diatasi segera kerana ia mungkin akan membabitkan masalah sosial yang serius jika tidak ditangani dengan bijak. Ketika umur persaraan wajib kakitangan kerajaan dilanjut daripada 56 tahun kepada 58 tahun beberapa tahun dulu, kita dapat lihat kesannya di mana bertambahnya pengangguran dengan mendadak. Lagi pun kalau diamati pekerja yang sudah lanjut umur prestasinya menurun dan kemampuan serta kecekapannya tidak setanding pekerja muda dan berkebolehan menggunakan komputer serta peralatan canggih lain. Rasa malas dan dan jemu mula terasa bagi kakitangan awam dalam lingkungan umur lewat 50-an dan ada antara mereka ini langsung buta komputer.

    Eloklah kerajaan berjimat cermat mengambil pekerja baru dan bertenaga serta mempunyai kecekapan luar biasa dengan gaji jauh lebih rendah daripada membayar empat kali ganda jika pekerja berumur 60 tahun masih lagi bekerja. Jika ingin pun untuk melanjutkan persaraan kakitangan awam, biarlah mereka yang bertaraf profesional seperti dalam bidang kedoktoran, kejuruteraan atau bidang kritikal tertentu kerana kepakaran mereka itu yang kita mahukan.

    Diharap CUEPACS tumpukan tuntutan lain yang mampu memberi manfaat seperti tuntutan gaji lebih setimpal dengan keperluan hidup terutama sekali di mana harga barangan keperluan asas untuk keluarga semakin meningkat.


    SYED ABDULLAH SYED OSMAN JAMALULLAIL,
    Ampangan, Seremban

    SS NOT AGAINST INCREASING RETIREMENT AGE

    Borneo Post
    September 21, 2010,Tuesday



    KUCHING: State Secretary Datuk Amar Mohd Morshidi Abdul Ghani said yesterday it was up to the government whether the current retirement age should be raised or not.Morshidi said personally he was not against the idea of extending the retirement age of the 1.2 million civil servants in the country from 58 to 60 as long as there was a necessity for such a move.

    “If there is a need for the retirement age to be raised, and if the situation warrants, why not? But of course the government has to consider the pros and cons before making any decision on the matter,” he added.

    He said this to reporters during a news conference at Wisma Bapa Malaysia here yesterday when asked to comment on the recent call made by Cuepacs, the umbrella union for civil servants in the country, that the government should raise the retirement age of civil servants from 58 to 60.

    Morshidi said the government should not simply extend the retirement age without first studying the implications to the country.

    “There may be a need to increase the retirement age from 58 to 60 as a measure to meet the future workforce demand, especially for experienced and highly skilled workers.

    “However, we have to look at the other aspects as well, such as whether our civil servants are still healthy to continue to serve at that age. I believe these are among the things that the government will surely consider before making any decision on the matter,” he added.

    On views that raising the retirement age would deprive employment opportunities among job seekers and increase unemployment, Morshidi said it should not be the case.

    He said as the country progressed it would certainly require not only a bigger workforce, but also those who possessed vast experience in their respective fields, adding that this would apply to both the public and private sectors.

    Cuepacs president Omar Osman suggested that the government raise the retirement age of the civil servants to keep up with countries in the region.

    He said Malaysia was still lagging behind the neighbouring countries where the retirement age ranged from 60 to 62.

    PM KAJIAN TERPERINCI MENGENAI UMUR PERSARAAN - KSN

    Bernama
    20 September, 2010 17:36



    Kajian terperinci perlu dilakukan berhubung saranan Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) supaya umur persaraan penjawat awam dinaikkan daripada 58 tahun kepada 60 tahun.

    Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Datuk Amar Mohd Morshidi Abdul Ghani berkata kajian perlu dijalankan memandangkan terdapat kebaikan dan keburukan sekiranya umur bersara dinaikkan dua tahun lagi.

    "Antara faktor yang perlu diambil kira dalam kajian tersebut adalah seperti jumlah penduduk, kelanjutan usia sesuatu bangsa, tenaga kerja dalam sektor awam dan swasta, semua ini perlu diambil kira secara terperinci sebelum membuat keputusan akhir," katanya kepada pemberita selepas sidang akhbar mengenai majlis pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan peringkat negeri di sini Isnin.

    Rabu lepas, Cuepacs meminta kerajaan menaikkan umur persaraan bagi 1.2 juta penjawat awam di Malaysia supaya seragam dengan amalan negara lain di rantau ini.

    Presiden Cuepacs Omar Osman berkata Malaysia masih ketinggalan di belakang negara jiran yang mempunyai umur persaraan antara 60 dan 62 tahun.

    Umur persaraan bagi penjawat awam di Thailand, Brunei dan Indonesia ialah 60 tahun, manakala di Singapura 62 tahun.

    Sabtu lepas, Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S.Subramaniam berkata cadangan Cuepacs telah dibincangkan di peringkat tertinggi kementerian, namun belum ada sebarang keputusan dibuat.

    -- BERNAMA

    ANGGOTA TENTERA TAK BEBAS BUAT PINJAMAN

    Berita Harian
    21/9/2010



    SAYA ingin mendapatkan perhatian Kementerian Pertahanan khasnya dan kerajaan Malaysia umumnya.

    Umum mengetahui bahawa kebebasan membuat pinjaman di institusi kewangan adalah satu keistimewaan bagi penjawat awam termasuk anggota tentera. Apa yang saya kesali ialah tentera terutama peringkat bawahan dikongkong berbuat pinjaman mereka kerana polisi yang diwujudkan unit Urusan Gaji Angkatan Tentera (UGAT) iaitu tidak membenarkan potongan gaji selain koperasi di bawah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta Bank Rakyat. Alasan yang diberikan mungkin dilihat relevan iaitu mengawal anggota dari banyak berhutang. Ia mungkin benar jika institusi ini memberikan pinjaman
    dengan faedah lebih rendah berbanding institusi kewangan.

    Faedah dikenakan koperasi dan Bank Rakyat antara 6.5 dan 7 peratus agak tinggi bagi anggota tentera yang hanya boleh membuat pinjaman tertakluk kepada tarikh tamat tempoh perkhidmatan.

    Saya berasakan dasar yang tidak adil ini patut dihapuskan selaras dengan kewujudan institusi kewangan yang menawarkan pinjaman yang lebih kompetitif.


    PESARA TENTERA 1976,
    Negeri Sembilan.

    20 September 2010

    MAJIKAN DIMINTA SOKONG DASAR GAJI MINIMUM

    Sinar Harian
    19/9/2010




    KUALA LUMPUR -- Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S.Subramaniam hari ini meminta para majikan supaya menyokong dasar gaji minimum bagi memastikan pelaksanaannya, kemungkinan pada tahun depan, berjalan lancar.

    Beliau berkata mereka tidak perlu bimbang atau menganggap dasar itu sebagai halangan kepada perniagaan mereka.

    “Niat kita bukan untuk membebankan para majikan. Kita hanya akan menetapkan satu tahap minimum dalam soal gaji dan ia terpulang kepada para majikan untuk membayar sebarang jumlah melampaui tahap itu kepada para pekerja mereka,” katanya kepada pemberita di sini.

    Semalam, Dr Subramaniam dipetik sebagai berkata bahawa model gaji minimum itu adalah menyeluruh bagi semua sektor tetapi ia berbeza mengikut wilayah.

    Disebalik jaminan kerajaan bahawa dasar gaji minimum tidak akan menjejaskan industri, Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) masih tetap dengan pendiriannya bahawa dasar itu akan memberi kesan kepada perniagaan dan pekerja tempatan kerana ia cenderung untuk memberi manfaat kepada pekerja asing yang kurang mahir dan berpendapatan rendah.

    Pengarah Eksekutif MEF Shamsuddin Bardan dipetik sebagai berkata usaha bagi menjadikan tahap berpendapatan tinggi bukan dengan cara mendasarkannya ke atas gaji minimum tetapi dengan meningkatkan produktiviti dan prestasi para pekerja.

    Dr Subramaniam berkata kementeriannya masih mendapatkan maklum balas daripada pelbagai pihak bagi memastikan dasar mengenai gaji minimum digabungkan dengan baik.

    Beliau dijangka membentangkan kertas kerja mengenai gaji minimum kepada Kabinet menjelang bulan depan.

    Katanya gaji minimum adalah perlu kerana struktur gaji dalam banyak sektor tidak berubah secara drastik sejak beberapa tahun kebelakangan ini walaupun dengan kenaikan harga barangan.

    “Gaji mesti disepadankan dengan kenaikan dalam harga barangan dan taraf kehidupan yang semakin tinggi,” katanya. Katanya kos kehidupan telah meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

    Bagaimanapun, beliau berkata kenaikan gaji perlu seiring dengan peningkatan dalam produktiviti.

    19 September 2010

    RAKYAT MALAYSIA PERLU SUMBANG TENAGA TRANSFORMASI, KATA NAJIB

    Bernama
    19/9/2010




    KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Setiap rakyat Malaysia perlu bekerjasama dan menyumbang kekuatan masing-masing bagi menyokong transformasi negara kearah mencapai status negara maju pada abad ke-21, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

    Perdana Menteri berkata semasa mengilhamkan konsep 1Malaysia, beliau memutuskan bahawa semua rakyat Malaysia seharusnya menjadi sebahagian daripada pihak yang terbabit dalam mengharungi usaha mencapai transformasi yang mantap dalam negara.

    Beliau berkata perpaduan nasional bukan sahaja berkisar kepada aspek menerima serta meraikan kepelbagaian, di mana dalam konteks kepelbagaian budaya, ia juga merujuk kepada cara rakyat Malaysia mengenal pasti kekuatan setiap komuniti.

    "Saya ingin melihat di Malaysia, tenaga yang dijana setiap individu, kekuatan, kemahiran serta keupayaan, digembleng ke arah menjadikan transformasi ini satu kejayaan," katanya semasa berucap pada majlis Jamuan Komuniti Malayali di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa (MIECC), Seri Kembangan, dekat sini pada Ahad.

    Beliau berkata dengan kemahiran, sumbangan, ilmu pengetahuan, idea dan keupayaan inovatif setiap rakyat Malaysia dan berbekalkan semangat 1Malaysia, tidak mustahil bagi Malaysia mencapai sasaran maju pada tahun 2020.

    "Rakyat mahu menjadi sebahagian daripada transformasi besar negara, supaya di penghujung perjalanan ini nanti sebuah negara yang moden, progresif, dinamik dan benar-benar berjaya di abad ke-21 yang bernama Malaysia dapat dilahirkan," katanya.

    Najib berkata pengetahuan dan beberapa nilai universal yang dipupuk akan meletakkan Malaysia di kedudukan yang mantap untuk bergerak maju sebagai sebuah negara.

    Beliau memberi contoh komuniti Malayalis yang amat komited terhadap aspek pendidikan, di mana di Kerala, India, misalnya, mereka meletakkan pendidikan sebagai agenda peribadi yang baling utama.

    "Orang Melayu dan lain-lain kaum boleh belajar daripada komuniti Malayalis ini, bukan hanya dari segi kepelbagaian budaya, tapi memang menjadi kenyataan apabila merujuk kepada komitmen mereka terhadap pendidikan.

    Dengan penguasaan bidang pendidikan dan beberapa nilai universal, ia akan memantapkan rakyat untuk bergerak ke hadapan sebagai sebuah negara," katanya.

    Najib berkata kerajaan turut merangka pelbagai program seperti Program Transformasi Kerajaan (GTP), Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Model Baru Ekonomi (MEB) -- untuk membawa perubahan kepada rakyat Malaysia ke arah negara berpendapatan tinggi.

    Beliau berkata komuniti Malayalis di Malaysia memainkan peranan penting dalam menyumbang ke arah pembangunan Malaysia sejak abad ke-19 lagi.

    Menurutnya ada beberapa sumbangan besar komuniti Malayali kepada Malaysia sejak lama, antaranya di bidang perladangan, pengurusan, perdagangan, keusahawanan, di samping mencipta sejarah dalam industri getah negara, pemimpin-pemimpin kesatuan sekerja, doktor dan juga penjawat awam.

    "Bagi pihak kerajaan, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua kaum Malayalis yang menyumbang kearah pembangunan Malaysia. Saya harap menerusi AMMA, anda akan terus menyumbang ke arah kebajikan komuniti ini, dan juga komuniti Malaysia keseluruhannya," katanya.

    Turut hadir di majlis itu ialah Presiden Persatuan Malayali Malaysia (AMMA) Tan Sri Ravindran Menon, Presiden MIC Datuk Seri S Samy Velly, Presiden PPP Datuk M.Kayveas dan Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia Vijay K Gokhale.

    -- BERNAMA

    BELUM ADA KEPUTUSAN NAIKKAN UMUR PERSARAAN PENJAWAT AWAM, KATA SUBRAMANIAM

    Bernama
    18/9/2010
    Oleh Vincent Low Seng Guan




    BEIJING, 18 Sept (Bernama)-- Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam berkata cadangan Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) agar umur pesaraan penjawat awam dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun telah dibincang pada peringkat tertinggi kementeriannya namun belum ada keputusan dibuat.

    Ini kerana katanya, kajian terperinci perlu dilakukan memandangkan terdapat kebaikan dan keburukan jika umur pesaraan dinaikkan lagi.

    "Jika kita terus melanjutkkan tempoh perkhidmatan golongan berusia, generasi muda tidak akan dapat peluang bekerja," katanya kepada Bernama di luar Mesyuarat Pembangunan Sumber Manusia Peringkat Menteri kelima Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di sini.

    Persidangan dua hari itu berakhir Jumaat.

    Selain itu katanya, adalah sukar untuk kerajaan menaikkan umur pesaraan dan pada masa yang sama mengecilkan saiz sektor tersebut yang sehingga kini mempunyai sekitar 1.2 juta tenaga kerja.

    Jumlah itu adalah tinggi berbanding negara-negara lain dan sebahagian besar adalah dalam bidang perguruan, kata beliau.

    Pada 2008, kerajaan telah menaikkan umur pesaraan sektor awam daripada 56 kepada 58 dan Cuepacs kini mencadangkan agar ianya dinaikkan kepada 60 tahun selaras dengan amalan negara-negara serantau.

    Umur pesaraan bagi penjawat awam di Thailand, Brunei dan Indonesia ialah 60, manakala di Singapura 62 tahun.

    Bagaimanapun kata Dr Subramaniam, kerajaan tidak menghalang jika syarikat swasta mahu membenarkan pekerja mereka bekerja sehingga berusia 60 tahun.

    "Walaupun kebiasaannya pekerja sektor swasta bersara pada umur 55 tahun, kita memberi mereka (kesatuan) kebebasan untuk berunding dengan majikan bagi melanjutkan umur pesaraan," katanya.

    Beliau memberi contoh Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE)yang berjaya dalam rundingan bersama CIMB Bank untuk melanjutkan umur pesaraan kakitangannya daripada 55 kepada 60 tahun.

    -- BERNAMA

    18 September 2010

    TUNTUTAN LANJUT USIA PERSARAAN TAK WAJAR

    Berita Hariaan
    18/9/2010



    2010/09/18DESAKAN CUEPACS melalui Presidennya, Omar Osman agar kerajaan melanjutkan lagi usia bersara kakitangan awam kepada umur 60 tahun boleh diibaratkan seperti beri betis hendakkan paha. Tidak mustahil selepas berjaya tuntutan ini, mereka akan menuntut pula usia untuk bersara dilanjutkan pula kepada 65 tahun.

    Memang mudah mencari pelbagai alasan untuk mewajarkan tuntutan mereka. Akan tetapi eloklah mereka berfikir secara rasional dan bijaksana mengenai rahmat berpencen pada usia 58 tahun. Perbandingan beliau dengan beberapa negara Asean sebenarnya kurang tepat. Membandingkan Indonesia dan Thailand yang mempunyai peratusan kakitangan awam yang rendah berbanding penduduknya.

    Kemudian membandingkan pula Singapura dan Brunei yang terpaksa menarik rakyatnya untuk berkhidmat dengan kerajaan, lantaran sektor swasta mereka yang menawarkan gaji yang berlipat ganda lumayan. Berbanding Malaysia, sektor awamnya menawarkan gaji dan jaminan masa depan yang menarik tentulah ia pilihan utama rakyat Malaysia.

    Walaupun seperti kehendak CUEPACS ia hanya sebagai satu opsyen, atas dorongan dan pengaruh rakan sekerja tentu ramai yang terpengaruh untuk memilih opsyen baru itu. Buktinya ketika kakitangan awam diberi opsyen bersara pada usia 58 tahun sebelum ini lebih 90 peratus kakitangan awam memilih untuk menerima opsyen berkenaan.

    Andai kata kerajaan bersetuju dengan permintaan CUEPACS, saya yakin kerajaan hanya akan menambah kekecewaan anak-anak muda. Mereka tentu kempunan dan kecewa kerana peluang mereka untuk membina ekonomi diri, di samping untuk menyumbang bakti mereka kepada negara dalam sektor awam terbantut dan tersentap disebabkan masih ada ‘jentera’ lama terus bekerja dalam sektor awam.
    Akan tetapi untuk bidang kritikal dan memerlukan kepakaran tinggi yang tidak memerlukan kekuatan fizikal seperti pengarah jabatan, pensyarah, doktor, akauntan dan sebagainya, usia 65 tahun masih boleh dipertimbangkan.
    Bagaimanapun, letakkan syarat penting iaitu tahap kesihatan diri mestilah baik dan berkemampuan.

    Seeloknya, CUEPACS memohon kerajaan untuk memberi kursus kemahiran berniaga kepada kakitangan yang ketagih untuk terus bekerja sebelum usia bersara mereka 58 tahun.

    Pada tahun akhir perkhidmatan, kepada yang berminat berilah cuti dua bulan untuk menyertai kursus itu. Di samping menambah pendapatan, mereka juga tidak menyusahkan dan menyakitkan hati orang lain terutama anak-anak muda.

    IRMAZ DINI,
    Pendang, Kedah.

    17 September 2010

    RAKYAT PERLU LAHIRKAN TANDA PENGHARGAAN SEMPENA HARI MALAYSIA -NAJIB

    Bernama
    16/9/2010



    KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) -- Rakyat Malaysia boleh melahirkan tanda penghargaan kepada pembentukan Malaysia pada 16 Sept 1963 dalam pelbagai cara, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

    Perdana Menteri berkata setiap rakyat negara ini juga mempunyai peranan dalam menjayakan aspirasi negara untuk mencapai Wawasan 2020, iaitu mencapai status negara maju, seperti yang dirancang bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohammad.

    "Saya mahu setiap orang merasakan negara ini milik kita. Kita boleh mengucapkan terima kasih kepada negara kita. Ada 28 juta cara untuk menyatakan terima kasih kepada Malaysia.

    "Jika kita seorang guru, kita memberi pendidikan, jika artis, kita lukis gambar Malaysia, jika penjawat awam, kita bekerja dengan penuh dedikasi dan itulah caranya kita boleh menyatakan terima kasih kepada Malaysia," katanya pada pelancaran Festival Muzik, Seni and Gaya Antarabangsa (MASiF) di The Pavillion di sini Rabu.

    Najib berkata tanpa kesatuan dan kepelbagaian, Malaysia tidak mungkin dapat dibentuk dan mencapai kemajuan seperti yang dikecapi oleh generasi pada masa kini.

    "Dengan adanya dua tiang utama ini berserta semangat 1Malaysia, kita pasti dapat mencapai matlamat negara menjelang tahun 2020," katanya.

    Sementara itu Najib turut memuji inisiatif MASiF yang disifatkan sebagai satu idea istimewa menganjurkan festival itu untuk julung kalinya sebagai program pembuka tirai sambutan Hari Malaysia.

    "Saya amat tertarik hati dengan konsep yang diperlihatkan oleh program MASiF ini. Biasanya idea datang daripada kerajaan tetapi kali ini, idea adalah daripada rakyat Malaysia sendiri iaitu dari generasi pasca merdeka dan saya berterima kasih kepada Tun Dr Mahathir kerana menjadi penaung kepada majlis sebegini," katanya.

    Terdahulu, Dr Mahathir dalam ucapan aluan menyeru rakyat Malaysia supaya terus memperingati Hari Malaysia dan menjadikannya landasan untuk membina sebuah negara yang aman, makmur dan sejahtera.

    Beliau berkata pembentukan Malaysia pada 16 Sept 1963 adalah lambang kekuatan rakyat dalam menempuh segala suka duka sebelum berjaya membentuk sebuah negara.

    "Banyak perkara sudah berlaku dan dilalui oleh kita semua. Oleh itu, marilah kita bersama-sama mengingati Hari Malaysia tanpa mengira perbezaan kaum dan agama yang ada di negara kita.

    "Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu bersama-sama dan tidak memikirkan perbezaan yang ada di antara kita untuk terus mencapai kemajuan yang diharapkan oleh semua rakyat," kata Dr Mahathir.

    Beliau berkata sambutan Hari Malaysia ini juga adalah sesuatu yang bermakna kepada semua rakyat di negara ini kerana pada tarikh ini, semua negeri yang dijajah bersetuju untuk bergabung bagi membentuk sebuah negara yang ada pada hari ini.

    MASiF 2010 yang akan diadakan selama lima hari mulai Rabu sempena sambutan Hari Malaysia menampilkan pelbagai acara kesenian, fesyen dan muzik dari dalam dan luar negara.

    Acara ini melibatkan lebih 100 orang warga seni yang terdiri daripada pereka fesyen, pemuzik dan pelukis termasuk empat artis antarabangsa iaitu Ruth Sahanaya dan Tengku Ryo dari Indonesia, Rachelle Ann Go dari Filipina serta MINT dari Thailand.

    -- BERNAMA

    ANAK TEMPATAN SABAH YANG LAYAK AKAN DIBERI PELUANG TERAJUI JABATAN KERAJAAN

    Bernama
    16/9/2010



    TUARAN, 16 Sept (Bernama) -- Usaha sedang dilaksanakan bagi membolehkan lebih ramai anak tempatan negeri Sabah yang layak, diberi peluang mengetuai pelbagai jabatan dan agensi persekutuan.

    Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata ketika ini 37 daripada 80 ketua-ketua jabatan dan agensi persekutuan di Sabah terdiri daripada penjawat awam dari kalangan anak tempatan negeri, dan usaha sedang dilakukan bagi menambah bilangan itu.

    Menurutnya kerajaan sedang berusaha menempatkan lebih ramai pegawai-pegawai awam persekutuan dari Sabah, ke jabatan-jabatan dan agensi-agensi persekutuan di Kuala Lumpur atau Putrajaya bagi tujuan menimba pengalaman.

    "Diharapkan lebih ramai orang Sabah yang menyertai perkhidmatan awam persekutuan dan dengan itu, lebih ramai orang Sabah yang boleh memegang jawatan ketua jabatan dan agensi persekutuan, bukan sahaja di Sabah tetapi juga di tempat-tempat lain," katanya ketika berucap pada majlis perasmian kampus Intan Sabah pada hari Khamis.

    Perdana Menteri berkata beliau memang sedia maklum dengan harapan pemimpin-pemimpin Sabah yang ingin melihat lebih ramai anak tempatan menjadi ketua-ketua jabatan dan agensi persekutuan di negeri itu.

    Beberapa akhbar tempatan semalam melaporkan kenyataan Naib Presiden Upko Senator Datuk Maijol Mahap yang menuntut supaya lebih ramai rakyat Sabah yang layak dilantik menjadi ketua jabatan dan agensi persekutuan di Sabah.

    Sementara itu Najib meminta penjawat awam supaya menyesuaikan diri dengan dengan persekitaran yang berubah, terutama dalam menjayakan program transformasi negara fasa kedua, sekaligus menjayakan wawasan kerajaan untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020.

    "Keadaan persekitaran pelaksanaan transformasi fasa kedua jauh berbeza dengan persekitaran fasa pertama. Kaedah yang digunakan sebelum ini mungkin tidak sesuai dan sebab itu, penjawat awam perlu menyesuaikan diri demi menjayakan program tranformasi fasa kedua," katanya.

    Najib berkata institusi Intan diharapkan dapat menghasilkan penjawat awam yang terbuka kepada sebarang perubahan, mahu berubah, dan mempunyai minda keusahawanan.

    "Justeru, saya harap sebagai "the premier training arm" untuk sektor awam, Intan akan menjadi institut tersohor bukan sahaja di Malaysia malah menjadi rujukan di peringkat antarabangsa," katanya.

    -- BERNAMA