SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

05 September 2010

NASIB 14,500 KAKITANGAN KONTRAK KEMAS MASIH DIBINCANG DENGAN JPA

Bernama
3/9/2010



KUALA PILAH, 3 Sept (Bernama) -- Nasib 14,500 kakitangan kontrak Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), sama ada akan diserapkan ke jawatan tetap atau tidak, akan ditentukan selepas selesai perbincangan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Hasan Malek berkata kementerian sedar masalah itu dan sedang berunding dengan JPA untuk mencari penyelesaian terbaik."Kita sedang usahakan. Bagaimanapun, ia mengambil masa sebab melibatkan banyak perjawatan termasuk kita hendak gredkan semula jawatan itu."Perkara ini masih di peringkat perbincangan dan saya harap kakitangan terbabit supaya bersabar," katanya kepada pemberita pada majlis gema ramadan dan penyampaian sumbangan kepada 52 orang anak yatim dan fakir miskin anjuran Kemas Negeri Sembilan di Masjid Kariah Kuala Jemapoh dekat sini Khamis malam.

Hasan juga berkata Kemas akan membuka 1,000 lagi kelas Tadika pada tahun depan dan untuk itu, ia memerlukan 2,000 lagi guru iaitu 1,000 guru diploma dan 1,000 lagi guru lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).Katanya keutamaan pembukaan 1,000 lagi kelas Tadika ini ialah di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak.Pada masa ini, Kemas mempunyai 8,816 kelas Tadika dengan 10,500 orang guru di seluruh negara.Ketika berucap pada majlis itu, Hasan berkata pelaksanaan Model Baru Ekonomi akan memastikan tiada rakyat di negara ini yang hidup dalam kemiskinan dan semua rakyat dapat meningkatkan kualiti hidup serta berkongsi kemakmuran dan kesejahteraan bersama.

"Oleh itu, semua rakyat kita tanpa mengira kaum dan golongan, perlu melakukan transformasi minda dan sikap mulai sekarang untuk mencapai ekonomi berpendapatan tinggi bagi meningkatkan kualiti hidup sebagai rakyat bagi sebuah negara maju pada tahun 2020 nanti," katanya.-- BERNAMA

22 ulasan:

manaf Jeli berkata...

saya cadangkan agar guru dipecat semuanya kerana ada kalangan mereka menyokong pembangkang. sila pastikan hanya ahli Umno yang berhak sahaja menjawat jawatan yang paling senang kerjanya itu. kami juga inginkan gaji seorang guru. sepatutnya pengambilan guru diberatkan kepada ahli sahaja kerana mereka benar2 patriotik kepada nusa dan bangsa.

dan kepada guru kemas, eloklah mereka ditetapkan. mereka berjuang banyak untuk parti, tapi status kontrak sahaja berbanding guru/doktor yg byk pro-pembangkang. Ini boleh menimbulkan amarah ahli bila dinista dan disindir ''sia2 ja pulun lebih sokong BN, pencen pon tarak''

Tanpa Nama berkata...

transformasi apalagi....

kami dah belajar sampai ke tahap tertinggi tapi tiada apa2 kenaikan pun..

hai...entahlah...

Tanpa Nama berkata...

salam saudara manaf....minta maaf kalau saye katakan yang guru adalah pendidik, bukan suatu bentuk mekanisme bagi melaksanakan agenda politik di institut pendidikan.....guru dilantik berdasarkan kelayakannya sebagai guru, bukan kerana latar belakang politik....justeru itu tidak perlulah diambil kira sama ada seorang guru itu berparti UMNO atau Pembangkang.....tidak perlu mencemuh mana2 pihak dek kerana fahaman politik yang menebal dari ajaran Islam yang mana tidak pernah membezakan setiap penganutnya.....pada pendapat saye, kita sebagai manusia hanya sementara di dunia ini, di akhiratlah yang kekal abadi, wasalam......

Tanpa Nama berkata...

Ooii manaf ..hebat sangat-kah UMNO .

Tanpa Nama berkata...

oi saudara manaf kamu sajakah boleh jadi guru mahu pecat org sebarangan tai kucing kami di sarawak ini tidak ada parti UMNO bererti kami org seluruh sarawak ini tidak boleh jadi boleh jadi gurulah harapkan kamu org dari parti UMNO jadi guru di seluruh negeri sarawak. Sarawak ini yg paling banyak menang dlm PRU ke 12 dulu saudara manaf bercakaplah lihat org lain. kalau semua kerusi parlimen sarawak semua kalah dapatkah BN jadi parti pemerintah

saya harap sarawak akan kalah dlm pilihan raya negeri ini nanti sebagai pengajaran mereka

Tanpa Nama berkata...

wahai anak sarawak cadangan saudara manaf jeli ini tidak boleh disebut dalam ruang ini kami anak sarawak merasa kecewa sebab sarawak tidak ada UMNO dan tidak boleh diambil jadi guru dan tidak boleh jawat jawatan paling senang kerjanya. apa ini. inikah 1 malaysia

anak sarawak kalau perkara ini betul terjadi apa kerja kita anak sarawak kamu bukan ahli UMNO

Tanpa Nama berkata...

Bagi mengurangkan beban tangunggan k'jaan saya cadangan Kemas diserapkan terus menjadi salah satu jabatan dan oranisasi dlm UMNO dan mereka dibayar gaji dari duit parti UMNO dan mereka dipastikan mendapat jaminan dibayar terus dari juga dicadangkan diserapkan mendapat imbuh2an lain seperti pencen dari wang parti UMNO dan dgn sendirinya dan ia tidak terlibat langsung dgn jabatan kerajaan Malaysia, supaya mereka lebih teguh dan setia memegang terus prinsip dan perjuangan UMNO

Tanpa Nama berkata...

Saya sebagai ahli UMNO dulu kini dan selamanya menyokong sekiranya kemas terus diambil oleh UMNO dan dibayar gaji oleh UMNO kerana UMNO mampu berbuat demikian, kita ada syarikat2 koprat UMNO yang mampu serta boleh membiyayai segala gaji dan kos untuk Kemas ini, ini menyebabkan rakyat akan menilai kemampuan kita dan akan memberi sokongan terus dan cenderong untuk menyokong UMNO.

Tanpa Nama berkata...

ada yg masih belum matang dalam politik............. masih tahap 50 tahun yang lepas.... pelajaran dan jawatan saja tinggi2 ha.......

Tanpa Nama berkata...

Saya bukan org politik menyokong benar hasrat UMNO menagmbil pentadbiran terus kemas kalau boleh pejabat penerangan sekali krana mereka boleh dibawah pentadbiran UMNO serta UMNO bayar gajinya, kerana saya lihat pas ada pasti, unit amal dan bahagian peneranmgannya sendiri dibiyaii parti itu sendiri, ini baru adil sebagai sebuah negara yg menjalankan demokrasi, dan elakan dari menggunakan intrument k'jaan jika benar negara ini menjalankan demokrasi yg tulen.

Tanpa Nama berkata...

salam sume, saye minx sangat2 supaye jgn mempolitikkan setiap perkara dalam hidup kita.....setahu saye dalam prinsip pentadbiran awam, Political and Admin x harus dicampur adukkan.....cube2 lah gunakan akal dan penuhkan dada dengan ilmu dahulu sebelum mencemuh tanpa logik dan kefahaman.....Islam sendiri menyuruh umatnya supaya mencari ilmu walau sampai ke liang lahad.....wasalam

Tanpa Nama berkata...

Saya benar2 menyokong kenyataan sdr diatas ni memang benar kita sebagai penjawat awam yg berkhidmat sektor awam ini ini perlu benar2 profesional tidak mencampur adukan politik dalam kerja2 kita, kita perlu bersikap berkecuali dlm byk hal supaya sistem penyampaian dalam sektor awam ini benar2 berlaku telus serta berintegerti.Kita perlu berpegang prinsip dan ethika penjawat awam serta mematuhi sistem undang2 dan dibawah kuasa ekesutif pentadbiran urusan sri paduka baginda yg dipertuan afung

Tanpa Nama berkata...

Kalau sdr2 diatas tu benar2 ingin terlibat penuh dgn politik sila letak jawatan dan masuk berjuang dlm parti politik, itunhak sdr

Tanpa Nama berkata...

Cadang BM Sarawak kalah dalam PRN nanti.. tengok apa kesannya..belagak sangat UNMO..

Tanpa Nama berkata...

Guru KEMAS tu nagjor aper ... Budak masuk tahun 1 dari KEMAS hanya pandai nyanyi ajer, lain hancus. Sebab itu Kementerian Pendidikan wujudkan Prasekolah di sekolah rendah. Cikgunya pun bukan ada latihan ikhtisas perguruan, hanya latihan macam mana nak tarik org jadi ahli XXXX sajer. Selamat tinggal KEMAS, aku nak hantar anak masuk prasekolah. Hang pi kempen lagi baiklah, reka cerita dan buatlah aper yang patut untuk menghadapi saratul maut.

Tanpa Nama berkata...

Dengar maklumat dari sunber2nya memang dijangka BN akan kalah teruk di Serawak pada pilihanraya akan datang nanti sma2 kita nantikan, walaubagaimanpun kita sebagai penjawat awam kerja setia kita tetap kpd kerajaan dibawah selia yang dipertuan agung, perlembagaan serta undang2 negara.

Tanpa Nama berkata...

kami tidak sabar lagi mahu tungu P/raya negeri swk yg diadakan bila2 masa saja .
kami tidak sabar mahu pangkah PR
supaya BN swk kalah sebagai pengajaran kpd ahli UNMO yg sgt berlagak tu

PRU ke 13 nanti pun sama semua sokong PR dptkah UMNO berkuasa kalau semua kerusi Parlimen swk kalah

smn berkata...

Maaf.. rakan-rakan tak perlu melatah atas komen yang "tidak cerdik" Kalau nak komen buatlah cadangan atau menyokong atau sebaliknya terpulanglah kepada anda.
Apa yang penting bagi penjawat awam sebuah negara yang aman damai, makmur sejahtera.Rakyat hidup sejahtra. Untuk itu kestabilan politik Negera Malaysia penting. Maka marilah kita guna akal yang waras bukan emosi bagaimana untuk wujudkan sebuah negara yang politik stabil.

Tanpa Nama berkata...

kenapa la kerajaan menamatkan kontrak aku???? Aku berkhidmat lama dah...

Tanpa Nama berkata...

KEMAS jak yang diperbincangkan tapi isu yang kami telah berkhidmat lama dengan kerajaan tiba-tiba ditamatkan. Jawatan tersebut terus kosong begitu sahaja. Alasan... tiada peruntukan untuk membayar gaji kami.. aduh..

Sedih bila khidmat untuk negara dan Jasa tidak dikenang..

Life is Beautiful berkata...

Sedih betul, pabila melihat ada kakitangan kemas yang dah bertugas puluhan tahun tetapi blm diserapkan ke jawatan tetap 'MISKIN TEGAR' ...

Tanpa Nama berkata...

Kenapa guru Kemas belum mendapat pengiktirafan jadi guru tetap?? sedangkan guru Kemas lah yang bersusah payah mengajar murid mengenal huruf dan abjad..Tanpa guru kemas mungkin pelajar tahun 1 payah nak belajar..bak kata pepatah,melentur bulu biar la dari rebungnya..Klu tahun ni (2013)masih belum ada khabar berita tentng penyerapan guru kemas kontrak kpd tetap,rusuhan atau mogok mgkin akan berlaku kpd guru kemas kontrak..ini cuma andaian tuk guru kemas yg inginkan pengiktirafan menjadi guru kemas tetap..Saya berharap pihak yang bertanggungjawab akan mempertimbangkan lah permohonan guru2 koontrak kemas thun ini..fikir2 kan dan selamat beramal..