SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

07 September 2010

KAKITANGAN AWAM KONTRAK MOHON PEMBELAAN

Malaysiakini
Sep 2, 10 10:24am

Saya ingin menarik perhatian tentang nasib kami kakitangan kontrak dan skim khidmat singkat dalam perkhidmatan awam yang tidak mendapat apa-apa bonus dari kerajaan.

Kami yang berkhidmat di bawah skim khidmat singkat ini tidak mendapat apa-apa keistimewaan seperti mana yang terdapat pada kakitangan awam yang lain. Kami tidak mendapat sebarang eluan perkhidmatan, tidak boleh membuat sebarang tuntutan perjalanan dan tidak dicarum KWSP oleh pihak majikan (kerajaan).

Pada masa yang sama juga rata-rata dari kami - kontraknya akan tamat pada hujung tahun ini dan kemungkinan besar tidak akan disambung.

Apalah salahnya pihak kerajaan menghargai sedikit jasa kami dengan memberi kami sedikit bonus hari raya seperti mana yang diberi kepada kakitangan awam yang lain.

Diharap pihak kerajaan sudi mendengar rintihan nasib kami dan sedia membela kami kerana antara kami ini, ada yang sudah berkeluarga dan mempunyai anak dan isteri serta tanggungan hutang yang lain.Mohd Zamirul

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

alhamdulillah...contract for services telah pon mendapat sedikit perhatian daripada pihak atasan...pekeliling telah dikeluarkan dan semua CFS akan mendapat rm 500 duit raya jgk mengkin selepas raya sbb baru pg td kire2 pkl 8 pagi pekeliling dimasukkan ke dalam portal..jadi semua cfs teruskan dengan kerja yg bermutu dan jgn merungut lagi k...dapat la tambah2 ape yg perlu,jgn membazir ya! hehe

Tanpa Nama berkata...

Sedia kerana kontrak saya telah ditamatkan oleh kerajaan pada bulan Jun 2010 setelah berkhidmat dengan kerajaan persekutuan lebih kurang 4 tahun.

Tanpa Nama berkata...

dari dulu lagi saya tak faham kenapa khidmat singkat diadakan, padahal jasa/tenaga/beban/komitmen sama je dengan kakitangan tetap.

Tanpa Nama berkata...

yang setuju nih adalah yang bakal menguasai tahap malas gaban ditempat kerja pada satu saat nanti...mereka nih mengharapkan ada pelapis buat kerja mereka sambil mereka makan gaji buta...ini adalah kenyataan dimana senior saya umur 59 tapi dilantik secara kontrak hanya lepas tangan dan menyerahkan semua kerjanya kepada kakitangan muda.....dia punch card...lps tu cabut balik rumah jaga cucu....pkl 4 datang kerja balik punch card atau paksa geng baru nih tolong punch card...ini adalah kenyataan terutamanya di Kementerian Kesihatan

Tanpa Nama berkata...

terima kasih....YAB PM atas pemberian bonus untuk kakitangan CFS ...... kalau boleh cuepacs...utarakan permasalahan jawatan CFS ini kepada YAB PM kite....serapkan aje kita urang nie....semua...dan jangan wujudkan jawatan merapu macam SFC.... menyusahkan rakyat...kalau nak kurangkan penganguran... serap je ke jawatan tetap...umur dah meningkat...harga barang dah naik... tapi masih makan gaji berasaskan perkhidmatan...dahlah elaun tak de...OT pun dak ade....potongan KWSP pun...ape lagi....tapi buat keje barisab hadapan... macam kami ni yang jadi PKA... wabak penyakit tak kira jawatan...

Tanpa Nama berkata...

minta pihak kerajaan serapkan kami ke jawatan tetap.memandangkan kami da lama berkhidmat.kerja pun sama da dengan yang berjawatan tetap.bila lagi kami nak rasa kemudahan sektor awam.umur makin tua,harga barangan makin mahal.kami tak ada perubahan.masih kontrak sambilan.tahun depan belum tahu ada penyambungan.tolongla PM/kerajaan...dengar la suara hati kami.

Tanpa Nama berkata...

kakitangan KPDN sambilan da kena serap.kakitangan KEMAS dalam proses.kami kakitangan sambilan lain jabatan ni bila lagi?kami pun apa kurangnya.kerja da tahu.da beruban da kepala ni masih sambilan.tolong la CUEPACS perjuangkan hak kami jugak.

Tanpa Nama berkata...

terserah kepada yg membuat keputusan.cuepacs adalah tempat org nk mengadu,nk bercakap pasal kerja,membuat pembaharuan dan peningkatan apa2 yg berkaitan dengan kerja.so sy pasti cadangan untuk naikkan umur bersara tu mesti setelah dicadangkan dan dibincangkan oleh ahlinya.mereka mesti dh siapkan proposal yg lengkap,membuat analisi dan mencadangkannya.terserah kepada budi bicara pihak yg lebih berkuasa kerana perlaksanaannya melibatkan byk perkara,jd cannot simply said,"tak payah la buat,menyusahkan org tua yg bekerja" atau "terus sj buat".semuanya mesti melalui perbincangan yg teliti,yg melibatkan byk perkara dr segi HRM,financial,capability etc.

sy sokong cadangan untuk menaikkan umur bersara tu,tp mungkin boleh beri pilihan kepada empunya diri.kalau rase masih mampu nk keje lagi,teruskan kerja,kalau rase tak nak,tak mampu,malas,nak makan tido makan tido kt rumah je,cukuplah sampai 56 atau 58thn.

seperti sedia maklum,malaysia antara negara dlm dunia yg menetapkan umur bersara yg paling rendah iaitu 58 thn,sedangkan ada negara jiran di asia atau benua lain,umur bersara adalah pd 60 atau 65 thn.

kalau nk ikut negara lain,kite pn tak boleh simply ikut je,pasal lain negara,lain cara pentadbiran,kehidupan dan sebagainya.

apa yg terbaik,melalui cuepacs,kita boleh suarakan pendapat,berbincang sebaiknya,dengan memberi pandangan yg bernas dan relevan pasal isu ni.

apa yg terbaik untuk rakyat,kerajaan laksanakan,setara dengan slogan rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.InsyaAllah..

Sarah berkata...

Ibu saya telah berkhidmat selama 25tahun, kononnya itulah polisi Jabatan beliau ketika itu.

Sudahlah tiada sebarang faedah, manfaat pun tak ada. sekarang sakit buah pinggang, socso tak ada, insurance pun tak ada. Nak pohon bantuan dari JPA pun tak ada.