25/9/2010
KUALA LUMPUR 25 Sept. - Kongres Kesatuan Pekerja Dalam perkhidmatan Awam (CUEPACS) yakin kerajaan akan mempertimbangkan permintaan rakyat untuk mendapatkan bonus pada input belanjawan 2011 nanti.
Presidennya, Omar Osman berkata, pihaknya berharap kerajaan akan terus membantu dan mempertimbangkan permintaan tersebut untuk kesenangan dan kesejahteraan rakyat.
Beliau turut memberitahu, pihaknya sudah membuat permohonan rasmi kepada kerajaan dengan menghantar surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak beberapa bulan lalu memohon bonus dua bulan gaji untuk kakitangan awam dan pesara tahun ini.
"Dengan keadaan ekonomi yang menunjukkan peningkatan sekarang ini, kerajaan seharusnya mempertimbangkan permintaan tersebut dan jika tidak boleh diberikan bonus dua bulan gaji, CUEPACS berharap kerajaan mempertimbangkan pemberian sekurang-kurangnya sebulan gaji.
"Kakitangan awam merupakan tunjang kepada pembangunan negara, dengan itu saya harap tiada pihak yang mempertikaikan dan menafikan tuntutan pemberian bonus kepada penjawat awam," katanya ketika dihubungi di sini semalami.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai keyakinan CUEPACS mengenai saranan pembaca blog 1Malaysia Perdana Menteri untuk input Belanjawan 2011 yang meminta bonus kepada kakitangan kerajaan, pengurangan faedah kad kredit dan pinjaman perumahan kerajaan serta pelepasan cukai.
Menurut Omar, permintaan tersebut mampu menyuntik semangat untuk berkhidmat dengan lebih baik dan bermutu selain meringankan beban tanggungan 1.2 juta kakitangan awam.
Selain itu katanya, sudah tiba masanya kerajaan memberikan bonus kepada kakitangan awam kerana sudah dua tahun mereka tidak menerima bonus kecuali pemberian saguhati.
"Pemberian saguhati sebelum hari raya baru-baru ini pula bukan diterima semua penjawat awam seperti pegawai-pegawai atasan.
"CUEPACS yakin kerajaan tidak akan membiarkan kakitangan awam terutama yang berpendapatan rendah berasa terbeban pada tahun ini," katanya.
7 ulasan:
TAHUN LALU PM KATA KIUPEKS MERAUNG-RAUNG MINTAK BONUIH. TAHUN NI MINTAK-MINTAK JANGANLE LAGI DIE KATE BEGITU YEKK..
Saya cadangkan mereka agar menceburi sektor swasta, kerana anda boleh bersaing dengan pencapaian anda,tapi perlu ingat di sektor swaata kali pertama anda memang dinilai kelulusan setelah itu pengalaman anda yang akan dinilai, disana anda tak boleh menyebut anda berkelulusan tinggi tetapi akan dinilai akan keupayaan anda yg tinggi krana prestasi anda akan dinilai dgn Busines Plan syarikat anda, out put serta target mesti capai, satu syarat penting anda mesti berkeupayaan berkemunikasi dalam bahasa inggeris yg fasih.
Sementara di sektor awam ini cakap inggeris rojak pun boleh kot.Pegi seminar sana sisni bengkel sana sini klim sana sini masih boleh lagi kot, apalah nak dibangakan dgn kelulusan di malaysia ini byk lulusan penghafalan sebab itulah lahirlah lulusan yg tidak produktif serta inovatif sebab itulah tahap sektor awam di malaysia ini jauh tinggal kebelakang berbanding dgn negara jiran kita spt singapura.
Jgnlah pandang sinis kpd mereka berpendapatan rendah ini mereka juga berdidikasi terdapat juga hasil kerja mereka yg inovatif dan produktif yg berjaya telah dpt mereka laksanakan walupun berkelulusan rendah malangnya hasil mereka sering diekploitasi olih org atasan yg bijak serta oppourtunis, maaf saya katakan secara jujur.
bonus nih benda bersifat sementara...baik naikan gaji ikut gred macam pak lah buat dulu....ikut percent tu...semua dapat merasa...lama gak merasalah kot
Gaji kakitangan awam tak dapat diselaraskan buat masa ini kerana disebabkan ekonomi belum pulih di negra kita ini antara sebanya yang utama spt yang disebut oleh seorang usahawan jutawan Britaian dalam satu persidangan ekonomi baru2 ni antara lain menyebut:
Usahawan jutawan Britain Sir Richard Branson berkata perbicaran liwat membabitkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang berlangsung memberi kesan ke atas Malaysia dan mematahkan semangat pelabur untuk menanam modal di negara ini.
"Malaysia mempunyai reputasi yang baik di luar negara. Tetapi apa yang berlaku ke atas Anwar Ibrahim membawa kesan buruk ke atas Malaysia,” katanya pada majlis khas forum Invest Asia 2010, anjuran International Herald Tribune di Kuala Lumpur, hari ini.
"Saya fikir ia bukan isu utama tetapi yang pasti ia bagaikan duri dalam daging. Saya berpendapat ini telah berlarutan agak lama. Ini tidak baik di luar negara,” katanya .
Bercakap kepada kira-kira 800 pemimpin perniagaan di Kuala Lumpur, Branson berkata, imej negara masih lagi penting kerana ia membolehkan kerajaan untuk menarik para pelabur dan pada masa yang sama, melaksanakan dasar yang lebih baik untuk melengkapinya.
Kalau ekonomi belum pulih..jgnlah diwar2kan yng ekonomi kita telah pulih.Itu menipu namanya..ingat rakyat bodoh ke?
Tetapi di TV laporan mrnyatakan ekonomi kita terus berkembang sementara psaran saham turut cergas ringgit pul lebih baik dari dollar Amerika, tetapi penjawat awam yg menderita sebab kos sara hidup yg terus menghimpit mereka
tu yang die taw....bonus bonus bonus...kualiti kerja cam hampeh jugak....
Catat Ulasan