SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

06 September 2010

PENJAWAT AWAM HARAP TUNTUTAN PEMBERIAN BONUS DIPENUHI KERAJAAN

Berita Harian
2010/09/06



SEPERTI biasa tuntutan bonus untuk kakitangan awam sudah mula kedengaran terutama menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dijadualkan pada pertengahan bulan September nanti.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Omar Osman baru-baru ini dilaporkan memohon kepada Perdana Menteri agar kakitangan awam diberikan bonus awal ataupun bonus raya antara RM1,000 hingga RM1,500 sempena Hari Raya kelak. Fenomena meminta bonus ini bukan saja sudah menjadi agenda tetap di pihak CUEPACS tetapi juga menjadi harapan tetap setiap individu penjawat awam itu sendiri. Setiap tahun mereka meletakkan harapan yang sangat tinggi agar kerajaan akan menghadiahkan mereka dengan bonus tahunan.

Sebagai penjawat awam dan juga sebagai seorang pengguna, penulis melihat tuntutan ini adalah sesuatu yang normal dan wajar apatah lagi mengambil kira situasi ekonomi semasa yang menggamit pengguna dengan kenaikan harga barang keperluan terutama menjelang musim perayaan serta kos hidup yang tinggi secara keseluruhannya.

Pada masa yang sama, pihak kerajaan baik melalui Kementerian Kewangan mahupun Bank Negara pula secara berterusan mengeluarkan pelbagai kenyataan dan statistik yang cuba meyakinkan rakyat bahawa Malaysia tidak terjejas teruk angkara kemelesetan ekonomi global dan diunjurkan kita masih mampu bertahan dan menikmati pertumbuhan walaupun pada kadar yang minimum atau perlahan.

Malah baru-baru ini Bank Negara sudah pun mengumumkan bahawa ekonomi negara berkembang pada kadar 9.5 peratus dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini yang boleh ditafsirkan sebagai satu pencapaian yang cukup memberangsangkan.
Dalam hal ini kita percaya pihak kerajaan mempunyai fakta yang kukuh dan jelas yang membolehkan mereka meyakinkan rakyat kerana pengumuman ini amat melegakan kita semua. Kita juga yakin dengan pelbagai langkah dan inisiatif yang sudah dan sedang diambil oleh kerajaan untuk terus merangsang dan memacu kembali ekonomi negara bagi mencapai status negara berpendapatan tinggi seperti yang diidam-idamkan.

Justeru, selepas mengambil kira tahap kelemahan yang ketara dalam kuasa beli pengguna dewasa ini serta pengumuman kadar pertumbuhan KDNK yang cukup meyakinkan itu, adalah wajar pihak kerajaan mempertimbangkan dengan sedalam-dalamnya permohonan pemberian bonus yang diharapkan ataupun dengan mengambil kira keadaan semasa kita boleh katakan rayuan penjawat awam untuk mendapatkan bonus agar sambutan Hari Raya Puasa tahun ini dapat dirayakan dengan meriah.

Apapun kita berharap agar pihak kerajaan akan menimbang dengan adil dan saksama dengan mengambil kira semua aspek dan persekitaran sebelum membuat keputusan tentang tuntutan bonus raya pada tahun ini. Bagi penjawat awam pemberian bonus adalah suatu yang amat wajar dan sangat diperlukan terutama untuk perbelanjaan Hari Raya yang bakal disambut, namun bagaimana pula dengan kewajaran di pihak kerajaan?

NOOR MOHAMAD SHAKIL HAMEED,
Serdang, Selangor.

39 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kalau rakyat nak nilai kerajaan itu telah berjaya atau tidak dari sudut ekonominya, walaupun statik yg dikeluarkan kat media2 atau bank negara, pakar ekonomi dimedia menyatakan ekonomi keadaan baik serta ada peningkatan juga di bursa saham ada petanda peningkatan namun yg jelasnya dapat dibuktikan sekiranya kerajaan mampu bagi bonus yg tinggi serta munasabah kepada sektor awam, itulah petandanya, atau dgn lain perkataan kayu ukurnya.

Tanpa Nama berkata...

tak harap langsung ader bonus...propaganda je kata ekonomi baik tu..hakikatnya rakyat semakin terhimpit..

Tanpa Nama berkata...

masaalah kepada penjawat awam ini bukanlah kita ni tamak nak kan bonus tambahan atau gaji tambahan tetapi k'jaan perlu meneliti perkembangan ekonomi negara masakini di media2 kita telah dilaporkan dgn unjur2an ekonomi yang terus memberansangkan,laporan bank negara, laporan pelaburan di bursa saham terus berlegar dengan situasi yg yg meyakinkan, PM menyatakan kita berjaya bersaing dgn negara membangun, ekonomi negara terus berkembang, tetapi apa yg kita alami harga barangan yg terus meningkat, beras naik harga, gula naik harga, bawang naik harga, susu naik harga, ikan naik harga, chili api nak masak nasi goreng pun naik harga, tambang bus ekpress naik, teksi naik, anak2 sedang membesar keperluan makanan khasiat serta kesihatan adqlah modal insan untuk negara, pendidikan pula di negara ini sudah trend perniagaan semua nak kena bayar ipts ipta semua kena bayar yuran dan pendaftaran , sementara nak tunggu wang ptptn anak2 nak makan apa?, bukan kita nak hidup mewah macam pemimpin2 tu makan angin luar negara shopping keluar negeri, tapi kita nak hidup nak beri anak2 makan sedangkan gaji ditakuk lama sedangkan kos sara hidup terus meningkat ? inilah ketempangannya yg kita dpt lihat, situasi inilah realiti hidup bagi penjawat awam masa kini, bagi pegawai2 atasan ini munkin tak terasa.

Tanpa Nama berkata...

kenaikan harga barang terus menghimpit kami..walaupun dapat duit raya RM500..apalah sangat yang boleh didapati dalam keadaan sekarang?
macam aku ni,anak 4,isteri tak kejer,dok menyewa rumah di bandar,harga barangan runcit melonjak naik,tak mampu lagi ditampung oleh gaji yang tak seberapa ni..anak pun kadang2 pi sekolah tak bawa wang langsung,
nak melancong?huh...jangan mimpilah keluarga kami pasal tu...nak sambung hidup gaji ciput sebulan sekali ni pun dah cukup memeritkan.

Rahman Nanyan berkata...

Ni lah contoh rakyat yang tidak bersyukur, dah kerajaan BN sediakan kerja kamu nak gaji lebih2 pula, susah payah menteri BN mencari wang, kamu nak bazirkan bayar gaji mahal kepada kamu. Fikirlah sikit yr.

Lagi satu asyik2 ungkit kononnya harga barang meningkat. Bukankah Menteri berkaitan sudah keluarkan kenyataan bahawa itu tiada asasnya, malahan indeks pengguna kita semakin baik, inflasi juga makin berkurang. Pemimpin BN kita bekerja keras dan hasilnya kita makmur lebih dari Indonesia, Senegal, Nepal, Laos dan puluhan negara lagi.

Beri bonus adalah baik, tetapi rakyat harus berterimakasih kepada BN yang membayar kamu itu.

Tanpa Nama berkata...

Rahman kau ni, org bercuti luar negara, yg kita nak melancung jgn harap le, nak cuti pun terpaksa cari kerja kat luar lagi utk menampung hidup...lu pikir la sendiri....

Tanpa Nama berkata...

wahai saudara Rahman Nayan bukan BN yg bayar gaji PA kamu jangan silap rakyat jelata yg bayar gaji hasil dpd kutipan cukai mahupun kamu pembangkang BN berdiri atas pagar tu semuanya tidak terkecuali dpd bayar cukai saudara Rahman Nanya kalau tak pandai sebut jangan sebut BN tu hanya buang wang saja ke sana sini

jangan bawa sudut politik ke sini lagi saudara Rahman Nanyan di sini kita mahu ruangan ini bukan tempat berpolitik buat lah ruangan ini untuk memajukan PA kalau saudara sbg PA patut letak saja jawatan masuk saja politik

Ruangan ini janganlah anda campuradukan dgn politik PA mesti semua bebas dpd politik supaya dpt menjalankan kerja dgn lebih telus tidak berbelah bagi dalam semua perkhidmatan yg disampaikan kpd rakyat

Melalui ruangan ini kita sepatutnya membincangkan masalah PA saja jangan libatkan PA di arena politik fahamkah saudara Rahman dd

Tanpa Nama berkata...

Rahman Nanyan tu faham ke?nampak dia macam bodo jer..

Tanpa Nama berkata...

Aku rasakan Rahman Nayan ni kan bukan setakat bodoh tapi sombong..memang mamat ni bodoh sombong

Tanpa Nama berkata...

saya berpendapat tak payahlah kerajaan beri bonus kepada sebaliknya kerajaan yg mantap/mahu dihormati/disayangi PA/rakyat pihak kerajaan yg terlibat septutnya meningkatkan pendapatan PA ke tahap gaji yg lebih lumayan dan memberikan gaji mereka berdasarkan ilmu pengetahuan atau akedamik, pencapaian PA dlm bidang tugas mereka selaraskankan semua gaji di sektor awam naikkan gred gaji mereka Tentera dan polis sudah guna SPM Guru sekarang diploma/degree, jururawat dah diploma gred gaji mereka dan perlu diberi perhatian pula di jabatan lain kerajaan jangan abaikan jawatan lain PA supaya semua PA tidak ketinggalan dan memberi semangat mereka lebih kuat lagi memajukan negara

Kalau semua dpt menikmati kehidupan yg baik maka rakyat berpuas hati pencapaian lebih berkualiti lagi

Tanpa Nama berkata...

salam semua...
saya sebagai PA di negara ini ingin memberi sedikit pendapat tentang bonus. saya berharap sangatlah kami PA dapat penyelarasan gaji ke tahap yang boleh membuatkan kami yang bergaji rendah ini hidup selesa, dan bukan ke tahap hidup mewah.. kalau tak dapat bonus pun tak apalah.. yang penting gaji kami dinaikan sedikit.. cukuplah sekadar dapat menampung perbelanjaan makan minum anak bini, dan boleh menyimpan sedikit untuk digunakan bila ada kecemasan. jika PA yang bergred tinggi tu memang tidak akan terasa bebanan kami yang bergred rendah ini. so apalah kiranya kerajaan dapat melihat keperitan hidup kami yang di gred rendah ini.. wassalam

Tanpa Nama berkata...

salam semua...
saya sebagai PA di negara ini ingin memberi sedikit pendapat tentang bonus. saya berharap sangatlah kami PA dapat penyelarasan gaji ke tahap yang boleh membuatkan kami yang bergaji rendah ini hidup selesa, dan bukan ke tahap hidup mewah.. kalau tak dapat bonus pun tak apalah.. yang penting gaji kami dinaikan sedikit.. cukuplah sekadar dapat menampung perbelanjaan makan minum anak bini, dan boleh menyimpan sedikit untuk digunakan bila ada kecemasan. jika PA yang bergred tinggi tu memang tidak akan terasa bebanan kami yang bergred rendah ini. so apalah kiranya kerajaan dapat melihat keperitan hidup kami yang di gred rendah ini.. wassalam

Tanpa Nama berkata...

Kalau dinegeri seberang pendapatan dibawah S8,000 (dollar Singapura) boleh mendapat bantuan dan dianggap berpendapatan rendah (berada diparas kemiskinan), di malaysia ini RM 2,500 dianggap berpendapatan rendah(berada diparas kemiskinan), jika kerajaan gagal menstabilkan pendapatan terutama yg berkhidmat kepada kerajaan itu sendiri dgn kos sara hidup ini bererti k'jaan masih gagal menstabilkan ekonomi negara dan masih belum boleh dikatakan kita dah berjaya dan dpt bersaing dgn negara2 maju seperti singapura.

Tanpa Nama berkata...

CUEPAC

Tiap2 tahun kita minta bouns macam mahu minta sedekah, lebih baik lagi CUEPACS mintalah kenaikan gaji/naikkan gred gaji kami PA leh tinggi supaya kita tidak perlu lagi harapkan bonus tiap2 tahun kalau gaji sudah besar macam di negara singpura saya fikir kita PA tidak lagi mahu minta bonus tiap2 tahun

Tanpa Nama berkata...

Cuepas Gagal

Sebenarnya saya nampak cuepacs masih gagal dalam meperjuangkan nasib penjawat Awam ketahap gaji yg menasabah, cuepacs sebenarnya gagal menampakan kepada kerajaan dalam keperluan untuk meningkatkan gaji PA, cuepas perlu merangka kpd kertas kerja yg rapi agar pihak atasan dapat menilai serta berjaya menyakinkan kerajaan keperluan kenaikan gaji yg dapat menjamin kesetabilan ekonomi negara, kerana penjawat awam ini mereka hanya berbelanja didalam negara kepada keperluan sahaja ini dapat membantu meransang dan meningkatkan ekonomi domestik

Tanpa Nama berkata...

Masakan penjawat awam bagaikan anjing menyalak bukit mohon kenaikan gaji, sedangkan kita tak kurang ramainya pegawai2 yg profesional pakar2 ekonomi,tak kanlah tak pandai menilai kadar ekonomi semasa dgn kos sara hidup masakini.

kita sering salah perhitungan dgn meneruskan projek mewah dgn harapan kita akan berstatus sebagai negara maju dan dpt menarik pelaburan sedangkan diUK tidak ada bgn mencakar awan masih mengekalkan bgn2 lama tahap pencapaian mereka tinggi KDNK mereka tinggi dan berupaya menjana berpendapatan tinggi, dan boleh menjadi negara kebajikan kpd rakyatnya.

Takanlah kerajan nak tunggu cuepacs bagaikan anjing menyalak mohon kenaikan gaji baru diberi sedikit kenaikan atau baru nak pilihanraya barulah ada sedikit kenaikan sebagai nak pancing undi.

Kerajan perlu rasional serta profesional dalam mengatur mengurus sektor awam ini sebagai pelaburan dan pemangkin kepada ekonomi negara.

Rasanya kerajaan sedar pendapatan penjawat awam ini tak kemana melainkan akan dibelanjakan dlm negeri juga, selain sebagai membantu menjana modal insan (keperluan pendidikan anak2 penjawat awam)kalau perbelanjaan dlm negeri ini secara tak langsung akan dpt membantu peningkatan ekonomi domestik.

Kerajaan perlu menilai lebih radikal kearah perubahan untuk mencapai ketahap negara berpendapatan tinggi atau dapat bersaing sebagai sebuah negara maju sekurang2nya seperti Singapura.

nzam berkata...

komen dalam tajuk ni byk yg berfakta dan berilmiah...mcm ni la PA..tahniah!

Tanpa Nama berkata...

bukan macam sirahman nayan bodoh tu..kaki penjilat.

Tanpa Nama berkata...

CUEPACS

Pemberian bonus ini bukan plan jangka panjang utk meningkatkan taraf hidup keluarga PA oleh yg demikian tak payahlah CUEPACS menuntut bermatian dlm hal pemberian bonus yg paling penting adalah menaikkan Gred gaji PA yg rendah serta selaraskan sehingga gaji PA di Malaysia ini tidak dikatakan ditahap kemiskinan. Kita pun mahu menuju kpd negara maju serta inginkan Malaysia ini sebuah negara berpendapatan tinggi yg paling penting kerajaan naikkan gaji PA dahulu dari bawah sehingga ke atas tidak ada sesiapa yg dipinggirkan.

Sebenarnya kerajaan kita mampu menaikkan gaji PA sebab ekonomi kita diparas yg baik serta meningkat.

Utamakan dahulu kebajikan PA terutama sekali dari segi pendapatan mereka. Kalau semua PA berpendapatan tinggi tranformasi kerajaan dapat dilaksanakan dgn lebih cemerlang dan terbilang. Bagaimana PA dpt tumpukan perhatian mereka kalau mereka banyak menghadapi masalah terutama sekali dari kewangan mereka dgn gaji yg kecil tidak cukup untuk menyara keluarga terutama sekali bagi mereka yg ada anak sekolah.
Keadaan ini memberi kesan terhadap perkhidmatan mereka akan terjejas sebab banyak pekara yg perlu difikirkan bukan setakat kerja sahaja malahan masalah keluarga dari kewangan.

CUEPACS, kalau PA semuanya gaji ditahap yg baik kadar gaji mereka gaji mereka contoh seperti Office boy,Pemandu atau lain kerja sama gred bermula RM2,000.00 sebulan yg. sokongan Gred 17 gaji mula masuk RM 3,000.00 sebulan , yg Gred 27/29 RM 4,000.00 sebulan dan yg Gred 41 RM 5,000.00 sebulan dan lain2 lagi jawatan yg tidak dpt saya huraikan disini. Cubalah CUEPACS fikirkan idea ini. Saya berpendapat PA tidak akan merungut lagi kalau gaji sudah cukup serta seperti yg saya sebutkan tadi.

Saya berpendapat tentu semua PA sokong cadangan saya ini sebab semua tidak ketinggalan dlm arus kenaikan gaji.

Begitu juga saya berpendapat sementara waktu ini saya berharap kerajaan tangguhkan dalam membuat projek mega/yg besar2 tu berilah perhatian kepada PA kalau mahu dpt sokongan dpd PA dan keberkesanan tranformasi yg ingin dilaksanakan oleh kerajaan.

Suara2 PA perlu didengar mereka juga pemangkin dlm mentranformasikan pentadbiran kerajaan kerjaan nya ditentukan oleh semua PA di negara ini, kalau ianya tidak berfungsi bagamana kerjayaan dpt dicapai.

Gred gaji PA perlu dikaji secara menyeluruh, kebajikan PA perlu diberi perhatian. Kalau mahu negara maju sektor perkhidmatan awam berjalan dgn lebih mantap lagi mereka yg ingin melanjutkan pelajaran harus dibantu dan mereka yg sudah lulus dalam semua peperiksaan jabatan, KPSL serta mempunyai kelayakan akademik tertinggi seperti Ijazah seharusnya diberi peluang kenaikan pangkat lantikan ke Gred 41 dalam jabatan mereka kalau mereka diluar jabatan barulah mereka perlu bersaing dgn graduan baru perlu mengikut porsedur ditetapkan SPA.

Harap pihak CUEPACS ambil perhatian perkara ini.

Tanpa Nama berkata...

Gula-gula Bonus

Di media2 sering mengambarkan bantuan hari raya sebagai durian runtuh atau digembar gemburkan sebagai bonus, k'jaan sekiranya benar2 iklas dalam pemberian tersebut tidak perlulah disensasikan pemberian tersebut, sebaliknya telah menetapkan dalam perkiraan yg sistematik pemberian tersebut dalam perkiraan tertentu oleh kemeterian kewangan.

Janganlah isu bonus ini menyebabkan rakyat awam yg merasa marah dan cemburu serta perniaga2 akan mengambil kesempatan menaikan terus harga barangan dan perkhidmatan.

Dan saya benar2 menyokong sebagaimana sdr2 diatas agar kerajaan lebih mempertimbangkan kadar kenaikan gaji yang sewajarnya mengikut reputasi yg telah di beri oleh penjawat awam, serta menganalisa kadar pendapatan penjawat awam dengan kos sara hidup semasa agar segala usaha yang telah direncanakan oleh kerajaan dapat berjalan lancar hasil komitmen yang tinggi yang akan diberi oleh penjawat awam

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih kerana menyokong kami dari sarawak ni seperti Tahun Baru Cina, Gawai Hari Gawai Dayak dan Kristian kami tidak mengharapkan bonus atau pemberian kasihan seperti RM500.00 dpt juga kami merayakan perayaan tersebut. Tidak pernah juga kami tu merasa banyak cakap itu, ini. Kalau kita orang yg berhati mulia dlm menjalankan tugas tak payah kita harapkan apa2 semasa membuat sesuatu. Cakap bonus Hari Raya apa itu baru sebanyak RM500.00. Wahai saudara/ saudari kita mesti pejuangkan atau banggakan yg mengguntungkan masa depan kita dalam jangka masa yg panjang. Kita PA tak payah bangga dgn RM500.00 itu baru berapa ringgit saja. Kalau kita bangga dgn RM 500.00 tu nanti. Tiap2 tahun kita ni minta sedekah kasihan RM500.00 dari kerajaan saya nasihatkan PA mintalah yg lebih lumayan sedikit seperti kenaikan gaji sekurang-kurangnya RM600.00 supaya kita dpt menikmatinya tiap2 bulan kita PA tak susah minta sedekah taip2 tahun.

Maaf saudara saudari sekiranya bercakap kasar sedikit.
Hasil bumi kita ini kaya raya, pendapatan negara semakin meningkat dan kita PA perlu berfikir secara mendalam
Bagi saya walaupun gaji tidak besar saya tidak bangga dgn pemberian tidak ikhlas tersebut biarlah saya hidup hanya makan nasi putih bercampur garam saja Sambut perayaan pun dgn apa yg kita miliki tak payah buat secara besar2 an.

R berkata...

Sabah dan Sarawak akan berdepan nasib malang jika menyokong pembangkang. saya menyeru agar PA disana akan dipotong elaun nya kerana tidak setia pada negara kerana tidak menyokong BN. di bulan yang ,ulia ini, siapakah yang membayar kos hidup kamu disana kalau bukan kerajaan BN? hanya BN mampu mentadbir.

Tanpa Nama berkata...

Kata2 awak (R) diatas ini hanya menyinggong perasaan rakyat serawak atau sabahan ini kami disini mulia hidup dgn berusaha atas titikpeluh kami gaji yg dibayar kerajaan kpd kami adalah hasil negara Malaysia yg tercinta ini kami sebagai rakyat Malaysia bebas untuk menentukan masa depan kami dengan memilih BN atau Pembangkang ke itu hak kami telah termaktub dlm perlembagaan Malysia usah untuk mengugut atau mengajar kami atas apa yg kami tentukan bagi masa depan kami didalam sebuah negara Malaysia yg demokrasi

Tanpa Nama berkata...

kepada R : sesiapa pun mesti setia kepada diri sendiri dulu,dan baru dapat setia kepada negara. saya in PA dan sejak saya layak mengundi,semua undi saya pergi ke pembankang(that's the actual meaning of voting and not " forcing") supaya , " The show must Go On " . hanya ada undi-undi untuk pembangkang baru BN dapat " stand out from the crowd " -victory. kalau BN menang all the way,tak payah lagi untuk any GE - banyak saving atau cut-cost bagi k'jaan.

Tanpa Nama berkata...

kami mahu TAIB KELUAR DPD BN BARU KAMU TAHU DAN tAIB KAMI MAHU DIA JADI sULTAN sARAWAK YG PERTAMA BARU KAMU ORG TAHU MEMBENTUK SEBUAH NEGARA BORNEO YG MERDEKA @ DIPEGANG OLEH ORG BORNEO SENDIRI KAMI MAMPU HASIL MINYAK KAMI MASIH BANYAK HUTAN PUN KAMI BANYAK, TANAH PUN KAMI MASIH LUAS DAN SUBUR TEMPAT KAMI BERCUCUK TANAM TAHU TAK KAMU ORG.

Tanpa Nama berkata...

Rasanya R ni baru lahir agaknya, belum tahu apa2 ha.... baik R pi tengok buku2 pelembagan malaysia dulu baru nak tulis kat sini ha....

Tanpa Nama berkata...

Rasa saya R ini mungkin Rahman Nayan (BN) yang selalu cetuskan konflik serta isu politik dalam ruangan blog ini sekali lagi saya beritahu anda ruang ini cukop kecil untuk anda berkempen, sekiranya anda benar2 berminat untuk berpolitik sila letak jawatan bertandinglah sebagai seorang ahli politik. Saya rasakan anada bukan orgpolitik yg pro melalui hujah2an dangkal anda cuma pecacai warung kopi saja, tanpa penggunan ilmiah seorang politik.

Sekali lagi saya nyatakan diruang ini tempat luahan hati penjawat awam dalam isu2 yang berkaitan disektor awam termasuklah isu tuntutan kenaikan gaji, harap anda tidak menggunakan kesempatan meyelewengkan fakta dangkal anda

Tanpa Nama berkata...

orang macam Rahman Nanyan ni punca BN yg menjadi kalah disebabkan fikirannya tidak matang mahu memecah belahkan rakyat di Malaysia ini buat BN menjadi kalah teruk. Manusia Macam Rahman Nanyan tidak boleh titerima masuk UMNO kerana dia ni orang menjadi penghasut dalam UMNO boleh buat UMNO kacau bilau macam duri dalam daging hisap darah orang
sama juga dgn saudara manaf jeli.

Ruang disini mahu berbincang hal masa atau kebajikan PA dia pula bawa kita orang dgn politik. Kalaulah mahu berpolitik masuk saja politik letak jawatan dalam kerajaan masuk politik dan buatlah blog sendiri dan bicanglah tentang politik anda adakah orang sukakan anda yg tidak berfikiran waras bodoh punya manusia belajar tinggi2 tapi tidak pandai memikirkan kesan pd org lain

Tanpa Nama berkata...

Cuepacs Perlu Lebih Fokus Isu Kenaikan Gaji

Saya berharap cuepacs lebih fokus kepada seruan dari penjawat awam agar kenaikan gaji ini merupakan agenda utama yg perlu diutamakan dalam keperluan masa kini kerana mereka semuanya amat memerlukan disebabkan kos sara hidup yg melambung tinggi.

Fokus ini perlu dilaksanakan dengan menjemput SPA menteri atau timbalan menteri kewangan dan pengguna dalam satu dailog membicarakan isu ini dan kenapa keperluan tersebut, Cupacs perlu menhasilkan kertas kerja yg lebih ilmiah serta berpandangan jauh dari sudut keperluannya serta disokong beberapa tokoh ekonomi, sosial atau sebaginya dalam memebentang kertas kerja tersebut, dimana hasilnya perlu dirumus serta dipaparkan di laman2 utama cupacs serta disebarkan keseluruh jabatan2 kerajaan.

Sebelum seminar tersebut diadakan cuepacs perlu melantik beberapa pakar dan tokoh dlam bidang tersebut sebagai bengkel mendapatkan satu kertas kerja yg baik.

Tanpa Nama berkata...

Dasar Kenaikan Gaji
Pada dasarnya kerajaan perlu menilai semula asas kenaikan gaji ini selain kemampuan dana perbendaharaan negara, penilaian dari ekspek prestasi dan indek pengguna juga perlu diambil kira agar penjawat awam ini masih mampu diselia kebajikannya terutama bila berhadapan dengan kos sara hidup tinggi yg menyebabkan gangguan pada sosio ekonomi hidup mereka.

Kelemahan Struktur Penjawat Awam
Satu kajian menyelruh perlu dibuat agar dapat melihat akan kelemahan telah berlaku yang sedang berlaku dan akan berlaku didalam situasi tekanan ekonomi hidup yang tinggi yg dihadapi oleh penjawat awam ini.Gejala yg kurang sihat atau kelemahan yg akan berlaku sering menguasai hidup mereka seperti penyalahgunaan kuasa, penyelewengan, rasuah, kurang kecekapan, kurang bertanggungjawaban dan sebaginya akan berlaku, yang menyebabkan jati diri serta integeriti mereka mudah diekploitasikan oleh mereka yg sering mencari kesempatan.

Kerugian Kerajaan
Oleh kerana kelemah-kelamahan tersebut lama-lama kelamaan akan menjadi syndrom dalam sektor awam ini yg menyebabkan kerugian besar kepada projek2 kerajaan atau pengurusan dan sistem penyampaian kerajaan.Lihatlah apa yang berlaku terhadap runtuhnya stadium Kuala Terengganu dan kerosakan komplek sukan renang, dan banyak lagi yang telah pun tersebar dimedia2 dan mungkin banyak lagi yangmasih tersembunyi dan tidak dinyatakan yang bukan hanya projek2 tetapi dalam sistem berintegriti serta pengurusan.

Tanpa Nama berkata...

Banyak Isu2 Kenaikan gaji dan Bonus ada di kometar Berita Semasa untuk kita kongsi bersama
http://beritasemasa.com/

Tanpa Nama berkata...

Saya tidak sokong tuntutan pemberian bonus tu saya minta CUEPACS tuntut kenaikan gaji pegawai kerajaan, kaji gred gaji PA sebab sekarang gred gaji PA adalah sgt rendah berbanding dgn gred gaji negara maju seperti singapura dsb.

Kedua minta CUEPACS selaraskan semua gaji disektor perkhidmatan Awam dan lantikkan PA ke jawatan lantikkan Gred 27/29 kepada PA yg ada STPM/Diploma dan PA yg ada Ijazah lantikkan mereka ke jawatan Gred 41

Minta CUEPACS turunkan kadar pinjaman perumahan PA kepada 1% dgn segera supaya meringankan sedikit beban PA tu membayarnya.

Umur bersara PA saya cadangkan 60 tahun bagi pegawai lelaki dan perempuan adalah 55 tahun buat pilihan sendiri kpd mereka supaya yg ada masalah dpt bersara awal.

Tanpa Nama berkata...

Tranformasi kearah negara berpendapatan tinggi perlu menyediakan pelan yg kondusif kepada tangga gaji yg lebih baik kepada penjawat awam ke gred yg lebih seimbang dengan keadaan ekonomi semasa,bagaimana munkin segala perancangan itu dapat berjalan lancar dalam masa yg sama penjawat masih merangkak dan bergelut sosio ekonomi mereka dalam keadaan yg lemah, mereka perlu hidup dengan kehidupan yg sejahtera dgn kesihatan yang baik, serta keperluan hidup untuk keluarga dan anak2 dapat santuni.

Tanpa Nama berkata...

kalau kita lihat di Laman Utama Cuepacs megajak kita sama2 boycot atau kenaikan harga barangan, Cuepacs perlu sedar peniaga2 ini sentiasa berkembang dan menjana keuntongan mereka pada setiap tahun, spt syarikat2 utama di malaysia ni mereka berlumba mencapai sasaran keuntongan tahunan mereka.

Sedangkan kita sebagai penjawat awam masih menerima kadar gaji lama, bagaimana mungkin kita dapat hidup bersesuaian dengan kadar kenaikan ekonomi semasa, sedangkan barang2 keperluan itu perlu digunakan untuk kita hidup saban hari, inilah perlu dipikirkan oleh cuepac agar kerajaan mempertimbangkan membuat pelarasan gaji penjawat awam ini dengan bersesuain kadar kos sara hidup masa kini.

Tanpa Nama berkata...

Peningkatan Kos Sara Hidup
Kalau 10 tahun dahulu RM 15 cukup untuk beli ikan dan sayur dalam keluarga seramai 3 orang tapi masa kini sebanyak rm35 untuk kelurga yang sama ini belum lagi keperluan lain spt minyak masak, sabun basuh, bawang, tepung, susu, gula, gas memasak, boleh dikatakan semuanya telah meningkat hampir 75 hingga 85% ini belum kira tambang bus sekolah, yuran tadika, bagi anak yg menuntut di IPTA mereka perlu diselenggara sara hidup sebelum dpt pinjaman dari PTPTN ini belum termasuk kos IT dan kerja assigmentnya.
Begitu juga penjawat awam ini masih lagi terikat dgn hutang rumah, kenderaan, hutang peribadi(bagi membiyaai pendaftaran anak ke IPT)bagaimana sekiranya anak seramai 5 orang, keperluan2 inilah yg sering menganggu prestasi penjawat awam.

Rayuan kami
kami dari kumpulan sokongan ini berharap cuepacs berani menyuarakan kelohan kami ini pasal umur persaraan ini kami tak ambil kesah sangat, tp untuk sara hidup perlulah ada pelarasan baru yang bersesuian dgn kos sara hidup masa kini, dan kami bukan untuk hidup bermewah2 sekadar keperluan diri dan keluarga.

Tanpa Nama berkata...

Kadar peningkatan kos sara hidup sebenarnya telah meningkat sbanyak 160% sejak dari 10 tahun yg lepas, lihat saja kalau sepotong kuih dahulu cuma 10 sen saja dan kini telah naik sebanyak 30 sen sementara baru-baru ni dibulan ramdhan pula 5 keping untuk RM 2.00 bererti kenaikan harga barangan kini sentiasa berterusan sementara gaji masih berada ditakuk yg lama.

Tanpa Nama berkata...

sy setuju dgn kawan-2 yang lain berkaitan pertimbangan kerajaan berkaitan dgn gaji PA. TP ada sesuatu yang sy kurang puas hati. PA sering dipertikaikan apabila adanya isu kenaikan gaji & bonus. PA sering dikatakan " PA tu kerja malas tapi nak naik gaji / bonus''. atau "tak sedar gaji / bonus tu dibayar oleh duit rakyat". saya nak tanya. sape kata tu hanya duit rakyat, kita PA pun bayar cukai, tak kisah lah cukai ape pun (cukai pintu, LHDN, jalan & sebagainya). selain kita PA, pasangan kita yang kerja swasta juga kene bayar cukai.
jadi disini, kita PA kene ubah persepsi org awam. Sgb PA bukan senag. dulu ketika saya kerja swasta sy rasa masih blh tidur nyenyak. skrng bila ada je isu org awam kita rasa tanggungjawabnya.same-2 la kita buktikan kepada org ramai yg kita dpt beri perkhidmatan yang baik & mengikut kehendak pelanggan.
Utk En "R" sy rasa tak sesuai kita bincang isu politik disini. sebenarnya kita pun tak sure EN "R" ni BN atau pembangkang yang cuba membangkitkan kemarahan kita.

Tanpa Nama berkata...

Pekara2 yg disebut itu bukan isu utama, tetapi kemajuan negara yang dicapai dari hasil KDNK yang meningkat perlu selaras dengan pemberian bonus dan kenaikan gaji dalam pelarasan sepatutnya telah dilakukan setelah lebih 5 tahun agar ianya seimang dgn kos sara hidup, dengan itu komitment penjawat awam dijangka akan terus meningkat disebabkan dpt dikurangkan disebabkan ekonomi hidup mereka telah bertambah baik

Tanpa Nama berkata...

Tranformasi Kearah Negara Berpendapatan Tinggi

Kita lihat Cuba telah membuat tranformasi dimana hampir sejuta penjawat awamnya telah diberi separuh gaji dan diberi latihan bagi memulai kerjaya hidup masing2 setelah di berhentikan dari khidmat awam, ini semua dilakukan disebabkan untuk memulihkan ekonomi negara tersebut.


Pembentangan Tranformasi
Pembentangan ini akan dibuat oleh PM kita pada 26 Okt 2010 di PWTC, mudah2an apa yang kita jangka akan memberi berita baik yg melibatkan penjawat awam, insallah begitu juga harapan kita pada pembentagan bajet 2011 nanti