SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

22 September 2010

PEMILIHAN : KONTRAK CUEPACS PRESIDEN DISAMBUNG, PENDIRIANNYA PENENTU SAINGAN

The Malaysian Insider
Oleh G. Manimaran
22/9/2010





KUALA LUMPUR, 22 Sept — Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), badan induk kesatuan perkhidmatan kerajaan, dijangka bakal berhadapan dengan saingan sengit pemilihan yang dijadual untuk dilangsungkan hujung tahun ini.

Dua badan induk kesatuan sekerja negara ini akan mengadakan pemilihan sekitar Disember. Selain Cuepacs, turut akan mengadakan pemilihan ialah Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) yang akan menyaksikan kekosongan kerusi setiausaha agung.

Tumpuan kini beralih sama ada Omar Osman yang memimpin Cuepacs sejak empat tahun lalu akan mempertahankan kedudukannya.

The Malaysian Insider difahamkan Omar akan mengumumkan pendirian beliau pada 8 Oktober ini. Cuepacs yang terdiri daripada 120 anggota gabungan mewakili 300,000 kakitangan awam akan mengadakan mesyuarat kongres pada 8 Oktober.

Omar, 58, telah disambung perkhidmatan beliau awal minggu ini.

Difahamkan kontrak perkhidmatan staf Universiti Putra Malaysia ini disambung, dipercayai enam bulan lagi.

Cuepacs akan mengadakan mesyuarat majlis kongres 8 Oktober ini bagi membincangkan tarikh pemilihan yang bakal diadakan sempena persidangan perwakilan tiga tahun sekali.

“Saya akan membuat pengumuman sama ada bertanding atau tidak pada 8 Oktober ini... jika anggota gabungan mahu saya bertanding, saya akan bertanding, saya serah kepada mereka meskipun saya menerima sokongan ketua jabatan dan ketua pengarah perkhidmatan awam agar perkhidmatan saya disambung.

“Saya tidak tahu sama ada akan dipilih semula atau tidak, terpulang kepada perwakilan. jika saya dipilih semula, saya akan meneruskan khidmat sebagai presiden (Cuepacs),” kata beliau yang merujuk kepada sokongan perkhidmatan awam meneruskan tempoh khidmat dalam kerajaan.

Justeru, keputusan Omar dijangka akan menjadi penentu sama ada jawatan itu akan kosong presiden ataupun sebaliknya.

Jika Omar mengosongkan kedudukan itu kerusi tersebut kemungkinan akan menjadi saingan antara dua timbalan presiden masing-masing Aziz Muda dan Husin Mohd Yasin serta Setiausaha Agung Ahmad Shah Mohd Zin.

Aziz, Presiden Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Penguasa Tempatan (Anulae) ketika dihubungi mengakui memang ada hasrat untuk bertanding jawatan presiden.

“Bagaimanapun jika Omar masih mahu bertanding, saya akan beri beliau laluan,” kata pemimpin berusia 53 tahun ini.

Bagaimanapun Husin berkata, masih awal untuk membuat pengumuman mengenai perkara itu.

“Kita tunggu dan lihat dulu. Masih terlalu awal, pemilihan masih jauh lama. Lagipun, saya kena berbincang dengan kawan-kawan saya,” kata presiden Kesatuan Kakitangan AM Universiti Malaya ini.

Ahmad Shah, setiausaha agung dua penggal hanya mahu membuat pendiriannya pada 8 Oktober.

“Kita tunggu hasil mesyuarat, saya akan membuat keputusan sebelum saya pergi mengerjakan haji,” kata beliau.

Persidangan perwakilan tiga tahun sekali kali ini dijangka akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kan aku dah cakap dua dalam satu..Serampang dua mata..Ada yang tersirat daripada kempen pencen umur 60 tahun..Pak omar dah disambung kontrak selama 6 bulan lagi..bukan apa menunggu kerajaan luluskan pencen 60 tahun...

Tanpa Nama berkata...

memang betul tu ...ada udang disebalik batu ...bagilah can orang lain pulak teraju ...mungkin ada sesuatu idea yang lebih menarik lagi...untuk kita semua..tak mainlah isu bersara 60 tahun..carilah isu yg lebih menguntungkan semua kakitangan awam ..betul tak gang..

Tanpa Nama berkata...

Umpan pencen 60 sudah mengena, semua tahu yg suka pencen 60 adalah pembesar-pembesar yg bergaji besar makanya nak dpt udang ke angkat batu.

Fariz Mahmood berkata...

pencen x penting, yang penting ialah nasib kami pegawai kontrak. jika sokongan tu, eloklah dibiar kerana mereka hanya berkelulusan SPM dan boleh bekerja di kilang dan pasaraya, tapi bagi kami yang berijazah dan profesional, kami adalah harta negara yang tak ternilai. serapkan lah kami dengan segera agar nasib kami tidak terabai. takkan susah payah belajar tiba2 nak kerja bawahan pulak

Tanpa Nama berkata...

Fariz Mahmood..Perkataan & Ayat Anda mencerminkan peribadi anda..Patutlah anda tak dapat kerja tetap..Anda jenis ynag tak reti bersyukur.Ramai Kakitangan sokongan yang ada ijazah tak dapat jadi pegawai.Daripada bagi kerja tetap kat Awak & species sewaktu dgn awak baik bagi kerja kat kami. Kami dah banyak pengalaman.Kami bermula dari bawah..tahu masalah jabatan berbanding debgan awak

Atan berkata...

OOOO...saudara fariz ni ada ijazah rupanya, tapi cakap macam orang yang tak berpendidikan tinggi pulak. Berijazah bukanlah bererti kita dah profesional atau layak bergaji tinggi.

Dah ramai pa bawahan pun dah berijazah, malah mempunyai master pun, juga mengharap jawatan lebih baik, tapi apa boleh buat, rezki belum ada, betul sahabat kita kata pertuturan saudara melambangkan peribadi anda, kalau jadi boss nanti mati pa bawahan.

Tanpa Nama berkata...

pak omar tak usah bertanding, tuan kehabisan modal. bagi peluang kpd orang baru.tuan hanya dilanjut kpd 6 bulan shj.
lu pikirlah sendiri omar.

Tanpa Nama berkata...

Golongan Muda....

Sudah-sudahlah nak pegang jawatan Presiden tu, bagilah kepada yang lebih layak dan membawa pembaharuan kepada perjuangan CUEPACS. PM/Menteri pun tau nak lepaskan jawatan. Takkan Pak Omar tak baca komen2 kat website ni...

Tapi biasalah, Pak Omar belajar dari ketua jabatan juga yang banyak sambung kontrak...apa yang nak dihairankan....

Harapan supaya PM tamatkan jer mana2 pembesar dalam kerajaan yang dah tamat kontrak supaya peluang diberikan kepada yang sewajarnya...

Tanpa Nama berkata...

Baguslaa tuu sambung 6 bulan jee.. sehingga selesai AGM CUEPACS bulan Disember nii. Pak Omar bukannya nak tongkat langit.Sekadar untuk meninggalkan CUEPACS dengan keadaan terbaik dan harmoni. Tak usah komen laa kalu tahu tahu hujung pangkal buat dosa free jee.

Tanpa Nama berkata...

en fariz...kepala butuh ko...ko ingat kami kontrak yang takat SPM nih pi mampus macam tu aja...tak dak kami...tak dak ko...bodo bahalul....ada tak ko sedar...kenapa sekarang gred 41 diwujudkan secara kontrak...pasai paling banyak kes RASUAH...RASUAH....kami bawahan nih walaupun kontrak akan buat union nanti bagi memastikan walaupun berkhidmat kontrak...kebajiakn mesti terbela

Tanpa Nama berkata...

hang nak tau dak en fariz...di universiti tu tak semua ilmu diajar...semua ilmu hayat dan basic sahaja....mana mana saintis lahir dari ijazah sarjana muda....semua kena lakukan kajIan dan mendapat hasil baru ada sarJaNa atau PHD....oklah...disini hang taukah apa itu Lotus 1-2-3...sah tak tau...tapi itulah yang PA bawahan guna untuk cetak slip gaji ko ...bukan ko yang cetak slip gaji atau kira duit gaji PA atasan...semuanya kerja gred 27 kebawah...ko tau sign...tinggal...main facebook...tido...balik...esok ulang benda yang sama....idea bawahan langsung tak dengar...kalau ada 30 orang minda cam ko...30 tu kena bunuh kat pasaraya ...tepi jalan....sebab ko kata kami tak layak dapat tetap...ko sorang aja layak....burukah kami PA bawahan....atau ko dah jadi kaum nabi Nuh yang cakap takbur kata bahtera nabi nuh kerja gila...tapi bahtera itulah penyelamat nyawa kami...orang sepatutnya bincangidea itu walaupun nampak gila-gila ...bukan suruh lulus terus......ko pergi mampus dengan idea ko....tamak sorang diri

Tanpa Nama berkata...

aku nak kasi taulah...universiti mana susah nak belajar...kalau dak... tak banyak leh buat PJJ atau fulltime walaupun dah berkhidmat lama dalam gomen....ko en faiz anak manja kot...lembik...tak mapan...orang bawahan nih kerja berat...walaupun dah ada sarjana...nih baru ada sarjana muda dah rasa nak jadi Jusa...buang kakitangan bawahan kontrak...bagi ko sorang aja kerja...biasalah..anak manja...ko tahu tak berapa ramai mat degree dan diploma tak dapat kerja....sekurang-kurangnya dapat ko merasa duit gomenwdan leh ambik habis semua KWSP bila diserap ke tetap melalui skim pencen...tunggulah dengan sabar...aku dah kerja 15 tahun kontrak tak bising pun...la KWSP dan dekat 60k....tu belum masyuk tetap lagi...60k buh ASB atau pi haji anak bini aku