SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

03 September 2010

PELAN LALUAN KERJAYA

Berita Harian
Oleh Johari Ibrahim
2010/03/10



PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan kajian dan pelan penambahbaikan laluan kerjaya membabitkan peluang kenaikan pangkat pegawai perubatan, pergigian dan farmasi di Kementerian Kesihatan serta pensyarah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan perguruan.

Malah, Perdana Menteri turut mengarahkan kajian komprehensif dilakukan terhadap penggunaan sistem 'pool' yang dianggap sebagai alat tindakan pentadbiran bersifat menghukum penjawat awam. Kajian mengenai skim perkhidmatan pensyarah dan sistem pool itu diumumkan Najib pada majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-11 (MAPPA XI) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini, manakala pelan penambahbaikan laluan kerjaya pegawai perubatan, pergigian dan farmasi diperincikan dalam satu kenyataan, petang semalam. Perdana Menteri berkata, kerajaan sudah mengkaji dan menyediakan pelan laluan kerjaya untuk pegawai perubatan, pergigian dan farmasi secara komprehensif dari gred lantikan hingga ke Gred 54 yang akan membabitkan perbelanjaan tambahan RM200 juta setahun.

Beliau berkata, inisiatif itu dilaksanakan bertujuan menambah baik laluan kerjaya pegawai dalam kumpulan itu supaya berpeluang meningkat hingga ke Gred 54 dalam tempoh yang lebih wajar.

Berdasarkan pelan laluan kerjaya itu, pegawai perubatan dan pegawai pergigian pakar berpeluang dinaikkan ke Gred 54 dalam tempoh sembilan tahun daripada tarikh mula berkhidmat; pegawai perubatan (klinikal/pentadbiran) dan pegawai pergigian (klinikal/pentadbiran) pula 12 tahun dan 14 tahun bagi pegawai farmasi.

Najib berkata, penambahbaikan pelan kerjaya itu adalah lebih baik berbanding tempoh purata sekarang, iaitu antara 11 tahun hingga 17 tahun bagi pegawai terbabit untuk dinaikkan ke Gred 54.
Perdana Menteri berkata, melalui penambahbaikan laluan kerjaya itu, kerajaan berharap pegawai perubatan, pergigian dan farmasi di Kementerian Kesihatan akan terus memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

"Kerajaan melaksanakan penambahbaikan laluan kerjaya ini sebagai mengiktiraf sumbangan dan peranan pegawai perubatan, pergigian dan farmasi dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan kepada rakyat.

"Kerajaan yakin usaha penambahbaikan ini dapat meningkatkan komitmen dan azam mereka untuk menjayakan hasrat meningkatkan tahap perkhidmatan hospital kerajaan," katanya.

Tahun lalu, 9,871 pegawai perubatan dinaikkan pangkat ke Gred UD44 apabila kerajaan bersetuju melaksanakan kenaikan pangkat secara terus ke gred berkenaan kepada semua pegawai perubatan dilantik mulai 1 Januari 2008, iaitu sebaik menamatkan 'housemanship' selama dua tahun dan berdaftar penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia.

Kini, Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Kesihatan melaksanakan urusan kenaikan pangkat ke UD48 apabila ada di kalangan 9,871 pegawai perubatan terbabit telah mempunyai ijazah Sarjana mengikut bidang kepakaran masing-masing serta tempoh perkhidmatan dan pengalaman yang lama.

Perdana Menteri berkata, urusan kenaikan pangkat itu dijangka dilaksana sebelum 31 Mac ini.

Terdahulu, pada majlis Mappa XI, Najib berkata, kajian terhadap skim perkhidmatan pensyarah IPTA dan perguruan membabitkan peluang kenaikan pangkat seseorang profesor hingga ke tahap Turus tanpa perlu memegang jawatan dalam pentadbiran, berbanding Gred Khas A pada masa ini.

Beliau berkata, jawatan profesor tidak semestinya dibendung oleh jawatan yang dipegang Naib Canselor sesebuah universiti, sebaliknya profesor yang berwibawa dan tersohor boleh menerima gred yang lebih tinggi daripada Naib Canselor.

"Ini perubahan yang meletakkan kepada penilaian seorang itu dari segi tahap keilmuan pada dirinya, bererti bahawa tidak semestinya seorang itu nak naik pangkat mesti berebut jawatan untuk jadi Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor.

"Apa yang saya lihat sekarang ini, oleh kerana tak ada peluang untuk meningkat lebih tinggi lagi melalui jawatan profesor, menjadikan jawatan Naib Canselor satu rebutan di kalangan ahli akademik," katanya pada majlis yang turut dihadiri Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Najib berkata, kenaikan pangkat itu perlu berdasarkan meritokrasi kerana negara memerlukan yang terbaik dan tidak boleh bertolak ansur terhadap mediokriti atau budaya 'kecincaian' dalam usaha menjadikan IPTA di negara ini sebagai model kecemerlangan.

"Jadi apabila buka peluang untuk kenaikan pangkat berdasarkan keilmuan mereka, maka tidak semestinya orang itu dapat jawatan lebih tinggi dengan memburu jawatan Naib Canselor.

"Ini akan meletakkan nilai penguasaan ilmu itu dan kemahiran yang ada pada seorang ahli akademik yang menjadi tonggak utama penentuan jawatan lebih tinggi," katanya.

Bagaimanapun, katanya, satu sistem 'peer review' perlu diwujudkan di kalangan mereka yang layak untuk membuat penilaian terhadap seorang bertaraf profesor supaya proses kenaikan tidak tertakluk kepada penilaian seorang individu saja.

Mengenai sistem pool, Najib berkata, beliau sudah mengarahkan kajian komprehensif dilakukan supaya elemen keadilan asasi, iaitu hak untuk didengar dan dinilai secara berkecuali perlu dijadikan sebahagian prosedur.

"Saya mendengar bisikan dan suara hati penjawat awam. Saya tahu dan saya peduli," katanya.

25 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Amatlah baik sekiranya pelan laluan kerjaya ini juga diaplikasi kepada kakitangan perkhidmatan sokongan kerana mereka juga ada yang telah memiliki ijazah. Seharusnya amalan ini patut dipraktik di semua peringkat kerana ia boleh menjamin keberkesanan dan peningkatan mutu perkhidmatan awam. Bukankah ini yang dicanang oleh Yang Berhormat PM untuk menjadikan kakitangan awam di negara ini berilmu dan berpengetahuan tinggi?

Tanpa Nama berkata...

Sekiranya semua pihak berhak mendapat kenaikan pangkat berdasarkan ilmu dan pengetahuan yang dipelajari, negara kita boleh berkembang dengan lebih maju seiring dengan negara maju lain. Pastikan ada cara dan kaedah yang bersesuaian untuk menjadikan hasrat itu tercapai

Tanpa Nama berkata...

bilalah skim perkhidmatan sokongan yang bekerja di bahagaian pentadbiran dan pengurusan di beri laluan kenaikan pangkat yang lebih baik? tunggu 15 tahun, baru dapat KUP.kalau ada diploma dan ijazah sekali pun. belum tentu pencen nanti bersara sebagai penolong pegawai atau jadi pegawai. kalau kerani yang ada ijazah sekali pun. lepas 15 tahun, baru dapat N22 KUP. bagi lah peluang kerjaya yang lebih baik untuk kakitangan sokongan yang bekerja di peringkat pentadbiran dan pengurusan yang memiliki kelulusan tinggi.

Tanpa Nama berkata...

kalau nak buat plan tu buat semua la

Tanpa Nama berkata...

bukankah saya dah kata....

mula2 kaji gaji guru..lepas tu doktor..lepas tu askar..lepas tu polis...kehkehkehkeh...

kauorang tak percaya...

hari ni dia umum doktor dan guru...esok askar dengan polis pula...5, 6 bulan lagi dia umum gaji guru dan doktor balik..elaun ke apa ke..

bergilir2lah...

kakitangan awam yg lain..?? bersabarlah....ada diploma ke..ada degree ke..ada master ke...Phd ke....malam sikit la...kroni kroni tak apa la...

inilah malaysia....kena faham benar2...

kehkehkehkeh...

Tanpa Nama berkata...

Dunia berputar bagaikan roda impian...Polis naik gaji & elaun...guru naik gaji & elaun...doktor naik gaji & elaun...askar naik gaji & elaun...Polis naik gaji & elaun...guru naik gaji & elaun...doktor naik gaji & elaun...askar naik gaji & elaun...Polis naik gaji & elaun...guru naik gaji & elaun...doktor naik gaji & elaun...askar naik gaji & elaun... pi mai pi mai tang tu jugak...

Tanpa Nama berkata...

Minta jasa baik PM agar mengkaji semula skim perkhidmatan Pegawai Sains di negara ini,kita merupakan golongan saintis yang sering diabaikan dalam apa jua pelan penambahbaikan dalam perkhidmatan awam~~ terima kasih sekiranya YB Dato Seri Najib dalam meneliti isu ini...

Tanpa Nama berkata...

tak baik ada perasaan jeles..kalau nak merasa juga, sila mohon kerja under skim tersebut..mungkin kerani yang ada master/phd dapat jadi lecturer U jugak ke? amacam?

Tanpa Nama berkata...

bukan soal jeles...tapi soal cara kita memberi gaji pada pekerja awam di malaysia..tak apelah cikgu, polis, askar dan doktor naik gaji tak berenti renti..tahniah le...tapi yg kita pertikaikan ialah kenape kerajaan meminggirkan kenaikan gaji atau skim di sektor pekerjaan yg lain..ape..tak penting sangatkah sektor pekerjaan awam yg lain tu..ke..ada motif tertentu kerana asyik berputar2 di sektor tertentu sahaja..

tak apelah..lepas ni najib pujuk kakitangan awam yg lain dengan bagi bonus tambahan RM500 hujung tahun..

heee...

Tanpa Nama berkata...

Memang betul..balik-balik guru, doktor, polis jer asyik naik gaji...setiap tahun ada jer kenaikan...gred, elaun dan macam-macam...Memang dan sememangnya tidak adil bagi kategori yang lain...Baik PM berfikir...adalah kategori jawatan lain tidak penting...yang pasti ini akan melemahkan semangat kakitangan yang tidak dilayan dengan sempurna...menjadi lebih malas ,tidak menyambut seruan kerajaan dan sudah pasti tiada langsung semangat ingin berbakti sebaiknya pada perkhidmatan yang di sandang beliau...Renung-renungkanlah.

manaf Jeli berkata...

saya cadangkan agar guru dipecat semuanya kerana ada kalangan mereka menyokong pembangkang. sila pastikan hanya ahli Umno yang berhak sahaja menjawat jawatan yang paling senang kerjanya itu. kami juga inginkan gaji seorang guru. sepatutnya pengambilan guru diberatkan kepada ahli sahaja kerana mereka benar2 patriotik kepada nusa dan bangsa.

dan kepada guru kemas, eloklah mereka ditetapkan. mereka berjuang banyak untuk parti, tapi status kontrak sahaja berbanding guru/doktor yg byk pro-pembangkang. Ini boleh menimbulkan amarah ahli bila dinista dan disindir ''sia2 ja pulun lebih sokong BN, pencen pon tarak''

Tanpa Nama berkata...

cuba lah buat utk semua jawatan, ini bagi jawatan terpilih, kenapa malaysia selalu buat seperti ini... apa kah jawatan itu sahaja yang ada dihati kerajaan,,,,,,

Tanpa Nama berkata...

kerajaan atau PM kita mungkin tak dapat nasihat yang sewajarnya daripada penasihat beliau. jadi itulah yang terjadi..

kalaulah penaishat beliau ok, saya rasa baru ok juga tindakan beliau.

sistem pemberian gaji atau gred tak wajar diputar pada satu tempat sahaja..agih2kan lah pada sektor yang lain sama..baru adil dan sempurna.

apalagi kakitangan awam yang dah lama berbakti...tak adakah di hati kerajaan nak bagi imbuhan tertentu atau gred tertentu?

kerajaan kita pada bab ini mungkin sedikit jumud cara berfikirnya.

itulah yang penting tugas penasihat...bukan penasihat 25%...

kehkehkehleh...

Tanpa Nama berkata...

masa you org mohon dulu statusnya kerja kontrak tak kan kamu tidak baca dan tidak tahu kalau kerja tu kerja kontrak takkan diubah jadi kerja tetap kenapa tidak mohon kepada kerja tetap bersainglah dgn org lain wahai saudara/saudari pekerja kontrak

Tanpa Nama berkata...

Zaman sekarang susah nak dapat kerja boleh ka nak memilih kerja kontrak @ tetap??????pkir2 la org yg becakap di atas, xkena dkt kau mmgla kau x rasa apa2,dah kena baru kau tau....Golongan nie pon kakitangan kerajaan jugak cuma bezanya status je, bt kerja sama je,diorg pon ada perjuangan sendiri iaitu utk diserapkan ke jawatan tetap,mcm glongn berjwtn tetap diaorg pon berjuang jgk nak naik gj la,nk dp bonus la....

Tanpa Nama berkata...

kenapa apa-apa hal semua guru saja yg mendapat perhatian kita kum sokongan ni dok meminta saja ...golongan guru ni x payah meminta tup-tup dapat ni dapat tulah kalau nak buat sesuatu kebaikan tu biarlah menyeluruh kepada kakitangan awam yg lain...tak faham betullah ..tapi kalau kum sokongan meminta kenaikan gaji ...persennya lebih sikit dari guru merekalah orang yg banyak komplain..

Tanpa Nama berkata...

wahai saudara/saudari pekerja kontrak orang kerja swasta, buruh pun tidak kerja tetap tidak juga banyak komplin oleh itu kenapa mahu minta kerja kontrak dulu mintalah pekerja tetap dah bertahun2 kerja tersebut kenapa tidak tukar

jangan harapkan kerajaan saja, mahu kerajaan bankrapkah bayar gaji kamu org.

kalau tahu susah mahu dapat kerja bagaimana orang lain yg tidak ada kerja pun tidak merungut sudah bagus kamu dpt kerja tersebut berterima kasih saja kepada UMNO mengikut cakap manaf jeli yg dah bagi kamu kerja tersebut

Tanpa Nama berkata...

biasa lah..profesyen perguruan ni adalah 2/3 daripada penjawat awam..angka yang amat besar..dan guru-guru menuntut pembelaan daripada NUTP..persatuan mereka kuat..kalau mahu menuntut pembelaan juga..tuntutlah melalui persatuan yang kuat dan bersuara lantang..

Tanpa Nama berkata...

Pelan laluan kerjaya amat baik utk PA kalau ianya diperluaskan kepada semua jabatan kerajaan jangan saja diberikan kepada segelintir jabatan.

Kalau dibuat secara menyeluruh ia amat baik utk PA kerana dpt memajukan lagi taraf hidup PA dan kesannya pencapaian mutu kerja mereka lebih cemerlang.

Dari segi kenaikan pangkat atau jawatan lantikkan kalau ada kekosongan pihak kerajaan (SPA) patut mengutamakan dulu pegawai2 di jabatan tersebut yg sesuai dgn kelayakan akedamik/kelulusan/pencapaian mereka dpd mengambil pegawai2 baru yg memerlukan latihan yg banyak @ kursus kpd mereka. Bagi pegawai2 yg sudah lama berkhidmatan pihak kerajan tak payah beri kursus kepada mereka pun sudah pandai buat kerja masing2 berdasarkan pengalaman kerja yg bertahun2 dlm jabatan tersebut.

Tanpa Nama berkata...

CUEPACS
Saya berharap pelan laluan kerjaya ini ini diperluaskan kepada semua sektor perkhidmatan Awam jangan ada yg tercicir merangkumi semua PA dan kepada mereka yg masih lagi bertenaga utk memajukan diri kita galakkan utk menimba lebih banyak ilmu pihak kerjaan terutama sekali SPA atau KSN perlu menjaga kebajikan mereka yg mahu memajukan diri degan memberikan kelonggaran kepada mereka utk mengisikan kekosongan jawatan lantikkan terutama sekali bagi mereka yg sudah memiliki IJazah perlu dilantik kepada jawatan lantikkan Gred 41 bagi meningkatan lagi mutu perkhidmatan mereka dlm sektor kerajaan.

Saya meminta pihak kerajaan peka dgn masalah kebajikan PA terutama sekali utk dilantikkan ke jawatan lantikkan Gred 41 bagi yg memiliki Ijazah serta telah berkhidmatan dgn jabatan tersebut berpuluh2 tahun serta menunggu masa mahu bersara diberi peluang kepada mereka dilantikkan ke jawatan lantikkan Gred 41 kdp mereka yg mempunyai Ijazah yg diiktirafkan oleh kerajaan sahaja.

Tanpa Nama berkata...

nasib 60,000 pegawai dan kakitangan kontrak tak dapat perhatian ker?? masa pilihanraya mereka2 inililah yang dikerah untuk membantu kerajaan... ada yg telah berkhidmat lebih tiga tahun malah dan berbelas tahun dan berpuluh tahun... bagilah mereka peluang untuk merasa nikmat kemerdekaan... pencen pun takde...

Tanpa Nama berkata...

mudah saja kalau nak demand dengan kerajaan ni...

jangan undi dia masa PRU13 esok pasti dia akan dengar rungutan kita ini..kalau tak...dia ingat kita tak kisah gaji naik ke tak naik...mungkin guru, askar, polis kuat pengaruh mereka..sebab itu kerajaan dengar rungutan mereka...kita 'duduk di takuk lamalah..'

macam mana pendapat saya itu..boleh pakai ke?

heeeeeeeeeee.....

Tanpa Nama berkata...

saya sokong saudara/saudari di atas biar gaji kita dikalangan PA yg dipingirkan masih ditakuk lama dan suara kita tidak diperdulikan oleh kerajaan tapi PRU ke 13 nanti baru tahu dan rasa

Tanpa Nama berkata...

Semua penjawat awam, sempena hari raya dapat bonus rm500...saya pun penjawat awam juga kenapa tak dapat rm500 tu.... hairannya ada yang kerja baru 2 bulan dapat bunos tu pula.... kenapa boleh jadi macam ni?

Tanpa Nama berkata...

Semua penjawat awam, sempena hari raya dapat bonus rm500...saya pun penjawat awam juga kenapa tak dapat rm500 tu.... hairannya ada yang kerja baru 2 bulan dapat bunos tu pula.... kenapa boleh jadi macam ni?