SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

03 September 2010

17,587 PENJAWAT AWAM SABAH TERIMA BANTUAN KHAS KEWANGAN

Bernama
2/9/2010



KOTA KINABALU, 2 Sept (Bernama) -- Kerajaan negeri Sabah telah meluluskan bayaran bantuan khas kewangan sebanyak RM500 kepada 17,587 anggota perkhidmatan awam negeri yang layak selaras dengan keputusan kerajaan persekutuan baru-baru ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata sebanyak RM9.73 juta diperuntukkan untuk tujuan itu dan bayaran dijangka dapat dibuat sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri.

"Keputusan pembayaran bantuan khas ini juga dipanjangkan kepada pihak berkuasa tempatan dan badan-badan berkanun negeri untuk penerimaan tertakluk kepada kemampuan masing-masing," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Negeri, di sini Khamis.

Bayaran bantuan khas itu kata Musa, adalah sebagai tanda penghargaan dan keprihatinan kerajaan Sabah kepada anggota perkhidmatan awam negeri yang telah menunjukkan komitmen dalam membangunkan Sabah dan Malaysia amnya.

Dalam perkembangan lain, Musa berkata sebanyak 77.57 peratus atau RM15.785 bilion daripada RM20.349 bilion yang diperuntukkan untuk Sabah menerusi Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) telah dibelanjakan sehingga 30 Ogos lepas.

"Daripada jumlah keseluruhan itu, sebanyak RM3.740 bilion telah diperuntukkan bagi tahun 2010. Peratusan yang dibelanjakan sehingga 30 Ogos, 2010 adalah sebanyak 50.1 peratus iaitu RM1.874 bilion," kata beliau.

Mengenai prestasi fizikal projek di bawah RMK9 pula, Musa berkata sebanyak 1,699 projek atau 44.4 peratus daripada 3,830 projek, telah siap sepenuhnya manakala projek dalam pelaksanaan pula ialah sebanya 2,041 projek atau 53.3 peratus.

"Ini menunjukkan semua agensi pelaksana projek telah memainkan peranan masing-masing dengan mengikuti jadual yang ditetapkan, namun saya terus mengingatkan supaya mereka meningkatkan lagi pemantauan memandangkan tempoh yang tinggal sekarang ini kurang daripada empat bulan.

"Saya yakin bahawa negeri Sabah akan mencatat prestasi tidak kurang daripada 85 peratus (perbelanjaan siling peruntukan) di akhir tempoh RMK9,"katanya lagi.

-- BERNAMA

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

terima kasih kepada ketua menteri
sabah Datuk Musa Aman kerana
memberi bantuan kepada kami sempena
menyambut hari raya nanti semoga
ketua menteri Datuk Musa Aman dan
keluarga sihat-sihat selalu dan
sekeluarga jauhkan dari kejahatan
dan keburukan.

Tanpa Nama berkata...

ah...bodek tak renti renti...

Tanpa Nama berkata...

bah aramaitee.....siok juga kawan2 di state dapat bonos...nanti diaorang tak kawan dgn federal...bijak berbelanja dengan duit...AVASI MONTOK DIAU

Tanpa Nama berkata...

Bah...banyak set boleh dapat tobpinai....jan kasi abis talampau kama...kasi budget 100.00 kaa 200 kaa untuk aramai ti...yang lain kasi balanja anak-akan...kaa...bini-bini kaa.... bah sana dulu.

sabahan boyz berkata...

kami akan sokong BN sampe bila2 yah

XwanX berkata...

ya..syukur juga lah kena bagi rm 500.00 ni..tapi masalahnya kenapa kami pekerja rendah awam bergaji hari ( kontrak ) yang mempunyai sijil pertanian ni susah mau dapat jawatan pergi jawatan pembantu pertanian..kalau pun ndak dapat tu jawatan sekadar di naik taraf pegi gaji bulan pun boleh lah..ini ada yang sampai pencen bergaji hari itu pun susah mau dapat jawatan..jadi cuepacs tolong ambil tindakan ok..