SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

26 September 2010

BONUS UNTUK BERGAJI KECIL

Utusan Malaysia
25/9/2010




TUNTUTAN bonus untuk kakitangan awam kedengaran lagi. Kali ini, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berharap kerajaan menimbangkan pemberian bonus kepada penjawat awam pada pembentangan bajet bulan depan. Presidennya, Omar Osman berkata CUEPACS sudah menghantar permohonan mengenai perkara itu kepada kerajaan.

Kita kerap kali bertelagah mengenai pemberian bonus. Ada yang meminta dua bulan gaji, ada satu bulan setengah dan macam-macam lagi. Jika permohonan pemberian bonus diluluskan sebanyak dua bulan gaji, ia hanya menguntungkan mereka yang bergaji besar. Mereka yang bergaji besar sudah tentu mengucapkan terima kasih kepada CUEPACS dan kerajaan. Tetapi bagaimana pula mereka yang bergaji kecil seperti saya? Kerap kali perkataan ‘tidak adil’ akan kedengaran di kalangan mereka yang bergaji kecil. Lebih malang lagi jika yang bergaji besar seolah-olah berbangga dengan jumlah yang mereka terima.

Sebagai contoh, jika pemberian bonus berdasarkan dua bulan gaji bermakna mereka yang bergaji RM5,000 akan dapat RM10,000. Dengan jumlah RM10,000 itu, ia sebenarnya dapat diberi kepada 10 kakitangan awam lain yang bergaji kecil.

KAKITANGAN KPM

Bandar Baru Bangi

37 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sebentar lagi akan kedengaran Orang PA tak BERMORAL

PTD Cerdik berkata...

ni mesti kakitangan sokongan dengki sebab org yg lebih berilmu dr mereka mendapat habuan lebih. kalau boleh mereka ni nak samaratakan sahaja gaji, elaun dan kemudahan x kira yg ada SRP/PMR/SPM Pangkat 3 atau pegawai berijazah, kerana kepentingan pelajaran hanya sesuatu yg remeh bg mereka

Tanpa Nama berkata...

Kah..kah.. ada PTD yg bahalul .. Keturunan PTD? adik dia kerja PTD?, uncle dia keja PTD? atau jadi PRA macam aku nii. (ada degree jugak tapi tak bising pun).

Bonus tak perlu ikut bulan Omar cuepec !! minta aje one off 2 ribu / 5 ribu sorang.
Omar, kamu dah tak relevan. Baik pencen aje. Umur 60 thn ? nyanyuk org tua niiii.

Tanpa Nama berkata...

to PTD Cerdik...ngaji tinggi sampai PHD pun tak semestinya cerdik.,.ada gak ada PHD tapi bodo nak mampus....dah nama pun manusia...
pada pegawai2 yg gaji byk tuh sudah2 la tak payah nak dengki dengan org sokongan...gaji korang dah byk..syukur laa...kami yg sokongan pun ada degree tapi tak dengki pun kat pegawai

Tanpa Nama berkata...

kepada PTD juga...lu ingat lu cerdik,pandai....lu ingat lu ada PHD..lu ingat kita org(PA sokongan)....tabik sama lu org kah...INGAT kawan....lu gaji pakai RM..bukan Rupiah punya. ADA BARANG LU TAK DAPAT BUAT ..TAU!!

Tanpa Nama berkata...

PTD = Pegawai Tamak Dungu

Tanpa Nama berkata...

ramalan saya kerajaan akan umum bonus RM1500.00 untuk semua.

bayar bulan 11 dan bulan 12. sekali bayar RM750.00

Tanpa Nama berkata...

kita bukan nak dengar bonus sangat...kita nak dengar kenaikan gaji...

Tanpa Nama berkata...

Kenapa kita ia sangat mahu minta bonus tu bonus tu haram tidak halal jangan minta bonus sebab bonus tu macam hadiah. Saya tak suka benda haram dan saya tolak bonus.

Jangan hina orang yg mahu membela anda sepatutnya nya anda berterima kasih kpd mereka. Pejuangan mereka tu bukan utk seorang utk semua PA.. Kalau tak berminat kerja minta dari sekarang pencen.

Menghina mengumpat, denkgi, busuk hati bercakap tidak bermoral dsb yg menyungung perasaan org ditegah dari segi agama, kalau anda seorg yg berpegang teguh kpd agama, sebab NERAKA sentiasa menuggu anda yg berbuat jahat.

PAK LEBAI

Tanpa Nama berkata...

Saya nasihatkan PA agarlah berbuat baik jangan sekali-kali berbuat jahat mulu jelupur, berberhati busuk serta berbuat jahat sesama manusia adalah dilarang disisi agama. Semua perkara dapat dibincang jangan sesuka hati mengeluarkan kata yg tidak menyenangkan hati sesama kita
BERDOSA kawal perasaan anda buatlah dlm ruangan utk memberikan yg berfaedah kpd semua PA, tak penting jangan dimasukan dlm ruangan ini.

Tanpa Nama berkata...

Bonus memang wajar diberikan terutama yg bergaji kecil yang amat memerlukan.Walau bagaimanapun ketidakadilan akan dirasai kepada yg bergaji besar.Justeru, bonus perlu diberikan kepada semua dari gred A-D.Namun, perbezaan pemberian bonus perlu diagihkan mengikut gred.Cnthnya:A-1/2bln,B-1bln,C-11/2bln dan D-2bln.

Baru 4 tahun gred 41 berkata...

Kalau nak debat fasal isu PA sokongan dengan pengurusan memang tak akan ada kesudahan. Masing2 berangapan kumpulan mereka yang patut dibela. Saya dulu kerani sekolah coz SPM ngam2 je. Memang cemburu bila lihat gaji permulaan cikgu yang hampir 3X ganda gaji saya walau pun saya dah 5 tahun bekerja. Ada juga guru yang baik dgn saya dan mencadangkan saya perbaiki kelayakan saya dan saya cuba ambil STPM dengan bantuan guru berkenaan dan keputusan saya agak cemerlang dan cuba memohon ambil PJJ. Setelah hampir 4 tahun berjaya juga saya dapat degree. Saya memohon utk jawatan yg setaraf dgn kelayakan saya. Alhamdulillah dapat di sebuah jabatan kerajaan... dgn gred 41. Bila saya telah di gred 41... saya tidak seseronok semasa saya menjadi kerani sekolah. Tidak saya nafikan gaji saya + elaun memang lebih 2k tapi tanggungjawab saya amat berat. Dulu saya tak perlu bayar income tax kini dah kena tolak PCB. Dulu pukul 5.00 dah boleh balik kini x boleh. Kalau dulu pakaian ala kadar asal kemas kini terpaksa jaga penampilan. Balzer/kot kena ada 4-5 pasang coz sering mesyuarat sana sini.
Kesimpulannya bagi pendapat saya...
memang wajar jika kerajaan beri bonus kena beri kalau sebulan semua PA sebulan termasuk sokongan.

Tanpa Nama berkata...

Isu Tak Adil tak kan timbul... Kerajaan kita tak bodoh untuk memberi saja bonus... Kerajaan akan meneliti dulu sebelum memberi... bukan senang nak memuaskan hati semua orang... seperti sebelum ini... kerajaan pernah memberi bonus sebulan gaji maksimun RM1500... jadi bagi yang bergaji bawah RM1500 akan dapat sebulan gaji manakala yang bergaji atas RM1500 akan dapat maksimum RM1500 saja... KAN BIJAK KERAJAAN KITA... Jadi ketidakadilan takkan timbul...

Buat semua bersyukurlah dengan apa yang di beri.....

Tanpa Nama berkata...

bagi samarata macam saya kat swasta dulu. baru adil. tak de bising pun. setiap PA ada peranan dan kepentingan masing-masing.

samad ex-N11 berkata...

sepatuitnya hanya kami N17 yang layak mendapat bonus, lain2 gred tu nak buat apa kerja malas dan tak cekap, lagi2 PTD dan GURU.. nasib baik PT cekap buat kerja, sampai melonjakkan KDNK negara ke tahap luar biasa

N22 jugak tapi tokeh MLM berkata...

Bagi menghargai peranan penjawat awam, saya cadangkan bayaran bonus sebulan gaji dari kumpulan sokongan hingga gred tertinggi. Bagi kumpulan sokongan yang dapat ciput... belajarlah berjimat. Ukur baju d badan sendiri. Anda jua boleh kerja sambilan di pam minyak atau bawa teksi sapu. Anda juga boleh buat MLM... dan elakkan dari PA di gred 41 dan ke atas. Mereka memang patut dapat lebih sebab mereka bijak, berkelayakan dan mempunyai tanggungjawab yang besar.

... lepas ni berderetlah orang hentam aku...wakakakakaka.... suka tengok orang panas hati.
Walaupun aku N22 tapi aku tak kisah ada bonus ke tak....bonus MLM dah berlebih dah....jom join dari minta sedekah bonus

Tanpa Nama berkata...

Kepada PTD Cerdik dan berkelulusan Tinggi

Saya menyokong usaha Cuepacs tersebut. Sekiranya kepada Peg. atasan yg tidak berpuas hati dgn kadar tersebut mereka boleh pergi kpd pihak swasta yg menjanjikan kadar bonus yg lebih tinggi atau kpd peg.2 PTD tu spt yg disebut diatas tu kalau awak jadi CEO diswata awak boleh dpt gaji lebih RM100 ribu sebulan kerana kelulusan awak tinggi mereka akan menilai kelulusan awak yg tinggi tu dengan imbuhan yg juga tinggi, dan jgn dipersoalkan kepada kumpulan bergaji rendah ini kerana mereka pun perlu kehidupan untuk menyara keluarga sekadar adanya dan kalau dianalisa di sektor Awam ini kerajaan adalah bersifat perihatin serta berkebajikan kpd penjawat awam terutama kpd kumpulan bergaji rendah.

Tanpa Nama berkata...

Kepada Pegawai PTD yg Tidak Puas Hati

Saya cadangkan mereka agar menceburi sektor swasta, kerana anda boleh bersaing dengan pencapaian anda,tapi perlu ingat di sektor swaata kali pertama anda memang dinilai kelulusan setelah itu pengalaman anda yang akan dinilai, disana anda tak boleh menyebut anda berkelulusan tinggi tetapi akan dinilai akan keupayaan anda yg tinggi krana prestasi anda akan dinilai dgn Busines Plan syarikat anda, out put serta target mesti capai, satu syarat penting anda mesti berkeupayaan berkemunikasi dalam bahasa inggeris yg fasih.

Sementara di sektor awam ini cakap inggeris rojak pun boleh kot.Pegi seminar sana sisni bengkel sana sini klim sana sini masih boleh lagi kot, apalah nak dibangakan dgn kelulusan di malaysia ini byk lulusan penghafalan sebab itulah lahirlah lulusan yg tidak produktif serta inovatif sebab itulah tahap sektor awam di malaysia ini jauh tinggal kebelakang berbanding dgn negara jiran kita spt singapura.

Jgnlah pandang sinis kpd mereka berpendapatan rendah ini mereka juga berdidikasi terdapat juga hasil kerja mereka yg inovatif dan produktif yg berjaya telah dpt mereka laksanakan walupun berkelulusan rendah malangnya hasil mereka sering diekploitasi olih org atasan yg bijak serta oppourtunis, maaf saya katakan secara jujur.

Tanpa Nama berkata...

kenapa x mintak naik gaji je...bonus sekali makan dah abissss
gaji naik bleh mkn sampai pencen tu pun kalu umo pjg.....

Tanpa Nama berkata...

BERNAMA

IPOH: Lembaga Air Perak (LAP) akan membayar bonus sebanyak tiga bulan setengah kepada kakitangannya tahun ini, kata Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

Beliau berkata pembayaran bonus itu membabitkan 1,100 kakitangan LAP dengan perbelanjaan RM6.6 juta.

"Bayaran pertama satu setengah bulan gaji telah dibayar awal bulan puasa manakala selebihnya akan dibayar pada akhir tahun ini," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Zambry yang juga Pengerusi LAP berkata, pembayaran bonus tahun ini adalah yang tertinggi dan ia dibuat berikutan prestasi cemerlang LAP secara keseluruhan.

Tahun lalu LAP membayar bonus dua bulan gaji.

Zambry berkata, pencapaian itu adalah hasil kerja kuat semua kakitangan dan hasil yang baik itu perlu dihargai.

Beliau berkata, mereka layak menerima bonus itu kerana setimpal dengan yang diusahakan dan adalah diharapkan agensi lain akan berusaha mengikut jejak LAP yang menunjukkan prestasi yang baik.

Zambry berkata, LAP juga telah diarah berusaha mengatasi masalah berkaitan dengan penyaluran paip bagi membekalkan air ke kawasan pedalaman.

Mengenai prestasi LAP, beliau berkata bagi tempoh Januari hingga Ogos tahun ini, LAP mencatat jualan air sebanyak RM179.77 juta berbanding RM169.39 juta bagi tempoh sama tahun lalu.

Peningkatan itu adalah sebanyak RM10.38 juta (6.1%) manakala pendapatan lain dalam tempoh sama pula adalah sebanyak RM22.01 juta berbanding RM19.98 juta tahun 2009 iaitu peningkatan sebanyak RM2.03 juta (10.1%).

Katanya, sebahagian besar peningkatan ini disumbang oleh peningkatan dalam pendapatan faedah dan dividen sebanyak RM1.53 juta.

"Jumlah anggaran keuntungan bersih sebelum cukai tahun adalah sebanyak RM70.32 juta berbanding dengan RM42.52 juta pada tahun 2009 dengan peningkatan sebanyak RM27.80 juta (65.4%)," katanya.

Tanpa Nama berkata...

haaa....saya ada idea....macam mana bonus letak setakat RM3000 seorang aja...jangan bagi lebih...apa-apa pun ianya hanyalah bonus...contoh kalau gred FT29 basic aja dah 1500...kali 2 dah 3 ribu...kalau kerani basic 800 kali 2 dah seribu lebih...baik selaras semua P.A yang ada terima bonus semua sama RM3000 aja...kerajaan dapat jimat 50% nisbah bonus tersebut untuk program pembasmian kemisikinan tegar PPRT atau dibawah lembaga pembangunan wilayah...atau drop balik 5sen subsidi minyak...semua dapat merasa...bernas tak idea nih

PTM41 berkata...

insyallah semua akan merasa ,kalu dapat..

Penulis "BONUS UNTUK BERGAJI KECIL":
diharap anda tidak perlu mempersoalkan kerana kelayakan adalah berbeza... anda perlu terima hakikat itu..

Tanpa Nama berkata...

Kpd PTD yang tak puas hati

Sepatutnya anda org yg telah berjaya dan berada di tahap pegawai profesional dan pengurusan anda sama-sama prihatin akan nasib penjawat awam yg bergaji kecil ini agar kebaikan dapat kita kecapi bersama sepatah bidalan melayu hati nyamuk sama dicecah dan hati gajah sama dilapah, w/pun anda mungkin telah pun ditetapkan segala kelebihan dan keistemewaan yang telah diperuntukan oleh kerajaan.

Jgnlah asik2 ungkit akan kelulusan anda danperbandingan secara menghina terhadap kumpulan bawahan ini, tidak bererti mereka ini semuanya tidak punyai kemahiran sesuatu yg dianugerahi allah, kalau nak sebut pada kelulusan sekarang ni byk dibeli buat tesis pakai upah terjemahan kpd bahasa ingeris upah, kalau lantik konsult atau mentor buat tesis itu kira masih bagus, begitu juga lah berlaku sebahagian nya yang ada dibuat di luar negeri, tak usahlah nak diagungkan sedemikian minta maaf saya cakap bukannya semua tetapi mungkin siapa makan cili dia terasa pedasnya

Atan berkata...

Hahahahaha, macam2 pe'el ada..... Iblis pun tak puashati dangan ALLAH.

Tanpa Nama berkata...

Tak kiralah apa jua komen disini yg pentingnya mudah2an bajet kali ini ada berita baik untuk semua penjawat awam tak kiralah apa jua pangkatnya,

Kalu penjawat di M'sia ni keseluruhannya gaji cukop2 makan aja paling tinggi jusa pun kadang2 terhimpit hidup juga perbelanjaan besar byk nak dibayar

SOK1 berkata...

Saya bersetuju dengan saudara ini (KPM). Sekiranya pemberian bonus 1 atau 2 bulan, yang tersenyum lebar adalah mereka yang bergaji besar sedangan yang bergaji kecil hanya bersyukur dengan rezeki yang diterima. Adalah lebih relevan dan praktikal pemberian bonus diberi secara sama rata tak kira pangkat seperti mana pemberian sagu hati semasa Hari Raya.

Tanpa Nama berkata...

saya setuju bonus ikut sebulan gaji..because kat swasta jugak merasa bayar macam tu..kalo insentive bonus baru dibayar ikut prestasi individu dan berdasarkan keuntungan company..

Tanpa Nama berkata...

ada ke..bonus?saya rasa x dalah kerajaan bagi,hari raya tu dah bg rm 500..,mungkin rm 500 utk budak sekolah..ha.ha.itu je..la kejap agi nak buat pilihan raya kecil Adun Galas kerajaan perlu pakai duit untuk buat umno BN..menanG.lA BAGI GULA2..je kakitangan awam tahun ni..lg pun Dato Seri Idris Jala pun dah kata kerajaan Malaysia akan bankrap sekitar 2015 mengikut catatan beliau.DRM NILAH..asyik membazir je luar negeri..(Datin Ringgit Malaysia)pas tu campur urusan politik..publik sana cni..oh god..

PA dulu dulu berkata...

pada zaman Tun Dr. Mahathir,semua puas hati, tiada kata adil atau tidak adil.rezeki masing2,yang patut dapat banyak,dapat lah dia,yg patut dapat seadanya,dapatlah dia.di sektor swasta pun bgitu juga.tiada bonus sama rata.bonus mengikut gaji hakiki dan tempoh perkhidmatan dalam setahun,jika cukup setahun, dapatlah sebulan gaji...jika tak cukup, prorata ikut bulan yang berkhidmat dalam setahun...

Tanpa Nama berkata...

saya setuju dengan pernyataan PA dulu-dulu..swasta bayar bonus mengikut gaji hakiki masing-masing..takkan bonus ketua nak disamaratakan dengan bonus kakitangan biasa..workscope berbeza, tanggungjawab berbeza, dan tahap kritikal juga berbeza..

Tanpa Nama berkata...

saya heran laa..kenapa ramai kakitangan sokongan yang dengki jika ada PA yang dapat bonus banyak?saya tak pernah dengki pon..saya rasa itu mmg dah rezeki saya bnyk tu..dapatla byk tu..tak pernah pertikai pon jika bos saya dpt byk..mmg wajar pon..tanggungjawab dia lagik besar..
agaknya ramai staf sokongan yang dengki dengan gaji PA gred JUSA or TURUS? kamu dengki ke dengan gaji KSN? kalau rasa diri tu bagus sgt..cuba perform sampai dapat gred JUSA/TURUS..nnt dapatlah gaji byk..okeh?

Tanpa Nama berkata...

Utk Tanpa Nama 26 Sept 1.14pm...saya rasa komen anda yang tak cerdik..

mmg la PHD tu cerdik..PHD tu mmg level tertinggi dalam bidang pengajian..hanya org yg cerdik saja yang boleh dapat PHD ni..kalau dia fail..dia takkan dapat PHD dah..

kalo nak komen tu pikir dulu..kalo nak komen org dapat PHD xsemuanya beretika/bermoral/bermaruah..mungkin itu ada possibilitinya..kalau nak ckp depa xcerdik..mmg depa cerdik

PA dulu dulu berkata...

saya memberi pandangan ni berdasarkan pengalaman saya di sektor swasta dan kerajaan.slama di sektor swasta,itulah yg dipraktikkan,bonus ikut gaji hakiki dan tempoh perkhidmatan setahun.silap2 yg blum confirm tak cukup 6 bln,tak dapat bonus. d sektor awam,merasalah bonus smasa zaman Tun Dr.M,kemudian Tun AAB,2007 plarasan gaji n 2008 bonus. DSNR lom lagi,dpt saguhati 500 thn lepas n tahun ni baru dpt 500.Ramai rakan2 swasta dpt berbelas2 bulan gaji sbg bonus tahunan, bos besar,dapatlah habuan besar,staf biasa di swasta,dapatlah habuan biasa.tapi kalau dah berbelas2 bulan bonus,leh pegi gold coast setiap tahun.kita pa dapat g gold coast sepang/area morib pun dah syukur sangat....kesimpulannya,rezeki masing2.yang dpt skit,x payah dengki ngan yg dapat byk,iri hati untuk lebih berjaya spt mereka itu yg bagus. n yg dpt byk, jgn sombong pula dgn yg dpt skit,bersyukur sbb dpt byk n sentiasa beringat2 dan belas ihsan kpd yg memerlukan.insyaallah semua akan sejahtera n tiada hasad dengki,cemburu2,kata mengata dsb.

Tanpa Nama berkata...

Bonus sy swasta ikut gaji bulanan mereka..tp yg kerajaan plak ikut pemikiran mereka yang hasad dengki..
Tu la masalahnya...

Tanpa Nama berkata...

PHD ni juga sebgai penyakit hasad dengi ini yg dikatan kpd say seorang yg memegang sandag DR kelulusan PHD, tetapi sebenarnya penyakit ini melanda tak kira org yg tak dpt melihat kebahgian yg didapati oleh org lain, oleh itu saya serukan kita gar sikap berlapang dada dan ingat ketentuan itu dan rezki adalah dlm tadbir Allah jua

Tanpa Nama berkata...

Saya cadangkan agar PA bersedia utk taat setia beri sokongan kpd BN pada setiap kali pilihanraya spt di putra jaya kerusi BN tetap menang ini menujukkan sokongan PA kpd k'jaan BN, insallah kali ini dijangka dpt 2 bulan bonus tetapi mesti janji jgn alih arah pula

Tanpa Nama berkata...

Undi itu hak kami siapa yg akan kami pilih jgn nak cuba pancing kat sini, yg pentingnya tanggungjawab k'jaan perlu membuat pelarasan semula gaji setelah 5 tahun ni kena tanggungjawab sikit kepada pekerja sektor awam ini yg telah didikasi melaksanakan tugas untuk negara