SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

02 September 2010

RM100 LAGI BAGI KAKITANGAN AWAM PULAU PINANG

Malaysiakini
Sep 1, 10 1:26pm





Kongsi 106Kerajaan negeri Pulau Pinang hari ini menambah RM100 lagi sebagai pemberian kewangan khas kepada kakitangan awam di negeri itu, menjadikkan jumlahnya RM500.


“Walaupun pengumuman yang dibuat selepas mesyuarat ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri Pulau Pinang pada 18 Ogos lalu adalah hanya RM400, namun namun tindakan awal ini telah berjaya mendapat perhatian kerajaan persekutuan yang mengikut jejak langkah dengan mengumumkan duit raya RM 500.

“Oleh yang demikian, kerajaan negeri membuat keputusan untuk menaikkan amaun bantuan kewangan tersebut selaras dengan pengumuman kerajaan persekutuan yang bernilai RM500,” kata ketua menteri, Lim Guan Eng ketika majlis perhimpunan bersama anggota perkhidmatan awam Pulau Pinang, hari ini.

Selain bayaran RM500 itu, beliau juga mengumumkan bayaran RM 250 untuk guru Kafa (Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain).

“Pemberian bantuan khas kewangan sebanyak RM500 ini melibatkan sejumlah 3,700 pegawai dan kakitangan jabatan negeri dengan implikasi kewangan sebanyak RM1.85 juta.


“Pemberian kepada 1,396 guru Kafa sebanyak RM 250 akan melibatkan RM 349,000. Sekiranya kita mengambilkira semua pihak berkuasa tempatan, badan berkanun negeri dan agensi negeri, ia membabitkan RM5.2 juta,“ kata Lim.

Menurut Lim, beliau berharap penjawat awam negeri akan terus berazam untuk bekerja lebih gigih untuk meningkatkan lagi kualiti sistem penyampaian dan memperkukuhkan tadbir urus perkhidmatan awam yang lebih berdaya saing di persada antarabangsa.

21 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

nampaknya semuanya selaras RM500.00 bersyukor semua pa dpt bantuan hari raya ini, mudah2an dihujung tahun dpt lagi insallah

Tanpa Nama berkata...

tahniah & syabas.. mohon tahun depan Penang bagi double, baru federal nak follow..

Tanpa Nama berkata...

Kalau kerajaan P. Pinang umum bonus hujung tahun ini RM 1000.00.Mesti kerajaan pusat akan umum bonus jugak RM2000.00..Kalau tak percaya tunggu dan lihat sendiri...Maruah kerajaan Pusat kena jaga ..Pilihanraya dah dekat

Tanpa Nama berkata...

alah RM1000 boleh beli apa mintak la RM5000 baru joli katak kita tahun depan.

Air Mani berkata...

inilah pembangkang yang selalu dikatakan tidak berguna oleh memand menteri sekelian

Tanpa Nama berkata...

Bagi makluman air mani, nama anda sendiri telah memaparkan keperibadian anda sepatutnya anda menyokong kepada bantuan tambahan yg diberi, sempena bulan ramdhan kembalilah anda kejln yg benar spt apa yg telah termaktub dlm alquraan dan sunnah dan diingatkan jgn kamu cendrong kearah kezaliman nescaya kamu akan disentuh oleh api neraka

Tanpa Nama berkata...

saya ulang lagi sekali kenapa contract for services tidak diberi duit raya sedemikian..kami pon kerja carik makan jgk..gaji ciput mcm mana nak raya..emmmm

Tanpa Nama berkata...

Bro, aku sokong cakap hang....kakitangan kontrak kja sama je mcm kakitangan tetap malahan ada yang lebih teruk lagi, gaji dahla x seberapa kja je yg lebih, kdg2 aku rasa macam buat amal jariah plak kja kontrak dgn kerajaan nie...bila ada bonus @ insentif lain boleh plak guna pekeliling, bila suruh buat kja x kira plak pekeliling....Tuan Presiden sila ambil tindakan....Tapi aku rasa kan isu2 yg diketengahkan Cuepacs nie dah boleh dibukukan, isunya ada jalan penyelesaian x ada,asyk isu itu isu ini tapi x ada jalan penyelesaian....Macam manala kerajaan nk capai Negara Berpendapatan Tinggi sdgkan kakitangannya sendiri berada diparas kemiskinan....

Tanpa Nama berkata...

itulah pemimpin yg tak nampak masaalah kita ni sebab mereka semua dah hidup senang

Tanpa Nama berkata...

kakitangan awam dapat duit raya RM500. oklah. baguslah penang mulakan.

satu kenyataan dari setiausaha MB selangor, dia kata maklumat dari pegawai kewangan negeri mengatakan khir toyo biasalah terima bonus RM135,000...banyak oii...

dasyat ye...kita dapat RM500 semua orang naik heran...

haiyaaaa....kalau betullah berita tu (malaysiakini), kira dasyat la....

kira RM500 tu taik gigi je la bagi MB selangor dulu2.

dasyat...aaaa...

kita..? biasalah...bonus RM500, bayar 2 kali...kehkehkehkeh...

saya pun refer berita malaysiakini je....

Tanpa Nama berkata...

itulah sebabnya kakitangan awam hanya dpt bonus sikit, krana kewangan hasil negara banyak telah bocor kepada jenis puak macam tu.

senapi berkata...

sebab iulah kita perlu kembalikan Selngor ke tangan yang berhak (umno) kerana jelas dan nyata Khalid ibrahim xreti perintah. Kami rakyat bawahan tak kisah DS Dr. Khir Toyo nak ambik byk mana pun kerana memang susah Umno memajukan ngeri, apa salahnya? pembangkang semua kuat dengki. Khalid brahim tu x ambil bonus kerana berlakon alim je.

Tanpa Nama berkata...

heee....syok juga jadi MB ye...

tak pe lah...nak buek cam no...kalau aku pun...aku sapu jugak.....heeeee...

Tanpa Nama berkata...

itu pasal la umno kempen sungguh2 nak menang pilihanraya..sebab nak bonus tu ke...banyak oii..

pasir cam no? duit lagi..

ishh....macam tu rupanya...

haiyyyaaa.....

ini macam kalu..boleh bengkelap loo...

Tanpa Nama berkata...

padan pun khir toyo buat rumah katanya sampai juta juta ringgit.

amek duit bonus tu ke.

ishh..malas nak cakap le..nanti tak betul potong pahala posa..

dah le aku ni posa..satu biji nasi tak makan. lama2 pahala posa aku dapat pada dia pulak. naya ni..

Tanpa Nama berkata...

aku ni dulu org kuat parti cam tulah masak benar aku dgn keja2 macam tu kalau tak dpt mampus aku tak buat keja tp sekarang ni aku dah taubat sungguh2 iklas aku cakam dibulan ramdhan ni dulu memenag benar membujur lalu melintang patah semuannya aku sapu.
kesedaran aku bila ikuti kelas pengajian alquraan kat masjid kg aku maka aku dah dapat hidayah mudah2an berkekalan hingga akhir hayat aku, memang benar dunia ini selalu mengejar kita silap langkah rugilah hidup kita ni waullah hualam

Tanpa Nama berkata...

Aku bekerja kerajaan di selangor state MB aku Tan Sri khalid dia adalah sebagai ketua kerajaan aku masa kini, maka aku perlu patuh dgn arahan dan kehendak sebagai pemimpin no 1 negeri aku telah cuba kenali latar belakangnya sedikit2, rupanya dia ni seorang tokoh koprat terkenal yg telah berjaya membangunkan guthrie, orgnya mudah mesra dgn kakitangan kerajaan, sikapnya dgn mendahului peraturan sistem yg telus dan berintegeriti menyebabkan aku slute dgnnya.Terbaru PKNS mencapai keuntungan lebih lipat kali dari yg lepas, begitu juga dgn anak2 syarikat kerajaan negeri, kalau tidak aku rasa mungkin bonus lebih RM1,000 agaknya, tapi munkun disana ada hikmah atau pertimbangan yg terbaik telah diputuskan untuk semua rakyat negeri Selangor dan Malaysia umumnya.

Tanpa Nama berkata...

ishhh....kalaulah tan sri khalid perintah selangor lama dulu lagi kan baik...selamat duit selangor...tak gitu..

Tanpa Nama berkata...

xpayah undi la kafir lahanat ni. saja nk pancing kita org melayu dgn pi buka puasa kt masjid2. nk org kata dia bagus la. setakat seratus dia tambah 2 dgn zaman skrg beli air dgn kacang saja abis. klu najib bagi 500 tu, dia tambah 400 kira ok la jgk. kita org melayu dok gaduh, bangsa lahanat ni la dok gelak kot blkg. elok la dok melayu maki melayu, tp isap cina punya!

Tanpa Nama berkata...

Sepatutnya kita lebih bersikap hikmah kepada mereka kita tunjukan contoh2 dan kebaikan Islam kpd mereka dan doakan agar mereka ini satu hari akan mengucapkan syadat masuk Islam atau sekurang2nya mereka faham dgn keindahan Islam serta menyokong apa yg peraturan serta peradaban Islam, sebaliknya kita org melayu ini selalu bersifat negatif seerta tunjukan ahlak buruk seperti rasuah, meyeleweng dan sebagainya menyebakan mereka sukar untuk menerima cara baik kita, kita perlu ingat kita umat mohd adalah umat dakwah, waullah hualam

Tanpa Nama berkata...

selamat hari raya, mzb