SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

21 September 2010

PM KAJIAN TERPERINCI MENGENAI UMUR PERSARAAN - KSN

Bernama
20 September, 2010 17:36



Kajian terperinci perlu dilakukan berhubung saranan Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) supaya umur persaraan penjawat awam dinaikkan daripada 58 tahun kepada 60 tahun.

Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Datuk Amar Mohd Morshidi Abdul Ghani berkata kajian perlu dijalankan memandangkan terdapat kebaikan dan keburukan sekiranya umur bersara dinaikkan dua tahun lagi.

"Antara faktor yang perlu diambil kira dalam kajian tersebut adalah seperti jumlah penduduk, kelanjutan usia sesuatu bangsa, tenaga kerja dalam sektor awam dan swasta, semua ini perlu diambil kira secara terperinci sebelum membuat keputusan akhir," katanya kepada pemberita selepas sidang akhbar mengenai majlis pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan peringkat negeri di sini Isnin.

Rabu lepas, Cuepacs meminta kerajaan menaikkan umur persaraan bagi 1.2 juta penjawat awam di Malaysia supaya seragam dengan amalan negara lain di rantau ini.

Presiden Cuepacs Omar Osman berkata Malaysia masih ketinggalan di belakang negara jiran yang mempunyai umur persaraan antara 60 dan 62 tahun.

Umur persaraan bagi penjawat awam di Thailand, Brunei dan Indonesia ialah 60 tahun, manakala di Singapura 62 tahun.

Sabtu lepas, Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S.Subramaniam berkata cadangan Cuepacs telah dibincangkan di peringkat tertinggi kementerian, namun belum ada sebarang keputusan dibuat.

-- BERNAMA

14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

pengarah ugatttt....tlglah benarkan anggota buat pinjaman melalui bank2 lain....fahamilah sikit anggota bawahan ni...

Tanpa Nama berkata...

Anggota tentera perlu lepasi syarat, tapisan pinjaman bank


2010/10/01
KEMENTERIAN Pertahanan ingin memberikan maklum balas berkaitan aduan bertajuk Anggota tentera tak bebas buat pinjaman yang disiarkan dalam ruangan ini pada 21 September lalu.

Dakwaan pengadu bahawa Jabatan Arah Urusan Gaji Angkatan Tentera (UGAT) mengongkong anggota tentera daripada meminjam dengan institusi kewangan adalah tidak benar dan tidak berasas kerana hakikatnya bank mempunyai syarat tersendiri yang lebih ketat daripada Koperasi Tentera (KT).
Ia termasuk mengukur profil risiko, Laporan Kredit Berpusat di Bank Negara (CCRIS), Khidmat Laporan Profil Kredit (CTOS) serta keupayaan bayaran balik oleh peminjam.
Merujuk sumber daripada KT, pada masa ini secara purata seramai 2,000 anggota sebulan memohon penyata penyelesaian pembiayaan dari KT untuk dimajukan kepada institusi kewangan tempatan. KT menerima bayaran balik penyelesaian baki pembiayaan anggota dari institusi kewangan dan syarikat perumahan sebanyak RM15 juta sebulan atau RM180 juta setahun.

Ini adalah bukti bahawa anggota tentera masih bebas mendapatkan pembiayaan daripada institusi kewangan tempatan.

Oleh itu, tiada dasar yang perlu dihapuskan kerana hakikatnya semua anggota tentera masih bebas membuat pinjaman dengan mana-mana bank untuk tujuan tunai peribadi, kad kredit, pembelian kenderaan, pembelian rumah dan lain-lain tujuan.

Anggota tentera perlu melepasi syarat tapisan pembiayaan ditetapkan institusi kewangan terbabit sebelum pembiayaan mereka diluluskan dan UGAT hanya bertindak membuat pemotongan dari gaji anggota sebagaimana dibenarkan oleh peraturan semasa yang sedang berkuat kuasa.
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut pengadu boleh berhubung dengan Lt Kol Hamisan Mian di Jabatan Arah Urusan Gaji Angkatan Tentera.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT,
Kementerian Pertahanan, Kuala LumPUR...

MASAALAHNYA SEKARANG BLEH PECAYA KE ARTIKEL NII....KLU STAKAT CKP JE GUA BLEH NAIK KELANGIT....TP X DE BUKTI LA....CBA UGAT BUKTIKAN YG DORANG X SEKAT PINJAMAN...ADA BERANI??????

Tanpa Nama berkata...

undi KT akan datang jangan sokong pegawai jadi ahli lembaga atau jangan undi langsung. datang amik duit kehadiran kemudian blah p minum teh tarik. diaorang takde suara pun cuma pencacai cuma nak amik keuntungan elaun sebagai ahli lembaga jerrrr...

Tanpa Nama berkata...

kasihan sgt bila baca apa yg di tulis kat sini nampak sgt askar ni bodoh dan tak berpelajaran tp asyik nak pinjam..pinjam tu aje yg mereka tahu. pas tu salahkan pihak lain x bagi buat pinjamanlah, anaktirilah. cuba kau org gunakan otak sikit. simpan duit gaji tu jgn asyik nak bergaya je. kitakan miskin buat lah cara miskin jgn berlagak jadi org kaya.lagi 1 askar ni bkn boleh ada duit byk mulalah nak berjudi, minum main perempuan. bawa bawa lah solat, berpuasa, ingat sikit akhirat kerja askar dah mulia tp org yg msk askar sebilangan tak berapa nak mulia.

Tanpa Nama berkata...

kalo ada sesiapa boleh berikan pinjaman selain dari koperasi tentera yang tak ikut ttp mohon maju kan malas lah nak bertekak benda remeh nih ....kalo ada lah pinjaman selain dari koperasi tentera tolong sebut kan terima kasih

Tanpa Nama berkata...

aku tengok polis senang jew nak buat pinjaman kat bank dan koperasi lain...walaupun mereka ada koperasi sendiri macam ATM tapi mengapa askar tak boleh macam diaorang erk........

Tanpa Nama berkata...

kenapa bila nk ambil penyata selesai hutang kita kena bayar RM15.00 susah sagat ke nk bagi.. koperasi tolong jelaskn..

Tanpa Nama berkata...

salam sejahtera dan salam satu malaysia..

Pinjaman peribadi untuk anggota tentera yan g berpangkat llp.
pinjaman sehingga RM 200 000.
selama 20 tahun.
mengikut terma dan syarat.
kelulusan terpantas 3- 5 hari berkerja.
terbuka kepada semua perkhidmatan..
tarikh tutup permohonan sehingga jan 2013.
untuk memohon boleh hubungi talian hot line. 0108008587- en kamarul.

Tanpa Nama berkata...

salam sejahtera dan salam satu malaysia..

Pinjaman peribadi untuk anggota tentera yan g berpangkat llp.
pinjaman sehingga RM 200 000.
selama 20 tahun.
mengikut terma dan syarat.
kelulusan terpantas 3- 5 hari berkerja.
terbuka kepada semua perkhidmatan..
tarikh tutup permohonan sehingga jan 2013.
untuk memohon boleh hubungi talian hot line. 0108008587- en kamarul.

Tanpa Nama berkata...

sokong!!!! kerajaan memang x berhati perut ngn tentera,sekarang ni nk loan rumah pun nk gaji bersih RM1600 keatas,dia ingt msuk tentera ni trus leh dpt gji bsar ke!! nk tggu brapa taun bru leh dpt gji mcm tu,loan rumah plk dh la smpi 30thun... dh mati pun tak abis bayar!!!!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

aku x faham lah apa dah jadi sekarang nie...tentera malaysia....15 thn kijer umah pun xder lagi.....

Tanpa Nama berkata...

atm....jgn kata xbagus.....atm tu bagus xpi kt yg x bagus....

MAN NAVY 190 berkata...

SABARLAH WAHAI KAWAN KAWAN KU SEMUA.ALLAH DAH ATURKAN SEMUA RAZEKI KITA.MOHONLAH APA APA HAJAT PADANYE.BUKAN PADA KERAJAAN.

Thung Jee berkata...

tepuk dada tanya selera,kalau x nak kerja kita berhenti kalau rasa ada kerja kat luar