SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

21 September 2010

SYOR BERSARA 60 TAHUN HANYA UNTUK PROFESIONAL

Berita Harian
20/9/2010



TIDAK wajar dan tidak bijak bagi CUEPACS menuntut supaya kakitangan kerajaan dilanjutkan berkhidmat hingga umur 60 tahun sebelum bersara wajib.

Biar kita menjadi sebuah negara maju dulu sekurang-kurangnya pada 2020 dan lagi pun masalah graduan dan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ramai yang menganggur dan ini perlu diatasi segera kerana ia mungkin akan membabitkan masalah sosial yang serius jika tidak ditangani dengan bijak. Ketika umur persaraan wajib kakitangan kerajaan dilanjut daripada 56 tahun kepada 58 tahun beberapa tahun dulu, kita dapat lihat kesannya di mana bertambahnya pengangguran dengan mendadak. Lagi pun kalau diamati pekerja yang sudah lanjut umur prestasinya menurun dan kemampuan serta kecekapannya tidak setanding pekerja muda dan berkebolehan menggunakan komputer serta peralatan canggih lain. Rasa malas dan dan jemu mula terasa bagi kakitangan awam dalam lingkungan umur lewat 50-an dan ada antara mereka ini langsung buta komputer.

Eloklah kerajaan berjimat cermat mengambil pekerja baru dan bertenaga serta mempunyai kecekapan luar biasa dengan gaji jauh lebih rendah daripada membayar empat kali ganda jika pekerja berumur 60 tahun masih lagi bekerja. Jika ingin pun untuk melanjutkan persaraan kakitangan awam, biarlah mereka yang bertaraf profesional seperti dalam bidang kedoktoran, kejuruteraan atau bidang kritikal tertentu kerana kepakaran mereka itu yang kita mahukan.

Diharap CUEPACS tumpukan tuntutan lain yang mampu memberi manfaat seperti tuntutan gaji lebih setimpal dengan keperluan hidup terutama sekali di mana harga barangan keperluan asas untuk keluarga semakin meningkat.


SYED ABDULLAH SYED OSMAN JAMALULLAIL,
Ampangan, Seremban

16 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

saya sokong..golongan profesional camni tak perlu buat kerja guna tenaga yang banyak..sesuai kerja sampai 60 tahun..lagipun negara kita masih kekurangan tenaga profesional camni..

PA berkata...

Profesional pun tenguk jenis profesional jugak, yang hampas tu elok pencen awal.

seman E11 pintar bestary berkata...

seeloknya kakitangan sokongan perlulah mendapat pencen yang sama dengan gaji, ini namanya keadilan.

Zas berkata...

Negara kita tidak kurang tenaga profesional, dah berlambak2 pelajar keluar IPT dengan ijazah dan master, cuma tidak diberi peluang jadi penjawat awam profesional, sekarang ni musim konvo, kira lah sendiri jumlah mereka, malah penjawat awam berijazah hingga master pun dah ramai, tapi masih dalam kumpulan sokongan, nak sejukkan hati katalah "belum ada rezki".

Tanpa Nama berkata...

Dah cakap dah yg dok nak sangat pencen 60 ni golongan tu la sebab gaji pokok tak masuk elaun mereka dah 6k 7k 8k ...
Kekurangan tenaga profesional ! mana mungkin yg pro sekarang datang dari mana kalau tak bermula dari bawah.

Tanpa Nama berkata...

KERJA (PENGARAH) MENGARAH ORANG UMUR SAMPAI NYANYUK PUN BOLEH KERJA. YANG NAK BUAT KERJA NI ORANG-ORANG MUDA JE, YANG MASIH PRODUKTIF..

Tanpa Nama berkata...

Orang2 muda dendam dgn generasi 60-70an, hidup dlm DEB. Hidup dgn bantuan kerajaan... ada biasiswa ada itu ini. Tiba giliran kami, semua tu dh tak ada. Kena hidup dlm hutang (PTPTN). Nak bayar hutang PTPTN tak mampu sebab kerja gaji rendah. Sebab apa? Sebab generasi 60-70an tamak, tak nak lepaskan jawatan mereka. Kalau boleh nk kerja smpai mati kot? Tolonglah... bagi peluang kepada org muda bina kerjaya. Anda sudah establish, kami baru nak hidup!

Tanpa Nama berkata...

Saya tidak setuju kalau mahu bagi hendaklah semua golongan PA bukan utk Profesional saja buatlah sama rata itu barulah adil jangan buat pilih kasih semua PA sama2 menyumbangkan bakti mereka kpd kerajaan dan kerja semuanya sama penting dlm pembangunan negara. PA sokongan dan profesional mereka sama perlu dlm membantu kerajaan membangunkan negara PA sokongan ramai juga yg berbakat malah ramai juga dikalangan mereka berkelulusan Ijazah ke atas tapi mereka masih tidak dpt naik pangkat oleh kerajaan tenaga ini juga diperlukan oleh kerajaan utk menaikan nama negara.

Tanpa Nama berkata...

Balik2 profesional..ingat profesional reti buat kerja ke? Setakat tahu bercakap dan mengampu adalah untuk cepat naik pangkat..Akhirnya golongan sokongan yg teruk kena buat kerja.Mintak cuepacs tengokkan kami golongan sokongan bertaraf penolong Pegawai(kumpulan B)..kerja macam kuli batak..macam bola kena tendang sana sini..Kerja pegawai kena buat..pengurusan pun kena buat..Cuepacs tolong buka matalah sikit.Golongan kami tak ramai..sebab itulah kami dipinggirkan...

Ali berkata...

Mohon kepada semua kumpulan sokongan 1&2 agar dapat mengulas komen dengan cara yang lebih berhemah kerana cara pertuturan kita melambangkan tahap bagaimana cara kita berfikir.

Jgn ada komen berbentuk mementingkan diri dan kerjaya masing2, menegur kumpulan profesional secara tidak berhemah, ada ketu yang bagus, tapi banyak yang tak profesional walaupun berada dalam kumpulan profesional.

Ada beberapa punca kenapa terjadi sedemikian, ramai pelajar yang cerdik pada masa dulu semua dihantar keluar negara, maka cara mereka berfikir lebih kepada cara kebaratan, manakala lulusan dalam negara berfikir cara Malaysia, contohnya perbandingan pensyarah saya lulusan luar negara lebih terbuka dan begitu profesional, manakala pensyarah lulusan dalam negara agak ketimuran cara berfikir.

Berbalik kepada Ketua2 jabatan kita, kalau yang komited dgn tugas kita amat beruntung, tapi kebanyakan agak kurang cerdik dalam membuat keputusan. Ini amat membebankan kerana ada yang bersifat perkauman, berpuak2, ada kroni masing2 dan pelbagai kerenah. Ini tidak dibincangkan lagi katua jabatan dari kaum perempuan, lagi menimbulkan masalah.

Sudah menjadi lumrah jabatan, kumpulan A tetap memandang rendah idea dan buah fikiran kumpulan sokongan ni, selepas 5 @ 6 tahun baru nak diguna pakai, itupun setelah kita berpindah tempat.

Satu lagi masalah di jabatan kita masih ramai terdapat spy, gurkha, balaci dan sebagainya terdiri dari kumpulan sokongan juga, naik pangkat secara mengampu, secara jujurnya mereka ini tidak berkelulusan tinggi tapi dapat kenaikan secara mendadak, ketua juga suka dengan mereka ini kerana patuh arahan dan tidak mempertikaikan keputusan boss, bagi kakitangan sokongan yang berkelulusan tinggi akan terpinggir, itulah hakikatnya.

Zainal Abidin Hj Thaiyyib berkata...

kami golongan sokongan inginkan keadilan, mengapa kami x layak menjadi JUSA? Time based kami patutnya setiap 3 tahun naik la, ini melambangkan kemonyetan PTD dalam JPA membuat tangga gaji kami, pak omar sila perjuangkan agar gred N4 juga berhak dinaikkan ke N44 bila pencen nanti agar kami juga senang sedikit bila pencen

kulub berkata...

mmmm zainal....zainal.

Tanpa Nama berkata...

saya sokong.... biar la golongan profesional jer yang pencen umor 60. diorang badan kuat, tak pernah kerja berat. paling berat pernah angkat dalam opis pon kertas A4 satu rim...
lain la org² golongan bawahan ni... harap² kerajaan hargai la sedikit kami di golongan sokongan nie. bantu kami utk menyelesaikan masalah ekonomi kami semua......

Tanpa Nama berkata...

aku tak sokong, sebab negara kita kalau dibandingkan antara Pejawat Awam dengan jumlah penduduk terlalu besar nisbahnya. Melainkan jika dikurangkan jumlah pekerja awam, oklah. Mana yg tak berkelayakan bolehlah diserapkan ke bidang2 yg kritikal utk menggantikan pekerja asing. Kurangkan kebergantungan kpd Pati, negara akan lebih makmur.

Law (LLB) Center berkata...

Saya tak setuju dengan lanjut umur persaraan ini! Ini akan menidakkan kenaikan pangkat orang baru. Dah dua (2) tahun kami tunggu masa naik dari 56 ke 58 dulu. Skarang ni nak suruh kami tunggu lagi ke?

Sektor perkhidmatan awam tidak memerlukan orang tua lagi. Orang tua tak aggresif. Kalau ada pun dalam 10000 ada la seorang dua. Sektor ini perlukan orang muda. Golongan profesional tua taip komputer pun tak reti. Orang muda sampai ke power point mampu buat.

Saya amat berharap kepada ceupacs jangan la fight kenaikan umur persaraan kepada 60 tahun. Berilah peluang kenaikan pangkat kepada kami pula!! Terutamanya di agensi tertutup / badan berkanun yang mana post kenaikan pangkat kurang jika tiada yang bersara.

anti cuepacs berkata...

sokong sangat2.......