SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

12 Mac 2011

1,086 PENJAWAT AWAM MUFLIS

Berita Harian
Oleh Azrina Ahzan
bhnews@bharian.com.my
2011/03/03


Kakitangan diisytihar bankrap tak boleh terima pencen, ganjaran

PUTRAJAYA: Jabatan Insolvensi Malaysia merekodkan 1,086 penjawat awam diisytiharkan muflis pada 2009 dan 72.74 peratus atau 790 adalah lelaki.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong, berkata masalah itu perlu diatasi segera kerana ia dikhuatiri boleh menjejaskan prestasi mereka sehingga memaksa tindakan tatatertib dikenakan terhadap kakitangan terbabit.
“Penjawat awam nadi penggerak dalam memastikan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi dan maju menjelang 2020 dapat dicapai.

“Saya harap taklimat mengenai muflis oleh jabatan terbabit mampu memberi pendedahan kepada kakitangan awam mengenai kaedah terbaik untuk menangani pelbagai isu berkaitan hutang dan muflis," katanya ketika merasmikan taklimat Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010, Akta Kebankrapan 1967 dan Akta Bantuan 1971 guaman kepada ahli Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) di sini, semalam.

Taklimat berkenaan anjuran bersama CUEPACS dan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri.

Sementara itu, Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman meminta penjawat awam memantau perbelanjaan bulanan masing-masing, selain memastikan tidak membuat pinjaman keterlaluan, bagi mengelak dikenakan perintah muflis oleh mahkamah.
Katanya, perintah muflis boleh menyebabkan mereka kehilangan hak untuk menikmati faedah pencen dan ganjaran lain, sehinggalah perintah itu ditarik balik oleh mahkamah terbabit.

“Kes penjawat awam diisytiharkan muflis boleh dielakkan jika mereka bijak menguruskan kewangan masing-masing.

“Bagaimanapun, kita tidak menolak kemungkinan status bankrap itu diberikan atas kapasiti penjawat awam sebagai penjamin kerana jika peminjam gagal menjelaskan pinjaman, penjawat awam yang memang `laku' sebagai penjamin akan dikenakan perintah bankrap oleh mahkamah," katanya.

Mengikut Akta Pencen 1980, mana-mana penjawat awam tidak boleh menerima pencen, ganjaran dan lain-lain faedah pada tarikh ia bersara daripada perkhidmatan awam jika dihukum bankrap atau diisytiharkan tidak berkemampuan oleh mahkamah sama ada di Malaysia atau lain-lain negara, sehinggalah mereka mendapat pelepasan daripada hukuman itu.

Akta berkenaan juga menetapkan pencen, ganjaran dan lain-lain faedah yang dinikmati selepas bersara juga akan terhenti jika mereka dihukum bankrap oleh mahkamah Malaysia atau lain-lain negara.

Mengulas mengenai taklimat itu, Omar berkata, ia bertujuan memberi pendedahan kepada pemimpin CUEPACS mengenai ketiga-tiga akta berkenaan berikutan pihaknya ada menerima pertanyaan pelbagai isu membabitkan akta terbabit.

“Taklimat hari ini adalah bagi pemimpin CUEPACS di sekitar Lembah Klang dan sesi yang sama akan diadakan secara berperingkat di setiap zon iaitu utara, selatan dan pantai timur tidak lama lagi, " katanya.

31 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kesian penjawat awam. Gaji kecil. Harga barang sentiasa naik. Bila naik, kerajaan suruh kurangkan makan gula, kurangkan guna minyak masak, kurangkan berjalan dengan kereta. Lagi teruk, kurangkan makan nasi. Makan sekali sehari dah cukup. Jadi pemborong makanan boleh naikkan harga sesuka hati, sebab kerajaan ada kempen untuk rakyat. Sebab itu rakyat yang susah terpaksa ambil perkhidmatan abang angkat 'credit card' nak cover kos hidup, bukan nak bergaya mewah tapi terpaksa. Ada yang sampai muflis. Memang kesian. Menteri2 dengan gaji dan elaun sehingga RM40000 sebulan pun masih tak cukup lalu songlap ambil rasuah. Caranya senang, bila buat projek 'mock up' sebut harga hingga gila-gila dan tak masuk akal. Bayar sebenar kurang daripada itu. Contoh, beli kereta perisai yang guna tayar getah pun dah jadi RM30 juta sebuah. Alasan, itu perisai terbaik di dunia mengalahkan kereta kebal berprestasi tinggi yang paling mahal tapi kurang drp RM30 juta harganya. Ini contoh jelas penyelewengan oleh menteri2 yang terlibat. Siapa nak marah? Duit rakyat juga yang disonglap untuk mengayakan menteri-menteri. Komisyen masyuuukkk....Siapa berani dedah, Akta Rahsia Rasmi ada menunggu.... 1Penyelewengan 1Songlap 1Neraka menunggu!!!

Saudara Thaibah al-Qanuni Al-Banjari berkata...

adapan ini semuanya ialah dugaan bagi kita semua. ada khabar gembira, ustaz syeikh kami Yang Mulia Istimewa Ustaz Hambali ibni almarhum Ustaz Utama Mahamood, Pengetua dan Syeikh Besar Ajaran Qanuni Yan Kedah, akan mengetuai negara ini tidak lama lagi.

Semua PA sertailah ajaran Qanuni seblum terlambat. Syeikh Ustaz kami sudah meramalkan keadaan sekarang dan hanya beliau yg mampu mengubah kesengsaraan hidup kita. Gaji akan dinaikkan 3 kali ganda, kita sama2 bahagia. 90% pemimpin BN dan Pas sudah bersama kami.

Tanpa Nama berkata...

ada betul ka? gua cina bole ikutka


/

Tanpa Nama berkata...

kalo kamu babi negara (BN) pun boleh ikut

Tanpa Nama berkata...

geng apa benda plak 2.... untuk apa. terang la ckit

Tanpa Nama berkata...

jangan salah ikut ajaran agama sudah.Apa yang dikatakan oleh komen pertama tu, saya sangat2 setuju.Apakah kesudahan nasib kita...ditindas dan terus ditindas...muflis dan akhirnya kerajaan juga yang untung sbb xperlu lg nk perhabiskan br pencen.Kpd semua PA berfikirla sblm meneruskan pnjmn demi mengelakkan bertambahnya hutang.Konsep kerajaan rumah pertamaku akan memberi kesan kpd kita semua jika teruskn seruan kerajaan.Kalu yg dh memg terlbh duit tu no problem la.

Tanpa Nama berkata...

kesan kemuflisan penjawat awam bukanalah disebabkan sikap untuk berhutang semata-mata. tapi lihatlah pendapatan penjawat awam yang rendah jika dibandingkan harga barangan dan perkhidmatan semasa....pemimpin boleh bercakap sewenang-wenangnya terhadap penjawat awam yang muflis disebabkan hutang. mana ada orang beli rumah, kereta dengan cash money kalau kerja stakat penjawat awam sokongan sahaja.....kalau nak banding harga barangan atau perkhidmatan, mereka banding dengan negara maju yang lain. tapi bila bagi gaji, banding kepada negara yang paling miskin...tak payahlah nak ikut-ikut negara orang. kalau dibuat kajian pun, sudah tentu tahu apa jawapannya kenapa penjawat awam berhutang di malaysia ni....sebab gaji rendah, tapi harga barangan dan perkhidmatan melambung....fikir-fikirkanlah wahai pemimpin. orang berhutang, bukan kerana nak hidup mewah...tetapi lihatlah berapa kos hidup yang perlu dibayar oleh penjawat awam yang berpendapatan rendah sekarang ni. Ada anda fikir macam mana nak selesaikan masalah ni? boleh lah selesaikan dengan mengambil tindakan tata tertib bagi penjawat awam yang menghadapi masalah hutang ni dan buang kerja. itu sahaja penyelesaian yang dijadikan pilihan. tapi, tak ada pun nak menghargai apa yang penjawat awam yang berpendapatan rendah ni sudah sumbangkan untuk kerajaan.

2bz4money berkata...

Ukur baju di badan sendiri. Kalau nak jadi penjamin pun biarlah benar2 mampu. Rancanglah kewangan anda dengan berhemah..

Tanpa Nama berkata...

Saya rasakan penjawat2 awam mengalami isu sedemikian adalah dikalangan mereka yg telah terhimpit hidup disebabkan berlaku kenaikan kos sara hidup dengan begitu mendadak sekali sedangkan keperluan hidup mereka sentiasa diperlukan oleh keluarga khasnya anak2 yang sedang menuntut.

Kalau kerajaan yang perihatin dengan nasib2 mereka ini bukan hanya dengan menghukum mereka setelah kesusahanyang menimpa mereka tetapi kerajaan perlu memikirkan alternatif bagi membantu mengurangkan beban hidup mereka.

Inilah kesan inflasi sedangkan pendapatan tak seimbang dengan kos sara hidup, kalau selama ini mereka dapat seimbang dengan kos sara hidup yg murah, bagimana munkin sekiranya kos sara hidup yang terus meningkat.

Tanpa Nama berkata...

saya rasakan rasa oren pula dengan harga barangan yang melambung,susu saja yang turun. nasib kamu la labu baik lagi boleh kais pagi makan pagi kais petang makan petang. saya ni satu bulan satu kali kais sahaja dah habis, memang nasib aku lah.

Tanpa Nama berkata...

Berbelanja berpada2x lah..berjimat cermat..jgn boros..jgn wat pinjaman kalau suka2x..jgn la join skim cpt kaya...

Syed Abu Bakar Syakran berkata...

HUmn...kalau tak masuk benda2 haram seperti Skim Cepat Kaya, MLM, dll tapi berhutang untuk keperluan seperti kereta dan rumah tu macamana? Nak jual rumah pastu duduk bawah jambatan, nak jual kereta pastu pakai motor sahaja.....

Wahahahhahahahahhahaha......

Ini ialah idea alternatif macam kurangkan gula, kurangkan santan dll.....

Saudara Thaibah:-

Hangpa nih semua ahli sunnah ka? Atau kumpulan tareqat? Jangan buat ajaran baghu...sat lagi duduk kemunting kang baru padan muka....

Tambah2 ajaran sesat, padan muka kang.....hangpa ada sanad kepada RAsulullah SAW atau sanad kepada ayah Pin?

Wahahhhahahahahhaahhaaaa......

Kerajaan sebenarnya dalam usaha nak 'kurangkan' kakitangan awam secara halus macam nilah; bagi hutang mudah2...pastu bangkrup tendang keluar......

Aku hanya berdoa agar kawan2 aku yang PA nih masih mampu melawan arus tekanan ekonomi sekarang; kesian dengan anak2 kita yang baru nak hidup neh......

Semoga kita tak salah langkah dalam berhutang nih....

Tanpa nama: pasal kereta perisai tu, kalau kita tak de pengetahuan, jangan kondem sesangat.....bahaya....

Memang 30 juta; tapi apa yang aku faham begini; PARS aka AV8 yang dibeli dari Turki tu akan dipasang secara berlesen dalam Malaysia bersama bluprint; bukan kosong2 katak jek; siap meriam, machinegun dan pelbagai sistem sokongan seperti sistem kawalan tembakan, sistem anti senjata biologi, sistem penyamaran dari NVG (cat camouflage) dll yang nilainya sahaja makan berjuta ringgit (ambil cth sepucuk shotgun semi auto Browning A5 yang dijual di kedai senjata berlesen di Malaysia sahaja bernilai RM 15k- itu baru shot gun belum machine gun 7.62 dan .50 caliber yang diguna atas AV8 neh)dan AV8 neh boleh dinaik dan diturunkan menggunakan hidraulik mengikut mukabumi..tak macam COndor yang tinggi semedang, kat selekoh boleh tergolek anjing....

Kalau AV8 tu kosong dalam RM 30 juta; memang sapa2 pun akan marah gila...tapi ini kan ke siap senjata dan peralatan sokongan lain.....dan juga kebolehan mengharungi air tanpa menggunakan propelers....serta pemberian lesen dan blueprint yang bukan senang2 beri macam beri resepi goreng pisang Mak Yah janda nu...

LIhat rakyat Singapura dan Indonesia; mereka tak pernah memperlekeh pembelian kelengkapan perang negara mereka, walaupun mereka jaki gila dengan kerajaan tersebut......sebab mereka tahu; kerajaan akan beli yang terbaik dan sesuai dengan strategi perang negara mereka.....

Condor dan Sibmas kita semakin berusia dan Condor sendiri pun ada yang terbalik anjing di jalan raya....dan hullnya sendiri tak boleh menahan peluru 7.62 armor piercing belum lagi peluru HE dari ATGM.....

BUkan aku nak sokong kerajaan membabi buta, tapi apa yang baik kita sama sokong dan realisasikan, apa yang buruk kita kena perbetulkan....

Opsss...Alahai melalut pulak aku sampai ke kereta perisai...padahal cerita pasal kakitangan awam muflis je........

aku penjawat awam berkata...

betul kata FOMCA. penjawat awam muflis pasal beli kereta ikut skim tanpa deposit. dah la kene tipu dengan agen. pastu tak mampu bayar bulanan kerana mahal. tapi masih ramai bernafsu nak pakai kereta. sebenarnya kalau tak mampu sedia deposit 10% untuk kereta, itu bermaksud tak mampu bayar bulanan. tepuk dada jangan tanya selera tapi tanya poket anda.

Tanpa Nama berkata...

DEPA TAK HUTANG SAMPAI TAK PADAN EHHH..BAKI GAJI MESTI 60%..KALO GAJI KECIK BLH JADI BANGRUP JGK..

HUTANG KELILING PINGGANG TAPI
KENAIKAN 2-3X KELILING PINGGANG..

raymondjr berkata...

poinuPenjawat Awam tidak boleh bergantung kepada 1 sumber pendapatan sahaja tetapi haruslah mencari alternative untuk mencari sumber pendapatan lain agar dapat menjalani kehidupan dengan selesa.

Tanpa Nama berkata...

DAH LA GAJI KECIK MAKSIMUM PLK.....MASA BUAT HUTANG GAJI BOLEH LEPAS...BILA DAH BERHUTANG SEMUA BENDA NAIK....GAJI DAH MULA XLEPAS...MULA SANGKUT SANA--SANGKUT SINI....MAKAN GAJI BKN NAK HARAP JADI KAYA....TOLONG BAGI LEPAS KEPERLUAN @ SARA HIDUP PN DAH AMAT BAIK....

Eyna berkata...

Hanya minta kerajaan review balik gaji dan elaun para PA..coz harga sekarang mahal, ditambah lagi dengan belanja sekolah anak2, kereta dan rumah...dahlah insurans kereta pun maseh mahal..Tolong lah dengar rintihan PA seperti kami ini..

Tanpa Nama berkata...

payah sangat la,,, suruh je kerajaan naik kan gaji suma penjawat awam yang ada kat malaysia,,, xkan kerajaan x mampu nak bagi gaji besar kot... ni byk peruntukan untuk felda,, org miskin,, mmg org miskin perlu peruntukan tp apa yang aku tggk masih byk gak org miskin,,, org kaya jgn ckp la,, tol x,,,

assyakur(jendela hatiku) berkata...

Menunding jari senang je. Cuba cermin diri , tengok poket sendiri. Yang muflis bukan sebab anak sekolah ke atau benda benda yang patut. Ramai yang "ke laut" sebab terlalu teruja dengan kecanggihan yang ada. Sibuk berlumba siapa lebih hebat secara fizikal, kalau bab kerja berlumba lumba siapa lebih bagus kan elok.
Buat pengurusan kewangan , tak kira umur , kaum , bangsa atau agama.
Ini masalah individu bukan politik, bukan agama. Guna akal yang waras bukan nafsu serakah.
Kadang kadang tahu tapi tidak mahu mengaku sebab tu dok sibuk mencari silap orang lain. Lebih baik mengaku dan cari penyelesaian.

nik noor akmar berkata...

sy bkn org gov tp sy beli kereta pun 0 down payment. alhamdullilah, kete sy thn depan hbis byr..

nik noor akmar berkata...

sy bkn org gov tp sy beli kereta pun 0 down payment. alhamdullilah, kete sy thn depan hbis byr..

nik noor akmar berkata...

sy bkn org gov tp sy beli kereta pun 0 down payment. alhamdullilah, kete sy thn depan hbis byr..

Nur. Atbaab berkata...

Kedapa penjawat awam yg nnak menjelas kan hutang 2 nya .. syarikat kami boleh membantu .. kami bukan seperti along . Kamisyarikat kami telah dilantik oleh bank negara utk membantu penjawat awam yg ccris,costos,serta blacklist .. boleh email sy :nurarbaah.kamaruddin@gmail.com.. cepat 2 ..

Nur. Atbaab berkata...

Kedapa penjawat awam yg nnak menjelas kan hutang 2 nya .. syarikat kami boleh membantu .. kami bukan seperti along . Kamisyarikat kami telah dilantik oleh bank negara utk membantu penjawat awam yg ccris,costos,serta blacklist .. boleh email sy :nurarbaah.kamaruddin@gmail.com.. cepat 2 .

Nur. Atbaab berkata...

Kedapa penjawat awam yg nnak menjelas kan hutang 2 nya .. syarikat kami boleh membantu .. kami bukan seperti along . Kamisyarikat kami telah dilantik oleh bank negara utk membantu penjawat awam yg ccris,costos,serta blacklist .. boleh email sy :nurarbaah.kamaruddin@gmail.com.. cepat 2 .

Nur. Atbaab berkata...

Kedapa penjawat awam yg nnak menjelas kan hutang 2 nya .. syarikat kami boleh membantu .. kami bukan seperti along . Kamisyarikat kami telah dilantik oleh bank negara utk membantu penjawat awam yg ccris,costos,serta blacklist .. boleh email sy :nurarbaah.kamaruddin@gmail.com.. cepat 2 ..di sini sy sertakan no utk di hubungi :0173026570

Nur. Atbaab berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Nur. Atbaab berkata...

Pada penjawat awam yg mahu selesai kan hutang2 nya syarikat kami boleh membantu .. boleh hubungi sy di talian 0173026570. Terima kasih .

Nur. Atbaab berkata...

Pada penjawat awam yg mahu selesai kan hutang2 nya syarikat kami boleh membantu .. boleh hubungi sy di talian 0173026570. Terima kasih .

Nur. Atbaab berkata...

Kepada penjawat awam yg perlukan bantuan boleh hubungi sy terus di talian 01730226570

Dewi Rumapea berkata...

Salam sejahtera!
Nama saya Dewi Rumapea, saya berasal dari kota SEMARANG, Indonesia. Saya ingin menggunakan medium ini untuk memaklumkan semua dalam kumpulan ini mencari pinjaman yang sangat berhati-hati kerana ada penipuan di mana-mana. Beberapa bulan yang lalu, saya secara kewangan turun dan saya memutuskan untuk mendapatkan pinjaman dari Man di Malaysia dan saya tertipu oleh pemberi pinjaman palsu di Malaysia. Saya hampir kehilangan harapan sehingga seorang kawan saya merujuk saya kepada pemberi pinjaman yang sangat dipercayai dan tulen yang dipanggil Puan Glory, seorang pemberi pinjaman swasta yang meminjamkan saya pinjaman sebanyak Rp500,000,000 tanpa tekanan, pada kadar faedah 2% yang merupakan kadar yang berpatutan untuk saya.

Selepas memindahkan kredit saya ke akaun bank saya, saya sangat terkejut apabila saya menyemak baki akaun bank saya dan mendapati bahawa jumlah saya memohon, telah dipindahkan terus ke akaun saya, oleh Ibu Glory, tanpa berlengah-lengah. Jadi saya berjanji kepada ibu Glory bahawa saya akan berkongsi berita baik agar orang ramai mendapat pinjaman mudah tanpa tekanan. Jadi, jika anda memerlukan sebarang pinjaman, sila hubungi Puan Glory melalui email: gloryloanfirm@gmail.com

Saya menggunakan masa ini untuk memaklumkan kepada anda semua bahawa anda boleh menghubungi saya melalui e-mel saya: dewiputeri9@gmail.com atau anda boleh menghubungi Nur Izzatul Azira Ismail, dari Malaysia yang memperkenalkan saya dan memberitahu saya mengenai Puan Glory, Dia juga mendapat pinjaman dari Puan Glory, Anda juga boleh menghubunginya melalui e-mel: utariwirmayaty@gmail.com Kini, semua yang saya lakukan adalah cuba untuk memenuhi pembayaran pinjaman saya yang saya hantar terus ke akaun bulanan.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Allah SWT kerana menggunakan Ibu Glory untuk mengubah kisah kewangan saya dan kini saya seorang pemilik perniagaan saya yang bangga, semoga Allah terus memberkati Ibu Glory dan terus menggunakannya untuk membantu kita semua dalam kesulitan kewangan