SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PENJAWAT AWAM TIANG SERI NEGARA

24 Mac 2011

KEBAJIKAN PENJAWAT AWAM DIJAGA

Utusan Malalaysia
23/3/2011
Oleh ZULKIFLI JALIL, THOMAS CHONG
dan NAZMIL NASIRUDDIN
pengarang@utusan.com.my

NAJIB Tun Razak bersama Muhyiddin Yassin serta Mohd. Sidek Hassan (kiri) memegang buku Perkhidmatan Awam selepas melancarkannya pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-12 (MAPPA X11) di Pusat Konvensyen Antarabangsa, Putrajaya, semalam. – Utusan/HANAFI KHAMIS





PUTRAJAYA 22 Mac – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan lagi beberapa khabar gembira untuk meningkatkan motivasi dan melahirkan penjawat awam yang berdaya saing.

Ia dimaklumkan Perdana Menteri ketika menyampaikan ucapan bertajuk “Kerajaan Bertanggungjawab: Menunai Janji, Melangkau Jangkaan” di hadapan 5,747 penjawat awam yang menghadiri Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-12 (MAPPA XII) di sini.

Turut mendengar pengumuman tersebut ialah masing-masing 300 dan 270 penjawat awam yang menghadiri sidang video dengan Perdana Menteri di Wisma Bapa Malaysia di Sarawak dan Auditorium Intan di Sabah.

Berikut perkara yang diumumkan Perdana Menteri:

n Berkuat kuasa mulai tarikh semasa, pesara skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang bersara pada umur wajib atau di bawah Seksyen 6A(6) Akta 227/239 termasuk ahli keluarga tanggungan mereka, layak menikmati kemudahan rawatan percuma.

Pelaksanaan pemanjangan rawatan perubatan percuma kepada pesara skim KWSP ini hanya diberi kepada anggota perkhidmatan awam di bawah skim KWSP yang telah di bersara wajib oleh kerajaan Persekutuan atau negeri atau Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan. Bagaimanapun, ia tidak merangkumi mereka yang meletak jawatan atau meninggalkan perkhidmatan atas kehendak sendiri.

n Berkuat kuasa mulai tarikh semasa, ganjaran akan dibayar 100 peratus kepada anggota sektor awam yang bersara pilihan di bawah pilihan skim pencen sekali gus memansuhkan penangguhan bayaran sebahagian ganjaran sebelum ini.

n Kajian semula sistem saraan sedang dijalankan bagi mewujudkan perkhidmatan awam yang lebih produktif, berinovasi, kreatif dan berprestasi tinggi.

n Kerajaan akan memperkenalkan anugerah khas kepada penjawat awam yang aktif dalam aktiviti kesukarelaan, kemasyarakatan, sukan dan kebudayaan selain menunjukkan mutu kerja yang tinggi. Untuk itu, tahap prestasi kerja dan penglibatan aktif dalam semua aktiviti sepanjang 2011 akan dinilai bagi tujuan tersebut.

n Pegawai-pegawai awam di peringkat pertengahan yang berpotensi tinggi akan dihantar untuk mengikuti kursus-kursus terpilih bagi menyediakan mereka dengan kemahiran kepimpinan. Pada masa sama, kemajuan kerjaya dan peluang-peluang kenaikan pangkat Kumpulan Pelaksana akan diperluaskan kepada pegawai yang telah berjaya memiliki kelayakan yang tinggi.

n Kajian terperinci akan dilaksanakan untuk merasionalisasikan perkhidmatan awam bertujuan mengurangkan lebihan anggota melalui penjajaran semula fungsi agensi yang bertindih, pengawalan pengisian jawatan kosong dan pengagihan semula perjawatan.

n Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) digantikan dengan penilaian baru yang lebih memfokus kepada elemen pembangunan kompetensi berasaskan gred dan jawatan serta mengambil kira keunikan pelbagai skim perkhidmatan. Untuk memastikan ia relevan, ketua perkhidmatan atau ketua jabatan diberi fleksibiliti dalam menentukan kaedah penilaian di jabatan masing-masing berdasarkan garis panduan yang sedang disediakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

n Jawatankuasa penilai pemantauan prestasi akan ditubuhkan bagi memastikan pegawai kerajaan terlibat dalam sistem pool tidak teraniaya di mana elemen keadilan dan penilaian bebas akan diamalkan.

n Bagi pegawai yang berprestasi rendah atau mempunyai masalah kesesuaian penempatan di semua peringkat termasuk Kumpulan Pengurusan Tertinggi, satu kaedah exit policy akan diwujudkan di bawah Kajian Semakan Sistem Saraan Malaysia untuk menamatkan perkhidmatan tersebut.

23 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bila PA akan mendapat kenaikan gaji ??

kebajikan PA dijaga? jangan tipu lah

Tanpa Nama berkata...

Pantun Seloka Buat Penjawat Awam

Penjawat awam resah hidup tak tentu arah
Bila kos sara hidup terus meningkat semakin parah
prestasi produktiviti pula sering dikerah-kerah
Kadar Penyakit darah tinggi makin bertambah-tambah.

Pilihanraya umum masanya dah sampai dah
segala fitnah dan keburukan mula di dedah-dedah
Kalau penjawat awam ingin kehidupan lebih terselah
Gunakanlah peruntukan ini untuk kita berubah

Wasalam.

Botok Kicap berkata...

Apa yang berlaku tidak menggembirakan langsung! Tunggu le Pilihanraya nanti...Tunggu...
Aku teringat bait puisi SN Dr Usman Awang;
Siakap senohong gelama ikan duri,
bercakap bohong lama-lama jadi menteri.

ujang. berkata...

bolajar tinggi2, yang bangang yo yang dipilih, bukan apo, sonang dicucuk idung eee.

kassim baharum berkata...

org BN walau x beragama adalah jauh lebih mulia dan baik dr org pembangkang yyg mengaku ulama tu.

hnya BN harapan kita semua, PA wajib menyokong BN demi kemajuan dunia dan kebahagiaan akhirat

tgk dlam tv, x sangka anwar mmg buruk perangai. nak tuduh tan sri rahim tamby chik pula, x patut langsung. anwar seorang penipu, manakala tan sri rahim seorang mulia dan beriman, percayalah!! aku pernah jumpanya di solat jumaat ms dia jadi KM Melaka dulu, betapa beliau amat layak dijadikan idola seluruh Muslimin dan Muslimat

Tanpa Nama berkata...

sistem br bg menggantikan PTK nampak gayanya lg teruk. Kebajikan lain asyik dikaji je...bila la nak laksananya.

Tanpa Nama berkata...

sistem br bg menggantikan PTK nampak gayanya lg teruk. Kebajikan lain asyik dikaji je...bila la nak laksananya.

Tanpa Nama berkata...

apa kaitan anwar & tan sri rahim tamby chik dengan kebajikan penjawat awam pulak nie??!!! kassim bahalol betul!! kami minta kenaikan gaji, bukan nak tengok video lucah!!!

Tanpa Nama berkata...

Ala Kassimmmmm...Bengongnya kau.

Tanpa Nama berkata...

kebajikan rosmah lak sapa nak jaga?

Tanpa Nama berkata...

Untuk Peringatan Bersama

Pengampu penjilat macam terompah

hidup disogok dengan rasuah

fitnah penyelewengan dianggap mudah

Tunggu nanti diakhirat kau menerima padah



Marilah selamatkan diri kejalan Allah

Mudah2an diterima taubat dirahmati Allah

Semuga penyelasan didunia ini diampun Allah

Condonglah diri kepada mereka yg berpegang kitab Allah

Tanpa Nama berkata...

Apabila PTK sudah tidak diguna pakai jangan pula kami yang telah lulus aras 4 PTK turut juga tidak di guna pakai maksud saya kelulusan itu tidak di iktiraf kerana PTK sudah di hapuskan.

halim Jempol berkata...

PA wajib brpegang kepada Umno. ingatlah Umno yg berjasa bagi kerja kita. Ramai budak2 graduated sokong pembangkang, mereka sebenarnya bodoh sbab kena tipu.

Syabas org kampung dan Felda kerana jauh lebih bijak dan beriman dengan memilih BN dunia akhirat

Cuepacs bila nak mohon masuk BN? Semua PA sudah tidak sabar2, menggigil2 dan terketar2 menunggu Cuepacs jadi komponen BN.

Tanpa Nama berkata...

harap tuan Omar terus perjuangkan mintak kenaikkan gaji untuk semua kumpulan kakitangan awam pada masa ini, kerana pilihan raya dah hampir tiba inilah peluangnya..semua parti tgh memancing pengundi..tak perlulah kite nie duk bertengkar sesama kite buat ketawa kaum lain jer.

Tanpa Nama berkata...

nak tengok nanti en kassim n keroni2 dia dapat ape dr BN...kalau lah di izinkan ALLAH PA dpt naik gaji en Kassim n kroni2 dia jgn dinaikan sbb dia dah suka dgn gaji dia sekarang..saya cabar en kassim tolak kalau dinaikkan gaji....ape macam ada berani...duit sape tak nak kan en kassim...akai ada..

Tanpa Nama berkata...

Ala kassim.....ampunkan mak kassim...mak da tua....mak da senja...mak magrib...

Kassim...Kassim...

Tanpa Nama berkata...

Memang benar kebajikan semua penjawat awam perlu dijaga, sekiranya tak dijaga alamat putra jaya akan bertukar kepada yg sanggup menjaga kebajikan penjawat awam.

Tanpa Nama berkata...

penjawat awam kalau nak naek gji bior ler sebelum pilihanraya, dah lepas pilihanraya jangan harap ler gaji nk naek, duit dah abis gune untuk berkempen, time tue minta per pn kata nyer "DUIT DAH TAK DER LAH YOEPPP"...tp klau der pn untuk cikgu...tu jer yg di perjuangkan oleh depa walaupn gaji depa dh besar, koje saparuh hari, cuti sekolah bnyk (tak usik pn cuti thnn)..yg kite nie "MELOPONG LER YOEPPP"...

Tanpa Nama berkata...

BILA KEBAJIKAN PA DIJAGA??
SEMUA TIPU BELAKA. PENDAPATAN PA DALAM KUMPULAN SOKONGAN II MASIH DIPARAS KEMISKINAN. PENDAPATAN BERSIH DI BANDARAYA HANYA RM 1390.00, KOS RUMAH SEWA YANG TINGGI DI BANDARAYA MENCECAH RM400++ HINGGA RM600+++, ELAUN RUMAH BAGI PA SOKONGAN II HANYA RM180.00 NAK BAYAR SEWA RUMAH PUN TAK CUKUP. TAMBANG BAS PULA NAIK. KALAU DI SARAWAK NI SEMUA HARGA BARANG MAHAL. SEDANGKAN HASIL DARI BUMI KENYALANG BANYAK. BIL ASTRO, AIR & ELEKTRIK SEMUA KENA CHARGE. SAMPAI BILA KITA ORANG NAK BERJIMAT TAHAP YANG BOLEH DIANGGAP KRITIKAL.

Tanpa Nama berkata...

tolonglah kami....penjawat awam yang Gred N17/W17 di Kaunter...di jab saya macam kuli batak org2 atas dah....dah tak sanggup rasanya nak tunaikan kehendak diorang ( bossss )...skang waktu rehat pun kalau bleh diorang nak kitaorg keje....

Tanpa Nama berkata...

Bila YAB PM kata kebajikan penjawat awam jaga rasa bangga sangat ni. tapi yang masih menjadi masalah pada Kakitangan yang dinaikan pangkat KPSL. cuba YAB PM tengok bagi KPSL N27 daripada N17 gaji masih bawah gai jawatan lama. Kalau masih jawatan N17 bila 15 tahun dapat N22 gaji paling kurang dapat RM2400/-... tapi bila dapat N27 gaji baru RM 2000/... tapi kerja makin banyak dan tanggungjawab makin besar. tapi tak ada maknya. boleh lihat dan kaji balik soal gaji ini. terima kasih leh...

Assalammualaikum berkata...

ntah la...dah letih dah...politik politik

Tanpa Nama berkata...

rakyat sarawak dan PA sarawak sila sokong penuh PKR....PAKATAN IS THE BEST