SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

13 Mac 2011

USAHA CUEPACS SEMAI SIKAP POSITIF DI KALANGAN PENJAWAT AWAN BERHASIL

Bernama
13/3/2011



KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Cuepacs sedang meningkatkan usaha bagi menyemai sikap positif di kalangan 1.2 juta penjawat awam di negara ini untuk menyediakan tahap perkhidmatan yang tinggi dalam memenuhi harapan dan keperluan orang ramai.

Setiausaha Agungnya Lok Yim Pheng berkata setakat ini usaha itu berhasil seperti yang digambarkan dengan meningkatnya sistem penyampaian terutama dalam jabatan yang berhubung terus dengan orang awam.

Sebagai contoh, beliau berkata pengeluaran pasport antarabangsa yang sebelum ini mengambil masa seminggu kini boleh diperolehi dalam masa dua jam.

Begitu juga, sebelum ini orang ramai terpaksa beratur panjang di kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan untuk memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu, kini ia dapat dilakukan cuma dalam masa beberapa minit.

"Sebenarnya, untuk membaharui lesen dan pembayaran bil utiliti, ia telah pun dijalankan secara berkomputer dan orang boleh melakukan transaksi pada bila-bila masa dengan selesa di rumah," katanya kepada Bernama di sini.

Lok berkata penjawat awam memainkan peranan penting dalam pentadbiran negara dan oleh itu mereka perlu mengikuti perkembangan terkini.

Beliau berkata program transformasi kerajaan merupakan satu cabaran kepada penjawat awam kerana mereka perlu menggunapakai kaedah dan kemahiran yang baru untuk menjalankan tugas mereka.

"Bagi pihak kita, kami akan terus menggalakkan penjawat awam memberikan khidmat terbaik tapi berharap ini dapat dipadankan dengan galakan yang sama daripada kerajaan," katanya.

Beliau berkata selain imbuhan kewangan, penjawat awam juga mahu usaha mereka diiktiraf dan dihargai.

Lok juga bersetuju dengan nasihat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kepada penjawat awam supaya mereka berasa bangga dalam menjalankan tugas mereka.

Beliau juga meminta kerajaan supaya menyediakan lebih banyak kemudahan latihan untuk penjawat awam meningkatkan diri dan mendapat kedudukan lebih baik dalam perkhidmatan.

-- BERNAMA

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Memang itulah yg selama ini diamaikan penjawat awam lebih-lebih lagi setelah terikat dengan piagam pelanggan, keberhasilannya adakah hanya dinilai sekadar ucapan tahniah atau pujian sahaja, kalau dipihak swasta akan diganjari dengan bonus 2 bulan gaji atau sebagainya.

Kalau dilihat bagaimana LHDN berjaya dapat meningkatkan kutipan hasil, sedangkan hasil kerja yg diperolehi dari Jabatan kerajaan yang lain bagi menyiapkan proses kerja bagi disiapkan bagi dikutip hasilnya,

Sedangkan pihak atasan hanya akan melihat kepada hasilnya sahaja, dibaratkan sebagai jabatan itu perlu memanjat pokok kelapa atau menjolok buah kelapa kemudian kelapa itu pula akan dikopek keluar dari tempurungnya kemudian akan diparut setelah itu akan diperah bagi mengeluarkan santannya menakala setelah dijadikan santannya pula diberi kepada LHDN

Bila pencapaian LHDN meningkat mereka diganjari dengan bonus.

Tanpa Nama berkata...

Cakap kuat-kuat supaya orang boleh dengar itu suara cuepacs.
Bagitau banyak cerita yang sama dan ulang macam guru mendidik pelajar-pelajar.
Kesannya nanti semua Penjawat Awam akan terus menikmati banyak faedah daripada kerajaan.
Betul ke Pn. Loke ? itu yang sebenarntya tersirat dalam press statement ini????

Tanpa Nama berkata...

janji tinggal janji...

Tanpa Nama berkata...

Saya cadangkan Puan Lok Yim Pheng jadi Presiden Cuepacs!!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

itu kalau ada sistem komputer. kalau takder sistem komputer lembab juga

Tanpa Nama berkata...

sistem hrmis lembab la!!!...komputer pun lembab...!!!macam mana nak bagi perkhidmatan terbaik..???