SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PENJAWAT AWAM TIANG SERI NEGARA

01 Mac 2011

15,000 PEMBANTU AM PEJABAT TUNGGU NAIK PANGKAT

Bernama
28/2/2011


IPOH: Seramai 15,000 Pembantu Am Pejabat (PAP) di seluruh negara sedang menunggu untuk dinaikkan pangkat dan gaji yang permohonan mereka telah pun dikemukakan oleh Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Presiden Cuepacs, Omar Osman, berkata memorandam berkenaan dihantar ke JPA enam bulan lalu dan pihaknya sedang menunggu kelulusan permohonan yang dijangka diketahui seawal 1 Mei ini.
"Sudah sampai masanya kerajaan mengkaji dan menyeleras semula sistem penggredan sedia ada agar bersesuaian dengan taraf pendidikan penjawat jawatan ini yang sebelum ini hanya memerlukan kelulusan rendah di peringkat Penilaian Menengah Rendah berbanding kini yang memerlukan kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia selain diploma dan ijazah," katanya kepada pemberita. Beliau menghadiri majlis taklimat kepada anggota Kesatuan Pembantu Am Pejabat Perkhidmatan Awam Semenanjung Malaysia cawangan negeri Perak.

Omar berkata sekiranya permohonan itu diluluskan, ia akan meningkatkan semangat penjawat jawatan berkenaan untuk bekerja lebih keras.

"Mereka yang menjawat jawatan ini merupakan nadi yang menggerakkan sesuatu tugas di pejabat. Justeru itu, apabila adanya keselarasan (jawatan), ia secara langsung bakal meningkatkan motivasi setiap pekerja," katanya.

Beliau berkata Cuepacs turut bercadang menukarkan gelaran jawatan Pembantu Am Pejabat kepada yang lebih sesuai.
Tugas Pembantu Am Pejabat kini tidak hanya tertumpu kepada pentadbiran pejabat semata-mata malah meliputi pelbagai tugasan lain di luar pejabat seperti di makmal dan bengkel, katanya. - BERNAMA

78 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dulu operator naik gaji sama N17, lepas tu Tukang Masak, dan akan datang Pembantu Am Rendah..Tapi yang sekarang bertugas sbg Pembantu Tadbir N17 masih di takuk lama..Nasib badan....Kalau nak naik tu biarlah semua merasa, jangan di anak tirikan kami Pembantu Tadbir N17 dan Penolong Pegawai Tadbir N27...

Tanpa Nama berkata...

kira ok la 2... PAP gaji ciput ja skarng ni.... terbaekkk!!!!!

Tanpa Nama berkata...

betul tue...semua naik jd setaraf N17 tp N17 yg ada diploma n ijazah mcm tue jgak..xberubah...

Tanpa Nama berkata...

aku sokong...N17 gaji dah banyakkk..pap gaji ciput je...kira ok la kerajaan naik gaji...tarbaikk...

Tanpa Nama berkata...

rezeki...rezeki...harap2 kerajaan naik la gaji PAP..dah lama kami bergaji rendah...tarbaikk

Tanpa Nama berkata...

Boleh percaya ke cakap Mamak Omar Cupec !
Tunggu buah tak jatuh.

Tanpa Nama berkata...

Boleh percaya ke cakap Mamak Omar Cupec !
Tunggu buah tak jatuh.


rasa-rasa bleh caya..ntah2 awak ni PT kot..sbb tu awak jelous...hahaha

Tanpa Nama berkata...

Dato what happen to N17 and above?? tak naik gaji ke!!!!kenapa N1 je

Tanpa Nama berkata...

PAP gji kecik,kalau dah ada keluarga lagi lh senggsara nak tampung keluarga.......kesian diaorg..kalau korang d tmt diaorg mcm mana....

Tanpa Nama berkata...

cam mana pulak dengan penghantar notis N3 gaji cipott jugaa maaa

Tanpa Nama berkata...

Ai xkn pap jer yg naik pangkat dan naik gaji,abis 2 yang sekarang N17 ni nk letak mne,so naik la N22 ke atau N27...jgn sekadar kaji2 jer...perjuangkan N17 ni dlu yer...SOkong N17

PA Veteran berkata...

Biasalah tu, Bila Pak Omar pi mesyuarat agung sesuatu kesatuan mestilah dia bagi gula-gula dulu.

Tanpa Nama berkata...

Tahu tak pa, Mamak Omar Cupec itulah kerjanya... bagi gula-gula.

Cakap degar-degar tapi HABUK aje...

Tanpa Nama berkata...

oklah...pap yg lulus kpsl pun tk naik pangkat

Tanpa Nama berkata...

betul tu...kerja pap seperti n17 tapi gj skit tk berbloi.naikan pangkat mereka

Tanpa Nama berkata...

oklah mereka teruk bekerja, kena maki hamun tapi tk ada spa yang nak bntu....

Tanpa Nama berkata...

kesian pap dulu ambil kpsl boleh naik n11 skrng n1...n11 yg tk ambil kpsl ....naik n17. staf bwahan dipinggirkan

Tanpa Nama berkata...

aku skng..gaji pap naik & dinaikkan pangkat

Tanpa Nama berkata...

betul tue...n17 banyak letak kerja kat n1 tpi tk bntu pun. sombong dgn gred dan jwtanya.

Tanpa Nama berkata...

n17 byk dok main FB n game jer..pa ke benda tu..suruh buat megeluh..PAP juga d suruh buat...nak ckp diorg main FB x der x dok pc naik main p mana...kja PAP suruh fotostet,buat tu buat ni,jd kerani lg..angkat kerusi/tel lg..tolong sana tolong sini,hantar surat ambil surat lagi.fail-ling lagi...tgok fail meja 3 je kja..tp dah duduk kementerian jd berblas2 tugas..gaji ciput kja byk.x adil lh...x naik pangkat gji naik cukuplh..tp kalo naik gred lagi lah bgus..x dok diorg sindir kmi ni lagi...sokong penuh

Tanpa Nama berkata...

berilah peluang pd pap untuk tukar kementerian/jabatan utk tingkatkan prestasi spt n17

Tanpa Nama berkata...

aku sokong pap dinaikan pangkat dan gaji mereka juga ada kelulusan spm

Tanpa Nama berkata...

JANGANLAH YAKIN SANGAT YANG PEMBANTU AM RENDAH NI NAK DINAIKKAN PANGKAT...PUAS SUDAH PRESIDENT CUEPACS NI BAWA ISU YANG TIDAK MASUK AKAL....SEBELUM NI, SEMUA JAWATAN SOKONGAN PUN KONONNYA BAKAL MENIKMATI KENAIKKAN GAJI MINIMUM RM1500. JANGAN MIMPILAH....
JAWAPAN KERAJAAN TIADA DUIT MAHU MENAMPUNG KENAIKKAN GAJI KAKTANGAN AWAM. TAPI KALAU MENGURANGKAN SUBSIDI TU BOLEHLAH,

Tanpa Nama berkata...

JANGANLAH YAKIN SANGAT YANG PEMBANTU AM RENDAH NI NAK DINAIKKAN PANGKAT...PUAS SUDAH PRESIDENT CUEPACS NI BAWA ISU YANG TIDAK MASUK AKAL....SEBELUM NI, SEMUA JAWATAN SOKONGAN PUN KONONNYA BAKAL MENIKMATI KENAIKKAN GAJI MINIMUM RM1500. JANGAN MIMPILAH....
JAWAPAN KERAJAAN TIADA DUIT MAHU MENAMPUNG KENAIKKAN GAJI KAKTANGAN AWAM. TAPI KALAU MENGURANGKAN SUBSIDI TU BOLEHLAH,

Tanpa Nama berkata...

saya sokong.... saya sendiri ada STPM... rezeki dpt jd pap ja.... kerja2 pejabat semua kita org yg pap ni kena buat.yang pangkat atasan tu mengarah jaa.... apatah lagi datang penjawat awam baru gred n17... tahu berFb ja... kadang2 kna maki hamun sebab berjawatan rendah jaaa.... harap2 berita ini jadi kenyataan... kesian kat kami yang ada pendidikan sekiranya kebolehan kami dipersiakan....

Tanpa Nama berkata...

Syukur Alhamdulillah, semoga ia akan jd kenyataan....

P/S : Untuk golongan PAP mcm saya jg, tak perlu lah kt nak mengata kat PT atau sesiapa pun itu dan ini, cukup lah sekadar kita bersyukur jika berita ini menjadi kenyataan... dan jika tidak ia bukan rezeki utk kt...Dan utk PT plak x payah la nak berasa cemburu atau apapun utk golongan PAP mcm kami ni yang dah lama berada di bawah anda semua....bersyukur lah dengan apa yg kita ada....insyaallah rezeki masing2 mmg telah di tentukan oleh Allah SWT.....

Tanpa Nama berkata...

senang cerita hapuskan je gred 16 ke bawah.semua naikkan ke gred 17.baru adil.byk lg jawatan yg belum diubah pengredannya spt pengawal keselamatan dan sebagainya.

Tanpa Nama berkata...

nak naik pangkat kena ambil peperiksaan kpsl.dah lulus... pap tk dipandang, mana perginya keadilan.gred n17 keatas lulus je..terus naik..pap juga nk rasa kenaikan pangkat & gaji serta ditukarkan di kementerian/jab. lain pula.nie smpai kepencen duduk ditempat yg sma. kesian pap

Tanpa Nama berkata...

n17 dan keatas waktu kerja melular,masa nk blk bru nk buat kerja(nk kira ot)mcm krj bnyk. fikir2kan gaji yg kita terima 2.pap jga yg kn buat

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum...
kami minta pihak tuan pergi setiap kementerian/jab.tanya komen2 mereka.apa yang tersirat & tersurat.baru pihat tuan akn thu cara mreka bkrja dan dpt buat kesimpulan...

Tanpa Nama berkata...

tk prulah kta nk menunding jri,setiap org msti ada kelemahan dan kekuatan.btul tk cra kta bkrj.nmpak shj orng bwhan,msng2 juhkan dri,tk nk bkwn,tk nk duduk smeja.klau nk minta bntuan br jumpa/ pnggil.susah nk ckp terima kasih.pap jugalah yg akn btnya dan memberi syuman.cuba anda fikirkan dan renung-renungkan.pap mcm kta juga, tk ada bezanya.jnglah anda sisirkan mreka.klau tk ada pap krja tk jln...

Tanpa Nama berkata...

setuju,naikan gaji pap,bukan nak cerita n17(bukan semua) terutama yg baru2 masuk berlagak beri arahan mengalahkan bos,kalau boleh semua nak suruh pap, byr bil,byr loan keta,tlg ambil anak,mcm pencacai je

penghantar notis berkata...

PAP sekarang gred N1.Penghantar Notis N3.Kalau PAP naik pangkat gred berapa agaknye ye...

Tanpa Nama berkata...

terima kasih ceupacs terima kasih kerajaan semoga kenaikan gaji n gred kami PAP dpt dapat dilaksanakan....

Tanpa Nama berkata...

insyaalah d makbul kn..trapped

Tanpa Nama berkata...

Kenapa Pap je yang naik? dulu dengar semua gred 17 kebawah akan dinaikkan gaji..tp sekarang ape cerita? terus senyap xde ape2 berita.. kami ni menunggu je.. Bukan PAP je yang banyak kerja..cuba tengok jawatan lain mcm U3. bersusah payah keje siang malam.. R1 pn same..mcm2 kerja kena buat..kerja PAP dah jadi kerja R1.. Fikirla sikit...!

Tanpa Nama berkata...

saya amat2 bersetuju supaya PAP dinaikkan N17,dan saya ingin nyatakan bahawa bila gred lain dinaikkan gred kami tak ganggu dan tak rasa iri hati,bila kami nak naik gred pun jagan ada yang ganggu,kepada dato omar kami harap teruskan perjuangan,kami sentiasa dibelakang dato walau apapun terjadi dan kami akan berjuang untuk hak kami sehingga ketitisan darah terakhir.

Tanpa Nama berkata...

jawatan pap open no ''close'' susah kmi nk mnta tkr. kmi bkrj tlalu jauh dgn kluarga

Tanpa Nama berkata...

kalau nk naik pangkat pap & gaji,naikkan betul2 jgn bri pap beranggan2 mak jenin ksian kt mreka.

PAP Susah.. berkata...

Kesian PAP kerja 1001 mcm kerja..gaji mcm ciput je..tlg la bantu kami org susah asal dr kg..
harap2 gaji minima RM1500 jadi..
Berdoa la ni Semoga Tercapai Impian.. Kalau x Berhenti kerja la ni..
Menoreh Getah la d Kg ni ambik income lbh...

Tanpa Nama berkata...

sya btl tu... Saya sokong Komen PAP susah tu.....

Tanpa Nama berkata...

bg Peluang PAP buat pilihan berpindah ke jabatan lain..jgn kerja sampai pencen d jabatan yg sama..

Tanpa Nama berkata...

HRP-HRP X OMONG2 KSG LA PAP NK NAIK PGKT NIE..KSIAN KT KMI MCM2 KJE KNE WT TP GJ CIPUT JE..

Tanpa Nama berkata...

HARAP-HARAP APA YG DI KATA KAN AKAN TERMAKBUL..KASIHANILAH KAMI YANG GAJI TAK SEBERAPA TAPI KERJA BERLAMBAK..KAMI PUN INGIN KESENANGAN JUGA..BAGI JAWATAN YG LAIN PN BERILAH HAK YANG SAMA AGAR KAMI SEMUA SAMA-SAMA DAPAT MERASA PUAS DAN BERBALOI DENGAN KERJA YANG KAMI LAKUKAN..BERILAH KAMI PEMBELAAN..KAMI WARGA PAP SANGAT MENGHARAPKAN DENGAN APA YANG DI KATA OLEH CEUPACS

Tanpa Nama berkata...

Bulan 10 ni genap sy 7tahun jd PAP... Tp keje sy xde dlm fail meja PAP... Saya buat ke PA( setiusaha)... Mengambil kesempatan pd sy sbb sy ade kemahiran computer n pandai menbuat surat2 rasmi... Bila sy tanye nape sy xblh dpt elaun tanggung kerja.. Sbb xlayak... Nape kerajaan xbuat sesiapa PAP ade kemarihan lebih xdpt terus serap jd PA(setiausaha) atau PT N17.....

Tanpa Nama berkata...

alhamdulillah,semoga kami d peringkat bwh ini dititikberatkan. Betol ape yg diperjelaskan pembantu am pejabat juga nadi sesebuah pentadbiran. semoga rezeki memihak pd kami.

Tanpa Nama berkata...

wlu apa pun gaji n17 kena semak balik ..perlu ditingkatkan kerana masih di takok lama..

Tanpa Nama berkata...

kalu nk bagi kenaikan gaji biarlah secara yang adil..bagi semua orang puas hati..kami yang N22 pulak macam mana..

Tanpa Nama berkata...

N17 boleh bawak vios walaupun takde side income, kami PAP nak amik kancil pun 2-3 fikir anak bini rumah..fikir lah wahai n17.. N17 lantak dinding pun 2K ++ kami PAP? abeh kuat 1.5K sampai ke tidak....

Tanpa Nama berkata...

alhamdullilah,semoga PAP benar-benar di naik gaji, kesian kami berhujan berpanas tiada siapa yg tahu tejatuh tersungkur di jalan raya kami saja merasakanya,demi surat-surat dan barang-barang penting yang mesti tiba ke tempat yang di tuju,kekadang terpaksa berlumba dengan masa di jalan raya kalau ada yang perlu di hantar dengan kadar segera.Apa yang kami lalui di jalan raya hanya kami yang tahu,janganlah cemburukan kami,kita semua sama,masing-masing dengan tugas yg di berikan. Apalah salahnya kami di beri kenaikan tersebut,berilah PAP merasakanya....

Stephen berkata...

semoga ini akan menjadi kenyataan...menjadi satu realiti yang mana akan dapat mengubah sedikit taraf hidup kami yang gajinya tidak seberapa tapi beban tugas yang senantiasa menimbun... terima kasih CUEPAC yang prihatin dengan nasib kami..yang sudi membela kami... harapkan orang atasan..jangan harap..kami seperti melukut di tepi gantang...! Tapi kerja-kerja... kami yang buat..dan siapa yang dapat nama..orang-orang atasan juga!!!

Tanpa Nama berkata...

Apa la salah krjn bgi semua sekali penjawat awam naik gji..sekurang2nya dpt membantu mengatasi kos sara hidup semakin meningkat..pendapatn negara kan bergantung kpd cukai penjawat awam juga.Jdi tak rugi la....kena jga sekali sekala ambi hati gol. penjawat awam ni....

Pening Hunter berkata...

Salam, jangan asyik duk berkira dengan gaji dan jawatan semua sama makan gaji tk kira apa jawatan sekali pun N1 makan gaji N17 makan gaji Gred N ke Gres M41 ke 44 ke 48 ke 52 ke 54 ke jusa ke semua makan gaji masing2 ada tanggungjawab jadi buatlah kerja dengan ikhlas dan jangan berkira rezeki semuanya ALLAH yang tentukan. Yang berjawatan tinggi perlu menghargai orang yg berjawatan rendah, begitu juga yang jawatan rendah mestilah menghormati pegawai atasan yg penting jangan sombong dengan jawatan sebab kalau kita masuk kubur malaikat tak tanya pun apa jawatan kita jangan terlalu sombong sangat yang penting saling menghormati kalau kita hormat orang , orang pasti akan hormat kita tak kira apa jawatan sekali pun. Renung2kan. selamat beramal

Tanpa Nama berkata...

mcm mne pula dgn kami yg ade diploma dan ijazah??seharusnya kenaikan diberi mengikut taraf kelayakan..yg ada spm boleh dinaikkan pangkat...yg ade diploma @ ijazah wlpn x dinaikkan pangkat biarlah gaji berbeza dari mereka yg spm...baru adil..

Tanpa Nama berkata...

tp kami yg jd pt sorang2 kat sekolah.. kene buli... semua keje kena buat... dari tukang kebun smpi keje keja cikgu kami buat.. kalau mlwan kene ugut tukar... kami ni lagi tertekan

Tanpa Nama berkata...

kenaikan gred dikaji biar adil,,,, renung2kanlah. keja kami kat sekolah byk mrangkumi bwat keje tukang kebun, tukang sapu, bibit, semuanya kami kene buat,,,, kami kat sekolah sorang ,,,,, tlglah kaji... sek. rendah ramai...staf... tp kami sorang2 urus dah nye semua kami bwat,, ibu pej,,,,apa2 semua pt. senag cita semua kami buat.... kami minta dikaji kedudukan jawatan kami disekolah.... tertekan

Tanpa Nama berkata...

Mengapa N17 harus cemburu bila N1 akan dinaikkan gred. Cuba N17 lihat sekarang kebanyakan PAP mempunyai kelulusan setaraf N17 ataupun lebih, dan tugas PAP bukan sekadar ambil/hantar surat tetapi lebih dari itu, dan mungkin tugas PAP melebihi tugas Pembantu Tadbir. Seperti saya sendiri yang telah berkhidmat melebihi 30 tahun sebagai PAP dengan kelayakan SPM tetapi masih makan gaji pada gred N4. Adakah ini adil, sedangkan PT dengan kelayakan sama menikmati gred N 22/24. berapakah jurang step gred. Dan kami PAP juga membuat kerja perkeranian dan kadang-kadang lebih.

Tanpa Nama berkata...

aku setuju dengan pengreddan baru bagi jawatan pap n1. kebanyakan pap n1 sekarang memiliki sijil spm atau stpm malahan lebih bagus dari n17. kalau nak di bandingkan sekarang, saya rasa ramai pap n1 yg jauh berkebolehan dari n17 dalam mengurus kerja perkeranian..

Tanpa Nama berkata...

bersyukur lah dgn apa yg dah di bagi taK payah nak cemburu2 PAP NAIK PANGKAT tunggu lah tiba masanya nanti adalah rezeki N17 jgn jadi org tak bersyukur

Tanpa Nama berkata...

KITA SEMUA SEBAGAI PAP KENA TUBUH PERSATUAN BARU KUAT ,TENGOK PTD ADA PERSATUAN DIA SENDIRI KITA KENA BENTUK PERSATUAN JGN ORG MAIN PIJAK2 KITA ,KEJA KERANI PUN KADANG 2 PUN PAP YG BUAT,MEMANDU DIA JUGAK ,KUNCI PEJABAT DIA JUGAK,APASALAH NYA KAMI PAP DI NAIKKAN PANGKAT YANG CEMBURU TU MUHASANBAH LAH DIRI BELAJAR MENGHARGAI GOLONGAN PAP MCM KAMI NI

Tanpa Nama berkata...

Mmg betul..skrg ni N17 dah mcm pegawai..belagakkk..semua keja PAP kena buat,skrg ada isu Di PBT PAP kena angkut sampah buang pulak..aduhhh,mcm mana boleh jadi mcm ni..mintak tolong lah golongan PAP ni...kalo yg masyukkk2 ni..N17 jugak..PAP apa yg nak masyuukkkk..lepas waktu keja,terpaksa buat kerja part time,systn minyak,jual burger,jadi pemandu teksi..N17 ni bunyi je banyak..keja haram,main FB boleh lah..salah diorg xnampak,salah pap nampk je..kami sebagai jawatan PAP mohon pertolongan sgt..jgn tindas kami mcm kami xde maruah..

Tanpa Nama berkata...

mmang btul 2 kami N1 dismk belaga s'wak tdk dikra,brpluh-luh tk dpt jwtn ttp, apa ni? kmi br dianak dirikn.mnta smk blk snarai nm kontrek SMK Blga.

Tanpa Nama berkata...

Dulu Pembantu Am Rendah tukar Pembantu Am Pejabat dan skrg ni Pembantu Operasi N5-1,tentang gaji masih rendah.Ada sesetengah anggota berkelayakkan SPM dan Diploma tetapi di sebabkan kesukaran memperolehi pekerjaan,jawatan ini juga kami pertahankan.Bagi yang berkeluarga dan masih menanggung ibubapa kami perlukan kenaikan gaji yng bersesuaian dengan keadaan ekonomi sekarang.Saya sendiri berjawatan PAP tapi senarai tugas membuat Kertas Kerja,jadi PA,kerja-kerja perkeranian dan sebagainya. Untuk pengalaman memang baik tetapi kadang kala membebankan..dachira

Tanpa Nama berkata...

saya setuju gaji pap dinaikkan...saya juga pap di salah sebuah sekolah tapi kerja kerani n17 semua saya buat termasuklah akaun.walaupun pendidikan saya ijazah tapi saya bersyukur kerana dapat kerja pap nie sebab rezeki untuk dapat jawatan yang setaraf dengan pendidikan saya blm tiba lagi...

Tanpa Nama berkata...

Takpayah la bising2x kat ruang Cuepacs nie.Bukannya Pak Omar Osman dgn kuncu2xnya nak dgr permasalahan gerd rendah seperti PAP nie.Baik depa layan je gerd JT dan FT tu.Kalau ada wakil cuepas yg baca komen saya nie mintak cuepacs jgn lupa kaji jugak skim PAP nie.Sampai bila nak dok DIPERMAINKAN JE.Dulul masa skim SSB gerd N11 lepas tu skim SSM turn gerd N1.Sekarang nie sesedap mulut JPA je kata jawatan PAP dijumudkan dibawah skim SBPA naik plk gerd N11 sedangkan pemandu da pekerja am rendah dah sama level ngan PAP padahal syarat kelayakan masuk depa nie darjah 6 je.Kenapa JPA takut sangat nak naikkan gerd jawatan PAP nie ke gerd N17.Samakan je la syarat kemasukkannya SPM seperti Pem.Tadbir (Operasi & Perkeranian)ukt kelayakan Pembantu Operasi N4-1.

Tanpa Nama berkata...

Salam cuam ingin bertanya. adakah warna pakaian untuk pap hanya warna biru? bolehkah ditukar kepada warna lain? dari warna baju pengawas sek.

wolverine berkata...

Salam Perpaduan dan Salam 1 Malaysia..Kepada Dato'Omar dan seluruh kepimpinan tertinggi Cuepacs disini saya ingin bertanyakan janji-janji Cuepacs untuk memperjuangkan nasib kami yang seramai 15000 orang Pembantu Am Pejabat diseluruh Malaysia yang telah dijanjikan untuk kenaikan pangkat seperti yang telah diwar-warkan oleh Dato' tempohari.Sehingga sekarang kami semua masih lagi menunggu berita gembira tersebut dan kini Dato' berjanji kepada Pembantu Makmal untuk kenaikkan Gerd 17 ke 27.Saya mengharapkan agar Dato' dan semua ahli tertinggi kepimpinan Cuepacs jangan lagi bermain wayang cina dengan menjanjikan angan-angan kosong kepada kami semua gerd sokongan yang ada.Apa yang kami harapkan agar Cuepacs memperjuangkan nasib kami sebagai Penjawat Awam dan bukan dijanjikan dengan pelbagai angan-angan dan janji-janji kosong lagi.Disini juga saya ingin bertanya adakah peluang kami sebagai pembantu am pejabat N1@N4 merasa kenaikan pangkat secara KPSL memandang jawatan gerd N11 telah dimansuhkan tempohari dan sekiranya skim SBPA dibatalkan kenapa tidak gerd N11 dalam skim tersebut diguna pakai dalam skim SSM nie bagi jawatan Pembantu Am Pejabat?Saya mengharapkan jawapan dalam perkara ni dipejelaskan kepada semua Pembantu Am Pejabat..

Tanpa Nama berkata...

sampai sekarang jawatan PAP tetap kekal gred N1....harap Dato Omar dapat memperjuangkan hak kami dengan sepenuh hati...kerana jawatan PAP sering dilupakan ....sedarlah bahawa PAP lah yg mengerakkan sesuatu organisasi.....gaji PAP yg baru mula bekerja masih berada di bawah paras kemiskinan sedarkah Dato Omar??

Tanpa Nama berkata...

elaun perumahan yg amat menyedihkan masih di guna pakai pada zaman ini....sungguh memalukan jika cuepacs terlepas pandang soal elaun perumahan dan jawatan PAP yg gaji di bawah paras kemiskinan di bandar...

Tanpa Nama berkata...

Ada ke patut sekarang ni masih diguna pakai Claim Basikal untuk PAP...ingat naik basikal ke gi ppd @ Jp....fikir lah....

Tanpa Nama berkata...

salam 1 malaysia....
sekarang ni dah tahun 2013...
APA CERITA TERBARU PASAL PEMBANTU AM PEJABAT N 1....

TUKANG MASAK DAH NAIK GRED 17...
PEMBANTU TADBIR RENDAH N 1 DAH NAIK 17
PAP BILA PULLAKK...

Tanpa Nama berkata...

Claim utk naik basikal tu sbenarnya boleh ditukarkan pada motosikal..jgn risau..aku sendiri yang tukar dan orang PPD pn kata bagus..Sebenarnya cc yang x amik peduli pasal tu..Jgn duk harap sgt kat org dlm pejabat,bg aku bt keja lam opis @ mana2 tmpat pon sama ja..xpayah ikut prosedur bodoh cc atau N17..sbb skg zaman maju..mana ada orang nek basikal p tempat keja..zaman perang Jepun boleh la..Aku tau la..N17 tu ramai yang x boleh tengok kalau puak2 PAP ni naik tangan lebih dari depa..

Tanpa Nama berkata...

keja mcm N17 sebenarnya bengong..Kelayakan SPM ja pon..selalu buat mcm dh ada degree..Sy pon PAP jgak..ada jgak ijazah..tp dh rezeki mcm ni..boleh terima ja..Tp yg hangin sekali ada jgk puak N17 yang pulun nk jd bos..arah orang sana sini..Sebagai PAP yang tegas..Sy hentak balik,rupa-rupa nya N17 ni penakut ja..Lepas ni harap semua PAP Malaysia bangun, Jgn biarkan N17 cuba kurang ajar sgt..Dh la suka main fb..mcm sial..

Tanpa Nama berkata...

hmmm... semuanya auta je... bila baca cerita nak naik gaji la, naik gred la, ni semua just nak bagi PAP semangat utk buat keja.. tapi hakikatnya golongan PAP ni kene kencing sehancing-hancingnya...

Tanpa Nama berkata...

Pekeliling baru dah kuar,gred n1 dah djumudkan....

Afendi Jauhari berkata...

Pap sering dipandang rendah.....kadangkala dipanadang sebelah mata...adakalanya lansung xdipandang

Tanpa Nama berkata...

BERTERIMA KASIH DENGAN CUEPACS . DARI SUNGAI PETANI KEDAH.

Tanpa Nama berkata...

Tahniah kepada semua warga Pembantu Am Pejabat Gerd N1 & N4 diatas penjumudan ke skim jawatan baru Pembantu Operasi Gerd N11.Dan tahniah dan terima kasih juga kepada kepimpinan Cuepacs kerana memperjuangkan skim dan gerd kami sebagai PAP cuma saya rasa terpanggil untuk melontarkan pandangan kepada kepimpinan Cuepacs yang ada sekarang terutama dibawah kepimpinan President Cuepacs yang baru iaitu saudara Azih Bin Muda agar melihat kembali skim dan gerd kami yang baru nie Pembantu Operasi N11 terutama gerdnya.Kita semua sedia maklum semasa dibawah skim SSB gerd Pembantu Am Rendah adalah N11 dan ditukar kepada skim baru SSM gerd Pembantu Am Rendah diturunkan kepada gerd N1 sehinggalah nama Pembantu Am Pejabat digunapakai hingga ke hari ini.Dan sekarang Pembantu Am Pejabat N1 dijumudkan kepada Pembantu Operasi N11 dengan syarat kemasukan SRP kredit BM. Untuk pengetahuan Saudara Azih Muda kami yang memohon jawatan Pembantu Am Pejabat di UiTM menggunakan sijil SRP tapi dibayar gaji mengikut standart darjah 6. Apakah pihak Cuepacs terlepas pandang akan perkara nie?Dan bagi yang memohon jawatan Pembantu Am Pejabat melalui JPA @ JPA Negeri menggunapakai syarat kelayakan masuk darjah 6.Justeru itu bila kami dijumudkan kejawatan Pembantu Operasi gerd N11 rasanya macam dipermainkan oleh JPA dan Cuepacs seharusnya memantau agar perkara seperti nie tidak terlepas pandang.Oleh itu, saya berharap dibawah kepimpina President Cuepacs yang baru nie dapatlah perkara ni dipanjang dan sampai bila kami semua Pembantu Am Pejabat asyik duduk digerd N11 sahaja.Jika pihak JPA mensyaratkan semua Pembantu Operasi diwajibkan memiliki SPM untuk dinaikkan kegerd N17 saya yakin kami semua memiliki kelayakan tersebut...