SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PENJAWAT AWAM TIANG SERI NEGARA

26 Mac 2011

AKTA PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT TANGANI RASUAH PENJAWAT AWAM

Bernama
25/3/2011




KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010, inisiatif perundangan utama di bawah bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi rasuah, digubal untuk menangani gejala itu terutama di kalangan penjawat awam.

Pengarah Bahagian Pemantauan dan Penyelarasan NKRA Rasuah Datuk Hisham Nordin berkata akta itu menggalakkan pendedahan sebarang kelakuan tidak wajar serta melindungi identiti individu yang membuat pendedahan, atau pemberi maklumat.

"Akta ini juga memperuntukkan imuniti kepada pemberi maklumat daripada sebarang tindakan sivil atau jenayah. Undang-undang ini merangkumi bukan sahaja kepada sektor awam, malahan boleh diaplikasikan oleh sektor swasta," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata ia berbeza dengan Akta Perlindungan Saksi kerana identiti pemberi maklumat dilindungi dan individu itu tidak perlu hadir ke pejabat agensi penguat kuasa untuk melaporkan kelakuan tidak wajar yang diketahuinya.

Katanya, pemberi maklumat boleh menghubungi pegawai agensi penguat kuasa serta boleh berjumpa di mana-mana tempat yang dirasakan selamat dan selesa.

"Laporan juga boleh dibuat melalui surat atau e-mel, dengan syarat pemberi maklumat memberikan nombor telefon serta alamat untuk dihubungi bagi pengesahan identiti pemberi maklumat, serta mengelakkan laporan atau maklumat palsu," katanya.

Hisham berkata kebanyakan negara maju seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia dan Kanada telah melaksanakan perlindungan terhadap pemberi maklumat dan ia dikenali sebagai "Whistleblower Act".

-- BERNAMA

40 ulasan:

Pemerhati berkata...

Soalan: Kenapa kes rasuah PA makin menjadi-jadi?

Jawapan: Sebab gaji PA terlalu rendah berbanding kenaikan haraga barangan pasaran. Sehingga gadai maruah rasuah RM10 pun sanggup terima.

Bagaiaman dengan akta untuk tangani rausah orang besar menteri-menteri? Dia orang begitu suci murni tak makan rasuah ke?

Tanpa Nama berkata...

Soalan Bonus: Kenapa PA kaum Melayu Islam sekarang suka makan duit HARAM.

Jawaban: Manusia MELAYU ISLAM hari ini amat berani dan takut MATI..
Seksaan KUBUR dan NERAKA tidak menakutkan dia orang.
RAMAI sudah lupa , KUBUR kata mari, rumah kara PERGI.

Tanpa Nama berkata...

gaji ciput ,kadang2 terpaksa ambik sikit nak cover duit minyak...hahahahaha

Tanpa Nama berkata...

Sepatutnya kerajaan perlu kaji juga sebab-sebabnya punya terjadi rasuah:
Diantaranya sebab utama:
1. Desakan hidup
2. kos sara hidup yang tinggi sementara pendapatan yg tak seimbang
3. Dll.

Tanpa Nama berkata...

sabda Nabi s.a.w:
Apabila seseorang itu telah menyintai kehidupan dunia,maka separuh agamanya telah hilang.

Jadi jangan nak salahkan ISLAM OK!...yang salah adalah penganutnya yang tak amalkan ajaran islam.Orang melayu dan ISLAM adalah dua perkara yang berbeza.Jangan nak kata asalkan melayu ialah ISLAM asalkan melayu ialah ISLAM ade gak melayu agama lain.Ape ko ingat bangsa-bangsa lain tak buat kerja rasuah ni ke??

Sabda Nabi lagi:
Orang yang memberi Rasuah dan Menerima Rasuah Kedua-duanya ke Neraka"


sendiri mau ingat la...

Tanpa Nama berkata...

pokoknya PA bergaji rendah..

Tanpa Nama berkata...

soalan cepumas : bila mamak omar cupec mahu bersara dpd cupec?

jawapan: bila dia dapat kumpul harta untuk beli rumah. (sekarang dia penyewa)

Syed Abu Bakar Syakran berkata...

Kalau gaji PA Malaysia macam PA Singapura, memang rasuahnya hampir sifar, sebab itulah Singapura dapat anugerah negara kedua paling telus di dunia...

Tanpa Nama berkata...

Gaji guru di Singapura 5 kali ganda berbanding Malaysia kesan daripada pengurusan kewangan yg cekap.

Anak kenyalang berkata...

Amat malu buat Malaysia.

Singapura dan Brunei yang dulunya hanya 2 negeri Malaysia yang berjaya melepaskan diri, merdeka menjadi negara bebas yang kini kaya raya. PA mereka pun menerima gaji bukan main besar.

Banding dengan Malaysia yang sekadar pandai melaung slogan MALAS-IA BOLEH~~~~. Lihat betapa kecik gaji PAnya.

Lagi sedih Sarawak yang kaya dengan sumber asli tidak pandai melepaskan diri.... Sungguh malang. Apa salah anak Sarawak sehingga dihukum oleh TUHAN sebegini rupa.

Para penyokong BN dan UMNO, apa kata kamu? Cakap jangan tak cakap.

halim Jempol berkata...

siapa PA yg x beryulur perlu kembali ke pangkal jalan iaitu BN. Di mana2 kami dapati org2 BN lah yg membangunkan kawasan itu, org bukan BN mcm haram apa pn x buat, makan gaji buta. Dan lebih sedih, ada percaya kata2 penipu pembangkang kononnya barang makin mahal dll.

ni PRU Sarawak, ada org sarawak percaya kononnya YAB KM Taib ada harta juta2, semua palsu belaka. Org BN amat sederhana dan selalu ingat rakyat, x gila harta mcm org pembangkang

Tanpa Nama berkata...

Halim,
Tepuk dada tanya selera.
Rakyat ada mata untuk lihat dan otak untuk fikir. Zaman sekarang bukan lagi zaman dulu di mana rakyat boleh dipermainkan.
Tak lama lagi, bila parti kamu runtuh, kamu pula akan jadi ahli pembangkang. Macam di Penang.

Tanpa Nama berkata...

Kearah Rasuah Sifar - Formula utama selaraskan gaji Perkhidnmatan Awam dengan kos sara hidup terkini

kulub berkata...

kalau tukar anggota SPRM kerja kat kastam@imigresen@pdrm@pbt@jpj@ lain2 jabatan berkaitan dgn duit..... SPRM pun songlap jugak, sedangkan sekarang pun dah ada anggota SPRM dituduh rasuah kan kan kan.

Apapun menteri memang kaya raya....

Tanpa Nama berkata...

ada kastam laki bini kaki suap simpan beratus ribu dalam rumah dah kena cekup....padan muka
ada pulak PA yang kena cekup di pusat judi..
oleh itu tiada bonus umtuk tahun ini

Tanpa Nama berkata...

satu ringgit ... dua ringgit ... tiga ringgit, 4 ringgit, 5, 10, 100, 1000 aaaaaaaaaaaa
HANGUSSSSSSSSSSSS.

OOOO KASTAMMMMMMMMM.
sprm juga yang menang dan mantap. keep it up. syabas sprm.

Tanpa Nama berkata...

Engkau tak jumpa lagi sprm kaki tibai duit...

Tanpa Nama berkata...

tanpa nama 10:11:00 AM

sapa staf sprm yang ko kata kaki tibai duit tu...??beritahu la sini,setakat tulis cam tu tanpa bukti tak payah la,nenek ko pun leh buat cerita cam tu kan?

nyatakan nama,pejabat sprm mana?bila dia tibai duit,kat mana?dgn siapa?tulis la sini,baru nampak pro....

Tanpa Nama berkata...

Itu hari kan ada yg kena charge kat mahkamah, buta ke mata engkau atau wartawan silap tulis....

Anak sarawak berkata...

Setuju. Memang ada baca laporan berkenaan.

Mata_Memandang berkata...

Manusia semua sama je.. kalo x kuat iman, hidup terdesak, gaji sikit macam PA kat malaysia ni.. Senang je boleh terpengaruh rasuah.. Tak kisah le kementerian ape ke jabatan ape ke.. Omar.. cari la idea untuk kuatkan cuepacs agar segala permintaan dapat dipandang serius oleh parti yang memerintah...

Syed Abu Bakar Syakran berkata...

Kalu buat formula macam2, gah atas kertas, gah masa perbincangan dan pembentangan TAPPPPPPIIIIIIIIIIIIIII...kalau gaji tak naik...baik tak payahlah...

Tetap ada rasuahnya lagi....

Buang masa duduk memikir, buang tenaga duduk melaung; tapi bab naik gaji buat bodo..baek tidur jek...

Menghabiskan bogheh ajo....

Tanpa Nama berkata...

Betul tu anak sarawak...nenek aku pandai sebab dia baca surat khabar...nenek dia yag bodoh asyik terperok kat rumah ditipu anak cucu...

Tanpa Nama berkata...

SEPATUTNYA SETIAP TUDUHAN KENA LAH SERTAKAN BUKTI..NI TERUS TULIS ADA PEGAWAI TU,PEGAWAI NI RASUAH SAPA PUN LEH CAKAP..
KALAU DAH KATA ADA KUAR SURAT KABAR,TV, KE APA KE...SERTAKAN BILA ,SURATKABARR MANA,KALAU BOLEH PASTEKAN ARTIKEL TU...BARU LA NAMPAK CERDIK..
INI MAIN TAIP JE ,TANPA GUNAKAN AKAL...PADAN LA DENGAN YANG MENYOKONGNYA TU..

Tanpa Nama berkata...

pasal bodo sangat yang meroyan tak dapat bonus tu...hahahahahaha

Wakil bebas SPRM berkata...

Pegawai kanan kastam suami isteri ditangkap sebab rasuah. Nak tahu namanya, tanyalah Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali.

Semua media massa tempatan ada lapor berita ini. Hanya orang bodoh dan buta hati buta hufurf yang tak tahu.

Beberapa rujukan disertakan, Kalau rasa tak cukup boleh minta lagi:
http://www.theborneopost.com/?p=111330

http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2011/3/29/mstar_berita/20110329202821&sec=mstar_berita

http://www.facebook.com/topic.php?uid=129828957030271&topic=143

http://www.tv3.com.my/beritatv3/tajuk_utama/Pasangan_Pegawai_Kanan_Kastam_Ditahan_SPRM.html

anti berlagak bijak berkata...

rasanya yang ditanya bukannya pegawai kastam laki bini tu...tapi pegawai SPRM yang dikatakan rasuah tu.Kalau yang kastam tu satu negara dah tahu dah ..harap maklum


*harap wakil bebas SPRM dapat memahami apa yang dibincangkan,bukan nya main masuk tanpa rujuk apa yang dibincangkan di atas...baca dulu semua diatas bukan baca yang hujungnya je hingga menampakkan saudara mcm kurang cerdik pulak...

Zuki berkata...

Betul tu anti berlagak bijak, takkan dalam ni pun nak cerita detail...yang pasti ada yang kena.

pegawai kastam tu bukan kena tangkap pasal rasuah, cuma ditahan reman saja,mana boleh tuduh dia bersalah selagi mahkamah belum menaentukan dia bersalah.

kepada mat yang perasan bagus tu, kalau belum kena dengan batang hidung sendiri kira ok lah, anda bukan sempurna, paper clip pun ada bawa balik rumah...hak rakyat tu.

Tanpa Nama berkata...

weiiii...rasuah tu rasuah la jugak...tapi bila gaji nak naik ni???

Tanpa Nama berkata...

Kepada mat 9:34 tu, you tak tahu ke cerita tu, macam tere saja, cari saja dlm internet, takkan nak suap kot, nanti dituduh makan suap.

Pembukti berkata...

NAH Tuan Anti-Berlagak-Bijak dan Tuan Zuki. Ini dia maklumat kamu mau!

http://ehsempoi.com/kdn-59-dakwaan-kes-salah-laku-pegawai-sprm/

Kementerian Dalam Negeri hari ini mendedahkan bahawa terdapat 59 laporan polis yang dibuat ke atas pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas dakwaan salah laku dan penganiayan antara 2005 hingga 2010.

Daripada 59 laporan polis itu, 23 kes masih disiasat, 29 kes menunggu arahan daripada Pejabat Peguam Negara dan tujuh lagi ditandakan sebagai tiada tindakan lanjut.

Perkara ini didedahkan oleh kementerian dalam negeri dalam jawapan bertulisnya kepada Gobind Singh Deo (DAP-Puchong).

Bercakap kepada wartawan kemudiannya, Gobind Singh melahirkan kebimbangannya kerana daripada 59 laporan polis, tidak ada satupun pendakwaan yang dibuat.

“Bukankah ganjil jika tiada satu pun daripada laporan berkenaan menyaksikan sebarang pendakwaan di mahkamah?” soal Gobind.

Menurut beliau kes-kes itu telah menonjol sebelum kematian Teoh Beng Hock lagi dan menimbulkan desakan supaya prosedur SPRM diperketatkan.

Kak Suri berkata...

berdasarkan petikan di atas,saya tak nampak seorang pun yang telah dibuktikan bersalah oleh mahkamah seperti yang diwar warkan...
hanya TUDUHAN je dan pendakwaraya pun tak putuskan apa apa tindakan lagi..
jadi tak de la yang bersalah sebab mahkamah tak putuskan lagi keputusan.oleh itu jangan la kita nak perasan lebih pandai dari Tuan Hakim lak kan?

Ada Nama tapi takut bagi tau berkata...

Kak suri, kamu percaya ke keputusan mahkamah Malaysia?
Kalau ada pegawai SPRM yang salah laku makan rasuah, sudah tentu keputusannya pun lebih kurang macam kes pompuan Mongolia, kes "look like me, sound like me" dan banyak lagi yang sedang dan akan berlaku.

Maklumlah Malaysia boleh.

Menteri makan rasuah pun sampai hari ni tadak seorang pun kena tangkap. Alasan: tak cukup bukti. Kalau ada bukti pun boleh dilenyapkan dengan rasuah.

Kak Suri berkata...

ya...saya percaya dengan mahkamah malaysia sebab saya tinggal di malaysia...adakah saudara tinggal di Timor Leste?Sudan?Congo?
Kes Altantuya tu bukankah dah selesai dan org yang bersalah dah dijatuhkan hukuman.
kalau ada maklumat mengatakan mana mana menteri makan rasuah sila dedah dan report pada SPRM,jangan hanya pandai cakap je..ada berani???

Ustaz Nasir Bayan Baru berkata...

aku repot kat sprm ada polis suka pau kedai aku minggu2 rm100, mai kejap amik kenyataan, tgk2 bln depan nampak dia dgn polis kaki pau tu melepak baik punya bwh warung sembang berdekah2..

kesimpulannya kak suri = sistem malaysia paling islamik kerana menolak hukum Allah, sesuai dengan 1Malaysia, 1kubur, 1Nasib di hari pembalasan.

PA otai berkata...

Apa apa pun skim gaji SPRM memang menarik serta peluang kenaikan pangkat. Begitu juga dengan elaun2 mereka.
Itupasal kita jarang dengar anggota SPRM terlibat dengan rasuah.
Maka gaji lain2 PA pun kena lah ikut skim SPRM tu.

Tanpa Nama berkata...

betul ke ustaz?mcm cerita rekaan je...opis SPRM mana ustaz report?baik ustaz report kat paper harakahkahkahkahkah je...

Tanpa Nama berkata...

SPRM janganlah marah. Sebenarnya rakyat kita yang terok-terok tu janganlah kita ikut. selagi rumah dibandar-bandar kebanyakkannya berpagar janganlah harap rasuah dapat dibendong. Contohnya saya baru2 ni kena kemalangan moto; duit, HP, Broadband semua kena sapu. ada akai ke.. orang dalam kesusahan pun nak dianiayakan. Masuk dalam s/khabar ada gambar JPA, Plus, wartawan, wakil insuran dan orang ramai, anda fikirlah sapa punya kerja. Ada juga yg baik tolong payungkan saya. Janganlah heran kalau beras berterabor atas jalan ada yang kutip bagi anak bini makan. Dalam hai ini sebenarnya anggota penguatkuasa kita suka menunjukkan kuasa dan sombong konon mereka lurus tapi sebenarnya hendak benda itu. Sepatutnya mereka hendaklah berhemah, bertolak ansur dan bersopan santun semasa menjalankan tugas. Semasa berurusan dengan orang ramai panggil mereka encik atau tuan sepatutnya bukan dengan panggilan makcik/pakcik/kakak. Barulah rakyat menghormati kakitangan kerajaan akhirnya kakitangan kerajaan akan mendapat kerjasama tentunya mendapat maklumat dari rakyat dengan rela hati bukan dengan duit hadiah. lagi satu harga barang kita naik adalah kerana barang2 kita banyak dah dieksport kerana harga barang kita berbanding diluar negeri adalah lebih murah. Jadi patutnlah sangat kakitangan kerajaan diberi kenaikan gaji atas belanja yang melambong naik sekarang.

Zek. berkata...

Dlm siasatan Teo Beng Hock, pengarah dia kata ada kakitangan Sprm tenguk pornografi kat internet di pejabat, kan penyelewenan dan salah guna kuasa tu. Duit rakyat tu, takkan tindakan larangan saja, penyelewengan dan salah guna kuasa kan termasuk dalam kategori rasuah.

Pengakuan dari Pengarah SPRM sendiri.

Tanpa Nama berkata...

l