SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PENJAWAT AWAM TIANG SERI NEGARA

24 Mac 2011

MINDA PENGARANG : GANJARAN BUKTI KERAJAAN IKLAS HARGAI KOMITMEN TINGGI PENJAWAT AWAM

Berita Harian
2011/03/24



PENJAWAT awam adalah nadi kepada pentadbiran sesebuah kerajaan. Kakitangan awam pada setiap peringkat adalah pelaksana kepada pelbagai dasar yang dirangka kerajaan dan kepada mereka terletak keupayaan, keberkesanan dan kecekapan sesebuah sistem pemerintahan. Kejayaan atau kegagalan juga terletak kepada sejauh mana peringkat tertinggi penjawat awam memutuskan sesuatu dasar dan dapat pula dilaksanakan dengan jayanya pada peringkat pertengahan dan bawahan. Penjawat awam membentuk satu kumpulan tenaga kerja yang besar dan di Malaysia saja, ia meliputi kira-kira 1.3 juta kakitangan.

Oleh itu, bagi memastikan penjawat awam sentiasa cekap, pelbagai latihan dan kursus diberikan dari semasa ke semasa. Pada masa sama, kerajaan turut menyediakan pelbagai kemudahan, ganjaran dan insentif tertentu kepada penjawat awam bagi memastikan kebajikan mereka sentiasa terjamin. Antaranya ganjaran persaraan, skim perubatan dan skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pinjaman perumahan serta pelbagai elaun dan insentif lain. Ini semua bagi merangsang semangat, keupayaan dan kebijaksanaan penjawat awam dalam membantu kerajaan mengurus dan mentadbir negara. Justeru, kita melihat pengumuman kerajaan untuk menarik balik penangguhan bayaran sebahagian ganjaran berkaitan persaraan pilihan kepada penjawat awam berkuat kuasa 1 Februari tahun lalu adalah wajar dan tepat pada masa. Berikutan itu, penjawat awam yang memilih bersara pilihan akan menerima bayaran sekali gus atau 100 peratus. Perkara itu diumumkan Datuk Seri Najib Razak ketika berucap pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam ke-12 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, kelmarin. Kenyataan Perdana Menteri ini jelas memperlihatkan keprihatinan kerajaan terhadap penjawat awam.

Kita percaya ramai penjawat awam gembira dengan pengumuman Perdana Menteri itu. Kita juga percaya ketika penangguhan itu dibuat, ramai juga yang kecewa kerana tidak dapat menikmati wang persaraan mereka sepenuhnya berikutan keputusan itu. Apapun kita yakin keputusan itu dibuat selepas kerajaan meneliti kedudukan kewangan negara dan pada masa sama kerajaan turut mengambil kira komitmen penjawat awam yang berjaya membantu memulihkan negara daripada kesan krisis ekonomi dunia. Kita percaya kerajaan akan mengumumkan banyak lagi berita gembira buat penjawat awam bagi memastikan kebajikan mereka sentiasa terjamin, begitu juga dengan keluarga mereka yang turut memberi sumbangan secara tidak langsung terhadap kejayaan negara.

Berikutan itu, kerajaan juga bersetuju supaya semua penjawat awam yang mengambil skim KWSP yang bersara wajib atau bersara mengikut Seksyen 6A (6), Akta 227/239, termasuk ahli keluarga tanggungan mereka, layak menikmati kemudahan rawatan perubatan secara percuma. Apapun, kita amat berharap penjawat awam sentiasa berusaha meningkatkan komitmen mereka untuk membantu kerajaan ketika senang mahupun susah. Kita tidak mahu penjawat awam hanya dilihat pandai ‘meminta-minta’ seperti kenaikan gaji atau bonus dengan mengemukakan pelbagai alasan tetapi gagal menunjukkan pencapaian membanggakan. Kita juga tidak mahu penjawat awam terus kekal dengan cara kerja dan pemikiran lama. Kita mahu penjawat sanggup berubah sejajar Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) yang mahu meningkatkan kecekapan pentadbiran kerajaan. Kita percaya jika mereka menunjukkan prestasi memberangsangkan sudah pasti akan ada ganjarannya. Kita yakin kerajaan sedia mendengar masalah dihadapi penjawat awam dan sentiasa mencari jalan memperbaikinya terutama melaksana kaedah terbaik menilai prestasi mereka.

53 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

guru sandaran sudah diserap semua. lagi2 cikgu yg mendapat pembelaan.

penjawat awam kontrak lain yg dh lama berkhidmat bila lg nk diserap ke jawatan tetap??????

kerajaan tolonglah mereka semua...

Tanpa Nama berkata...

sokong 100%!!!! serapkn semua pegawai kontrak. ptd pn ramai lg masih kontrak. pegawai penerangan pn ramai. pegawai pemaju msyrkt pn ramai.

Tanpa Nama berkata...

eee...peliknya.Mcm ni cara nak hargai..xde memberi makna kpd semua PA.PA terdiri drpd pelbagai golongan.So msh ramai lg yg belum nak bersara.Harap kerajaan celik minda n mata apa sbnrnya yg tersirat dlm minda n hati PA2 semua.

PA tua berkata...

Demi menikmati gambaran ikhlas kerajaan dari segi rawatan perubatan percuma, mudah mudahan kita PA semua akan menghidapi penyakit-penyakit kronik seperti cancer, kencing manis, sakit jantung dan sebagainya. Kalau tidak, kan rugi sia-sia saja ganjaran tu.

Gaji dah tidak akan naik......

Tanpa Nama berkata...

aku tidak memilih skim kwsp & mempunyai masa 20 tahun lagi untuk bersara. jadi apa ganjaran yg aku dpt sbg penjawat awam pada masa sekarang? cakap org politik penuh dgn kata-kata manis.

Skim pencen berkata...

Ganjaran kerajaan nampak lebih memihak PA yang memilih skim KWSP.

Pemilih KWSP boleh kerja di swasta bila-bila masa....

Bagaimana dengan PA skim pencen yang lebih taat setia terhadap perkhidmatan awam??

manaf Jeli berkata...

pemimpin UMNO ikutan mulia,
rakyat maju makmur di tangannya,
semua jalan air api dibuat olehnya,
sokong hanya BN untuk akhirat jua

Pemimpin Umno amatlah mulia,
agama dijulang bangsa digenggam,
anti rasuah itulah akadnya,
pemimpin yg BN sentiasa dijulang

benar sekali, pemberian ganjaran oleh BN bukti jelas bahawa hanya BN mampu memrintah, pembangkang x pernah memberi apa2 ganjaran kepada kita

Tanpa Nama berkata...

Hei manaf Jeli, kau tengok Rahim Tamby Chik yang juga pemimpin uMNO tu mulia ke? Najib yang dikaitkan dengan Altantuya tu mulia ke? 1 Monggolia!!! Nak bodek ampu jilat, janganlah teruk sangat brother!

Tanpa Nama berkata...

Kakitangan sambilan kerajaan yang dibayar gaji ikut hari bekerja macam mana?????tolong bela nasib golongan nie,macam penindasan plak,bt kerja sama je dgn kakitangan tetap tapi ganjaran yg diperoleh hampeh...kalau kontrak disambung setiap 6 bulan sampai ada yg berkhidmat lebih 5 tahun rasa2nya memang ada keperluan untuk jawatan yg dipegang....pikir2la Tuan Presiden...

Tanpa Nama berkata...

Seloka Pantun Buat Penjawat Awam

Penjawat awam resah hidup tak tentu arah
Bila kos sara hidup terus meningkat semakin parah
prestasi produktiviti pula sering dikerah-kerah
Kadar Penyakit darah tinggi makin bertambah-bertambah.

Pilihanraya umum masanya dah sampai dah
segala fitnah dan keburukan mula di dedah-dedah
Kalau penjawat awam ingin kehidupan lebih terselah
Gunakanlah peruntukan ini untuk kita berubah

Wasalam.

Tanpa Nama berkata...

Untuk Peringatan Bersama

Pengampu penjilat macam terompah

hidup disogok dengan rasuah

fitnah penyelewengan dianggap mudah

Tunggu nanti diakhirat kau menerima padah



Marilah selamatkan diri kejalan Allah

Mudah2an diterima taubat dirahmati Allah

Semuga penyelasan didunia ini diampun Allah

Condonglah diri kepada mereka yg berpegang kita

Tanpa Nama berkata...

Condonglah diri kepada mereka yg berpegang kitab Allah

Tanpa Nama berkata...

puak2 pengampu melampau ni bukannya nampak...diorg buta mata dan buta hati...

2bz4money berkata...

Inilah salah satu cara exit policy yg sedang dilaksanakan gomen. Mana2 PA yg telah due utk bersara awal amatlah digalakkan utk bersara bagi mendapat ganjaran penuh dan ini menjimatkan kos HRM utk jangka masa panjang. Bagi x kompeten pulak dan x memenuhi KPI, mereka juga 'bakal dibersarakan'. Nantikan prosedur ini dari JPA.

Tanpa Nama berkata...

Renungan Jumaat

"Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu"
( Sahih Muslim)



Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar."Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar."
(Riwayat Ahmad)

Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat. "Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka' (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia"
(Riwayat Thabrani)

Tanpa Nama berkata...

Mungkin tamsil hadith diatas boleh tak sekiranya diumpamakan macam Dato Sri Anuar Ibrahim , kerana dia diapit Dua Orang yang mulia iaitu Tuan Guru Hj Hadi dan Tuan Guru Nik Aziz

Tanpa Nama berkata...

Kemuncak program adalah program Solat Hajat di Stadium Melawati, Shah Alam 28 Mac ini bersama Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz dan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Tanpa Nama berkata...

datuk kepeks: ramai kakitangan kontrak dan sambilan dh lama berkhidmat. beri mereka peluang pulak. asyik2 yg tetap jer.. diorang tu belagak je lebih tp buat kerja hampeh!!!

Tanpa Nama berkata...

Aku dah cakap banyak kali; kalian jangan kutuk pemimpin kita yang kita semua cintai.
Terjemahkan rasa tak puas hati kita pada kertas undi semasa pilihanraya 13. Masa tu biar dia orang tahu, tingginya langit.
Aku inginkan Tan Sri Mahyuddin jadi PM,

Tanpa Nama berkata...

Sekurang-kurangnya Puan Seri (isteri Tan Sri Mahyuddin) tak kacau orang.
Aku sokong....

Nik Zubaidah berkata...

siapa yg kecoh2 minta gaji bonus atau kononnya barang mahal sila letak jawatan, hanya org Umno dan BN yyg layak kerja kerajaan. Harap IC baru akan diberi pada ahli Umno sahaja, bukan ahli dapat IC MERAH

Tanpa Nama berkata...

pembodek no wahid

senapi berkata...

sokong kak Nik Zubaidah, hanya BN menjana perpaduan Ummah. Ramai PA yg tergedik2 nak naik gaji tu sebenarnya pembangkang dan x bersyukur kepada parti. PM elok jgn layan, nnt YAB PM dan TPM akan jd lembu kalo ikut tuntutan golongan pemboros ni.

Sesuai dengan tindakan ekonomi, kita harus mematuhi nasihat menteri agar berjimat cermat dan mengawal perbelanjaan secara berhemah. Rata2 ahli Umno dan BN tiada masalah menerima gaji sekarang, cuma 1% yg sokong pembangkang, 99% PA bersatu di belakang YAB PM dan akan mengundi BN nanti.

CINA berkata...

Nik Zubaidah, saya PA bangsa cina, bukan ahli UMNO. Jadi saya tidak layak jadi PA ka?

1 Malaysia ke 1 Melayu?

Tanpa Nama berkata...

Satu satu gua tak tak heran,
tapi gua mau itu pancing lu punya undi ma....!

lu punya undi kalu tak tak bagi itu dacing, gua habis lo ...

nanti pr itu perintah gua mesti lali dulu kalu tidak gua susah.. sudah tentu gua habis looo

kassim baharum berkata...

BN dihatiku, biar apa pn terjadi. Mri kita berdoa demi kemuliaan dan kesejahteraan pemimpin Umno/BN agar mereka terus menjuangkan daulah islamiah seperti sebelum ini. Jangan kita ikuti jejak mereka yg sesat spt PAS DAN PKR

pribumi Sarawak berkata...

PA penyokong BN rata-rata fanatik perkauman. Asik melaung keutamaan untuk Islam dan UMNO sahaja.

Adil ke macam tu?

Adakah bangsa lain tidak ada yang jadi PA ke?

halim Jempol berkata...

org Sarawak x terima Umno, mereka patut dihukum kerana hanya Umno yg menjaga rakyat.

Minta kerajaan jgn ambil PA dari negeri yg xde Umno lagi2 dari kelantan kedah pulau pinang dan selangor.

Penuhkan PA dengan penyokong Umno, ini adalah paling adil utk konsep 1Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

bodoh la kau halim... tgk a, kalau kerusi sarawak kalah pilihanraya, bye2 la umno n bn nak memerintah...

Tanpa Nama berkata...

Penjawat Awam sekarang penuh dengan Penyokong Kerajaan dan Pembangkang.
Perkara ini tidak sihat.
Sepatutnya PA berkecuali dalam politik dan hanya berkhidmat sebagai jentera perkhidmatan awam untuk negara atau kerajaan sahaja (tidak kira parti mana yang membentuk kerajaan).
Dato Seri KPPA perlu merumuskan kembali peranan PA di malaysia hari ini.
Mana-mana PA yang berminat untuk berpolitik diminta UNDUR DIRI.
- guano awang / mek stuju ke????

Tanpa Nama berkata...

n17,langsung tiada pembelaan!

Mata Burung, Senawang berkata...

Terjemahkan rasa hati PA dlm kertas undi ye...
Jangan kutuk dan kutuk orang.
Aku pun pikir-pikir nak tukar kerajaan sedia ada; biar PA terbela sikit.

Tanpa Nama berkata...

Seumur hidup aku sebagai pengundi belum pernah aku pangkah pembangkang sebab pembangkang tu tak boleh buat apa-apa.
Tapi kali ni, minta maaf la aku nak pangkah kerajaan sedia ada.
Nasib PA tak dipandang.

Tanpa Nama berkata...

nak tanya sikit nik zubaidah n keroni2 dia ni jawatan ape dlm kerajaan? sibuk nak cakap PA ni minta gaji n bonus, ape cakap pakai akal ke pakai kepala lutut. kalau gaji PA ni beribu2...kitaorang tak ingin terhegeh2 minta...korang dapat bonus tepi boleh la xnk gaji naik..jgn nanti menyesal bile kene kat batang hidung anak cucu n cicit korang pulak...ingat pembalasan bukan dtg cepat je kadang2 lamabt juga..akai ada.

Papa Gomo ISLAM berkata...

hai semua kakitangan awam. ada x babi di pejabat kamu? maksudnya yg x sokong BN lah. diorang ni mesti bpura2 pi surau dan masjid pada waktu solat konon2 kuat sembahyang la tu. mmg dasar pembangkang suka peralat agama. Ingat kalo pakai kopiah dan pi sembahyang tu alim sangat?

Suruh sokong UMNO x mahu, baghal.. nantikan pendedahan PapaGomo mngenai Islam Sebenar yang diamal Umno, dan Islam palsu oleh ulamak (penipu) PAS.

Hanya orang yang beristiqamah dengan UMNO sahaja yang berkat. Sebab itu dimana2 semua ahli PAS berbondong2 masuk UMNO!!!

Tanpa Nama berkata...

Astiqfurullah hal azim taubatlah jgn cakap macam tu nanti tersasar akidah, jgn terlalu emosi sangat kita berpandu lah kpd kitab Allah Alquraan dan sunnah supaya kita tak sesat.

Tanpa Nama berkata...

Marilah selamatkan diri kejalan Allah
Mudah2an diterima taubat dirahmati Allah
Semuga penyesalan didunia ini diampun Allah
Condonglah diri kepada mereka yg berpegang kitab Allah

Tanpa Nama berkata...

Babi yang sebenar ialah mereka yang tahu bende tu salah tapi tetap nak sokong....lantak koranglah yang pasti kita akan bertemu di padang mahsyar nanti...di situ kite akan tahu siape yang betul dan siape yang salah,namun ketika itu segalanya sudah terlambat.

Tanpa Nama berkata...

aku dapat ape ye? kalau air liur tak payahlah..air liur bukannya boleh mengurangkan beban aku..porahhhh!!!! cit....

keluang Men berkata...

BN ialah Babi Negara

Tanpa Nama berkata...

tidak kira lh parti mana yang memerintah..kebajikan semua pekerja perlu di jaga,bkn hanya guru saja yg di jaga kerana guru sudah bnyk kelibihan (gaji besauuu,cuti sekolah pn depa cuti gaji jalan,elauan pn bnyk)..biar semua sama rasa sama rata..klau nk kurangkn kos potong jer gaji2 yang besauuu tue (menteri,YB,jusa,pegawai kelas A n B) baru lh adil..bior semua rasa kesusahan yg sama dgn pegawai2 kelas C n D,barulh depa pn p berniaga kat psr mlm n bwk teksi bknnya p main golf n bercuti...

Tanpa Nama berkata...

INSALLAH DENGAR CERITA AKAN ADA PERUBAHAN BESAR AKAN BERLAKU PADA SEKTOR AWAM BILA APABILA BERLAKU PERUBAHAN KUASA DI PUTRAJAYA NANTI INSALLAH, SAMA2 KITA NANTIKAN

KATANYA IA BERMULA TAMBAHAN RM 500 PADA GURU DALAM TEMPOH SERATAUS HARI PEMERINTAHAN DAN AKAN DIIKUTI PULA PADA SEKTOR AWAM YG LAIN PULA INSALLAH.

Tanpa Nama berkata...

knp selalu jer guru yg dpt ganjaran dri kerajaan...bkn berkira,tp perlu diingtkn bhw guru sudah bnyk kelebihan dri kita yg duduk dalam sektor awam nie...

Tanpa Nama berkata...

Kerana dikatakan pengaruh guru dalam masyarakat besar selain mendidik murid, tidak pula saya bermaksud pa yg lain itu tidak berpengaruh dalam masyarakat begitu juga sumbangannya, pada hemat saya mungkin gambaran tersebut guru dianggap begitu, sampai pencen pun mereka akan kekal dipangar che gu.

Tanpa Nama berkata...

mmg xdinafikan jasa guru adalah cukup tinggi,tp kna ingt jgk,kita dri sektor awam pn berjasa jgk,segala kertas2 ujian yg perlu di print,kerja-kerja pamantauan elektrik/mekanikal/awam/komputer sebelum dan selepas peperiksaan...sp lk yg uat...cikgu kew?..pikir2kn lh...sama bnyk sbnrnya jasa2 kita nie..klau hny pada nama che gu bler dh pencen,kaki dadah pn org panggil doktor bler dh mati...hahahahaa

docno berkata...

Gaji pegawai kakitangan awam(41-54) WAJIB dinaikkan bagi meramaikan golongan pegawai kerajaan yang ratanya bumiputera untuk mendiami rumah-rumah bertanah/kondominium mewah di bandar-bandar besar seperti di Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang. Ini adalah bagi mengimbangi jumlah populasi di bandar-bandar tersebut yang majoritinya dikuasi oleh satu golongan kaum sahaja.

Ini tidak wajar untuk pembangunan negara dan pengagihan kekayaan dimana golongan bumiputera sentiasa terpinggir dari arus pembangunan.

samad ex-N11 berkata...

gaji kakitangan sokongan khususnya N17 amat wajar diletakkan sekurang2nya RM3000 sebulan. Ini adalah kebanyakan PA sokongan menyokong penuh kepimpinan BN tanpa berbelah bahagi. Elok gaji P&P dipotong separuh kerana kerja yang senang dan x produktif langsung, sudahlah enggan menyertai Umno, mereka amat tidak bersyukur!!

Tanpa Nama berkata...

Kami kakitangan sokongan terutamnya N16 dan ke bawah hingga N1 menuntut gaji yang banyak dengan beban kerja yang sedikit.Semoga diluluskan

Tanpa Nama berkata...

tu yang ada nik Islam kat hujung tu yang teguk arak tu ke?

Tanpa Nama berkata...

wait n see

kerja sambilan berkata...

Masih banyak yang perlu kerajaan perlu berikan 100% perhatian.. Bukannya tertumpu kepada sektor awam semata2..

Tanpa Nama berkata...

klu tak suka kerajaan berenti la,pegi keja dgn pkr ka.dap ka

Tanpa Nama berkata...

Saya sebagai kakitangan kerajaan berharap pihak kerajaan dapat mempertimbangankan tentang kenaikkan gaji kakitangan awam kerajaan.. sebab gaji yang ada sekarang tidak relaven dengan keaadaan masa sekarang..tambahan pula kami yang menetap di sarawak ini di belenggu dengan harga barangan yang mahal dan di luar kawalan mungkin di sebabkan kurang pemantauan dari pihak tertentu tentang harga barang di pasaran.. contohnya harga barang yang dalam kawalan...maaf saya katakan, perkara ini mungkin berkaitan dengan rasuah yang membelenggu negeri sarawak berluasa terutama sekali di sibu sarawak, agak ketara.