SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

21 Mac 2011

GALAKAN KAD DEBIT BERBANDING KAD KREDIT

Utusan Malaysia
21/3/2011



SAYA terpanggil untuk menulis di sini setelah membaca rencana bertajuk: Senarai hutang menanti pada usia muda tulisan Hassan Mohd. Noor dalam Utusan Malaysia (ruangan Selak) 21 Mac 2011. Saya berasa tulisan tersebut sangat bersesuaian dengan fenomena masa kini, ramai muflis kerana kad kredit.

Sekarang orang ramai terutamanya penjawat awam seperti saya sering ditawarkan dengan kad kredit oleh pelbagai bank. Ramai yang teruja untuk memiliki kad kredit tetapi bagi saya yang hanya berpendapatan RM47,000 setahun, saya masih mampu menguruskan kewangan saya dengan baik tanpa memerlukan sekeping kad plastik yang mungkin menjadikan saya muflis satu hari kelak.

Namun pengalaman bercuti bersama keluarga di Pulau Pinang pada awal Mac lalu sangat menyakitkan hati saya. Sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, saya terus ke kaunter yang menawarkan khidmat menyewakan kenderaan. Tujuannya untuk menyewa sebuah kereta yang akan digunakan sepanjang tiga hari di Pulau Pinang bersama keluarga saya seramai lima orang.

Malang bagi saya yang tidak menggunakan kad kredit ini kerana semua urus niaga hanya menggunakan kad kredit. Saya hanya ada wang tunai dan kad debit. Hanya satu syarikat sahaja boleh menerima wang tunai malangnya semua kenderaan habis ditempah. Hampir satu jam kami mundar-mandir di situ mencari kenderaan untuk ke hotel penginapan kami di Batu Feringghi.

Walaupun akhirnya kami berjaya mendapatkan sebuah kereta (menggunakan syarikat yang beroperasi di luar lapangan terbang) tetapi pengalaman ini sedikit sebanyak menimbulkan tanda tanya.

Mengapa syarikat lebih senang berurusan menggunakan kad kredit (hutang) sedangkan sepatutnya urus niaga secara tunai atau menggunakan kad debit patut diutamakan?

Saya terfikir mungkinkan fenomena seperti ini menyebabkan orang ramai lebih selesa berurusan menggunakan kad kredit berbanding tunai. Namun bagi saya yang berpendapatan kecil ini, memadailah berbelanja apabila ada wang. Saya memang selesa menggunakan wang tunai, bukan sahaja ketika bercuti di dalam negara malah apabila ke luar negara. Saya tidak mahu dibelenggu hutang, cukuplah hutang membeli rumah dan kenderaan.

Saya mencadangkan agar penggunaan kad debit diperluaskan. Ini untuk memudahkan pengguna kerana tidak perlu membawa wang tunai yang banyak di dalam dompet masing-masing apabila ke luar kawasan. Terima kasih.

GRED 22

Kuala Lumpur

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sangat bersetuju dengan pendapat diatas sebab kad debit tu kita bayar tunai bukan macam kad kredit yang menyebabkan kita membayar lebih dari apa yang kita dapat atau ada dalam akaun. kad debit wajar diutamakan untuk pelbagai urusan bagi mengelakkan orang ramai berhutang sampai tak mampu nk bayar.

Tanpa Nama berkata...

saya kurang faham apa itu kad debit? dan macam mana mendapatkannya? tolong bagi info...

2bz4money berkata...

Kad Debit ATM bank anda bole digunakan utk buat bayaran terus dimana bayaran akan terus ditolak dari baki di akaun bank. Saya lebih selesa menggunakan kad kredit secara berhemah.Kita hanya perlu membayar bayaran penuh pada tarikh akhir bayaran dan ini mudah dilakukan secara transaksi perbankan internet. anda buat, anda dapat.

Tanpa Nama berkata...

oleh husin Singapor [HKLBR]

tak ada masalah kalau nak pakai kad kredit jika anda seorang yang berdisiplin membayar hutang mengikut tempoh ditetapkan. oleh itu tiada caj dikenakan pada hutang anda. tapi jika anda selalu lewat bayar hutang, maka caj akan bertambah bersama hutang anda. yang penting adalah disiplin dan berhemah dalam berbelanja.

Tanpa Nama berkata...

masalah nya disini kenapa kad debit tak dibenarkan penggunaannya secara meluas macam nk booking flight dan lain2..kenapa mesti kena guna kad kredit @ kad hutang sahaja? sebab kalau guna kad debit tak bawak untung sebab tak dikenakan charge seperti kad kredit. tu sebabla kad debit tak dapat fungsi yang sama macam kad kredit. pakai kad debit lagi senang ada duit banyak tu banyak tu la kita boleh beli barang atau dapatkan perkhidmatan. so takdela nak berlagak pakai kad kredit padahal hutang keliling pinggang.

amirulcyber berkata...

Kad kredit sbnrnye adalah kemudahan yg diberikan oleh bank kepada pengguna.Namun penyalahgunaan k.kredit menyebabkan pengguna tersebut terjebak dlm perangkap hutang.K.kredit mengajar kite berdisiplin dlm membelanjakan duit.So sblm memohon sebarang k.kredit pastikan anda sudah bersedia dari mental 100%.itu pndgn sy.