SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PENJAWAT AWAM TIANG SERI NEGARA

01 Mac 2011

15,000 PEMBANTU AM NAIK PANGKAT

Utusan Malaysia
1/3/2011



Oleh ASLIZA MUSA
pengarang@utusan.com.my

IPOH 28 Feb. – Seramai 15,000 pembantu am pejabat akan menikmati kenaikan pangkat dan gaji sekiranya permohonan kenaikan itu diluluskan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman (gambar) berkata, sudah tiba masa untuk kerajaan mengkaji dan menyelaraskan semula sistem penggredan sedia ada agar bersesuaian dengan taraf pendidikan penjawat jawatan itu ketika ini.

Menurutnya, pelarasan itu perlu kerana penjawat jawatan itu sebelum ini hanya berkelulusan rendah seperti di peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) berbanding kini apabila turut disertai lulusan diploma dan ijazah.

“Memorandum telah dihantar kepada JPA enam bulan lalu dan kita sedang menunggu kelulusan permohonan tersebut. Saya menjangkakan keputusannya akan diketahui tahun ini juga,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis taklimat dan penerangan Kesatuan Pembantu Am Pejabat (KPAP) Perkhidmatan Awam Semenanjung Malaysia di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Asri Saad dan Presiden KPAP Semenanjung Malaysia, M. Ramachandran.

Omar berkata, sekiranya permohonan itu diluluskan ia dilihat akan meningkatkan lagi semangat penjawat jawatan itu untuk bekerja keras.

“Mereka yang menjawat jawatan ini merupakan nadi yang menggerakkan sesuatu tugas di pejabat.

“Justeru itu, apabila adanya keselarasan, ia secara langsung bakal meningkatkan motivasi setiap pekerja,” katanya.

Sementara itu, beliau memberitahu, pihaknya sedang mempertimbangkan untuk menukar nama KPAP kepada nama yang lebih bersesuaian agar selaras dengan tanggungjawab mewakili persatuan itu.

Katanya, kini tugas pembantu am pejabat tidak hanya tertumpu kepada pentadbiran pejabat sahaja malah meliputi pelbagai cabang tugasan.

“Dulu memang tugas mereka hanya tertumpu di pejabat tapi kini ada antara mereka bertugas di luar seperti di makmal dan sebagainya.

“Justeru itu kita akan berbincang dengan JPA untuk mencari nama yang lebih sesuai untuk persatuan ini,” katanya.

57 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Yang JURUTEKNIK punya hal tu bila nak pula nak dinaiktarafkan ....dah menunggu lebih 20 tahun ni....

Tanpa Nama berkata...

harap dapat lani kami merasakn nya

Tanpa Nama berkata...

JURUTEKNIK gaji dah tinggi..PAP masih di bawah paras kemiskinan lagi..kira ok la kerajaan naik gaji PAP.mereka yang banyak membantu sesebuah organisasi...tarrbaikk...

Tanpa Nama berkata...

Boleh percaya ke cakap Mamak Omar Cupec !
Tunggu buah tak jatuh.

Tanpa Nama berkata...

kita tunggu dan lihat saja la....

Tanpa Nama berkata...

sokong naikkan gji n pangkat PAP...dah lama diaorg mkn gji kecik ni...tukang masak pun dah mkn gji N17 tak tau menaip lagi tu pakai N17...kalau PAP saya sokong penuh...diaorg berkebolehan buat apa sahaja...tak salah naikkn gred n gaji diaorg...meguatkan lg semangat diaorg yg selama ini sentiasa d belenggu dgn gji yg ciput....

Tanpa Nama berkata...

saya sokong...PAP bleh wat mcm2....
N17 kadang2 potostat pun tak tau..
terima kasih dato krn memperjuangkan nasib PAP dkt malaysia ni...tarbaikkk

Tanpa Nama berkata...

aku setuju dan harap jgn la tunggu lama sangat..tolong la jpa selaras cepat yg mungkin..rmai diantara kami ni yg susah.kami ni multiskill walaupon byk org x nmpak..

Tanpa Nama berkata...

harap semua pap di seluruh malaysia nie daftar masuk KPAP(Kesatuan Pembantu Am Pejabat)baru kte bleh dpt kenaikan tu lebih awal... Hidup CUEPACS

Tanpa Nama berkata...

bukan pap saja yang papa...gred lain pun papa kedana jugak...tak faham2 presiden cuepacs...

samalah dengan pakatan rakyat, kalau menang nak bagi elaun rm500 pada guru. Macamlah gred jawatan lain kaya raya sangat...semakin mengarut cara berfikir kita...

YANG TERANIAYA berkata...

PRESIDEN CUEPACS YG DIKASIHI:

SEBELUM NAK NAIK PANGKAT 15,000 PEMBANTU AM PEJABAT NI, KAJI DULU SKIM PERKHIDMATAN KAMI YANG TELAH DI "CLOSEKAN" DALAM KEMENTERIAN TERTENTU. KAMI NI PPT GRED N27 YANG DITEMPATKAN DI REKOD PERUBATAN & STOR, KEMENTERIAN KESIHATAN DAH KETINGGALAN 15 TAHUN DARI RAKAN2 KAMI PPT GUNASAMA PERSEKUTUAN. DEPA BARU SERVIS 4-5 TAHUN DAH NAIK KE GRED N32/N36. KAMI NI DAH JADI MCM BELACI DALAM KEMENTERIAN TERBABIT!! YANG SELALU NAIK PANGKAT SEMUA PUAK2 DALAM KUMPULAN PERUBATAN (PUAK2 GRED U & UD). NAK TUNGGU NAIK PANGKAT JGN HARAP DAPAT DALAM TEMPOH 5 TAHUN. KUP AMBIL MASA 15 TAHUN. AMBIL PTK DAPAT ARAS 4, MCM X AMBIL PTK LANGSUNG. HARAP DATUK YANG DISAYANGI BINCANG DAN KAJI DENGAN PIHAK YANG TERBABIT. KALAU BOLEH, KAMI SEMUA PPT DI REKOD PERUBATAN DAN STOR PUN NAK MERASA DALAM SKIM PERKHIDMATAN GUNASAMA. KALAU NAK SEMUA SAKSAMA & ADIL...BIAR SEMUA MERASA. JANGAN SKIM-SKIM PERKHIDMATAN TERTENTU SAHAJA!!!

Tanpa Nama berkata...

JANGANLAH YAKIN SANGAT YANG PEMBANTU AM RENDAH NI NAK DINAIKKAN PANGKAT...PUAS SUDAH PRESIDENT CUEPACS NI BAWA ISU YANG TIDAK MASUK AKAL....SEBELUM NI, SEMUA JAWATAN SOKONGAN PUN KONONNYA BAKAL MENIKMATI KENAIKKAN GAJI MINIMUM RM1500. JANGAN MIMPILAH....
JAWAPAN KERAJAAN TIADA DUIT MAHU MENAMPUNG KENAIKKAN GAJI KAKTANGAN AWAM. TAPI KALAU MENGURANGKAN SUBSIDI TU BOLEHLAH,

Tanpa Nama berkata...

JANGANLAH YAKIN SANGAT YANG PEMBANTU AM RENDAH NI NAK DINAIKKAN PANGKAT...PUAS SUDAH PRESIDENT CUEPACS NI BAWA ISU YANG TIDAK MASUK AKAL....SEBELUM NI, SEMUA JAWATAN SOKONGAN PUN KONONNYA BAKAL MENIKMATI KENAIKKAN GAJI MINIMUM RM1500. JANGAN MIMPILAH....
JAWAPAN KERAJAAN TIADA DUIT MAHU MENAMPUNG KENAIKKAN GAJI KAKTANGAN AWAM. TAPI KALAU MENGURANGKAN SUBSIDI TU BOLEHLAH,

Tanpa Nama berkata...

Aku heran dgn PA ni. Terlalu byk sgt skim jawatan. Patut tk produktif.

So aku cadang jumudkan aje jawatan PAP dan semua diserap ke PT N17 dgn syarat tertentu. Tp kena ingatla jawatan PT tu stil melakukan tugas2 dr PAP hinggalah perkeranian/penoperasian.

Lagi kerajaan kena memikirkan jln utk mengurangkan kakitgn kerajaan yg dah 'bloating'
dan tak sesuai dgn jumlah penduduk malaysia dgn meningkatkan produktiviti sekaligus menaikkan gaji seperti contoh berikit,

tugas 3 org PT di lakukan 2 org dgn menaikkan gaji 30-40%. Kalu dulu seorg staff mempyi 5 tugas utama, jadi dgn formula baru seorg staff melakukan 7 tugas utama. Rasanya itu lebih adil. So kerajaan bole mengurangkan pengambilan staff dr total 1.2 juta kpd 800 ribu shj kakitgn awam dgn syarat gaji kena lebih tinggi seperti cth di atas! Formula yg sama juga utk kump. P&P.

My Name Is Khan

Tanpa Nama berkata...

JANGANLAH YAKIN SANGAT YANG PEMBANTU AM RENDAH NI NAK DINAIKKAN PANGKAT...PUAS SUDAH PRESIDENT CUEPACS NI BAWA ISU YANG TIDAK MASUK AKAL....SEBELUM NI, SEMUA JAWATAN SOKONGAN PUN KONONNYA BAKAL MENIKMATI KENAIKKAN GAJI MINIMUM RM1500. JANGAN MIMPILAH....
JAWAPAN KERAJAAN TIADA DUIT MAHU MENAMPUNG KENAIKKAN GAJI KAKTANGAN AWAM. TAPI KALAU MENGURANGKAN SUBSIDI TU BOLEHLAH,

Tanpa Nama berkata...

Datuk Omar, kami pembantu tadbir bila nak dibagi cadangan naik pangkat??? operator mesin sudah, tukang masak sudah, jurutaip sudah, sekarang nie pembantu am pejabat pulak?? sekarang nie ramai pembantu tadbir yg ada diploma & ijazah...tak akan nak tunggu pembantu tadbir ada master dan PHD pulak...baru naik pangkat???

Tanpa Nama berkata...

dato" omar,pembantu tadbir yang da degree sekarang dah xheran sgt..ramai pulak yang dah da master..nti bl ramai sgt da PhD..geng p&p kena pgl drg Dr. la..

p/s : "Dr.,Sila Wat Report ye"...

Tanpa Nama berkata...

fuhhh...!! cam betull jerrr citerr korang nihh ... entah2 tinggal angan2 jer laa ...

Tanpa Nama berkata...

peluang kenaikan pangkat PTn17 lebih mudah berbanding Pen.Asrama N17,tengokla baru-baru ni ramai yang 22 naik ke 27 tp Pen.Asrama 22 ke 26 hanya beberapa kerat saja kerana terikat dengan jumlah pelajar tapi lain cerita dengan PT N17 contonya kat sek SABK walaupun pelajar tidak mencecah sehingga 550 tp masih layak seorang CC N22 yang dan yang terbaru nak masuk plk N26,tp penyelia tak mendapat keistimewaan tersebut.rasanya kami pen,Asrama paling tidak terbela dah la tukang masak dan PPM sama gred ngan kami.

Tanpa Nama berkata...

PAP dulu n PAP skrg bukan sama...Skrg saya tgok PAP lebih menonjol dr sesiapa mahupun N17..semua tu terjadi kerana sikap diorg yg malas nk buat jd kenalh PAP yg buat.dlm masa itu juga Geng2 PAP itu mdpt pengalamn yg berharga...satu masa jgn eran PAP boleh jd KSU yer....tugas menaip sapa2 boleh buat,cuma plu edit yg lama tukar-tukar cikit trus siap....kta x tau klebihan diaorg mungkin lbih baik dr sapa2........sya sokong pnuh terbaiekkk

Tanpa Nama berkata...

MTSU...MTSU...MTSU>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Tanpa Nama berkata...

nape PAP sekolah aku mcm sial, pemalas nak mampus, siap dtg kul 9 balik kul 11, kul 3 dtg blk utk punch out. bagi je kerja , cakap 'cikgu xkan x tahu, buat la sendiri'.. si PT pn xleh kata apa ebab PAP lewat 41an ni kononnya kuat kabel UMNO, org xleh tegur. GuruBesar pn jadi tikus x berani arah2 PAP, nnt kena sound 'kat sini hg ketua,kat luar pagar hg akan kenal aku siapa', mcm besar sgt2 je N1 tu

cikgu ismail

Tanpa Nama berkata...

PT N.17 bile lagi nak naik.. Hampeh... Keje melambak, gaji takat tu je... Kalau kene bawah Kementerian Kesihatan.. Parahhh.... Pliz la presiden... Jgn cakap je byk.. Habuk tada lehhh...

Tanpa Nama berkata...

pangawal keselamatan kp11 bila pula nak naik gred 17?dah lama ketinggalan.macam tak ambil peduli je.

Tanpa Nama berkata...

Yek la.. PTN17 bila nak naik gaji@ gred.. ramai dah ada Dip/Degree.. Tapi gaji kecik, beban keja makin bertambah.. Ayik buat naik pangkat/opsyen orang je.. tuk diri sendiri bila la pulok... Harap Cuepacs dapat perjuangkan secara adil.. bukan pilih2 skim ja yang naik...

PT KKM

Tanpa Nama berkata...

PELUKIS PELAN yang duduk dibawah majlis dan badan berkanun susah nk naik pangkat..hanya kementerian kerja raya saja yg diberikan perhatian..kami dianaktirikan..en omar sila amik perhatian

man bai berkata...

TERIMA KASIH TUAN HAJI...MEMANG BUDAK2 PAP NI ORANG YANG SERBA BOLEH..SERVICE AIRCOND BOLEH..REPAIR PC PUN BOLE...SMPAI KADANG2 AKU TGK BUDAK2 NI SMPAI KENA BUAR ERMIS..KESIAN AKU TENGOK...MEMANG PATUT DIAOARANG KENA NAIK PANGKAT

Tanpa Nama berkata...

pap sahaja? xadil sungguh kalau pap sahaja.. ape kata semua gred dibawah 16 dijumudkan ke 17. lagi 1 berilah elaun khas kepada pengawal keselamatan.. kesian kami berkeja siang dan malam.terpaksa bertarung nyawa dengan pelajar membuat rusuhan .. bile dah cedera semua xnak ambil peduli.. kami berharap diberi pampasan serta insurans untuk semua pengawal keselamtan di IPTA dan institusi kerajaan

Tanpa Nama berkata...

alhamdulilah dan terima kasih kepada ceaupacs jika kami warga pap akan mendapat kenaikan pangat dan gaji..ternyata pembelaan bagi kami warga pap diambil perhatian..harap ia akan dapat terlaksana secepat mungkin.. agar kami pun akan mendapat kesenangan yang sama...semoga tuhan perkenankan doa kami...

Tanpa Nama berkata...

PAP tu smua naikkan je jd Pembantu Tadbir..da jgn ade lg N1.biar kje lbih efisien..xde la asik kje fotostat,meriso n despatch jer..kje kna la dinaiktaraf selaras ngan knaikan gaji n pangkat.stuju?

Tanpa Nama berkata...

kerja pap teruk gaji naik 15%, tak berbaloi sebab harga barang dan harga rumah naik melambung. gaji naik sikit harga barang melambung2. ini bukan nk membantu kump. sokongan 1.

Tanpa Nama berkata...

BETUL KE GAJI PAP NAIK 15%...

Tanpa Nama berkata...

pap semua kerja buat,dr pa hingga ke pt.kalau masuk skt diorang tk beri sebab itu bkn krj pap. pap akan masukkan skt jika krj itu dia buat tp mrka takut kalau2 mreka kena marah dgn pgawai2 mrka. naikan sja pap ke pt n17.

Tanpa Nama berkata...

jgn lupe lak ngn penjaga jentera elketrik(chargeman),bila lk nasib kami ni nak di bela,sijil dh ler payah nak ambil,tapi gaji kecik...brg minyk naek harga...gaji camtu jgk....

Tanpa Nama berkata...

betul tue...penjaga jentera elektrik tidak dibela,kami pegawai kerajaan kelas C,tp gaji masih di lingkungan kelas D,minta di kaji semula gaji kami penjaga jentera elektrik beserta elaun tambahan untuk sijil kompeten kami...

Tanpa Nama berkata...

tindakan menyelaraskan gaji PAP amatlah dialukan..kami yg tidak berakademik tinggi ini adalah tulang belakang kerajaan..sewajarnya dinaikkan kerana gaji berada di paras kemiskinan

Tanpa Nama berkata...

aku pelik la kenapa korang jeles sangat dengan PAP, gaji PAP adalah paling rendah dalam sektor Awam. CIPUT!, tapi kami bersyukr, tak macam N41, N17..tak habis kutuk PAP, takut naik gaji..hai busuknya hati...korang ingat PAP ni tak ada pendidikan ke, AKU ada Ijazah...tapi jadi PAP sebab belum ada rezeki..member aku pun ramai ada ijazah tapi jadi PAP, sebab tak memilih kerja..

Tanpa Nama berkata...

Chargeman... hantar nyawa je la kat sektor awam ni... tkde nilai pun kos belajar pun lbih kurang diploma jagk.. tapi tak di iktiraf pun.. dengar cerita jpa dah buat servey dan dah metting pun untuk upgrade skim ni
tapi sampai la ni takde ape-ape pun yg berubah....

Tanpa Nama berkata...

PAP banyak melepak...monteng..nak mintak tolong wat keje pun payah. lagi nak naik gaji..padan dah tuu..nilai2 diri sendiri.

A'a

Tanpa Nama berkata...

Pembantu Perubatan tak pernah ada yang nak hargai pun...jawatan sama grade dgn jururawat tapi elaun tak sama..kerja dgn tanggungjawab jauh lebih berat lagi dari jururawat.


PPP kecewa

Tanpa Nama berkata...

Tukar Kerajaan!

Tanpa Nama berkata...

sekarang dah bulan ogos, usahkan naik pangkat/gaji cola yang dipohon selaras rm300 pun tak da cerita,kami yang dikampung tetap dapat rm100 padahal orang jabatan kesihatan yang disebelah sekolah kami dapat rm2oo, kami ni datang dari jauh juga sampai 50 km pun ada.

Tanpa Nama berkata...

jangan kerana seorng pap yg pemalas bekerja kamu semua nak cop semua pap pemalas..sy seorang pap tp kerja sy terlalu bnyk kerja pt pn sy tlg buat..kerja guru pn sy buat kerja pk2 pn sy tlg buat...bila sy cuti semua nak mencari sy..call2 tnya itu tnya ini..mcm kera berak kapur plak tak tau bt apa2...fikirlah adakah sy ni seperti pap yg berada di tpt kerja anda semua..kalau memang sudah rezeki sy dinaikkan gaji dan pangkat saya terima tp jika blm ada rezeki untuk mdpt rezeki lebih terima lah seadanya..mgkn blm ada rezeki kearah itu..terima kasih semua yg mengata pap...mereka anggap sy ni kuli mereka semua hingga kerja peribadi pn nak suruh sy bt..

Tanpa Nama berkata...

tempat saya pap tugas2 menjaga keseluruhan kerbersihan pejabat termasuk sapu sampah,mencuci lantai dan membuang sampah.

Tanpa Nama berkata...

memang betul 2 sy sokong kerena ramai kami di SMK BELAGA yg masih dlm jawatan kontrak tukang masak,anak sarawak di anak dirikan,org berpelajaran di utamakan,kami minta diprtimbangkan olh pihk yg berkenan?

Tanpa Nama berkata...

bagus jugak pap naik biar setaraf, tak de jurang. pap pun ada spm...tak de la n17 belagak mcm bos..dah la pap buat itu ini,menaip pun pap,layan pelanggan, semua ye la pap lah...bergerak sana sini pun pap jee...n17 start keje kul 8 habis kul 5 duduk jee..

Tanpa Nama berkata...

nak je aku gayang sape kate pap pemalas.....tak yah nak jeles wei..pap dah mcm 3 in 1...semua keje diorang buat...itu tempat korang..dah dapat yg pemalas....terima seadanye! aku tahu la keje mcm mane coz aku pun pap...satu lagi cupec jgn ckp je...buat...aku nantikan tahun depan..k.

Tanpa Nama berkata...

ADA PAP YG ADA STPM TP KENA KERJA BAWAH SPM YG N17 YG KUAT MENGARAHKE JA. DUDUK D KERUSI JE ARAH PAP P SNA SNI..PATUTUNYA KERAJAAN KENA TGK BALIK N KAJI MANA2 YG ADA KELULUSAN BAGI KENAIKAN PANGKAT..NI X IF JADI PAP XAMBIK PEDULI DAH..MCM TU YG SUSAH TETAP SUSAH..YG SENANG XPYH CKP LAH..HAPUSKAN JE GRED 16 KEBAWAH..BARU ADIL DGN KOS N SARA HIDUP SEKARANG..

PAP yang teraniya berkata...

Saya baru cal KPM n SPP tnya psl mohon naik pangkat PAP ke N17. Langsung depa xlayan. Depa kata PAP mmg akan jd PAP sampai pencen. Langsung tiada peluang kenaikan pangkat. Apalagi untuk ke Jwt N17. Hina sangat ke PAP ini sampai langsung X dinilai oleh JPA.

Tanpa Nama berkata...

Dijabatan sy.. sy adalah satu2nye PAP perempuan.. uniform sy baju kurung.. slain kerja hakiki, sy diarahkan utk mmanjat, mgetuk paku di dinding, mnyiram n mjaga pokok bunga, mbasuh pinggan mangkuk yg dgunakan oleh gred 17 keatas, dpejabat tiada singki so sy tpaksa mmikul bbaldi pinggan mangkuk utk dcuci dtoilet.. semasa ketiadaan pt sy diarahkan utk mgantikan operator, PA n kje gred 17.. Sy rsa xde jawatan len yg diarah spt ni.. ksimpulannye tidak salah klu kerajaan mnaiktaraf jwtn PAP staraf dgn gred 17.. satukan snarai tugas PAP DAN 17.. ksimpulannye kerajaan dpt mgurangan kakitangan dan mpunyai kakitangan yg serba boleh. sekian terima kasih. -SUHANA-

Tanpa Nama berkata...

MANA JNJI CUEPEC NK NAIKKAN GRED PAP? BILA NK TUKAR NAMA YG LEBIH SESUAI? SEMUA JNJI KOSONG JE...EXAM KPSL DH LULUS UNTUK KE GRED N11...DH PLAK N11 DI JUMUTKAN...HBIS APA PLAK KEBAJIKAN UNTUK PAP NAIK KE GRED LAIN????

Tanpa Nama berkata...

Mane janji2 manis cuepacs...dh lma menanti tp x der prubahan pon..Sekarag skim pem.am. pejabat susah untuk naik pangkat..Harap pihak cuepacs pandang serius tentg isu ini

Tanpa Nama berkata...

Diantara pengumuman yang disebut oleh perdana menteri di dalam Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-13 ialah :
1. Kelayakan masuk minimum ke perkhidmatan awam ditambah baik, iaitu kelayakan Penilaian Menengah Rendah (PMR).
2. 22 Skim perkhidmatan dari Gred 1 hingga 10 dinaik taraf kepada gred gaji kelayakan masuk PMR. Antara jawatan yang terlibat termasuklah Pembantu Am Pejabat, Pemandu Kenderaan dan Tukang K3. Penambahbaikan ini dijangka selesai sebelum akhir tahun ini. Seramai 166,541 penyandang terima manfaat dari segi laluan kerjaya dan kenaikan gaji.
Sampai bila jawatan dan gerd Pembantu Am Pejabat hendak dibuat kajian? Adakah kerana SPA merasakan jawatan ini tidak perlu diambil perhatian walhal jika diberikan peluang kenaikan pangkat dan gerd sama level dengan Pembantu Tadbir N17 dengan syarat kelayakan SPM.Rata-rata sekarang ini semua pembantu am pejabat mempunyai minimum sijil SPM malah mungkin ada dikalangan kami yang mempunyai Diploma.Sekiranya diberikan kenaikan gerd N17 maka bebanan kerja dan multitasking pun perlulah ditambah bersesuaian dengan kenaikan gerd tersebut.Apa kurangnya pembantu am pejabat jika dibandingkan dengan pembantu tadbir jika diberikan tugas dan tanggungjawab yang sama, kami juga mampu lakukan malah lebih baik daripada pembantu tadbir kerana ada sesetengah PO hendak menggunakan mesin fotostat dan faks pun tak tahu dan perlukan bantuan PAP.Dan sekiranya gerd pembantu am pejabat diletakkan semula ke gerd N11 maka pada pendapat saya serupalah memberi gerd semasa dibawah skim SSB yang dulu.Jika Tukang Masak gerd N1 boleh dinaikkan ke gerd N17 kenapa tidak Pembantu Am Pejabat?Saya mewakili semua Pembantu Am Pejabat mengharapkan agar Cuepacs, JPA @ SPA berilah kami peluang untuk meningkatkan kerjaya di dalam perkhidmatan awam yang tercinta ini.Dan bagi presiden Cuepacs tolonglah jangan asyik pandai menaburkan janji2x kosong kepada gerd bawahan seperti kami.Jika saudara sudah tidak mampu untuk memperjuangkan dan membela nasib penjawat awam saya cadangkan lebih berundur dengan cara yang terhormat.Berilah peluang kepada yang betul2x yang boleh memimpin Cuepacs agar di masa akan datang perjuangan lebih relevan daripada cakap2x kosong....Buat Perdana Menteri seperti slogan Barisan Nasional..'Janji Kepada Pejawat Awam Mesti Ditepati....'

Dr_Momok berkata...

Alhamdulillah..jika ianya benar bagai dikatakan...mudah mudahan ianya jadi nyata.. PAP yang sedia ada nie sekarang masih lagi di bawah paras kemiskinan... adakalanya gaji tak berapa cukup untuk menampung perbelanjaan harian....pada Datuk Omar, teruskan perjuangan untuk membela kebajikan kami sebagai PAP.. terima kasih......

Tanpa Nama berkata...

tu janji kerajaan nak dekatkan jurang perbezaan antara kakitangan atasan dan bawahan...jangan la dengki...

Tanpa Nama berkata...

kerajaan BN pikir poket diorg masuk ja...letak dasar gaji bawah 3k di kira miskin bandar....tapi kakitangan sendiri pon blambak lagi gaji bawah 3k x pulak diorg sedar.....
kalo bonus kenapa x bagi semua sama....??contoh semua 2k...ini tidak yg bergaji banyak lagi sedap la....
dasar kerajaan penindas...

Tanpa Nama berkata...

Isu PAP akan di naikankan gred dari tahun 2011 hingga la 2013...masih lagi tidak ada apa -apa berita yang mengembirakan..Harap pihak ceupacs tidak berjanji kosong kepada kami..pekerja yang menjawat jawatan pembantu am pejabat....