SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

31 Mac 2011

CUEPACS KEMUKA ENAM TUNTUTAN BARU KEPADA JPA

Bernama
31/3/2011



IPOH, 30 Mac (Bernama) -- Cuepacs akan mengemukakan enam tuntutan baru kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melibatkan kenaikan gred jawatan berdasarkan tempoh perkhidmatan, pemansuhan gred jawatan 1 hingga 16, cuti tanpa rekod, cuti separuh gaji, cuti bersalin serta pertukaran kerana kenaikan pangkat.

Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman berkata kesemua tuntutan itu akan dibincangkan dalam pertemuan antara anggota Majlis Tertinggi Cuepacs dan Ketua Pengarah JPA pada 4 April ini di Putrajaya.

"Kita juga akan membuat susulan dan mendengar taklimat penggantian sistem Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dan cadangan gaji minimum RM920 yang dikemukakan oleh Cuepacs pada 1 Julai 2007," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi dailog dengan kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan negeri Perak di sini pada Rabu.

Mengenai kenaikan gred jawatan berdasarkan tempoh perkhidmatan, Omar berkata Cuepacs mahu tempoh itu dipendekkan.

Berhubung gred jawatan 1 hingga 16, beliau berkata ia tidak lagi relevan kerana penjawat awam kini berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Katanya Cuepacs berpendapat penjawat awam yang diberikan kenaikan pangkat dalam kumpulan yang sama tidak perlu diarah berpindah ke kawasan yang jauh seperti dari Ipoh ke Johor Baharu kerana ia boleh mendatangkan pelbagai masalah seperti keluarga.

Mengenai penggantian PTK pula, beliau berharap segala input yang diberikan oleh Cuepacs sebelum ini untuk penambahbaikan sistem penilaian kompetensi penjawat awam itu tidak ditolak oleh JPA.

Ketika diminta mengulas pemberian bonus oleh agensi kerajaan negeri dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), Omar berkata Cuepacs berpendapat kerajaan perlu mempunyai satu garis panduan kepada agensi berkenaan dan GLC berhubung pemberian bonus kepada kakitangan mereka.

"Kita mendengar lembaga ini dapat tiga bulan, GLC ini dapat empat bulan...sepatutnya seperti GLC ini, kerajaan perlu ada satu garis panduan. Penjawat awam sahaja yang tidak dapat bonus, kita hanya terima bantuan khas, tetapi agensi lain sama ada GLC atau badan kerajaan yang diasingkan, semua ada bonus paling kurang tiga bulan," katanya.

Omar berkata Cuepacs akan membawa perkara itu kepada kerajaan supaya satu mekanisme dapat diwujudkan selain berharap kerajaan dapat mempertimbangkan pemberian bonus kepada 1.2 penjawat awam pada tahun ini selepas dua tahun tidak menikmatinya.

Katanya Cuepacs belum menghantar tuntutan bonus itu secara rasmi dan akan berbuat demikian dalam masa terdekat.

-- BERNAMA

114 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kita tunggu dan lihat apa yang respon kerajaan nanti...hmmmm...

mr.balance berkata...

tuntutan pembohong.....tak usah percaya lah...dekat2 pilihanraya nanti najib akan kata kita akan kaji tuntutan...makan sekelian PA akan bergumbira seronok nak mampus...bila lps pilihanraya jawapannya...tuntutan ditolak sebab tak de moral punya tuntutan....padan muka korang..

Tanpa Nama berkata...

setuju dgn mr balance,

tuntutan tipu, kerajaan takkan dengar rintihan rakyat. kita sebagai pengundi harus menggunakan hak kita menentukan apa yang baik untuk diri dan masa depan kita.

Tanpa Nama berkata...

Katanya Cuepacs berpendapat penjawat awam yang diberikan kenaikan pangkat dalam kumpulan yang sama tidak perlu diarah berpindah ke kawasan yang jauh seperti dari Ipoh ke Johor Baharu kerana ia boleh mendatangkan pelbagai masalah seperti keluarga.

memang betul kenyataan di atas, tapi aku tengok kt kementerian aku rilek jek dari M41 smpi M48 tempat dan bahagian yang sama, dari kurus kering dah jadik gemuk gedempol.tak keluar ke mana2 pun? ape cite??

Tanpa Nama berkata...

x habis2 dgn tuntutan.Tuntutan yang lama pun x di layan lagi oleh kerajaan

Tanpa Nama berkata...

nampak sangat menipuu

manaf Jeli berkata...

seperti yang kita semua rasakan, BN memang sedang mempertimbangkan bonus kita, ini kerana para pemimpin BN sangat prihatin nasib PA, cuma kadang2 peruntukan masih tidak mencukupi, fahamilah negara kita kekurangan wang sekarang angkara pembangkang yg suka buat PRK. Memang x guna Anwar ni.

Minta Cuepacs sertakan sekali bonus khas atau elaun khas untuk ahli Umno, ini adalah demi keadilan sejagat, dan juga peluang kenaikan pangkat khas untuk ahli Umno seperti N17 ke N41 dalam masa 8 tahun berkhidmat. Kami berharap Umno memberi kelebihan kepada kami kerana kerajaan milik Umno. Pengambilan PA baru juga perlu diberatkan kepada mereka yg aktif dalam Umno sahaja.

PTD Cerdik berkata...

geli-geliman dengor bicara manaf Jeli...xhabih2 UMNO...barang lama...busan dah...

hati panas berkata...

tuntutan tak akan jadi kenyataan,..
kalau gred 1-16 naik 17, habis tu gred 17 jadi apa? ini tak adil bodoh.. kalau nak naikan gred, biar adil.. ada gred 17 yang mempunyai ijazah.. so fikir la dulu.. selaraskan je gaji semua gred.. biar semua orang puas hati.. jangan sampai kerani ptpo mogok ye...

nanti pentadbiran tak bergerak oi..
cepat cepat la BN gulung tikar.

Tanpa Nama berkata...

janji tinggal janji...ajeeeee

Tanpa Nama berkata...

Yeeeahhhh PA kena tipu lagi...

Tanpa Nama berkata...

kita hanya mampu berharap

Tanpa Nama berkata...

tuntut jer daptnyer tidak..

Tanpa Nama berkata...

Kita pakat-pakat adakan perhimpunan 1.2 juta PA untuk membuat tuntutan kepada pihak kerajaan baru lah nampak kekuatan PA ni..apa macam ada berani ka

Azman berkata...

jangan harap nak dapat kecuali dekat2 PRU...kerajaan mana ada duit..wang ihsan banjir pun x dapat lg...claim2 perjalanan pun kena tolak...

pak kadut berkata...

sape nak anjur perhimpunan...Omar? eemmmm...

Tanpa Nama berkata...

harapkan tuntuan je,entahkan bila tahun nak dapat..sedangkan harga barang makin melambung,gaji takuk tu jugak...

ini kisah benar yang saya alami isnin 21hb Mac lps...

masa tu dalam time 1.00 tgh hari,hujan lebat,saya nak kepejabat pos tapi terpaksa menumpang teduh dikakl lima kedai.
tetiba saya terdengar ada seseorang sedang bercakap melalui telefon.Saya dapat agak ni mesti kakitangan awam berdasarkan tag nama nya.Pada agakan saya dia sedang bersembang dgn isterinya.
ni perbualanya yang saya terdengar

"bukan abang tak nak beli buku along tu,tapi gaji lagi 4 hari...duit yang ada pun cukup2 nak makan sampai hujung bulan ni.."kata si lelaki ni..

"nanti Mah cakap kat along,suruh dia beritahu cikgu , nanti ayah saya akan belikan"

"tak pe lah...awak goreng je telor tu buat lauk,abang pun tak makan apa pun sejak pagi...nak jimat,nanti malam awak goreng je nasik.."

"harap jangan la ada apa apa kecemasan sbb duit pun tinggal 20 ringgit nak sampai hujung bulan...overtime tak masuk bulan ni nak buat cam ner.."

Terasa sungguh di hati saya ,betapa susahnya hidup kakitangan awam di tanahair sendiri.makan tengahari pun hanya telor goreng.

Guru Sialat Pulut berkata...

Hati panas tanya "kalau gred 1-16 naik 17, habis tu gred 17 jadi apa?"?
Jawab nya gred 17 jadi banyak laaa

muahahhahhaaahaaa.

manaf tanah merah berkata...

jangan jadi gok manaf jeli,orang macam awak tentu pangkah PKR kerana dah lama ta'naik.

Tanpa Nama berkata...

Kalau gred 1-16 di naik ke gred 17 maka dengan secara automatiknya yang berada di gred 17 akan di naik ke 41 jadi yang berada di gred 41 nanti akan naik ke tangga penghabisan tertinggi gred iaitu gred 100 mengikut gred dalam JPA... haha... 1MALAYSIA!!!....

Tanpa Nama berkata...

Saya cukup terkilan dan sokong dengan apa yang berlaku terhadap kakitangan awam yang hanya mampu makan TELOR GORENG saja kerana tak cukup gaji untuk menampung perbelanjaan sekeluarga kerana gara-gara hendak membeli buku along dia... kesian... perkara seperti tak sepatutnya berlaku terhadap penjawat awam/kakitangan awam di negara kita 1MALAYSIA!!!...
Saya berharap kerajaan MALAYSIA cuba tangani masalah yang berlaku sebegini terhadap kakitangan awam yang kurang berpendapatan sebab perkara seperti boleh menjejaskan imej dan prestasi kakitangan awam maupun penjawat awam di negara kita khususnya.... SAYANGILAH PENJAWAT AWAM NEGARA KITA 1MALAYSIA!!!!!......
YAB DATUK SERI PERDANA MENTERI,
Sila rujuk perkara ini dengan prihatin DATUK SERI PERDANA MENTERI, terima kasih....

Tanpa Nama berkata...

jngan pndang rndah pd pap,cuepac nk gred 1-16 naikan 17 ok jga. smpai bila nk bkrja tnpa bntu org. cuba2lh buat sndri. jgnlah kita suka menunding jari pd org lain. amalkan sikap tolong mnolong,bntu membntu. sepatutnya kta bntu mreka bkan menjtuhkan mreka.renung2kan & jgan tamat didunia

Tanpa Nama berkata...

woi....askar bila nak naik gaji.....tunggu perang baru nak naik ker.....kalo perang dah tak guna....korang doa ler minta2 jadi perang kat malaysia nie.......ingat askar pun xmakan nasi ke? askar xada anak bini ker?

Tanpa Nama berkata...

kalo bab mkn telur goreng tu aku adalah antara salah sorang yg berdepan mslh x cukup duit..keje PAP.dok kuarters.pastu org umah x keja trpksa beri tumpuan pda ank kecil yg sakit jntung brlubang.aku harap da perubahan la tolong la..cuepacs.merana tunggu perubahan.kita org ni gji campur elaun ja bru lepas rm1000.cepat2 la tuntut rmai lagi PA yg susah.klo gred besar tu x terasa sgt kot.gji org bwh cam driver,PAP,atendan dn seumpanya ni yg susah sgt2

Faztee Danisha berkata...

SETUJU NGAN HATI PANAS..golongan N17 ni cam xdepe dah je..pdhl kje dh mcm EO,PTD..sakit ht tul

mat rampus berkata...

harapan tinggal harapan...tuntutan berlonggok tp xde tindakan..PA terus hidup dgn gaji yang boleh dikatakan tahap miskin tegar laa..suruh fokus dan memperbaiki mutu kerja konon..cmne nak wt sume 2 kalau gaji yang diterima xstimpal?kepala nie asyik pikir sal duit jer..mnela ckup gaji klu xwt extra job..

Syed Abu Bakar Syakran berkata...

Alah, bermimpilah kita naik gaji....

Tanpa Nama berkata...

Kita hanya boleh menuntut saja..tapi yang meluluskan adalah kerajaan yang kita pilih.Kalau kerajaan ada prihatin dan kebajikan terhadap anggotanya ,kerajaan akan menunaikan tuntutan tersebut..Kalau kerajaan jenis kacang lupakan kulit@ kerajaan langit, tuntut sampai terbeliak mata sekali pun kerajaan tidak akan layan. Macam2 alasan akan diberikan.Akhir sekali akan keluar statemant "Kakitangan Awam tidak bermoral".Itulah yang berlaku sekarang..dah 2 tahun tak merasa bonus..harga minyak dan barangan keperluan naik begitu melampau tanpa ade sekatan,subsidi untuk rakyat sewenang2nya ditarik,gaji tak naik mengikut keperluan semasa..lepas itu cipta bermacam2 alasan bodoh..Bila dekat pilihanraya janji macam2..janji nak bagi bulan bintang tapi bila dah menang lain pula yang dapat..bak kata orang2 Indonesia" mereka itu adalah golongan MUNAFIK"

Tanpa Nama berkata...

Kalau nak buat tuntutan tu biarlah logik sikit apa ke benda nak mansuh gred 1-16, agak2nya tuntutan ni dibuat utk menyedapkan hati PA je ke??

Tanpa Nama berkata...

tiap tahun cadanganx50 tp x jg dapat2....bubarkan ceupacs

Tanpa Nama berkata...

tukar saja pemimpin ceupacs.....gaji minimum pn blum selesai ....

Tanpa Nama berkata...

Sebut pasal bonus, baru aku teringat. Dah 2 tahun tak ada bonus sejak PM yang ada ni perintah. Lebih baik PM Pak Lah dan PM Tun Mahathir.
Lebih baik PM Pak Lah dan PM Tun Mahathir.Lebih baik PM Pak Lah dan PM Tun Mahathir.
Lebih baik PM Pak Lah dan PM Tun Mahathir.Lebih baik PM Pak Lah dan PM Tun Mahathir.
Lebih baik PM Pak Lah dan PM Tun Mahathir.

Botol Kicap berkata...

HARAP BERSABAR TUAN-TUAN SEMUA.......TUNGGU PILIHANRAYA KE 13. KITA JANGAN JADI KAMBING YANG MENENDUK BUKIT, BUKIT TAK RUNTUH TAPI TANDUKNYA PATAH.......
TUNGGU PILIHANRAYA KE 13, BUKIT ITU KAN RUNTUH!!!!!!
SABAR TUAN-TUAN

Penjawat Awam 1Malaysia berkata...

SALAM 1MALAYSIA SEMUA PA....
Kesian.... kita PA... kalau boleh CUEPACS janganlah buat TRANSFORMASI secara mendadak terhadap PA kerana ini akan menyedihkan semua PA nanti apabila enam tuntutan tu tak dapat di tunai oleh JPA ataupun kerajaan seperti kita mengharapkan sesuatu yang MUSTAHIL boleh berlaku.
Baik CUEPACS tumpukan perhatian lebih kepada mencadangkan ataupun buat "TUNTUTAN PENYEMAKKAN PERLARASAN GAJI PENJAWAT AWAM" daripada cuepacs kemukakan enam tuntutan yang tak munasabah dan tak logik sebab tuntutan penyemakkan pelarasan gaji kakitangan awam merangkumi kesemua penjawat awam "TELUS DAN ADIL" kepada semua. Lagipun selama ini sudah sekian lama penjawat awam tidak menerima apa-apa perlarasan gaji dari kerajaan. Kita berharap di bawah pimpinan baru YAB PERDANA MENTERI DATO' SRI NAJIB RAZAK,CUEPACS dan JPA KERAJAAN akan dapat memberi pertimbangan yang sewajarnya kepada semua penjawat awam. Sama-samalah kita tunggu keputusan dan respon dari kerajaan nanti.
Sekiranya tuntutan ini dapat ditunaikan nanti maka dengan ini barulah negara kita dapat mentransformasikan Malaysia supaya menjadi negara yang lebih berdaya saing dan lebih bersatu padu serta dapat memberi pembaharuan yang akan memanfaatkan semua Rakyat Malaysia.

Sekian, terima kasih.....

Tanpa Nama berkata...

Saya tertarik dengan keluhan kenyataan golongan kakitangan sokongan macam (PAP) yang minta dikaji kenaikan gaji mereka dan kos hidup yang semakin meningkat.

Saya nak tanya balik , berapa peratus kenaikan yang anda rasa sesuai ?

Bagaimana pula golongan pekerja yang lain,maksud saya yang macam lepasan siswazah ke atas.

Mereka penat belajar dan perlu juga bayar pinjaman PTPTN.

Habis awak nak golongan kakitangan sokongan sahaja dikaji kenaikan gaji sebab gaji kumpulan awak kecil dan gred siswazah tak perlu , sebab gaji pokok lebih besar dari kumpulan sokongan.

Bagi saya setiap kenaikan, perlu ada 'check & balance'.

Tak boleh emosi dalam setiap isu.Setiap pekerja ada beri sumbangan, adakah kakitangan sokongan sahaja nak kenaikan gaji sehingga menghampiri kumpulan lepasan siswazah.Nanti, dimana nilainya kakitangan lepasan siswazah.

Harap maklum.

Tanpa Nama berkata...

Sangat setuju dengan saudara diatas ni yg memberi respon pada Jumaat, April 01, 2011 6:28:00 PM.h

Tanpa Nama berkata...

najib kata kita kerja jgn dok harap balasan material semata-mata.

Tanpa Nama berkata...

cakap banyakpun tak guna..buat nyakitkan hati jer..

Mata Burung, Senawang berkata...

Nampaknya Presiden Cuepacs nak cuba alih perhatian kita dengan mengemukakan 6 tuntutan baru.
Saudara Presiden; selesaikan tuntutan penyelarasan gaji dahulu; jangan nanti disebut orang waktu kita dalam kubur; "Yg Dikejar Tak Dapat, Yg Dikendong Berciciran".
Itu nasihat percuma daripada saya.

Tanpa Nama berkata...

Setujuuuuuuuuuuu mmg pembohong punnn...

Tanpa Nama berkata...

Hadiah dari kerajaan BN, minyak naik lagi esok 20sen. Rakyat didahulukan kena!!!

Tanpa Nama berkata...

Terimakasih kerajaan minyak naik20 senlagi.RON95 nape tak naik eikk. Padan muka PR kalu naik.

Tanpa Nama berkata...

Jangan bimbang RON95 akan naik 60sen lepas PRU13 juka BN dapat 2/3

Tanpa Nama berkata...

tuntutan baru...entah la...bila bleh dpt????pelarasan gaji perlu...harga brg2 sume dh naik.,,petrol pn dh naik....harga umah pn dh naik...gaji je bila nk naik....zaman pak lah je sume PA dpt merasa pelarasan gaji....

tenteang isu bonus ni...naik miak kau dgr..nuar tuntutan lah...wt mesyuarat tgempar lah..alih2.....ape pun xde....alih2 ckp duit xde...ekonomi xmengizinkan kan...tp belanja yg lain ade plak duit....

Tanpa Nama berkata...

Betul kata saudara Botol Kicap kalau kita nak tanduk kita tanduk pada PRU ke 13 , yg pastinya kita kempen sama semua ahli keluarga kita sama2 kita tukar putra jaya kali ini mudah2an ada harapan baru yg lebih baik buat penjawat awam.

Kalau kita lihat di Selangor pakatan rakyat telah banyak buat kebajikan kepada rakyat,begitu juga kita harapkan kebajikan lebih baik buat penjwat awam mudahan kadar interest pinjaman perumahan dihapuskan,begitujuga kadar gred baru yg bersesuaian dengan kos sara hidup masa kini, bantuan2 lain kepada penjawat awam khasnya buat anak2 mereka yg masih menuntut di Ipta dan sebagainya, semua ini dengarnya akan diperhalusi oleh pakatan rakyat apabila mereka dapat menerajui pentadbiran di negara malaysia ini insallah, sama-sama kita buat perubahan

Tanpa Nama berkata...

memang benar apa yg dikatakan oleh sdr diatas contoh Kelantan telah menghapuskan kadar interest pinjaman perumahan, begitujuga di negeri Selangor rakyat yg susah telah mendapat bantuan RM1000 kepada anak2 yg dpt masuk ke IPT, begitu .juga dengan khairat kematian.

Kita sebagai penjawat perlu buat perubahan bagi menjamin masa depan kita yg lebih baik kerana masa kini pendapatan bulanan penjawat awam telah merosot hampir 75% sejak lebih 5 tahun dari kadar pendapatan isi rumah mengikut kadar yg telah diukur oleh persatuan penguna dengan kadar kos sara hidup masa kini.

Harapan baru penjawat awam agar perubahan masa depan yg lebih baik bila kekayaan negara dapat kita kongsi bersama, bukan hanya kpd pemimpin dan kroni2nya shj yg dpat kecap kekayaan.

Marilah kita menyokong untuk buat perubahan, insallah

Tanpa Nama berkata...

Salam kepada sahabat skalian,
kepada saudara MANAF JELI, jgn terlampau obses sangat dengan politik, bukan duit UMNO yg bayar segala elaun dan emolumen kita, tetapi duit rakyat...tentang kenaikan pangkat dari n17 ke m41 tue dalam 8 tahun servis adalah perkara yang xlogik langsung...jangan tunjukkan KEBODOHAN kita walaupun sebenarnya kita memang BODOH.....

Tanpa Nama berkata...

kesedaran Penjawat awam bahwa kita juga adalah penyumbang besar kemajuan dan kekayan negara kita harapkan agar kemajuan dan kekayan inidpt dikecap bersama, ayuh marilah sama2 kita kearah masa depan yg lebih baik

1 Malaysia berkata.. berkata...

1-16(SRP/PMR)Gred 17(SPM)...jadi Sijil Kemahiran naik ke Gred mana???Masih juga duduk kat Gred 17 hingga kini...tak dimansuhkan kah Datuk Presiden???...kalau ikut idea di atas mereka yg ada Sijil Kemahiran sepatutnya bermula dari gred 22 atau 26...da$n gaji 22-26 patut di semak semula sebab ketinggalan terlalu jauh berbanding dgn gred 40 iaitu sebyk RM3,000...beza 1 tahun saja dengan Diploma yg mereka ada...sila rujuk matriks gaji mereka...harap Datuk Presiden menilai dan ambil tindakan drastik perkara ini..Sekian.Terima Kasih.

Tanpa Nama berkata...

Cuuuppppppppppp....!!!!!!...aku dok pikiaq ni...sejak bapak bodoh omar terajui Cuepacs...apakah kejayaan dia..?...boooliaauuuu...tak da pa pun...yang ada hanya nak menuntut..nak jumpa PM...kejenya merancang je..hasil tarak....yang lama tak selesai lagi..nk buat yang baru...pi mampuih la hang..macam mat jenin...lahabau kau...

Tanpa Nama berkata...

hrp2 berjaya ya.satu lg nk mintak tuan presiden kemukakan masalah kump Sokongan knape susah sgt kump ini nk naik pangkat...jgn beri alasan xdak kekosngan dan bawah kemterian...tu alasan dah lapok..kesian melihat kump skongan....

Tanpa Nama berkata...

Bab kenaikan gaji wat tak nampak je.tp bab harga minyak naik laju je

Tanpa Nama berkata...

Datuk tuntutan keberapa dah.sejak Datuk jadi presiden tak ada lain tuntut sajaaaaa

Tanpa Nama berkata...

Mamak omar cupec, boleh engko senarai kang brape banyak tuntutan yang telah kau antar ke JPA dan PM atas nama cupec ?
Brepae yang berjaya??
Brepae yang gagal?

aku percayo KPI kau memang GAGAL mamak omar.
habih boreh deng ...

Tanpa Nama berkata...

Kuarkn statistik brape byk jmlah tuntutan dan brape yang lulus n di tolak

Tanpa Nama berkata...

ORANG MISKIN BERKATA:

"JANGAN BIARKAN HARAPAN TINGGAL KENANGAN. NASI MENJADI BUBUR DAN BUBUR MENJADI TAHI......BUAT APA KEJAR NEGARA MAJU KALAU KITA HIDUP TAK SELESA MEMIKIRKAN ANAK BINI NAK HIDUP SELESA MACAM MANA?....TAKKAN KERJA KERAJAAN TAPI KENA BERPUASA SEPANJANG TAHUN UNTUK BERJIMAT...NEGARA LAIN KERJA KERAJAAN PUN TAK LAH MISKIN MACAM DI MALAYSIA NI...GAJI PUN TERUK TERUTAMA DARI GRED 1 HINGGA 27

Tanpa Nama berkata...

kita teengok lihat...........semua tin kosong jer..babun dato omar,,,bila nak naik tan sri lagi..

Tanpa Nama berkata...

bila sukarelawan JPAM dpt kenaikan elaun

Che Gayah binti Senapi berkata...

sabar, kita perlu sokong BN PRU nanti, pimpinan BN yg amat rpihatin kebajikan rakyat akan menilai semula gaji kita nnti. Hanya BN mampu memerintah

Tanpa Nama berkata...

Jgn mengharap pada benda yang tak pasti dan kabur..Cara yang terbaik kita kerja part time untuk menampung beban kenaikan minyak dan lain2 kenaikan harga barangan sementara menunggu hari penentuan iaitu pilihanraya umum ke 13 nanti. Kalau kita rasa kerajaan yang ade sekarang sudah tidak releven lagi dan patut diganti..maka gunakanlah kebijaksanaan anda semua.Pilihan di tangan anda!!!

Tanpa Nama berkata...

PENJAWAT AWAM PERLU BERKORBAN UNTUK KEJAYAAN BN SETERUSNYA KITA PERLU BERKORBAN SEBAB NEGARA SEKARANG NI PERLU MENGHADAPI PILIHANRAYA BYK KEPERLUAN PEMBANGUNAN UTK DIGUNAKAN.

KITA HARAP PENJAWAT AWAM JGN MENDESAK KERAJAAN WAKTU INI, KERAJAAN BERJANJI BILA SUDAH MENANG PADA PILUHANRAYA AKAN DATANG DAN EKONOMI BERTAMBAH PULIH KADAR GAJI PENJAWAT AWAM AKAN DISEMAK SEMULA.

SAMA-SAMA KITA BERI KEMENENAGAN SERTA MASA DEPAN YG BAIK BUAT BN.

cikgu Kampung berkata...

He2he...kerajaan tak de duit lah. Sekarang ni claim pun tak dapat. KUP bukan Khas Utk Penyandang tapi...Kerja Untuk Pahala je. Tak guna tuntut2 lagi. Kena tipu je PA

cikgu Kampung berkata...

He2he...kerajaan tak de duit lah. Sekarang ni claim pun tak dapat. KUP bukan Khas Utk Penyandang tapi...Kerja Untuk Pahala je. Tak guna tuntut2 lagi. Kena tipu je PA

Akak M41 berkata...

Akak kan rasa teruja betol dgn tuntutan naik pangkat secara otomatis dr ptpo n17 terus ke 41 kalau dh serbis 8 tahon. Kalau boleh minta dpt gred M41 br la puas hati. br la akak dpt tpt parkir, surat khabar dan org panggil akak puan. Terasa juga nk hadir mesyuarat mcm budak2 skang ni... entah apa ye diorg wat... setakat minum2 je akak boleh buat je. Akak harap tuntutan ni berjaya sbb akak akan berpencen dlm 3 tahon lgi... tolong la ye

Tanpa Nama berkata...

CUEPACS DAH BERPUASHATI KAH APABILA MEMBEZAKAN ANTARA PEGAWAI YANG BERKHIDMAT 15 TAHUN DENGAN PEGAWAI YANG BERKHIDMAT 30 TAHUN DENGAN HANYA LULUS PEPERIKSAAN PTK 1 TAHAP 3...
BERAPA RAMAI PEGAWAI YANG BERKHIDMAT MELEBIHI 30 TAHUN MASIH TIDAK BERJAYA DIPERTIMBANGKAN KUP..APA AKAN TERJADI PADA MEREKA..
WAJARKAH PERKARA BEGINI BERLAKU..

Tanpa Nama berkata...

hampeh la....dia mana pernah beli guna wang saku utk beli ayam, ikan, beras dll....semua dah sedia cuma ngap je...blurrr

satu lagi ngpa datuk ceupecs ni ngia - ngia sangat + 6 tuntutan lagi kat jpa....kan baik pejuangkan KUP dari 15 tahun diturunkan ke 10 tahun je....

Tanpa Nama berkata...

hampeh la....dia mana pernah beli guna wang saku utk beli ayam, ikan, beras dll....semua dah sedia cuma ngap je...blurrr

satu lagi ngpa datuk ceupecs ni ngia - ngia sangat + 6 tuntutan lagi kat jpa....kan baik pejuangkan KUP dari 15 tahun diturunkan ke 10 tahun je....

Tanpa Nama berkata...

jgn lupe gk kami yg R17 tp kemasukan guna tamat ting 3..gaji kami tdk sama dgn gaji technician, tp kerja sama ngn technician yg der sijil n diploma...gaji kami lebih sedikit dri PRA tp gred kami dlm kerajaan adalah dlm Kelas C..TOLONG KAJI GAJI KAMI JGK YEAA..PENJAGA JENTERA ELEKTRIK (R17)....

Tanpa Nama berkata...

x payh penat..menunggu..

Tanpa Nama berkata...

nak tanya yg tu termasuk PRA R1 ke???... harap2 la spa dapat mempertimbangkannya, coz aku yg PRA R1 ni duk buat smua kerja... termasuk la kerja N17... sijil pun lbh dari SPM...

Tanpa Nama berkata...

TU LA X ADIL RASANYA KALAU N1 JE YG DAPAT KAMI YG R1 NI PUN BUAT KERJA YG SAMA, TLG LA BELA NASIB Pra R1 YG DIANGGAP BEGITU RENDAH, BERIKAN SEDIKIT KEADILAN.

Tanpa Nama berkata...

Betul2 kalau diberi peluang mesti PRA R1 pun mampu buat keje kerani, banyaknye pun kami ni ada kelulusan SPM dan ke atas, cuma dah tedesak sngt, x dapat keje. jadi kami ni lah org yg x memilih keje.

Tanpa Nama berkata...

BELA NASIB PRA R1.....PRA R1.......!!!!!!

abang M41 berkata...

Abang rasa teruja betol dgn tuntutan naik pangkat secara otomatis dr ptpo n17 terus ke 41 kalau dh serbis 8 tahon. Abang memang lama dah minat dengan kakak M41 tu...Kalau boleh minta kakak gred tu duduk sebelah meja abang br la puas hati. Boleh bincang KPI, boleh uat ISO, KKI dsbnya. Ari ari sama2 kena maki dalam meeting, meeting ari2 kueh kodok, minum air teh (kalau engok etul2ada air lior n17)sama2, keja ari sabtu/ahad ta ada obertime(conto tauladan), sama2 bercerita pasal famili asyik maki hamun kerana susah bersama pasai ta'dapat cuti, baru nak sembang & makan kul 10am kena panggil, ada paper ta ada masa nak baca, pagi2 tempat parking kena curi orang dan org sokongan dari jauh cabut lari bila nampak kite. Boleh juga hadir mesyuarat sama2 mcm budak2 muda skang ni... entah apa ye diorg kata ya... MC pun boss suroh datang keje, Kalau kakak ada setakat minum2 je kita berdua boleh buat je. Abang harap tuntutan aka ni berjaya sbb abang dah menduda 3 tahun.... tolong la ye

tarabas berkata...

gred tak penting bagi aku yang penting gaji ja.... tapi tak tau la bila nak dapat... tunggu la BN gulung tikar dulu baru boleh kot...

Tanpa Nama berkata...

hemmmmmmm...nampaknya majoriti sgt 'berharap'....

Kemas Terseksa, Perak berkata...

kalo nak tahu, menteri kami cikgu2 Kemas ni (Dato' Seri Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah) amat mengecewakan.

Status kami selaku pekerja kontrak masih berkekalan selepas janji demi janji setiap PRU mahu memeberikan jawatan tetap dan berpencen kepada kami.

Bukan setiap PRU sahaja, sekarang ini pun kami mebuat kerja2 politik UMNO 7 hari seminggu. Dengan gaji yg kecil, serta tanggungjawab yang berat di tabika dan taska, kami tetap dikerahkan sebagai pekerja politik UMNO yang tidak berbayar, dahulu kini dan selamanya.

Ada yang merungut belakang, tetapi selaku pekerja kontrak kami terpaksa membuat kerja2 UMNO kerana selalu diugut mahu tamatkan kontrak jika menentang UMNO, malahan keluarga juga dipaksa mnyokong UMNO dan BN.

Setahu saya gaji kami dari wang pembayar cukai seluruh negara, kami rasa amat tidak wajar kami diperalatkan parti politik lagi dan diugut dengan status kontrak kami. Malang skali tiada siapa mahu membela kami, hatta pegawai Kemas sendiri yang suka merendah2kan kami.

LAKSAMANA CHENG HO berkata...

MARI KITA LIHAT...SIAPA YANG KENA...

Tanpa Nama berkata...

gaji permulaan j17 drafment=P1T1 rm843 + elaun cola =100,elaun ITP = 180,elaun ITKA = 115...total=rm 1238..cukup ke tok hidup sara keluarga, anak,mak ayah,isteri,hutang PTPTN ag pada zaman la ni?..

Tanpa Nama berkata...

xkisah la gred apa2 pun...janji semua gaji naik..xkira org sokongan ker profesional ka..semua nya ada tanggungjawab masing2..tapi yg menghairankan, kenapa yg n1-16 je dititik beratkan??presiden cuepacs ni gred apa ek??

Tanpa Nama berkata...

Dia gred durian d24 hahaha.sbb tu sengal je

Tanpa Nama berkata...

adui... dgr2 ipta yg dapat kuasa autonomi guna skim gaji berlainan drpd skim JPA...

orang biasa basikal tua. berkata...

hai fren ada nampak kambing bertanduk di perut tak hahhaah. aku dah letih dengan berbagai tuntutan ni

Tanpa Nama berkata...

nampak sgt awk pelekehkan orang yang xpunya ijazah...awk ingat org yg ada ijazah 2 uat keje sangat ke? saya yang ada diploma nie pn tak de pun buat keje yang setaraf dengan pencapaian saya..nape org xde ijazah 2 bukan makan nasi ke? awk tau tak setiap DG41 j-QAF kerajaan ambil mereka kerana kesian mereka takde keje...jadi awk rasa salah ke org xde ijaza mohon ape yang patut. pembelajaran adalah rezeki masing2 bukan hak awk tuk menghina. harap dan berdoa satu hari nanti kalau bukan ank awak mungkin cucu cicit awk ada yang berjawatan PAP @ lebih rendah. Baru awk maklum....akai aada.

Tanpa Nama berkata...

Setuju dengan perpindahan..kalau setakat naik pangkat dalam jawatan yang sama mmg rasa2nya tak yahlah nak dipindahkan..Memang da terang2 nyusahkan..orang yang berkeluarga akan menjadi berantakan..suami/isteri kemana anak2 tak terurus..camana nak jadi isteri yang baik kalau dah dipindahkan dan berjauhan dengan suami dan anak2.terpaksa tiap minggu balik jenguk keluarga..Bukankah tu dah menyusahkan...jawatan taklah tinggi mana cuma setakat CC je..

badan uniform negara berkata...

saya sebagai badan beruniform agak kurang berpuas hati mngapa hnya polis di beri kenaikan gaji pdhal badan brunform spt BOMBA,IMIGRESEN,KASTAM TIDAK DI PEDULIKAN,SUDAH LA GAJI YANG KECIL DI TUDUH PULA AMBIL RASUAH....

GAJI KONSTBEL TRMSUK ELAUN HMPIR RM 2000 TP KMI SPARUH PN TIDAK SMPAI

MANA JNJI CEUPACS UTK BG KMI SBGAI BDAN BERUNFORM SMA SKIM SPRTI POLIS

STIAP KERJA YG DILAKUKAN POLIS KAMI TRUT MLAKUKAN JG TP HNYA POLIS SHJA MNDAPAT PLBGAI ELAUN DAN KENAIKAN GJI YANG TNGGI

HRAP CEUPACS PERJUANGKN HAK BOMBA,IMIGRESEN,KASTAM SPYA SMA SPRTI POLIS

DN JG UTK SMUA PERKHIDMATAN AWAM LAIN.....!!!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

gaji polis konstbel RM 2000

KASTAM,IMIGRESEN,BOMBA KP 17 RM 1200

KASTAM,IMIGRESEN,BOMBA KP 27 RM 1900


TGK TRLALU BRBZA GJI POLIS PDHAL KONSTABEL CMA LLUSAN SPM TP GJI MLBIHI GRED 27....?

APA CERITA NI....?

ADIL KE?????

MNA HAK SAKSAMA

tak adil berkata...

harap ceupacs pndang berat pd gji badan beruniform kja berlambak lambak tp hNYA PDRM SJA YG NAIK GAJI MNA HAK KAMI KASTAM,BOMBA,IMIGRESEN,APMM DAN KAKITNGAN AWAM LAIN SILA JWB.....????????????

nita_bjn berkata...

nasib pekrja kontrak perlu diutamakan...sy keje dh 4 tahun dan ada yg keje sehingga mencecah 17 tahun di kementerian plajaran tpi statusnya masih kontrak. ape la nk jadi dgn kami...tetapkanlah kami semua mengikut keperluan sesebuah organisasi. saya sanggup berjauhan dr suami semenjak kahwin kerana x nak berhenti kerja dengan harapan suatu hari nanti dpt lah diserap tetap..tapi tunggu dan tunggu.sampai bila la harus menunggu sedangkan umur makin meningkat. lau mcm ni x beranak la saya. harapkan duit suami sorang mana la cukup. harga barang semua dh melambung tinggi. lau pasir dan rumput ni sedap, dh lama makan. duit gaji lak ciput je. lepas bayar rumah n mkn je. tpi x pe lah dgn harapan kami diserap tetap. bantu lah kami

Tanpa Nama berkata...

Takpe kita tengok...tak ada kenaikan gaji...dah tahu nak mengundi sape pas PRU13 nih nanti..

Tanpa Nama berkata...

ibarat anjing meyalak bukit.....bukit tak runtuh......lu pikirlah sendiri....

Tanpa Nama berkata...

dalam semakan...berapa kali dalam semakan daaa...

Tanpa Nama berkata...

tak payah mintak naik gaji de... kalau masih banyak lagi birokasi dlm perikhdmatan

Tanpa Nama berkata...

Related authoroties/ parties need to be fair to all grades in public service/ government service in terms of promotion. It should be based on academic and contributution. Not because in the name of the Scheme. Seems that certain sheme, the officers easily promoted within years (3. 4, 5 years) based on the duration of services but not focussing more on achievement. I hope the government could look into this for better future in government services.

Mestimau berkata...

Tuan Presiden..tidak ada ke rancangan untuk meneliti penjawat awam yg mempunyai Degree from Malaysia Universities tetapi masih lagi didalam skel < 17? Kerana hendak menyahut seruan kerajaan..tak kan pula apabila da graduate dibiar kan begitu saja..Tolong lah tengok2 breder2 & sister2 yang mengharapkan ini...

Tanpa Nama berkata...

Jgn lupa tugas omar osman membela kaki tangan awam bukan membela kaki tangan omar osman dan kuncu-kuncunya...wp dah dpt gelaran!!!! perjuangan kita semua jgn di lupa
naik gaji naik elaun tingkat kebanjikan kita semua...

insan sedar berkata...

Isskk2...semua komen saya dh baca..ade yg sokong BN dan ade yg kutuk BN..buat para pengkomen yg bertauliah dn x berapa bertauliah,kite sbg penjawat awam perlu bersyukur dh dianugerahkan kerja yg TETAP DAN BERPENCEN lagi..pd saya sbg PA juga,p'tadbiran BN tetap OK krn sejak dari zaman mula merdeka BN lah yg memerintah dn negara kite tetap Utuh dn 'mantain'tidak dijajah spt sblmnye dulu kala..ade ngerti..,bersyukur lah..klu lain yg mimpin x tau ler ape citer nye lak yer!!!

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum,1 2 3 LEKUK.Zaman mantan PM dahulu,kakitangan kerajaan dapat bonus..zaman Pm sekarang kakitangan kerajaan miskin buktinya bantuan khas RM 500 bayar 2x sudu makan..zaman la lagi teruk dulu pun ada bangunan dan pembahgunan.Skrang bangunan dan pembangunan dah mahal.Nelayan dapat cola rm 200.Pekebun dan pesawah hampeh..terutama Melayu yang makin layu..Negara berpendapatan tinggi,jawatan tinggi tetapi al malangnya gaji kakitangan tak standard Singapura berpendapatan rendah tapi tinggi,beli barang kat Jb ,subsidi lagi..Kita kaya budi tapi miskin Gaji..Hidup kakitangan makan budi bela anak bini..nak cari duit sussah,ada kakitangan kerajaan terpaksa main saham MAGNUM TOTO KUDA,SABAH CASHWEEP DAN SBGNYA..Kalau meletup dapat tampung Road Tax dan lain lain lagi,Betul Kata Fukaha Kemiskinan hampir kepada kekufuran. ADUHAI MALANG KAKITANGAN KITA...BILAKAH NAK BERUBAH,SALAH PEMBANGKANG ATAU KERAJAAN ATAU BEBAS...ambil hammer ketuk kepala fikir fikirlah.

Tanpa Nama berkata...

harap cuepacs dapat berjuang untuk semua kakitangan kerajaan ,jgn ada kumpulan yang tercicir.itu baru adil sebab kalau tengok cara cuepacs berjuang macam kumpulan profesional tak wujud

Tanpa Nama berkata...

kesian staf kumpulan a ,belajar tinggi2 tapi tak mendapat pembelaan yang wajar dari cuepacs. asyik -asyik kumpulan sokongan saja,

Tanpa Nama berkata...

buat kumpulan propesional ,tubuhkan kesatuan sekerja sendiri sebsb cuepacs tak membela anda

Tanpa Nama berkata...

orang kampung gaji tak sampai seribu boleh juga makan ayam dan ikan takkan ktangan kerajaan makan telur goreng dan biskut saja ,nampak sangat pembohong atau tak pandai urus duit.kalau gaji kecil kenala pandai jimat.lagipun mana ada kerani bayar ptptn ( ada otak ka)

Tanpa Nama berkata...

mengikut teori ekonomi upah dibayar berdasarkan kelayakan dan tanggungjawab.takkan gaji pa lebih tinggi dari ketua jabatan ,takda akal ka

Tanpa Nama berkata...

orang kampung gaji tak sampai seribu boleh juga makan ayam dan ikan takkan ktangan kerajaan makan telur goreng dan biskut saja ,nampak sangat pembohong atau tak pandai urus duit.kalau gaji kecil kenala pandai jimat.lagipun mana ada kerani bayar ptptn ( ada otak ka)
>>>>ape ke banggang kepala otak mu ni????? bodoh melantun-lantun...kerja kat kampung makan ayam bela sendiri,ikan pancing kat sawah....kat kl ko nak bela ayam ke????sungai pun 100% tercemar otak letak kat kepala lutut...kerani pun ada pinjaman perumahan juga,ada ptptn kalau sambung belajar sambil kerja...takkan seumur hidup nak duduk kuarters...cakap pakai otak sikit...

MusLi berkata...

KERAJAAN SURUH KITA KERJA MCM SWASTA TAPI GAJI CIPUT DAN NAK BAGI BONUS PUN KEDEKUT.
KITA SEBENARNYA KULI ORANG POLITIK KERAJAAN.
APA KATA KITA PAKAT UBAH KERAJAAN YANG ADA

Tanpa Nama berkata...

HARGA BARANG SEMAKIN NAIK, GAJI TAK NAIK2,IMPLASI TERJADI AKIBAT ALIRAN WANG LEMAH DI PASARAN,KITA TERPAKSA JIMAT BERBELANJA,INI YANG MENYEBABKAN IMPLASI MENINGKAT, DI USA GAJI TINGGI, PENGANGGUR DI BERI ELAUN AGAR PENDUDUKNYA KELUAR BERBELANJA DENGAN AKTIF....DI MALAYASIA PEMIMPIN2 BERTAMBAH KAYA SEDANGKAN RAKYAT ADA YANG KAIS PAGI MAKAN PAGI, KAIS PETANG MAKAN PETANG...HARAP PEMIMPIN2 KITA DAPAT MEMPERTIMBANGKAN ULASAN2 YANG DILUAHKAN DIBLOG INI...JANGAN FIKIR KANTUNG SENDIRI SAJA....

PegalDahh berkata...

jangan mimpilahlah tuntutan tu ditunaikan. kerajaan sudah cakap, masa ni kurang mengizinkan.

yang DG41 tak sempat timebased DGA32 pon belum selesai sehingga sekarang. ini lagi tuntutan baru.. taik betul

Tanpa Nama berkata...

SAUDARA DAN SAUDARI SEKELIAN CUEPACS HANYA MENGEMUKAKAN TUNTUTAN, TAPI YANG KERAJAAN YANG ADA SEKARANG NI...IAITU BARISAN NASIONAL...JANGAN DI SALAHKAN COUPACS...COUPACS HANYA KAMBING HITAM SAJA....KASI SENANG HATI PENJAWAT AWAM SAJA...DENGAN TUNTUTAN YANG TIDAK PERNAH SELESAI...

Tanpa Nama berkata...

tak usah cakap byk, sebenarnya penjawat awam ni tak cukup duit...masa terima gaji bulanan jgn tidak aje...habis untuk bayar hutang, blia dekat tengah bulan mulalah mengeluh.....aduh!

Tanpa Nama berkata...

hehehehe lawaknyee punn adoiiiii

Tanpa Nama berkata...

kepada hati panas yang bodoh!!gred 17 semestinya kelulusan spm bodoh!!yang memiliki lebih daripada spm tu ko minta la gred yang lebih tinggi!!bagi gred 1-16 yang memiliki spm memang wajarlah dapat gred 17..

Tanpa Nama berkata...

bagi N1 yang dah lulus kpsl utk kenaikan n11 mcm mana pulak agaknye.sbb sekarang n11 dah jumud n17.jadi mcm mana agaknya status tu..aduiii...mcm tak terbela je..apa guna lah amik kpsl tu...

matbond berkata...

bg le bonus 3-4 bulan,ni penjawat awam xrse bonus pn

Tanpa Nama berkata...

Macamana PM nak luluskan tuntutan cuepec. President ceupec bercakap puntak pandai. Ambilah president dari golongan profesianal..

Tuntutan ceupec mengarut..Ceupec mewakili semua perkidmatan awam..buatlah tuntutan yang semua kakitangan awam akan mendapat faedahnya bukan tututan untuk sesetengah pihak je..