SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

22 Mac 2011

PERLU BERANI NILAI SEMULA AMALAN-PM

Utusan Malaysia
22/3/2011



NAJIB Tun Razak menyampaikan anugerah inovasi kepada Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Datuk Mohamad Zabidi Zainal sambil diperhatikan Mohd. Sidek Hassan (dua kiri) pada majlis Anugerah Kecemerlangan Jabatan Perdana Menteri 2010 di Pusat Konvensyen Antarabangsa, Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA 22 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, para penjawat awam perlu berani menilai dan mengkaji semula amalan-amalan masa kini bagi meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan.

Perdana Menteri mengingatkan bahawa mereka perlu mengakui masih ada penambahbaikan yang perlu dilakukan terhadap sistem berkenaan.

Beliau berkata, ini termasuk melihat kembali sistem dan prosedur kerja sedia ada, undang-undang dan peraturan yang diguna pakai, peralatan dan kelengkapan yang digunakan serta tahap kemahiran anggota organisasi yang melaksanakan tugas.

''Yang penting, kita perlu berani berubah sebelum perubahan menenggelamkan kita serta kita perlu sentiasa relevan dan peka dengan kehendak pelanggan.

''Kita perlu sentiasa memperbaharui ilmu dan menerajui arus perkembangan agar dapat sentiasa memberikan perkhidmatan yang tepat, cepat dan terbaik," katanya.

Beliau berucap pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Jabatan Perdana Menteri (JPM) 2010 di sini malam ini.

Turut hadir Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan.

Pada majlis sama, beliau turut melancarkan Tabung Kemanusiaan Bencana Alam Jepun JPM.

Najib memberitahu, sebagai nadi penggerak dan teras utama jentera pentadbiran Kerajaan Persekutuan, JPM menzahirkan kejayaan dalam melaksanakan usaha inovasi dan penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan.

''Dalam menjayakan gagasan besar negara, semua tindakan pelaksanaan kita hendaklah berpaksikan kepada membuat sesuatu yang berbeza daripada kebiasaan dan mencari penyelesaian kreatif dalam mencapai matlamat akhir pembangunan negara," katanya.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

saranan ini patutnya dikhususkan kepada ketua jabatan.kalau ketua jabatan pun asyik hilang, macam mana anak buah nak berbincang tentang perubahan,halatuju bahagian dan unit pun masih kelabu asap,macam mana nak buat perubahan.

2bz4money berkata...

Terlalu complacent, berfikiran silo dan tiada inisiatif Cost Concious Culture. Itulah idealistik jumud/lemau kebanyakan Ketua Jabatan (KJ). Perubahan perlu bermula dari atas, Top Down. GTP akan berjaya sekiranya KJ sanggup berubah utk melaksanakan Value Management atau sebaliknya mereka wajar ditunjuk jalan keluar.

Tanpa Nama berkata...

Pemimpin-pemimpin atasan yang terlebih dahulu perlu berubah,bukan PA.PA laksanakan kerja berpandukan:Perintah Am,Arahan Perkhidmatan,Arahan Keselamatan,PKPA,Pekeliling-pekeliling,surat-surat pekeliling,surat-surat edaran.
Siapa yang gubal semua itu?

Tanpa Nama berkata...

weii nilai perkhidmatan jer kah nak berubah dan bagaimana dengan akhlak diri? fikir2kan