SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

28 Februari 2011

TIADA WAKIL GAKUM GUBAL SSU

Berita Harian
Oleh Mohamed Farid Noh
28/2/2011



Kesatuan kecewa, kesal 55,000 ahli seperti dianaktirikan: Omar Osman

BATU PAHAT: Gabungan Majlis Presiden dan Setiausaha Kehormat Kesatuan Kakitangan Universiti/Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Malaysia (GAKUM) kecewa apabila tiada wakil gabungan itu dibabitkan dalam penggubalan Sistem Saraan Universiti (SSU) walaupun ia membabitkan masa depan kira-kira 55,000 ahlinya di 20 IPTA.

Presiden GAKUM, Datuk Omar Osman, berkata Sistem Saraan Universiti sedang giat digubal dengan beberapa mesyuarat sudah diadakan membabitkan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Pendaftar IPTA dan kakitangan akademik. Omar yang juga Presiden CUEPACS berkata, gabungan itu terpaksa menubuhkan jawatankuasa bertindak khas bagi mendapatkan input dan cadangan ahli gabungan terhadap sistem berkenaan sebelum diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi memastikan nasib ahli GAKUM terbela. “Kita amat kecewa dan kesal kerana dianaktirikan dan mendapat layanan berat sebelah daripada KPT kerana menggubal SSU tanpa kehadiran wakil GAKUM, sedangkan pihak lain termasuk kakitangan akademik turut mempunyai wakil mereka.

“Seolah-olah 55,000 kakitangan pentadbiran dan sokongan di 20 IPTA seluruh negara tidak diperlukan sehingga pandangan dan pendapat mereka mengenai masa depan mereka sendiri tidak mahu diambil kira sedangkan ramai kami yang mempunyai kelayakan diploma dan ijazah.

“Siapa pula yang mahu memperjuangkan dan membela nasib ahli GAKUM, sedangkan mereka tidak dibabitkan sama dalam penggubalan sistem itu. Adakah adil nanti apabila sistem itu sudah digubal, ahli GAKUM dipaksa menerimanya,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Bengkel Skim Perkhidmatan Sokongan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) di sini, semalam.

Ahli GAKUM terdiri dari kakitangan pentadbiran dan sokongan Gred 1 hingga 42 membabitkan Penolong Jurutera, Penolong Pegawai Kewangan, Penolong Akauntan, Penolong Veterinar, Pembantu Am dan Pembantu Makmal.
Dalam pada itu, mengulas penubuhan Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Omar mencadangkan bantuan guaman dan khidmat nasihat yayasan itu diperluaskan kepada warga tempatan berpendapatan di bawah RM35,000 setahun atau RM3,000 sebulan.

Pada masa ini, bantuan dan khidmat YBGK ditetapkan dan dihadkan kepada semua warga negara tempatan berpendapatan di bawah RM25,000 setahun atau RM2,000 sebulan.

Omar berkata, langkah itu wajar kerana golongan berpendapatan RM35,000 setahun masih tidak mempunyai kemampuan kewangan mencukupi untuk membayar khidmat guaman.

“Dengan yuran guaman yang tinggi ketika ini, sara hidup yang tinggi serta kenaikan harga barang, saya berpendapat mereka bergaji RM3,000 sebulan juga masih tidak mampu menampung kos guaman dan amat memerlukan bantuan guaman,” katanya.

YBGK dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 25 Februari lalu hasil inisiatif kerajaan bersama Majlis Peguam dalam memenuhi hasrat kerajaan untuk memastikan keadilan dinikmati semua rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang.

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sistem Saraan Universiti (SSU) sedang digubal dengan membabitkan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Pendaftar IPTA dan kakitangan akademik.

Kakitangan Sokongan I & II di IPTA hanya melopong mulut untuk disuap semacam anak burung helang putih.

Bila siap digubal nanti, SSU akan jadi Skim Susah Susah Undur (SSU).

Tanpa Nama berkata...

skim tu kan utk pegawai atasan U aje..yg kaya makin kaya, yang gaji skit ni disuruh buat mcm2 kalo nak naik gaji...mmmm itu le kalo perangai yahudi dah melekat dalam diri...

azilan berkata...

Elaun Kritikal untuk J29 bila boleh dapat, sedangkan J41 skim yang sama dapat @ http://borak-qs.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

To Husna, J17 keatas kalau jawatan Pembantu Pegawai Latihan Vokasional zaman tok kadok dah dapat Elaun Kritikal 10% walaupun mereka tak mengajar dok ofis je dapat kalau tak caya tanyalah orang yang duduk di HQ JTM. Cuba Husna tanya CUEPACS awat tak perjuangkan untuk hampa.

Tanpa Nama berkata...

Pemimpin Cuepacs perlu BERUBAH. Khususnya mentaliti PRESIDEN. Minda perlu KELAS PERTAMA.

jangan dok cakap merapu , perlu ada teks ucapan yang telah disahkan oleh Majlis Tertinggi / Majlis Kongres.

Jangan buat lawak bodoh Omar.

Syed Abu Bakar Syakran berkata...

Alah; kasta pensyarah je yang dapat, kalau kasta sokongan 1 dan 2...makan kuah jelah.....

Jadiklah kuli batak penchahai kepada pensyarah, PPT dan N41....

markiman berkata...

kita perlu kembali kepada asas iaitu Umno. Sertai Umno anda selamat dunia akhirat. Org2 Umno x merungut pun, malahan semakin bersyukur kerana kepimpinan sekarang amat mengambil berat PA sekelian

Tanpa Nama berkata...

mat bangla dan mat indon jadi ahli umno boleh?? boleh selamat dunia dan akhirat....muammar gaddafi dan hosni mubarak pun nak join umno jugak...boleh selamat dunia & akhirat....

Tanpa Nama berkata...

Kesian pada Presiden Cuepack kita, punyala berjuang utk mempertahankan staf2 sokongan di IPTA tp tiada layanan pun...Klu bab perguruan, badan beruniform, ada pembelaan...kami staf2 kt universiti ni takdak siapa nk membela..padahal staf sokongan yg ada kelulusan beribu2 di universiti ni, tp masih berjawatan rendah...Persoalannya, sampai bila perkara ini akan berakhir...!!!

Tanpa Nama berkata...

takkan berakhir masalah ini semua selagi umno berkuasa. umno kira perut mereka saja.

Tanpa Nama berkata...

ada wakil dengan tak ada wakil sama saja...ngok ngek semua..