SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

16 Februari 2011

CUEPACS MAHU SISTEM LEBIH BAIK GANTI PTK

Utusan Malaysia
16/2/2011




KUALA TERENGGANU 15 Feb. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta kerajaan memastikan sistem penilaian baru yang menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) nanti dilaksanakan dengan lebih mudah dan bersekali dengan sistem gaji.

Timbalan Presiden 1 CUEPACS, Azih Muda berkata, ia bagi mengelakkan sistem baru yang dijangka diumumkan oleh kerajaan nanti menjadi kekangan kepada anggota sektor awam dalam meneruskan kerjaya mereka.

Katanya, CUEPACS turut mencadangkan agar kerajaan menyemak semula gaji jawatankuasa Kabinet yang terbukti lebih berkesan dalam sektor awam serta tidak menimbulkan banyak rungutan.

Menurutnya, sistem baru itu perlulah lebih fokus kepada tugas yang dilakukan oleh penjawat awam dan juga mengambil kira kekananan dan tidak semata-mata menggunakan kaedah merit untuk kenaikan pangkat.

"Sebab itu CUEPACS turut mencadangkan kepada kerajaan supaya sistem gaji matrik yang ada sekarang diganti dengan sistem gaji selapis yang mampu memenuhi tempoh perkhidmatan seseorang sebelum bersara pada umur 58 tahun.

"Antara satu mata gaji yang sesuai nanti mungkin boleh diadakan sekatan kecekapan yang memerlukan seseorang penjawat awam berusaha meningkatkan kecekapan dan kemahiran mereka untuk tujuan anjakan ke mata gaji lebih tinggi," ujarnya.

Beliau yang juga Pengerusi CUEPACS Bahagian Terengganu berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat ahli jawatan kuasa CUEPACS Bahagian Terengganu di Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dekat sini kelmarin.

Katanya, CUEPACS tidak mahu lagi melihat kegagalan agensi pelaksana PTK berulang apabila kerajaan melaksanakan sistem baru itu nanti dan untuk itu kerajaan perlu mengambil kira pandangan agensi dan kesatuan sekerja dalam merangka sistem tersebut.

Selain itu Azih berkata, CUEPACS turut menerima cadangan daripada kesatuan sekerja yang mewakili anggota di bawah pihak berkuasa tempatan (PBT) agar hanya satu skim perkhidmatan diwujudkan di PBT.

Katanya, pemantapan skim perkhidmatan boleh dilakukan oleh kerajaan dengan mengambil kira keperluan yang ada di PBT itu sendiri yang berjumlah hampir 200 PBT termasuk di Sabah dan Sarawak.

"Apabila ada satu skim sahaja akan memberi kemudahan dan peluang kenaikan pangkat lebih terbuka kepada anggota di PBT dan cadangan ini merupakan satu yang unik kerana belum ada cadangan seumpamanya dikemukakan kepada kerajaan sebelum ini,'' jelasnya.

Sementara itu kerajaan juga diminta menyelesaikan kedudukan pengajar membalak gred G17 di Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dan menjadikannya gred lebih terbuka untuk bertugas di agensi lain.

Pada masa ini tambahnya hanya terdapat 10 orang pengajar membalak di negara ini iaitu yang bertugas di Pusat Latihan Membalak Terengganu yang terhad dan tidak berpeluang untuk meningkatkan kerjaya mereka.

9 ulasan:

2bz4money berkata...

Bagi memenuhi Program Transformasi Negara, kerajaan perlu mempunyai PA yg berinovasi, berpengetahuan dan sanggup berubah. Pengiktirafan perlulah lebih menarik seperti kadar kenaikan ke beberapa tangga mata; juga penyerapan ke jawatan yg wajar mengikut kompetensi PA. Penalti juga perlu bagi pegawai yg di bawah tahap kompetensi dengan menyerap mereka kepada tugas2 yg setimpal dgn kedudukan mereka. Budaya 'complacency' dan 'makan gaji buta' perlu dikikis dgn melaksanakan strategi 'right/down sizing'.

Tanpa Nama berkata...

YANG MAKAN GAJI BUTA ADALAH ORANG BUTA.

Tanpa Nama berkata...

Kesian kat kawan-kawan sejak PTK diperkenalkan ada yang tak lepas aras 4. Kadang-kadang banyak benda pelik kita dengar pasal PTK ni..Harap lepas ada la perubahan dalam pelaksanaan PTK yang baru ni dan memberi banyak peluang kenaikan pangkat dan sebagainya yang boleh melonjakan semangat kakitangan awam.

Tanpa Nama berkata...

BELA HANTU RAYA LAGI BAIK.

CB berkata...

Waktu mula diperkenalkan, banyak (they are NOT up to the standard to be referred as ramai) menteri yang tunjuk ibu jari kata PTK tu satu sistem yang baik....

Baik ke mana?

Talib berkata...

sapa yg berani mempertikaikan menteri BN adalah manusia jahanam. Pemimpin BN sangat memikirkan nasib rakyyat, aku tahu la ada YB Menteri dah beritahu ms aku jd driver dia dulu.

Mereka manusia mulia, sanggup memberi tips RM30, dan layanan pula amat mesra, malah dibelanja minum teh tarik bersama. Indah sekali pengalaman bersama pemimpin tawaduk berjiwa rakyat. Kita wajib sokong BN dan Umno selamanya

Tanpa Nama berkata...

Lor..drebar rupanya patut ler mentaliti macam makcik f***a..hahaha

Tanpa Nama berkata...

YG BELUM NAIK KUP MCMANA..PAKAI XNAIK DH KA DGN SISTEM BARU NANTI...

Tanpa Nama berkata...

sistem apa lagi...dah berbuih dah cakap...naik pangkat ke gaji ke biarlah ikut senioriti...

nak gaji lebih? tunjuk sijil...lagi tinggi sijil..lagi tinggi gaji..

satu lagi...tengok lama baru kerja! Orang lama dululah patut naik pangkat dulu, bukan orang baru!!

susah sangat ke nak memikiornya?

kalau ada yg luar biasa pandai bagi orang baru keja tak apa lah kalau nak naik gaji ke pangkat ke...

logiknya begitulah beb...baru unsur bodek tarak dlm jabatan kejaan...