SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

09 Februari 2011

PENJAWAT AWAM DIMINTA BUAT TUNTUTAN INSURANS JIKA RUMAH ROSAK AKIBAT BANJIR

Bernama
9/2/2011



KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- Penjawat awam di Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang yang mengambil pinjaman perumahan daripada perbendaharaan dinasihat mengemukakan tuntutan insurans dari panel insurans masing-masing jika rumah mereka rosak akibat banjir baru-baru ini.

Kenyataan Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia (BPP) berkata tuntutan itu meliputi kerosakan struktur bangunan iaitu dinding, lantai, atap, siling dan sebagainya; pecah rumah dengan tujuan mencuri semasa banjir dan tangki air pecah.

Ia juga meliputi kecederaan orang awam atau pihak ketiga akibat kemalangan di dalam rumah, perbelanjaan hotel atau rumah sewa dalam tempoh baik pulih dan rumah tidak dapat didiami dan kehilangan pendapatan sewa rumah kerana tiada penyewa dalam tempoh rumah dibaiki atau enam bulan yang mana terdahulu.

Tuntutan boleh dibuat dengan mengisi borang yang ditetapkan bersama dokumen yang perlu dilengkapkan bagi prosedur tuntutan di pejabat panel insurans terbabit iaitu Etiqa Insurans dan Takaful, Takaful Ikhlas, CIMB Aviva dan Takaful Malaysia, kata kenyataan itu.

Penjawat awam yang berkenaan diharap segera mengemukakan tuntutan bagi mempercepatkan proses pembayaran pampasan. Maklumat lanjut boleh didapati daripada laman web http://bpp.treasury.gov.my



-- BERNAMA

8 ulasan:

2bz4money berkata...

Bersimpati juga kpd mangsa2 banjir atas kesusahan dan kerumitan yg mereka alami. Sedikit kelegaan kpd PA yg menggunakan kemudahan govt housing loan krn ada takaful coverage utk banjir. PA juga harus beringat utk mempunyai Takaful/Insuran Nyawa sebagai bekalan kpd ibu bapa, suami/isteri dan anak2 yg ditinggalkan..Jgnlah mewarisi hutang/bebanan kpd mrk.

Tanpa Nama berkata...

IKLAN PERCUMA:

KAKITANGAN KERAJAAN YANG INGIN MENDAPATKAN PERKHIDMATAN PERLINDUNGAN INSURANS (DIRI ATAU KELUARGA) BOLEH HUBUNGI SAYA.

SAYA ADALAH AGEN INSURANS BERDAFTAR DENGAN MCIS ZURICH INSURANS BERHAD DENGAN KEBENARAN KETUA JABATAN TEMPAT SAYA BERTUGAS.

UNTUK ANGGARAN KOMITMEN BULANAN YANG SESUAI,ANDA SMS SAHAJA;
1.NAMA
2.NO.I/C (ANDA & ANAK & ISTERI)
3.BUDJET
KEPADA 019-2548279
(RAMLI-KUALA LUMPUR)

Hamba berkata...

Perlu tuntut ke? Bukankah itu ujian TUHAN?
Menerima dengan hati terbuka sajelah.

Tanpa Nama berkata...

takpayah tuntut, halalkan je. Bencana alam pun cover juga ye.

Tanpa Nama berkata...

ko ni bodoh tahap bangang.dh nama insuran kena la tuntut.abih ko nk ke duduk kt dlm umah yg atap dh rosak.mmg bodoh ko ni

samad ex-N11 berkata...

jika guru elok jgn tuntut, elok kerajaan melebihkan PT N17 yg ternyata jauh lebih rajin dan berdedikasi jika dibandingkan dengan guru, kami amat kesal kerana tidak menikmati kenaikan ke grd 41 spt yg dinikmati guru

Tanpa Nama berkata...

adakah anda rasa gaji anda akan naik?
a)naik
B)naik banyak
c)naik skit
D tak naik langsung

Tanpa Nama berkata...

bkn ape. skadar brkongsi pndapat.. bayangkan gaji + elaun rm1350.00
rumah rm 370.00
kreta proton bkn camry rm 450.00
bil api+air rm 80.00
duit dapur sbln rm 300.00
blanja ank2 skolah sblnrm 100.00
duit minyak keje rm 130.00
total rm -80.00
byangkan waktu hr raya, insuran kreta tamat tempoh, anak2 msuk skolah. BAYANGKAN........poning