SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** PEKERJA CEMERLANG RAKYAT SEJAHTERA***CUEPACS DI HATI KU***

28 Februari 2011

YBGK BERI KEADILAN UNTUK SEMUA - NGO

Utusan Malaysia
27/2/2011


KUALA LUMPUR 26 Feb. - Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berpendapat langkah kerajaan melancarkan Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) dapat memastikan golongan yang kurang berkemampuan mendapat pembelaan terbaik.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman berkata, ia merupakan langkah bijak kerajaan dalam memastikan golongan yang berpendapatan kurang daripada RM25,000 setahun mendapat khidmat bantuan peguam yang disediakan.

Jelasnya, kebanyakan rakyat yang dihadapkan ke mahkamah gagal untuk membela diri disebabkan kos guaman yang terlalu tinggi bagi mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana.

"Penubuhan yayasan ini menunjukkan keprihatinan kerajaan untuk menjaga kebajikan rakyat bagi mendapatkan keadilan sekali gus mengelakkan golongan bawahan daripada ditindas dan dianiayai.

"Sebagai contoh, banyak kes penipuan membabitkan pihak atasan yang lebih berkuasa menindas orang bawahan yang tidak mampu membela diri apalagi mahu mendapatkan keadilan.

"Justeru, penubuhan yayasan ini dapat menjamin keselamatan dan keadilan bagi mereka yang memerlukan khidmat guaman," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas pelancaran YBGK oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi memenuhi hasrat kerajaan untuk memastikan keadilan dinikmati oleh semua rakyat di negara ini.

Dalam pada itu Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), Muhammad Shaani Abdullah berkata, penubuhan YBGK dapat memberi kemudahan kepada mereka yang tidak mampu mendapatkan khidmat guaman untuk membela diri.

Jelasnya, ada kes melibatkan mereka yang tidak berkemampuan mengambil risiko mengaku bersalah semata-mata tidak mempunyai wang untuk menanggung kos guaman yang tinggi.

"Jadi, yayasan ini mampu menyediakan proses pembelaan bagi mereka yang tidak berkemampuan di mahkamah tanpa tekanan kos guaman.

"Suhakam turut menyarankan supaya kerajaan meneliti dengan baik setiap permohonan bagi mengelak penipuan mengenai pendapatan isi rumah yang ditetapkan," katanya.

Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF), Shamsuddin Bardan turut mengalu-alukan penubuhan YBGK yang dilihat mampu menjamin kebajikan rakyat apabila dihadapkan ke mahkamah.

Menurutnya, golongan berpendapatan rendah kini boleh membela diri mereka tanpa memikirkan soal bayaran guaman.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum.....
Salam dari bekas pekerja kontrak kerajaan yg tak di sambung perkhidmatan...
Bantu kami tolonglah kami pada siapa lagi kami nak mengadu...Mac hampir menjelma bermakna dah nak masuk 3 bln tak mendapat sebarang pembelaan...Bkn bermakna tak bekerja tp nak mendapat semula gaji yg mcm kami dapat dulu memang sukar...tanggungan banyak anak2,loan rumah...pening kepala..memikirkan...ini antara rintihan teman2 saya seramai 2000 yang senasib dgn saya...renungkanlah sejenak nasib kami ini...

mastura, E17, PJ berkata...

terharunya saya dengan keprihatinan BN, lihat PA, bukalah matamu, BN amat baik, UMNO amat mulia, marilah kita bersama jayakannya