SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

24 Februari 2011

MINDA PENGARANG: SISTEM PENGGILIRAN TUGAS MAMPU BERSIHKAN PERSEPSI NEGATIF RAKYAT

Berita Harian
22/2/2011




PEGAWAI dan kakitangan awam yang memegang jawatan ‘panas’ sukar untuk mengelak daripada persepsi negatif, terutama mereka yang terbabit dalam agensi penguatkuasaan. Kehadiran mereka juga sering dipandang serong masyarakat. Melihat latar belakang dan persekitaran tugasan yang terdedah kepada perlakuan rasuah, persepsi itu bagaikan stigma yang sukar dipisahkan.

Justeru, ada kebenarannya dengan kenyataan Pengarah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Rasuah, Datuk Hisham Nordin, kelmarin supaya pegawai dan kakitangan penyandang jawatan itu diwajibkan mengikuti sistem penggiliran tugasan sebagai antara usaha kerajaan memerangi rasuah. Bagi orang ramai, tindakan proaktif sebegini diyakini boleh mengurangkan rasuah kerana usaha membanterasnya ke akar umbi memerlukan strategi, komitmen serta masa, selain pengorbanan kakitangan itu sendiri. < Kita tahu segelintir penyandang jawatan ‘panas’ seperti di Jabatan Imigresen dan Kastam yang masing-masing sepatutnya menjadi penapis kemasukan warga serta produk asing ke negara ini, sebaliknya terbabit gejala mengambil ‘duit kopi’ atau menerima ‘habuan bawah meja’ untuk menghalalkan cara atau mengetepikan undang-undang. Orang ramai juga mempunyai persepsi negatif terhadap pasukan polis ketika majoriti anggotanya benar-benar bertindak untuk menguatkuasakan undang-undang. Justeru, sistem penggiliran tugasan, sama ada berpindah jabatan dan tempat kerja, diharap mampu melonjakkan semula nama baik pasukan penguat kuasa. Sebelum ini, kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia, yang setakat ini sudah mengemukakan 125 cadangan bagi memulihkan imej dan kredibiliti pasukan itu dari sudut kaca mata awam. Dengan mewajibkan sistem penggiliran tugasan yang akan dikemukakan kepada Kabinet dalam masa terdekat, kita yakin sebahagian lagi persepsi negatif terhadap penyandang jawatan ‘panas’ dapat dikikis dan orang awam kembali menaruh keyakinan terhadap kredibiliti mereka.

Jawatan panas turut membabitkan pegawai dan kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), selain pegawai peringkat daerah dan pihak berkuasa tempatan. NKRA Rasuah juga wajar melihat potensi rasuah di jabatan yang ada kaitan dengan lesen, permit, subsidi, kelulusan, perbekalan dan operasi supaya tanggapan jentera perkhidmatan awam terdedah gejala rasuah dapat dikikis ke tahap paling minimum. Kita tahu gejala rasuah antara ancaman terbesar sesebuah negara dan bangsa.

Rasuah dalam apa juga bentuk, boleh mempengaruhi banyak keputusan atau tindakan pada semua peringkat sehingga meruntuhkan sistem dan integriti kerajaan. Membanteras gejala rasuah dipertingkatkan selaras usaha melaksanakan transformasi sektor awam dan swasta, selain parti politik komponen Barisan Nasional (BN) supaya ketiga-tiganya mampu melaksanakan tadbir urus secara berkesan serta telus mencapai piawaian urus tadbir kelas dunia. NKRA Rasuah juga perlu peka terhadap mana-mana jabatan atau agensi perkhidmatan awam dan potensi berlaku gejala rasuah di dalamnya.

Ketika fokus umum dialih kepada tadbir urus syarikat berkaitan kerajaan, langkah memperkukuh imej serta kredibiliti harus dilakukan dari sudut menangani penyelewengan kuasa dan dana dalam entiti itu. Usaha memerangi rasuah jangan dilihat bermotifkan politik atau dipolitikkan. Selain bukti inisiatif dan komitmen kerajaan, tindakan itu selaras aspirasi rakyat yang menuntut semua urus tadbir dilakukan secara profesional, telus dan ada pertanggungjawaban.

26 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Baru-baru ini saya terdengar keluhan seorang rakan Penjawat Awam berkenaan perkara RASUAH ditempat kerjanya, iaitu bermula dpd staf bawah hingga paling atas dijabatannya mengamalkan RASUAH. Masya Allah. Apa sudah jadi ???? Tak takut Mati dan tak takut Alam Kubur? seksa di NERAKA??? Rezekinya punca HARAM. Astaughfirullahalaziim.
(P/S: mana-mana partai politik tidak boleh menolong kita di alam Barzah).Hanya diri sendiri yang menanggung dan perlu menjawab segala rentetan persoalan di atas dunia ini yang telah kita lakukan.

Tanpa Nama berkata...

ini mungkin disebabkan tekanan hidup atau desakan dan keperluan hidup masakini yg perlu dibayar sedangkan pendapatan yg tidak selaras denagn kos sara hidup tambahan pula punyai tangunggan komitmen yg diperlukan oleh anak yg ramai,

Dosa rasuah memang tetap berdosa mungkin kesedaran itu ada tetapi???

Tanpa Nama berkata...

Peraturan dah ada tapi adakah ianya dilaksanakan.Sepatutnya kakitangan penguatkuasaan tidak kira apa jabatan perlu ditukar setiap 5 tahun. Tapi kita tengok sampai berbelas tahun bertugas di tempat yang sama.
Tapi pokok pangkalnya kena tanya diri sendiri.Kenapa kita perlu menerima rasuah sedangkan semua orang tahu perbuatan memberi dan menerima sama-sama akan dilaknat oleh Allah.
Kalau kata tuntutan hidup, gaji tak cukup dan sebagainya rasa bukan dengan menerima rasuah jalan penyelesainya yang terbaik. Kita menerimanya adalah semata-mata ketamakan dan sifat inginkan hidup dalam kemewahan dan merasakan apa yang kita dapat tidak pernah cukup.
Dalam hal ini kita tengok, orang yang berpangkat dan bergaji besar juga terlibat sama.
Marilah kita memohon kepada Allah agar diberi keberkatan di dalam hidup. InsyaAllah dengan adanya keberkatan dalam hidup kita akan sentiasa aman dan sentiasa cukup.

Ali berkata...

Betul tu, peraturan dah ada, tapi tak ikut, siapa yang salah, malah yang blacklist pun masih dinaikkan pangkat, yang telah dibuang kerja pun boleh dapat kerja balik, macam mana nak telus.

Pergi semak tempat bertugas PA tersebut,dah bertahun2 tak tukar dan dah boleh buat sarang. Apakah mata itu buta atau sengaja dibutakan. Buat letih tubuh NKRA rasuah, patuh pada peraturan dah cukup, tak tukar sebab ada masalah peribadi, seperti jaga ibu sakit, anak sakit, isteri tak boleh pindah dan pelbagai alasan boleh diberi. Ada PA yang akur pada arahan.

Kesimpulannya kesalahan dan penyelewengan terletak pada mereka yang tidak mematuhi pada peraturan dan pekeliling tersebut. Tapi tak ada apa2 tindakan pun. Biasalah pembuat dasar nak cari populariti, yang kena PA bawahan juga. Yang lain boleh goyang kaki.

Tanpa Nama berkata...

Dah 6 bulan tunggu nie sejak surat memohon pertukaran dihantar ke JPA, masih belum ada jawapan, dah bosan berurusan dengan pembekal, pembekal nak bagi hadiah dan aku menolak...tapi tak boleh sebab penyelia aku paksa aku terima sebab dia pun dapat hadiah....jadi JPA tolonglah tukarkan aku cepat!!!

Saya Yang Menurut Perintah,

Penjawat Awam di Putrajaya.

Tanpa Nama berkata...

Betul la tempat kerja saya pun begitu yang tidak mahu bertukar kerana dah berumahtangga dan beranak pinak akan melakukan pelbagai cara agar tidak dipindahkan seperti bodek boss dan akan menyusu sambil menyucuk pegawai yang hebat daripada dia setiap hari daripada pagi hingga ke petang di bilik boss. Bila dah menyusu kasih sayang bertambah dan boss akan menghentam dan membenci membabi buta terhadap pekerja yang tidak menyusu walau pekerja tidak menyusu adalah seorang pekerja yang rajin.

Papa Gomo ISLAM berkata...

pastinya org pembangkang yg punya kerja. aku yakin org2 Umno amat jujur dan ikhlas, x mungkin rasuah kerana ahli Umno diterapkan patuh pada perlembagaan ddan undang2.

aku hairan mengapa tiada klausa khas yg menetapkan PA hanya dr kalangan ahli Umno, dan penerima apa2 bantuan juga hanya ahli? bagi bantuan, subsidi minyak dan kerja pd bukan ahli, ianya menghabiskan duit BN sahaja.

minta kerajaan jgn bg naik gaji supaya semua PA padan muka, kalo boleh mohon naikkan petrol kepada sesiapa PA yg x sokong BN dan Umno

Tanpa Nama berkata...

hah!! PapaGomo pn ada gak bagi komen..hehe..sya kira papagomo pn org gomen kot..tp xpe,bagus gak..banyak lgi input bleh dapat..gua caya lu..so gini la..bukan bhgn.Penguatkuasaan saja yg patut dituding jari bab2 rasuah ni..banyak lagi jawatan2 dari jabtan2 lain yg perlu ambik kira..contoh..dari Jurutera,T/A,sampai ke j/teknik yg slalu terlibat dgn perbekalan dan pembinaan pn ramai yg perlu diambik kira dalam kategori berisiko tinggi..so elok la grup2 ni dalam setahun dua skali ditukarkan kedaerah lain,tidak ketinggalan dipanjangkan kepada badan2 berkanun dan p/a2 dibawah kerajaan negeri2..

Tanpa Nama berkata...

Papa Gomo ISLAM berkata...
pastinya org pembangkang yg punya kerja. aku yakin org2 Umno amat jujur dan ikhlas, x mungkin rasuah kerana ahli Umno diterapkan patuh pada perlembagaan ddan undang2.

aku hairan mengapa tiada klausa khas yg menetapkan PA hanya dr kalangan ahli Umno, dan penerima apa2 bantuan juga hanya ahli? bagi bantuan, subsidi minyak dan kerja pd bukan ahli, ianya menghabiskan duit BN sahaja.

minta kerajaan jgn bg naik gaji supaya semua PA padan muka, kalo boleh mohon naikkan petrol kepada sesiapa PA yg x sokong BN dan Umno


ada satu lg cadangan..
apa kata untuk ahli UMNO saja..
bila mati nanti letakkan kad ahli umno bersama dlm lubang kubur..
senang skit malaikat tgok terus masuk syurga..sbb ahli umno n penyokong BN..

ko ingat malaysia ni hak UMNO ke?
nak buat suka2 hati..
ada jgk org jahil mcm papagomo ni

Ali berkata...

Mat....beri lah pandangan pada isu, buat cerita pasal parti, peruntukan karpet surau pun nak songlap, inikan yg mega2.

So, kita bincang pasal isu...ok.

2bz4money berkata...

Kepimpinan berdasarkan hubungan dan bukannya berdasarkan tugas antara penyebab sistem penggiliran pertukaran gagal dilaksanakan dalam jabatan/agensi kerajaan. Ini mengakibatkan sistem penyampaian yg tidak berkesan atas sebab pegawai yg x kompeten dan timbulnya gejala Najis Rasuah.

Murad. berkata...

Mula2 BSN, lepas tu BPR, kemudian tukar pada SPRM, semua bertukar apabila bertukarnya PM.

Rasuah masih juga berlaku, dari atas sampai ke bawah. Tapi yang selalu selamat ialah pihak atasan sebab mereka ni cerdik, manakala pihak bawahan ni kurang cerdik.

Macam2 kaedah dibuat, malah sekarang dah ada Pengarah NKRA Rasuah yang bertanggaung jawab membuat kaedah dan cadangan untuk membanteras gejala rasuah.

Cadangan penggiliran tugas sudah lama ada pekeliling, tapi masih tidak ada pematuhan, siapa yang salah, tak ke itu Ketua Jabatan yang bersekongkol, tiada tindakan diambil ke atas mereka. Sebab mereka berkuasa.

Bila nak menutup pekong sendiri maka mereka menuding jari pada agensi yang panas, anggota penguatkuasa, kerja penguatkuasa ni dah lama terseksa dengan tohmahan, sumpah seranah, maki hamun, diludah, masyarakat mencemuh, pihak atasan menekan, jadi pada siapa nak mengadu.

Sebenarnya amalan rasuah ni telah berakar umbi pada masyarakat kita, ianya sebagai pemudah cara untuk mendapatkan sesuatu perkara.Cuma besar atau kecilnya sesuatu kehendak itu. Imbuhan bergantung kepada nilai tawaran.

Perasuah ini ada beberapa kategori, ada yang meminta, ada yang tak meminta tapi diberi dan terima saja, ada yang ikut kehendak ketua, kalau tak ikut pasti akan ditukar tempat kerja.

Akta Pelindung Pemberi Maklumat juga belu nampak keberkesanannya. Apakah kita benar benar selamat. Jika dibuat laporan kepada SPRM, mereka pun tidak boleh melindungi kita, takkan hari hari mereka nak duduk depan rumah kita, keselamatan anak macam mana.

Bagi mereka yang tidak bertugas sebagai penguatkuasa, pasti tidak faham akan kesukaran tersebut. Apa pun hidup mesti diteruskan. itulah hakikat kehidupan. Ikan itu busuk bermula dari kepala.

Sekian saja.

Tanpa Nama berkata...

Tempat akau masa waktu banjir ajk2 UMNO cuba kebas peruntukan banjir mereka sorok bantuan waktu ramai yg memerlukan nasib baik yg kena bangsa banjir ada seorang pegawai BPR wah kecah jadinya, inilah apa yg berlaku dikalangan pemimpin bawahan UMNO munkin pemimpin atasan tidak kot kerana mereka semua orang2 alim tak buat keja2 songlap2 hak kerajaan ni......

Tanpa Nama berkata...

CADANGAN MEMBANTERAS PERLAKUAN RASUAH DIKALANGAN KAKITANGAN AWAM

1.Saya nak cadangkan agar semua staf penguatkuasaan dan pegawai yang berisiko menerima rasuah ditukar setiap tahun.

2.pihak kerajaan juga seharusnya menyediakan Kuartes kepada mereka yang terlibat untuk mengelakkan beban kewangan terutama yang berpindah ke bandar-bandar besar untuk menyewa rumah.Dengan mewajibkan mereka duduk di kuartes lebih senang pihak jabatan membuat pemantauan.

3.Naikkan gaji atau beri elaun kesusahan hidup kepada mereka kerana kebanyakannya menjadikan alasan gaji tak cukup menyebabkan mereka menerima rasuah.

4.Perbanyakkan ceramah-ceramah agama di pejabat dan kalau boleh wajibkan kakitangan solat secara berjamaah dipejabat waktu solat zohor dan asar dan adakan tazkirah selepas sembahyang oleh Ketua Jabatan sendiri.

5. Adakan skim pinjaman tanpa faedah di jabatan untuk memudahkan kakitangan buat pinjaman.

6. Pinjaman beli kereta tanpa faedah untuk semua kakitangan awam tanpa mengira pangkat.

7. Pinjaman perumahan tanpa faedah untuk kakitangan kerajaan

Pada pandangan saya sekiranya cadangan ini dapat dilaksana berkemungkinan besar kita dapat mengurangkan beban perbelanjaan dan dapat mengatasi masalah rasuah namun yang lebih penting tanya lah diri sendiri.
JEBATAKDURHAKA.

Tanpa Nama berkata...

Bagus belaka cadangan tu.

Tanpa Nama berkata...

saya ingin mencadangakan kerajaan membenarkan kakitgn yg dah bekerja lebih 10-15 tahun untuk melaburkan sebahagian graduiti pencen ke dalam pelaburan seperti simpanan ASB dan emas. Dgn syarat duit graduiti itu tidak boleh disentuh. Hanya sebahgian dr keuntungan ASB atau emas boleh dikeluarkan utk menampung keperluan hidup. Jadi kerajaan takdelah rasa tertekan sgt jika tdk dpt beri bonus krn keuntungan ASB / emas boleh membantu.

bayangkan kalu 10k dikeluarkan dr graduiti dan dilaburkan ke dalam simpanan emas, kakitgn awam akan mendapat keuntungan 2k setahun dan 10k lima tahun tanpa menjejaskan simpanan pokok dari duit graduiti tadi. (kadar purata kenaikan harga emas adalah 20% setahun)...bukan kah ini lebih menjaga kebajikan PA?

Tanpa Nama berkata...

Satu cadangan yang amat bernas sekali kerana kakitangan kerajaan tak perlulah lagi membuat pinjaman yang pasti dibebani dengan faedah dan bayaran balik yang tinggi untuk melabur di dalam ASB dan sebagainya.
Setiap hujung tahun mereka pasti dapat menikmati dividen dan bonus hasil pelaburan mereka.Dan rasanya mereka tidak perlu menunggu dan mengharapkan bonus yang akan di beri oleh kerajaan.Mereka juga tidak lagi perlu risau tentang perbelanjaan persekolahan anak-anak lagi.
Harapan Jebatakduhaka agar Presiden CUEPACS rajin-rajin lah menbaca di dalam forum untuk mendapatkan input-input yang berguna untuk memperjuangkan nasib kakitangan awam.

JEBATAKDURHAKA

Tanpa Nama berkata...

To Jebatakdurhaka,
Insyaallah saya akan tulis cadangan pelaburan graduiti tsb di dlm surat pembaca di akhbar2, jika disiarkan ianya boleh menjadi titik permulaan pd pembaharuan kebajikan sektor awam.

Kalau pekerja swasta bole mengeluarkan sebhg simpanan kwsp utk pelaburan di dalam fund spt public mutual dll, sy tk nampak cadangan sebegini tidak mampu dilaksanakan oleh kerajaan.

My Name Is Puteratahan Khan. . .

Nik Zubaidah berkata...

sebelum menyalak di suratkhabar, apa kata kita sepakat menjadi ahli Umno dan mngundi BN? Hanya mereka yg sayang pada pemimpin Umno sahaja layak diberi muka utk menyuarakan apa2 isu, jika tidak mereka yg tidak bersyukur ini akan terus mnyebarkan berita2 palsu mengenai keniakan barang, petrol dll. PA mmg sukakan hiburan murahan ciptaan pembangkang

Syukurlah majoriti PT N17 kekal bersama Umno

Tanpa Nama berkata...

To nik zubaidah. .
Sy bukan anjing nk menyalak2 seperti penyokong bn or umno yg menyokong membuta tuli, itu lg lah mcm anjing menyalak babi! Ada faham?

Sy org bn dan sokong umno, tp sy lebihtahu realiti sebenar. Kita bukan menyokong mcm anjing sondol tikus. Sokalu sy nk mempertahankan pendapat sy, itu hal sy. Tkde kena mengena dgn cik nik zubaidah ok!@@

My Name is Puteratahan Khan

Tanpa Nama berkata...

to cik nik zubaidah.

Lupa plak, anda kata majoriti pt n17 sokong bn? Apa, anda bita ke? Or mengalami 'denial syndrom'?

Janganla membodek sampai memberikan laporan palsu pd bn or najib. Kesian PM kita ada penyokong mcm 'angguk2, geleng2'

sy penyokong kuat bn, tp sy memperjuangkan kebenaran dah hak sebenar serta keluhan para PA.

My Name Is Puteratahan Khan

Tanpa Nama berkata...

BN masih bernyawa sebab adanya org macam Nik Zubaidah..x kesah lah janji x lama lagi BN nyawa2 ikan..

Tanpa Nama berkata...

To Nik Zubaidah, Apa ke halnya kamu ni bodoh sangat. Pandang Khan tu paling bernas mu asyik dengan pemikiran yang kolot dok berkempen jadi UMNO. Nenek moyong hamba dari hulu ahli UMNO... orang beri pandangan benas, fikirkan kehadapan ni tidak asyid suruh jadi AHLI UMNO.... Bodoh mu...

Tanpa Nama berkata...

To Nik Zubaidah,
Rugi la UMNO punyai ahli seperti puan.Siapa cakap PTN17 majoriti pilih BN?Depa semua dok PRU 13 je,sebab depa punya skim perkhidmatan telah terjunam ke bawah dari skim-skim lain.Agaknya puan seorang je kot yang masih ketinggalan menyokong BN

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum buat kak Nik Jebatakdurhaka rasa eloklah kita berbahas dan memberi cadangan yang baik daripada kita berkata-kata yang bukan-bukan. InsyaAllah, Allah maha mendengar permintaan hambanya.
Apa saja cadangan yang baik perlu diberi sokongan.

Tanpa Nama berkata...

Salam. Bg aku ptkrn staf tnpa kenaikn pgkat atau alasan y kukuh adlh satu pganiayaan. Ketua jgn bebankn staf. Mstilah melìHAt kdudukn sese0rg spt aset,ank bini d semua. Jika seseorg dh tbukti bmslh,tlbt rasuah aku blh trime untk dtkr tp jike y bgus d xda mslh tp dtkr,itu mmg pganiyaan. Mmg dh akujanji rela bkhdmat dimana2 tp ianya bLH dptmbangkn. Jgn suke2 tkr tnpa memikirkn kbrukan. Jika dh gila rasuah,tgl mana2 pun tetap rasuah.