SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI***

15 Februari 2011

GAJI MINIMUM: TIADA DISKRIMINASI PEKERJA ASING

Utusan Malaysia
Oleh SHARAIMEI SHAIK AHMEDULLAH
15/2/2011



PUTRAJAYA 14 Feb. - Kerajaan tidak akan mendiskriminasi pekerja asing yang bekerja di negara ini jika kadar gaji minimum dikaji semula dalam semua sektor kerajaan dan swasta.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S. Subramaniam berkata, kerajaan sedang dalam peringkat kajian untuk menetapkan jumlah yang bersesuaian bagi gaji minimun untuk semua sektor tersebut.

Menurutnya, apabila langkah itu dilaksanakan, kerajaan akan turut menetapkan jumlah gaji minimum bagi pekerja asing.

"Kita telah kumpulkan data daripada beberapa agensi kerajaan macam Jabatan Statistik, Kementerian Kewangan, ekonomi dan sebagainya dan sekarang kita mempunyai maklumat yang lengkap dari segi pandangan beberapa sektor dengan butiran yang perlu supaya kerajaan boleh menghasilkan satu keputusan dalam hal ini.

"Dan sebagai dasar, kita memutuskan untuk mengadakan gaji minimum melalui cadangan yang akan merangkumi semua orang termasuk pekerja-pekerja asing," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Seminar Makmal Gaji Minimum di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini.

Persidangan yang disertai ahli akademik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu turut dihadiri ahli-ahli parlimen, wakil kerajaan negeri serta ahli-ahli exco kerajaan negeri yang bertujuan untuk mendapatkan pandangan menyeluruh mengenai gaji minimum di Malaysia.

Sehubungan itu, Subramaniam berkata, kerajaan akan menubuhkan Akta Majlis Konsultasi Gaji Kebangsaan bagi menggantikan Akta Majlis Penetapan Gaji 1947 yang berperanan mengkaji isu gaji minimum dalam negara.

"Selepas ini kita akan menghalusi draf akta tersebut supaya ia boleh dibentangkan pada sidang Parlimen akan datang.

"Kita akan mengambil kira segala pandangan yang dibuat dalam satu minggu ini untuk tetapkan apakah fungsi, skop dan cara manakah majlis ini menghadapi isu gaji minimum di dalam negara kita," katanya.

Kajian Kementerian Sumber Manusia pada 2009 menunjukkan masih terdapat 439,400 daripada 1.3 juta pekerja di negara ini masih menerima gaji di bawah RM700 sebulan.

Jumlah yang sangat rendah diperoleh hampir 33.8 peratus pekerja itu menyebabkan mereka hidup di paras kemiskinan memandangkan garis kemiskinan yang ditetapkan oleh kerajaan adalah RM720.



17 ulasan:

halim Jempol berkata...

seluruh PA Sokongan menolak tulisan karut ini, nak naik gaji jika kerajaan kita mampu, sekarang ekonomi gawat, kita perlu byk bersabar dan menyahut saranan pemimpin BN agar berjimat, kurangkan gula dan kurangkan penggunaan kereta utk penjimatan.

Gaji minimum pekerja asing takkan 900, ok la byr gaji amah 400. Apa2pun, kami berikrar akan terus taat dan menyanjungi pimpinan Umno

Sial berkata...

Terdapat 439,400 daripada 1.3 juta pekerja di negara ini masih menerima gaji di bawah RM700 sebulan?!
Ini pulak nak jadi Negara Berpendapatan Tinggi? Siok sendiri saja la!~~
Lihat Singapore dan Brunei yang bernasib baik dapat melepaskan diri daripada menjadi sebahagian Malasia, berapa tinggi gaji mereka?

Tanpa Nama berkata...

kalu betul terjadi...memang nasib beruntung sangat lah pekerja asing.Makin bertambahlah rakyat asing di negara ini dan makin banyaklah gejala sosial n jenayah.
Bagi saya tak sepatutnya rakyat asing mendapat kepentingan yang sama oleh rakyat Malaysia.Kalu kita di negara mereka adakah sama hak kita perolehi dengan mereka?Utamakanlah dulu rakyat Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

Kaum bukan bumiputra di Malaysia semua kena quota. Ini pulak nak bagi gaji sama dengan pekerja asing.

Gila babi

Tanpa Nama berkata...

Tidak sepatutnya warga asing mendapat gaji setaraf rakyat malaysia..sekarang ni pun tak sedar diri..esok2 kalau gaji setaraf lagi lah lagak warga asing ni...melambak2 lagi lah seludup nak masuk malaysia.apa le....mengarut betul..

Tanpa Nama berkata...

ye saye sokong, pekerja asing harus direndahkan dari gaji minimum kerjaan...amah sebulan paling ok pon 400 ni kan nk bg gaji 900 sebulan...confirm pasnie orang asing jadikan malaysia as negara yang maju untuk diorang cari rezeki

Tanpa Nama berkata...

Elok la bagi setaraf dan samatarafkan terus dari segi kewarganegaraan baru tiada diskriminasi. Kita buat kempen seluruh dunia tentang keistimewaan negara Malaysia tentang kelebihan yang ada di sini, barulah mereka datang berduyung-duyung duduk di sini. Kita rakyat Malaysia kan Tuan tak payah kerja teruk-teruk, biarkan saja yang kerja. Kita duduk goyang kaki je...Kita rakyat asal tak perlu duit banyak-banyak.. Nak beli gula takut kena kencing manis..nak guna kereta takut minyak dalam bumi habis plak..nak makan nasi banyak takut penyakit obersiti, nak beli minyak masak takut penyakit kolestrol, penyakit darah tinggi dan macam-macam penyakit lagi..Jadi kesimpulannya kita tak perlu berbelanja dan simpan je duit tu dalam bank.. Gaji pun tak perlu kerajaan kaji untuk naik kan..apa kata CUEPACS cadangkan semua gaji rakyat malaysia ni RM 900 je tak kira pangkat besar mana pun, lulusan apa pun termasuklah Perdana Menteri, Tim.Perdana Menteri dan menteri-menteri supaya kita dapat berjimat cermat dan hidup dalam keadaan sihat walafiat. Kerajaan dapat jimat cermat.Sekian terima kasih...Penglipulara..

Tanpa Nama berkata...

cadangan tak masuk akal dan tak guna akal ...... cubalah berfikir untuk kebaikan negara dan rakyat sendiri.

Tanpa Nama berkata...

Sekarang ni semuanya dah tak masuk akal.. bagi cadangan yang masuk akal pun bukan nak dengar..Kita kata harga barang semua dah naik..minta tolong la naikkan gaji tapi dia suruh jimat cermat..bayangkan gaji setakat RM 2000 nak duduk K.L macamana?...Orang gaji besar senang la..

Tanpa Nama berkata...

pelik tul lah...siapa lah yang bijak pandai sangat ni...pas ni jangan buat 1 malaysia untuk kaum cina india kaum sabah sarawak dan melayu sahaja...pasni jadi 1 malaysia termasuk la...bangla..indon..myanmar..pakistan..etc..aduhai...apa nak jadi lah malaysia nanti..sudah tidak asli lagi...esok2 hilanglah hak keistimewaan melayu.
bangang betul..geram lak aku...eee..

Tanpa Nama berkata...

apa rasionalnya gaji rakyat tempatan dengan rakyat asing sama taraf ni!...sape tau...jelaskan sikit?huh!

Mama Prihatin berkata...

RASUAH DAN MALAYSIAKU TERSAYANG

Mana tak rebah pagar, pagar sudah tidak berduri lagi bahkan penjaganya pun sudah hilang gigi tinggal gusi.

Terlanjur bercerita tentang penguatkuasa JPJ, terkenang daku beberapa bulan yang lalu ketika sedang minum pagi di kedai nasi kandar, Makbul.

Tanpa segan silu pegawai2 muda JPJ dengan bangganya sedang dijamu selera oleh taukey lori bersama walkie talkienya. Mata semua memerhati pada keangkuhan sikap pekerja2 gomen.

Mendidih dalam perut tengok perangai pegawai2 muda ni. Minta kambinglah, itulah, inilah nak dicicah dengan roti canai. Macam mana kita nak buat aduan kalau dah terang2 macam ni. Dah jadi budaya santai dah. Sorang2 diletakkan disisi rokok2 berjenam. Sakitnya hati melihat suasana ni pagi2.

Selaku emak pada anak2, mataku tak berkelip memandang pada yang sorang. Sempat jugaku beliakkan mata pada budak tu lalu bertanya mana maruah kamu. Mana! Mana!

Aku ludah mukanya dari jauh sampaikan dia tak berani nak suapkan roti ke mulut. Sempat pula dia memberitahu isyaratku pada kawan2 lalu masing2 meninggalkan meja sedang banyak lagi makanan bersisa.

Tidak ada pulak yang berani melintas disisi ini. Kalau tak akan ku tahan dengan kaki biar tersungkur disitu.

Begitulah senario orang2 gomen yang susah dikawal kalau kepala gerabak tak takut pada Allah.

Semua ni takkan terjadi bila kakitangan dididik dengan etika kerja yang bersih, persekitaran selesa tambahan pula bila bos sendiri mengamalkan sikap bencikan rasuah.

Ini tidak...baru je YB mati...sekolah tiba2 nak didirikan setelah ketandusan selama dia berkhidmat.

Rasuah lambang kejatuhan pemimpin. Percayalah!

Rahman Nanyan berkata...

saya menyokong apa jua keputusan kerajaan BN, kerana pastinya ia melalui muzakarah dan penelitian yg mendalam, seperti lazimnya.

Ini bukti BN dan Umno khususnya amatlah prihatin pada golongan pekerja, yg sentiasa ditunjukkan melalui kepimpinan sederhana dan cemerlang pemimpin tertinggi parti dan negara.

Saranan berjimat crmat gula dan petrol juga amat bertepatan dengan misi pemimpin BN utk mngalakan budaya hidup sihat dan mengurangkan pencemaran alam.

Tanpa Nama berkata...

udah2 la mama....itu yang awak nampak yang awak tak nampak laaaaaaaaaaaaaaaagiiiiii banyak...

"sesungguhnya mengingati Allah itu besar manfaatnya"

Tanpa Nama berkata...

ade jugak orang gomen yang amanah...jangan ingat asal gomen je rasuah,asal gomen je rasuah...ingat swasta takde rasuah ke....org swasta la yang banyak merasuah orang gomen....dah mcm mane 2x5,5x2 je....tak caya g tanya kontraktor,perunding,supplier dsbg...kalau yang tak ambik tu tak ambik jugak usah diberilah emas sebesar gunung pun tak maunye...

Tanpa Nama berkata...

Sekiranya gaji warga asing setaraf dengan penjawat awam, lebih baik penjawat awam buat kerja yg dilakukan warga asing, tak perlu belajar tinggi2 dh dpt gj minimum rm900 bagus2. ini ada diploma pun basic rm800 je, baik dulu tak perlu ambil diploma.

Tanpa Nama berkata...

sekarang dah tahun 2013 terlaksana juga gaji minima RM900 tapi yang x adilnye warga asing pun tumpang semangkuk..kita orng tempatan ot sume kena cut..suruh jelah warga asing tu pegi mengundi dia kan dah sama taraf dengan kita tapi kita lagi malang sume nak bayar diorang kat sini duk free je sume majikan tanggung kecuali makan..saya berani cakap sebab saya dah tengok..